Seperti
tahun-tahun yang lalu, aku akan ada 5 item dalam wish list tahunan.
Walau
bagaimanapun untuk tahun lalu aku hanya berjaya merealisasikan SATU
sahaja iaitu smartphone kerana duit habis untuk backpacking. Itupun
bukan iPhone 4s, tetapi pilihan berubah kepada Samsung Galaxy SII.
Tahun ni aku ada 5 lagi, Khajaaaa! Kita lihat berapa pulak akan dapat
aku realisasikan tahun ni =)
MP3
Player. Yang lama dah hilang, maka aku perlukan yang baru. Item ini
sangat penting bagi aku yang gemar mendengar muzik dimana-mana. Dari
tahun lepas nak beli tak beli. Aku tak perlu yang hebat, simple dan
murah saja dah cukup =)
Netbook
ASUS. Sekarang ni aku sedang menulis, so ada benda alah ni senang nak
bawa ke mana-mana. Di rumah aku guna PC.
Wallet
MCM. Aku dah ada dua backpack MCM walaupun bukan original (ada aku
kesah?). Yang original harga semua RM1500++ kot!! Tapi kali ni aku
harap dapat beli yang original sebagai hadiah genap 3 tahun bekerja
bulan Ogos nanti.
Samsung
Galaxy Camera. Camera!! Aku suka photography. Keinginan terhadap
Lumix LX5 telah berubah kepada ini. Lebih canggih, ringan, dan cool.
Boleh uplod terus weyh!! Lol.
Boyfriend
a.k.a Bakal Suami. Ok, yang ni serius aku tak tahu dekat mana ada
jual. Tapi kalau ada jual yang berkualiti memang aku akan beli walau
berapa pun harganya. Panggggggg!!! XD
Nak dia ni, boleh??
(Gambar
sekadar hiasan)
akak, nak beli mp3 sony saya tak? hahaha. tapi warna hitam la pun. hehehe ;p
ReplyDeletemoga berjaya memenuhi wishlist itu! ;)
Shukri, hahahaha.. Nak jual berapa sen kat akak?
Deleteweh aku dpt hadiah kamera..rm600..boleh terus upload di facebook dgn adanya wifi...kot la kau nak jimat sikit ke,,kahkahkah tp lagi canggih kalau samsung galaxy kamera..facebook twitter instagram semua boleh..aku punye samsung smart camera..check entry blog aku.
ReplyDeleteHahaha ada baca semalam. Not bad. Tapi Samsung galaxy camera tetap dalam hati. Huhuhu :))
Delete