Pages

Sunday, March 3, 2013

♥♥Pergi Krabi Tak Payah Naik Flight♥♥

Aku difahamkan kita boleh travel budget ke Krabi tanpa menempah tiket flight. Caranya adalah dengan menaiki keretapi dari KL Sentral ke Hatyai ataupun menaiki bas dari Puduraya ke Hatyai.
Maka, aku sedang membuat pertimbangan sama ada cara ini betul-betul menjimatkan dan selamat sebagai destinasi bajet aku tahun ini.

Memandangkan aku tak perlu menempah tiket flight. So, aku tidak merancang bila aku akan pergi. Aku hanya perlu tahu flow ke sana dan bergantung kepada otak dua minit aku nak pergi bila. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin esok tiba-tiba aku buat keputusan drastik pergi ke sana tergesa-gesa tanpa hala tuju. Tapi apa kejadahnya aku berbuat begitu?

Melalui kajian yang aku lakukan (ewah! macam tulis tesis pulak), info yang aku dapat daripada internet dan bantuan kawan aku yang sudah pernah ke sana adalah seperti berikut:

Naik bas dari Puduraya ke Hatyai
Harga tiket pergi RM50.00 dan tiket balik RM52.00. Mengambil masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Naik Express Langkawi (KTM) dari KL Sentral ke Hatyai
Harga tiket sehala ialah RM55.00 bagi upper superior. Kalau bawah mahal dua ringgit tak silap aku. Perjalanan lebih kurang 13 jam.

Aku dapati naik bas kita jimat masa, tapi akan sakit pinggang duduk gitu je dalam bas. Kalau naik train memang lama tapi kita boleh jalan-jalan dalam tu bila pinggang lenguh atau tak dapat melelapkan mata. Dalam train juga ada kemudahan toilet, surau dan cafeteria.

Dari Hatyai nak ke Krabi kita boleh menaiki minivan yang disediakan. Tambang serendah RM30 seorang yang boleh dibeli di Plaza Lee Gardens. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi lebih kurang 4 jam. Kalau nak ke Phuket 8 jam. Bagi aku agak letih naik minivan selama 4 jam tu. Tapi, kalau dah namanya travel budget, jangan ah perasan nak syok lebih.

Di Krabi perkara wajib buat adalah Island Hopping. Ada banyak pilihan pakej. Harga standard daripada RM100.00. Kalau dah pulau tu sendiri fikir ah apa sangat aktiviti boleh buat. Maka, alang-alang tu eloklah bersiar-siar di Hatyai. Antara attraction di Hatyai adalah Floating Market, Santisuk Market dan Yong Dee Market. Dengar cerita kebanyakan hotel di sana tak ah mahal pun. Standard harga hotel bajet macam dekat Malaysia juga. Setahu aku juga di Thailand barang-barang murah. So, sesuai untuk aku yang shopaholic ni menghabiskan duit di sana.

Aku masih dalam proses research dari blog-blog orang yang dah pernah ke sana. Setakat ini aku puas hati dan merasakan 70% aku akan pergi menggunakan kaedah ini. Cuma kekangan masa sibuk bekerja saat ini sedikit merendahkan semangat aku untuk bercuti tak tentu hala. So, sekiranya diizinkan Allah dengan kemurahan rezeki serta kelapangan masa yang diberikan, insyaAllah aku akan menulis pengalaman aku sendiri nanti.