Pages

Saturday, December 28, 2013

♥♥32 Fakta Sepanjang Tahun 2013♥♥

  1. Masih single tanpa menjalinkan sebarang hubungan emosi dan perasaan dengan mana-mana lelaki secara rasmi.
  2. Sudah meletakkan jawatan sebagai editor di PTS Professional Sdn Bhd setelah berkhidmat selama dua tahun dua bulan.
  3. Sudah setahun menyandang jawatan Eksekutif Jualan di PTS Bookcafe Sdn Bhd.
  4. Kereta MyVi yang diberi nama RIO pada tahun 2012 kemudian bertukar kepada SOLAR pada tahun 2013, kini bernama BEAUTY pula. Haha!
  5. Demam Hallyu yang dihidapi sejak Oktober 2011 tetap kronik apabila masih dapat menemui ramai artis kpop pada tahun ini.
  6. Band pujaan sekarang adalah One OK Rock (Japan) namun FT Island, CN Blue dan Nellband masih diminati.
  7. Idol Group pujaan kini adalah Beast. Bigbang dah jatuh no.2 sejak Jun 2013.
  8. Obsesi masa kini adalah Yoon Doojoon daripada kumpulan Beast.
  9. Semakin aktif menonton drama-drama Korea dan variety show untuk mendapat inspirasi menulis e-novel.
  10. Follower setia Kpop Star, WIN, dan Winner TV.
  11. Masih menjadikan Yuna sebagai idol terbaik (local).
  12. Secara rasmi tidak lagi bergelar VIP tetapi bertukar kepada B2uty atas sebab jatuh hati dengan leader Beast.
  13. Secret Group kpoppers yang aku create di FB terus bergiat aktif dan bertambah ahli.
  14. Kini lebih aktif di Instagram berbanding Twitter dan Facebook.
  15. Dapat pergi Golden Disk Award 2013 di Sepang dengan membeli tiket murah di saat-saat akhir.
  16. Semakin ramai kawan rapat yang sudah menamatkan zaman bujang dan tidak kurang juga yang bertambah anak.
  17. Dapat bertemu One Ok Rock secara dekat masa Asia Tour mereka di Kuala Lumpur. Siap dapat pegang tangan Toru yang kacak tu. Wew~
  18. Dapat tengok Beast dekat-dekat sekali lagi di konsert AIA Kpop secara percuma. Di sinilah mula jatuh hati dengan Doojoon walaupun masa tu asyik jerit nama Seolchan (Junhyung).
  19. Telah menjual semula hampir semua koleksi album FT Island untuk membeli semua koleksi album Beast.
  20. Berjaya membeli kesemua koleksi album Beast termasuk solo album Yoseob, Junhyung dan mini album Trouble Maker dalam tempoh dua bulan.
  21. Officially perlu berulang-alik Klang-Batu Caves-Klang setiap hari untuk pergi kerja. Dah tak ada rumah sewa mahupun rumah tumpangan.
  22. Berat badan meningkat ke 60kg (*tikam perut!)
  23. Selepas demam Bigbang, aku berjaya menyebarkan virus Beast pula dalam family aku.
  24. Kawan baru bertambah-tambah, dalam dan luar negara kerana kpop dan travel.
  25. Masih serius dalam kerjaya. Masih mengumpul duit bagai nak gila.
  26. Hampir setiap hari bawa bekal breakfast & lunch ke tempat kerja.
  27. Debut sebagai penulis di Pensel Kontot dengan dramanovella berjudul Airin, Lempeng & Flower Boy.
  28. Telah ditemu ramah oleh akhbar Harian Metro dan rancangan Safiyya TV9.
  29. Berjaya backpacking seorang diri ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 4 hari 3 malam (Pencapaian terbesar bagi tahun 2013. Haha!)
  30. Travel dua kali tahun ni, Ho Chi Minh dan Bangkok. Serta pergi Singapore sekali lagi.
  31. Menjadi pemandu tegar secara tiba-tiba semenjak kerja dalam bidang sales. Dah bawa Beauty jalan-jalan ke utara-selatan-timur-barat Semenanjung Malaysia termasuk Singapore.
  32. Berjanji untuk menjadi fangirl Doojoon dan B2uty selama-lamanya. Dah tak nak tukar-tukar lagi. Gitew~
P/S: Kenapa 32 fakta? Sebab.. sebab.. sebab no jersey Doojoon 32. Ok bai!

♥♥54 jam di Bangkok, Thailand♥♥

Pada 30 November 2013 yang lepas aku dan Ney telah ke Bangkok. Sekejap je. Lebih kurang 54 jam. Flight pergi pukul 7.35pm 30hb, flight balik 7.25am 3hb. Ni kira short trip yang tak begitu dirancang. Sebab dua bulan sebelum tu kitorang tengah lunch dekat Dominos Pizza, sembang-sembang fasal AirAsia tengah buat promo. Lepas tu, gatal-gatal tangan buka website, dan tanpa sedar terus booking flight.

Me & Ney 

Tujuan ke Bangkok adalah untuk riki-riki supplier clothing yang best untuk kitorang memulakan bisnes on9. Dan alang-alang dah ke Bangkok tu haruslah aku menghabiskan duit untuk shopping. Kali ni aku tak bawa banyak duit, sebab plan shopping untuk diri sendiri je. Tanpa nak pening-pening fikir bajet souvenir untuk family and friends.

Sebenarnya Bangkok adalah antara bandar yang tersenarai dalam list tempat wajib aku lawati. Alhamdulillah, rezeki aku pergi tahun ni dengan harga tiket return hanya RM250. Di Bangkok kitorang menginap dekat area Silom Road. Guest house/hostel yang kitorang pilih adalah Lub.D . Serius aku cakap, hostel ni memang cool. Dari segi service dan interior memang best. Dan yang lebih best harga sangat berpatutan. Lebih kurang RM62.00 per night/room. Kitorang ambil private room. Kalau korang nak lagi murah ambil dorm.

Lud.D Silom


Ok, antara perkara yang membimbangkan kitorang masa pergi Bangkok tempoh hari adalah berita-berita yang mengatakan Bangkok sedang kucar-kacir dengan isu politik di negara itu. Kitorang buat keputusan untuk pergi juga selepas dapat info di forum dari beberapa orang backpackers yang sedang berada di Bangkok mengesahkan bahawa keadaan di sana masih terkawal. Memang ada demontrasi berlaku tetapi mereka tidak menganggu foreigner. Demo aman saja. Selama dua hari di sana kitorang terserempak juga dengan perhimpunan itu. Tapi kitorang lalu saja, tak join pun. Apa kejadahnya nak join kan? Hehehe.

Berbekalkan research yang aku buat dari magazine fesyen Cheeze dan bantuan google yang bijaksana, kitorang berjaya mencari mall-mall yang terkemuka dan popular di Bangkok. Antaranya adalah MBC, Silom Complex, Siam Square, Platinum Mall, Chatucak weekend market & etc. Chatucak memang best, sebab ia macam pasar minggu, barang murah dan boleh bargain harga. Tapi tempat paling best bagi aku adalah Platinum Mall. Nasib baik bawa duit tak begitu ramai. Jadi shopping ala kadar je.

Disebabkan flight balik kitorang seawal jam 7.25am, pada malam 2hb tu kitorang decide untuk tidur dekat airport je. Mujur polis dekat airport Don Mueng tu tak halau passenger tidur bersepah-sepah dekat lobby. Ini adalah pengalaman pertama aku tidur dekat airport. So next time kalau terpaksa, aku dah tak kisah sebab dah pernah rasa. Tapi make sure kena bawa sleeping bag sebab aircond dekat airport memang sejuk gila.

Bangkok

Kesimpulannya, tak susah travel dekat Bangkok ni. Subway pun tak serumit macam dekat Seoul sebab Bangkok hanya ada 2 line saja. So tak perlu nak guna travel agensi. Pergi secara backpack lagi jimat kos dan boleh spend duit untuk shopping. Kekekekeke~

Ada banyak lagi attraction dekat Bangkok ni. Tapi memandangkan aku pergi dua hari je, so aku fokus untuk shopping kali ni. Aku percaya yang suatu hari nanti aku akan kembali ke Bangkok untuk lawat tempat-tempat attraction pula. Pasti.

♥♥Wish List 2014♥♥

Omo omo! Rasa macam baru minggu lepas aku buat wishlist 2013. Terasa tahun ni terlalu laju aku berjalan. Sedar-sedar dah tinggal berapa saja lagi tahun 2013. Seperti selalu dan biasa, setiap tahun aku akan ada 5 item dalam wishlist aku. Dan seperti tahun yang lepas-lepas juga aku tak pernah berjaya merealisasikan kesemua wishlist aku. Untuk tahun 2013 ni, aku hanya berjaya mendapatkan 2 item saja. Iaitu wallet dan handbag MCM (tak dapat ori pun, imitate yang high quality je, itu pun still mahal. Huh!) dan ASUS netbook. Alhamdulillah.

Arkib: ♥♥Wish List 2013♥♥

So, here we go. My 2014 Wishlist.



1. Samsung Galaxy Note 3
Memandangkan hidup aku yang semakin busy dengan pelbagai urusan, aku merasakan sudah ada keperluan untuk aku memiliki gadjet ini. Kalau tak mampu Note 3, aku cuba dapatkan Note 2 at least.


2. Apple iPod Touch
Selepas dua tahun aku gagal mendapatkan Sony MP3, aku telah menukar selera aku kepada produk Apple secara tiba-tiba. Terserlah kehilangan akal aku dalam membuat keputusan. Aku rasa barang ni cool. Harap-harap ada orang yang hilang akal juga hadiahkan aku benda alah ni. Hik.



3. Samsung 32" LCD TV
4. Samsung Home Theater System
Hahaahahahahaaah!! Dua item ni adalah benda paling gila aku idamkan. Since aku dalam proses men-transform-kan bilik aku menjadi tempat paling best dalam rumah aku. Aku cuba untuk memiliki 2 barang ni sebagai pelengkap. Bolehlah aku layan DVD Konsert/Drama Korea/Astro/HyppTV dalam bilik tanpa perlu berebut dengan mak aku dekat ruang tamu.


5. Bakal suami
Opsss! Nampaknya ideal type aku sudah berubah. Bukan lagi Taeyang dari Bigbang. Tetapi Doojoon dari Beast. Kali ni memang ketara gila perangai fangirl aku terhadap Doojoon. Serius dia ideal type aku. Serius. Kalau dapat bakal suami macam character dia ni, even tak setampan dia, confirm aku setia sampai mati. Confirm! Tee hee.


♥♥Pensel Kontot♥♥

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Aku telah berjaya menghabiskan dramanovella pertama aku yang berjudul Airin, Lempeng & Flower Boy. Dan insyaAllah, dramanovella kedua aku bakal disiarkan bermula Januari 2014. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin~


Episod 17 - Dilemma


Episod 18 - Sahabat Sejati


Episod 19 - Bukan Kerana Impian


Episod 20 - Seoul, Kota Impian


Episod 21 - Suratan atau Kebetulan


Episod 22 - Dunia Baru Airin


Episod 23 - Pergi tak Kembali


FINALE - I Love You, Airin


Wednesday, October 23, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Pejam celik pejam celik. Sedar tak sedar. Dah makin jauh aku menulis. Hobi suka-suka ni makin lama makin jadi serius. Serius sampai dah jadi 16 episod. Aku bercadang nak tamatkan siri ni pada episod 25. Ok, cekidot!


Episod 10 - Geram, Sakit Hati, Merajuk!


Episod 11 - Perempuan Keji, Lelaki Angkuh.


Episod 12 - Dia, Dia, dan Dia.


Episod 13 - Dia Suka Saya. Tapi Saya Macam Suka Awak..


Episod 14 - Airin and The Kimio Band


Episod 15 - D-Day! Festival Muzik


Episod 16 - The Winner is...



Wednesday, October 9, 2013

♥♥Nak Hasben Macam Yoon Dujun, Please!♥♥

Aku tak tahu kenapa. Bermula dengan drama Korea Iris II, lelaki ini telah mencuri perhatian aku sepenuhnya. Ya, sepenuhnya! *pitam*

Aku tak faham apa masalah Dujun ni terlalu perfect di mata aku. Serius. Memang 100% ideal type yang aku cari. Pffttt! Hang bajet hang comel macam Nora Danish ka Yin?? PAnnnGGgGg!

Ok, mari aku senaraikan apa yang best sangat fasal Dujun ni.

1. Fizikal dan ketinggian yang tepat.
2. Manly.
3. Buat kelakar kadang-kadang tak jadi.
4. Leader Beast.
5. Sporty.
6. Suka pukul orang sebelah bila gelak.
7. Ada sisi bedebah.
8. Dan lain-lain lagi.

Sebenarnya ada banyak fasal dia yang aku suka. Tapi kalau aku tulis semua nampak sangat aku ni sasaeng. So, demi menjaga darjat aku terpaksa bagitahu 7 perkara sahaja. Tee Hee~

P/S: Dikala aku menulis entri ni tetiba lagu I'm Sorry, Beast berkumandang di Seoul.fm dan secara tetiba aku sengih teruk sambil menulis. Rasa macam sangat berjodoh dengan Dujun. Hahaha. Bluek.




♥♥Lost in Saigon Part II♥♥

Agak tak munasabah jugak aku sambung fasal travelog Ho Chi Minh aku selepas 4 bulan. Namun, itu menunjukkan aku tersangat-sangat busy dengan kerja-kerja hakiki. Oleh sebab dah terlalu lama, aku pun dah tak ada idea nak cerita apa lagi. Aku post gambar je ah ok. Nak marah aku, marah ah. Aku tak kisah.


Inilah Ben Thanh Night Market. Lebih kurang pasar malam/downtown kalau dekat KL ni. Barang tak ada ah murah sangat. Kena pandai bargain. Kalau boleh hentak-hentak kaki dekat situ. Kalau peniaga tu tak nak bagi harga yang kita minta kita berlakon macam nak blah pergi kedai lain. Confirm dia tarik tangan kita dan setuju harga yang kita minta tu.


War Remnants Museum. Dalam banyak-banyak benda dekat sini aku paling kagum dengan bangkai helikopter kesan peninggalan perang ni. Serius cool gila. 


Dekat area Ben Thanh Market tu sangat banyak gerai-gerai sebegini di kaki lima jalan. Jual air je pun. Yang aku pelik diorang boleh meniaga selang dua tiga tapak kaki je di antara peniaga-peniaga. Dan semua orang ada rezeki masing-masing. Mesti ada orang duduk minum punya. Aku nak try tapi segan sebab seorang je kan. Nampak macam forever alone sangat pulak kang. Pffttt!


Ok. Dalam banyak-banyak benda aku buat sepanjang 4 hari di sana. Aku paling suka pengalaman menaiki cyclo ni. Nama pakcik empunya diri uncle Kun. Agak fasih berbahasa Inggeris dan peramah. Cuma yang tak best aku tahu dia tipu aku. Tapi tak apa ah. Even aku kena bayar mahal jalan-jalan di bandar naik cyclo ni, aku tak kisah. Asalkan uncle Kun tak bawak aku pergi tempat yang tak sepatutnya. Dan aku amat positif berkenaan kepayahan dia mencari rezeki membawa cyclo di tengah bawah terik mentari dan aku bukanlah ringan sangat. Demmit.

So, kesimpulannya aku ok je dekat sana walaupun seorang diri. Sebab bagi aku Vietnam bukanlah satu negara yang berbahaya. Yang penting macam mana cara kita membawa diri dan menjaga diri. Oh ya, dengan pengalaman pertama aku travel secara solo ni, banyak juga yang aku belajar. Semua tu aku akan gunakan untuk travel aku yang seterusnya. Chowz.

Thursday, July 11, 2013

♥♥Live Your Life and Forget Your Age♥♥

Pertama kali seumur hidup aku 12 Julai jatuh dalam bulan Ramadhan. Happy birthday to me. Yea.. to me! Hari ni hari jadi aku yang ke-28. 28 bukanlah angka yang aku masih boleh duduk diam saja. Seharusnya aku perlu dan akan lebih serius terhadap masa depan. Lebih serius daripada tahun yang lepas-lepas. Sudah banyak yang aku usahakan, sudah banyak yang aku kerjakan, sudah banyak yang aku capai selama 28 tahun ini. Namun, itu semua tidak bermakna aku boleh duduk selesa dengan apa yang aku ada.

Hari ini, aku diberi tanggungjawab baru lagi. Tanggungjawab besar yang menuntun jerih perih barangkali. Aku tak akan tolak, aku tak akan lari, aku tak akan pergi. Tetapi, akan aku hargai, akan aku syukuri, akan aku tempuhi dengan hati yang terbuka dan jiwa yang besar. Aku yakin aku tidak akan tahu sejauh mana kemampuan aku selagi aku tidak mencabar diri sendiri.

Mungkin ia hadiah hari jadi.

Hadiah hari jadi yang berbentuk rezeki. Rezeki yang Allah akan beri kepada hamba-Nya yang dikehendaki. Aku selalu positif pada ujian Allah. Aku selalu yakin pada janji Allah. Kerana Allah saja yang tahu apa terbaik untuk kita.

Jangan pernah mempertikai. Jangan pernah menyesal. Jangan pernah menyalahkan.

Semoga aku akan terus dilindungi, disayangi, dirahmati Allah SWT. Semoga aku terus berusaha menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa. Semoga aku terus mengasihi adik-beradik dan anak saudara. Semoga aku terus setia dan jujur dalam persahabatan. Semoga aku terus sabar menunggu kehadiran putera idaman. Semoga aku terus tekad mengejar impian.

Amin. Amin. Amin.


Wednesday, June 26, 2013

♥♥Lost in Saigon Part I♥♥

Chào các bạn! Ewah~ kemahen nak speaking guna Tiếng Việt (Vietnamese Language) kau kan!!?? Ok, seperti sedia maklum aku telah selamat pulang ke tanah air pada malam Ahad lepas tanpa sebarang kecederaan. Flight Ho Chi Minh ke LCCT malam tu delay 20 minit. So, dah ada kawan-kawan yang asyik bertanya bila nak update blog fasal percutian aku ke Vietnam selama 4 hari minggu lalu. Ya, ramai juga yang tahu aku telah membuat keputusan untuk travel seorang diri apabila sepupu aku tiba-tiba cancel pergi di saat-saat akhir. Melancong ke negara luar seorang diri memanglah tidak pernah terlintas dalam fikiran aku sebelum ini. Ada tu ada, tapi mahu melakukan WWOOF di Korea / Japan. Dan bukanlah dalam masa terdekat ni. Namun, tanpa disengajakan aku telah melancong seorang diri minggu lalu. Nampak aku agak kurang waras di situ.

Destinasi aku kali ni adalah Saigon, Vietnam. Yang turut dikenali sebagai Ho Chi Minh. Aku secara tanpa sedar membeli tiket flight pada February tahun ini. Ini semua terjadi apabila Air Asia sering promo penerbangan mereka dengan harga yang aku mampu membelinya dengan pejam mata. Pffft~ Gila angkuh kau. Tujuan sebenar aku nak ke Vietnam adalah meninjau-ninjau barang-barang yang berpotensi untuk aku dan sepupu berniaga secara online. Selaku editor buku Panduan Memborong di Vietnam terbitan PTS Media Group, adalah tidak mustahil untuk aku terjebak menjejakkan kaki ke sana. Segala sumber dan info berguna sudah aku hadam.


Ok, cukup untuk mukadimah. Aku nak mula cerita ni.


Flight ke Ho Chi Minh yang dijadualkan berlepas pada jam 12.00 tengah hari, Rabu, 19 Jun 2013 tiba di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 2.15PM waktu Vietnam. Waktu mereka adalah lewat satu jam daripada waktu Malaysia. Sama seperti Bandung. Sebaik selesai urusan di kaunter imigresen Vietnam aku pun menuju ke kaunter pembelian kupon teksi. Ketika kakiku sedang melangkah tenang tiba-tiba terlintas di fikiran yang aku tiada alamat hotel tempat aku akan bermalam. Aku yang bijaksana ini hanya print emel berkenaan booking references saja di mana hanya ada alamat emel di situ, bukanlah alamat lokasi hotel.


Cuba untuk berlagak cool, aku pun terus ke kaunter kupon teksi. Seingat aku hotel ini berdekatan dengan Ben Thanh Market. Melalui research aku aku buat hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki saja ke Ben Thanh. Maka, dengan yakin aku meminta kupon teksi untuk ke Ben Thanh. Di sini berlaku situasi panik kedua aku.Gadis pekerja di kaunter itu bertanya kepada aku, zon mana ingin aku tuju. Aku blur sekejap. Terdiam dan mengerutkan dahi. Gadis pekerja yang seperti dapat merasakan sesuatu yang pelik pada aku terus mengambil sekeping kertas melukis peta sekitar Ben Thanh. Buruk lukisannya. Dia pun menunjukkan Ben Thanh yang mempunyai beberapa zon mengikut pecahan jalan yang bersimpang. Haaa, dengan yakin aku sebut District 1. Alangkah terkejutnya aku apabila dia memberitahu bahawa seluruh kawasan Ben Thanh itu adalah District 1. Fine! District yang aku sangka nama jalan sebenarnya adalah seumpama satu seksyen kalau di Malaysia. Panik aku mula tidak dapat dibendung saat itu.


Akhirnya, aku membuat keputusan untuk ke Ben Thanh dan minta gadis itu buatlah zon apa sekalipun asalkan di sekitar Ben Thanh. Dia pun akur. Kemudian aku pun menuju ke parking teksi di luar airport menunjukkan kupon tersebut kepada gadis pekerja beruniform kebangsaan Vietnam berwarna merah. Tidak perlu aku menunggu, datang sebuah teksi di hadapan aku. Gadis pekerja tersebut pun menyuruh aku masuk. Pemandu teksi yang aku kira umurnya belum mencecah 30 tahun dan agak kacak wajahnya itu hanya diam pada awalnya sebaik aku masuk ke dalam teksi. Beberapa minit kemudian dia bertanyakan hotel yang aku akan menginap. Asalnya aku baru nak gembira bila dia bertanya dengan harapan dia tahu lokasi hotel tu.


"Hai Nam Hotel? Do you have their business card?" tanya pemandu teksi muda itu.

"No, I don't have." jawab aku dengan wajah selamba.
"Address?" tanya pemandu itu lagi.
"I don't know." sekali lagi aku jawab dengan wajah selamba.

Terserlah riak wajah pelik pemandu teksi tu apabila mendengar jawapan aku. Aku dapat lihat muka hairan dia melalui cermin pandang belakang. Dalam hati mungkin merasakan aku adalah pelancong paling bodoh pernah dia jumpa. Demm~ Apa kejadahnya kau nak travel tapi tak tahu alamat hotel yang kau dah booking? Mengarut gila. Then, untuk menyangkal anggapan pemandu teksi yang mungkin berasa aku ni bebal, secara yakin aku minta dia drop saja aku di mana-mana asalkan dekat dengan Ben Thanh. Dan dia pun akur.


Selepas pemandu teksi menurunkan aku di bahu jalan betul-betul berhadapan dengan Ben Thanh aku pun mula mencari hotel. Round dua kali di kawasan yang sama aku langsung tidak jumpa hotel itu. Memandangkan aku baru sampai di tempat yang begitu asing itu, aku tidak terus bertanya kepada penduduk tempatan. Aku bimbang dan malu sekiranya mereka juga menganggap aku ni traveller yang bodoh sebab tak simpan alamat hotel. Walau hakikatnya aku memang bodoh sebab terlupa ambil alamat hotel.


Hampir dua jam aku berkeliaran di sekitar Ben Thanh mencari hotel. Cuaca yang panas, perut yang lapar, tekak yang dahaga, semuanya aku abaikan. Yang membimbangkan aku hanyalah mencari hotel dan aku yang belum menghubungi mak aku untuk beritahu aku dah selamat tiba. Pada waktu tu juga bateri fon hampir habis tenaganya dan lebih teruk lagi aku tiada talian internet. Sekurang-kurangnya kalau ada internet bolehlah juga aku google map hotel tu. Aku makin panik.


Akhirnya aku give up. Sedang aku berdiri di hadapan sebuah kedai. Lalu tiga orang gadis Malaysian yang aku nampak agak berbaloi untuk aku tegur dan bertanya. Dan jangkaan aku memang tepat. Sesungguhnya tiga gadis inilah yang menyelamatkan aku daripada tidur di kaki lima malam itu. Mereka bersusah-payah menolong aku untuk mengesan lokasi hotel mengunakan internet di handfon mereka. Namun, agak pelik tidak menemui apa-apa. Mereka yang amat terkejut setelah mengetahui bahawa aku datang seorang berasa risau dan mengajak aku sertai mereka sementara belum menemui hotel yang aku cari.


Mereka berjanji untuk bawa aku ke bilik hotel mereka agar aku dapat menggunakan wireless dan saranan mereka adalah cari hotel lain saja untuk bermalam. Aku pun bersetuju. Sebelum ke hotel mereka, aku mengikut mereka masuk ke dalam Ben Thanh Market bagi mereka menghabiskan saki-baki dong (matawang Vietnam) mereka memandangkan mereka akan pulang ke Malaysia malam itu. Ketika inilah aku diperkenalkan dengan Lily iaitu salah seorang peniaga di Ben Thanh. 


Lily yang warganegaranya Vietnam itu pastilah juga terkejut apabila mengetahui aku ni datang seorang dan tak ada alamat hotel. Masa ni aku mula merasakan seperti diri aku seorang yang amat menyedihkan. Seolah-olah di atas kepala aku ada satu awan besar berwarna hitam yang sedang mencurahkan hujan ke seluruh badan aku (Mohon imagine). Lily yang baik hati itu turut cuba membantu aku mengesan lokasi hotel. Dan dia berjaya menemui alamat hotel itu melalui carian internet yang entah macam mana dia boleh jumpa aku tidak tahu. Aku pun menyalin alamat itu. Sebelum beredar meninggalkan kedai Lily, Lily menyuruh aku membeli simkad telekomunikasi Vietnam. Tujuannya adalah bagi memudahkan aku menghubungi dia sekiranya aku memerlukan bantuan. 


Saat itu sungguh aku bersyukur kepada Allah kerana dalam kesulitan Dia menemukan aku dengan orang-orang yang baik dan ikhlas mahu membantu aku. Rasa nak nangis masa tu. Tapi aku tahu muka aku buruk kalau nangis. So, tak jadi nangis. Berpandukan alamat yang aku dapat daripada Lily tadi, aku bersama tiga gadis tadi pergi mencari hotel itu. Alhamdulillah kami berjaya menemukannya. Aku check in, dan mereka ajak aku pergi makan dulu. Untuk mengenang budi mereka, aku menuruti walaupun tika itu badan aku sudah lemau dan penat. Mereka membawa aku ke Restoran Nasi Briyani Nabil yang bersebelahan dengan hotel mereka. 


Di dalam restoran sambil menunggu pesanan makanan kami siap, Nad memberitahu aku berkenaan lokasi-lokasi restoran halal sekitar Ben Thanh. Nad siap lukiskan peta dari lokasi hotel aku menginap untuk memudahkan aku. Makan malam aku hari itu dibelanja oleh Nad. Nad juga memberikan aku international socket miliknya kepada aku secara percuma even aku mahu membayarnya. Sekali lagi aku berasa seperti aku ini seorang yang sangat menyedihkan.


T____________T Sobs.


Selesai makan, mereka mula mengemas-ngemas beg untuk check out dan ke airport. Aku pun meminta diri untuk pulang ke hotel selepas bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Mungkin akibat terlalu penat sejak tengah hari itu aku tidak berjaya kembali ke hotel aku walaupun mengikut peta yang dilukiskan Nad. Ya, ini bermakna aku SESAT! Pandangan aku nampak bangunan-bangunan di situ seperti sama saja. Hari semakin gelap, sudah hampir waktu maghrib. Akhirnya aku jumpa hotel selepas berlegar-legar 30 minit. Terus saja aku masuk ke bilik.


Mandi serta menunaikan solat Maghrib & Isyak. Aku mengambil keputusan untuk lepak di hotel saja malam itu. Penat. Sangat penat. Menjadi seorang yang sesat bukanlah mudah. Heh.

**bersambung




Sehelai t-shirt yang begitu sesuai untuk aku =)


♥♥Pensel Kontot♥♥

Seperti biasa aku akan update siri penulisan edramanovella aku setiap tiga episod. Airin, Lempeng & Flower Boy sudah masuk episod 9. Terima kasih kepada mereka yang setia membaca dan selamat membaca kepada yang baru jumpa siri ini.


Episod 7 : Cari Pasal


Episod 8 : Konflik Pertama


Episod 9 : Jangan Cabar Saya!
Wednesday, June 19, 2013

♥♥Sepatutnya berdua♥♥

Hari ini aku akan terbang ke Ho Chi Minh city pada pukul 12.00 tengah hari menaiki pesawat Air Asia AK1456. Sepatutnya berdua, dengan seorang sepupu aku. Tapi semalam, selepas berbincang-bincang, sepupu aku tak dapat pergi. Last minit ya! Ok.


Mula-mula aku fikir macam aku pun tak boleh pergi. Bukan tak nak pergi, tapi tak boleh pergi. Confirm ah mak aku tak akan beri keizinan. Dan aku fikir, kalau tak pergi Ho Chi Minh dapatlah aku pergi konsert solo G-Dragon Sabtu ni. Jadi aku sangka, jodoh aku kuat dengan Taeyang sebab dia jadi guest artist untuk konsert itu. Aku pun macam happy sikit. Walaupun hakikatnya aku belum ada tiket.


Semalam lepas solat Asar aku mula berfikir semula. Betul ke aku tak nak pergi Ho Chi Minh? Sedangkan adalah kepantangan aku apabila sudah merancang sesuatu tetapi dibatalkan atas sebab yang bukan berpunca daripada aku. So, aku buat decision untuk pergi. Tapi aku rancang untuk berpakat dengan kaklong aku supaya jangan beritahu mak aku yang aku pergi sana seorang. Bohong sunat orang kata. Ala, bukan nak pergi sana buat jahat pun. Nak pergi shopping raya untuk keluarga aku juga.


Balik kerja semalam aku pun terus pergi rumah kaklong aku. Kami pun merancanglah bagaimana nak 'menipu' mak aku. Sambil tu otak aku masih ligat memikirkan solusi-solusi lain. Maklumlah, tak best jugak pergi jauh=jauh kalau menipu ni. Nanti kalau apa-apa jadi? Siapa yang susah. Dalam pada tu aku dapat PM dari seorang penulis buku yang pernah aku jadi editornya. Beliau memberi pertolongan yang sewajarnya apabila aku memberitahu yang aku ke sana seorang. Penulis ni dah biasa pergi ke Ho Chi Minh atas urusan bisnes. Ahhh..lega sikit hati aku.....dah boleh senyum :)
Tapi aku masih tak sedap hati sebab tak beritahu mak aku perkara sebenar. Akhirnya aku buat keputusan sebelum tidur untuk beritahu mak aku. Alhamdulillah, mak aku dapat faham dan mengizinkan pemergian aku. Itu pun muka dia nampak cool lepas aku cakap ada orang yang akan menolong aku dekat sana. Iaitu kenalan penulis buku yang aku ceritakan tadi. So, aku rasa tak ada apa lagi yang harus aku bimbangkan. Benarlah, kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Maka, aku anggap sahaja semua ni tuhan dah tentukan. Yang aku akan pergi ke sana seorang diri. Aku yakin Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Aku serahkan segala-galanya kepada Allah, agar dia melindungi aku sepanjang berada di sana. Semoga aku mendapat pengalaman bermanfaat dan  pulang dengan selamat.

Terima kasih mak, kerana faham dan percaya dengan saya. Saya akan jaga diri baik-baik. Allah ada akan menjaga saya, insyaAllah =')


Tuesday, June 4, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Saja nak update siri penulisan aku. Mana tahu ada orang sudi baca. Baideway, siri Airin, Lempeng & Flower Boy telah bertukar siarannya pada setiap Isnin. Dan follower penselkontot.com semakin meningkat. Wahhhhhh~~ Terima kasih semua =)


Episod 4 : Lelaki Garang



Episod 5 : Pencarian Gadis Rockstar


Episod 6 : Pertemuan Tragis



Friday, May 17, 2013

♥♥Hari Jadi Lelaki Paling Diminati♥♥




The name is Taeyang. Real name Dong Youngbae.
Today his 26th birthday.

SAENGIL CHUKAHANDA!!!!!

#happyYBday #180513

♥♥2 daripada 5♥♥

 Wishlist No 3

Wishlist No 2


Alhamdulillah,, 
InsyaAllah,, tiga berbaki akan menyusul satu per satu =)

P/S: Siapa tak ingat. Rujuk di sini ♥♥Wish List 2013♥♥
Tuesday, May 7, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Aku hampir terlupa yang aku memiliki blog. Dek kerana terlalu sibuk urusan kerja, aku sudah kurang masa menghadap media sosial. Ewah!

Pensel Kontot?

Apa kebenda ni?

Aku. Aku salah seorang penulis di Pensel Kontot. Aku memang sudah lama ingin menulis buku. Tapi kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk memberi komitmen kepada penulisan manuskrip. Maka, aku mula dengan e-Novel. Setidak-tidaknya ia tidak seserius menulis buku. Ibarat menulis suka-suka.

Ya, projek Pensel Kontot ini bukan aku seorang yang mengendalikan. Nak tahu, nak kenal sila klik link -------> www.penselkontot.com

e-Novel kami berkonsepkan plot drama Korea. Oleh itu, jangan buat-buat terkejut apabila menemui unsur-unsur Kpop dalam karya aku. Lagipun siapa pulak yang tak tahu aku suka Kpop kan? Gila.

Ok lah. Kalau rasa nak baca, boleh klik link yang aku beri tadi. Setakat ini sudah Episod 3. Oh ya, slot aku bersiaran setiap Sabtu, jam 10.00 pagi. Huol!!

Prolog

Episod 1 : Airin Si Loser

Episod 2 : Gadis Aneh

Episod 3 : Super Senior yang Menyedihkan