Pages

Sunday, May 11, 2014

♥♥Day 1: Spring Backpacking Seoul - Busan 2014♥♥

Anneyong haseyo!!! Ya, ya , ya, aku baru saja pulang dari Korea tiga minggu lalu. Dan sebenarnya ini adalah baru kali kedua aku ke sana. Bukannya kali ke-dua belas seperti yang didakwa oleh ramai kawan-kawan aku. Ada kawan-kawan aku yang merasakan aku selalu ke Korea. Gila ke apa? Banyak pulak duit aku nak selalu ke sana. Kalau aku memang banyak duit tak perlu aku berkali-kali ke sana, ada baiknya aku menetap terus di sana. Hik.

Ok apa perbezaan backpack aku kali ni dengan yang dua tahun lepas? Haaa.. Banyak bezanya. Antaranya kali ni aku pergi dengan 7 orang rakan-rakan yang sewel, kali ni aku pergi ke Busan juga selain Seoul, kali ni aku pergi pada musim bunga, kali ni aku...kali ni aku...err tu je la kot.

Plan asal backpack kali ni cuma 5 orang je yang join iaitu aku, Sally, Kakya, Niny dan Emin. Kami telah membeli tiket sehala ke Busan pada bulan April 2013. Haa, nampak? Setahun awal. Nampak sangat mental problem. Beli tiket masa Air Asia buat promo dengan harga RM304.00 (Harga asal RM269 tapi sebab kami pilih seat kena tambah RM35, Pui!) sehala KL-Busan. Kami beli sehala saja bukanlah berniat untuk tidak balik-balik ke Malaysia. Akan tetapi kami bercadang mahu beli tiket balik dari Seoul.

Sebulan kemudian aku cerita kepada Kak Nani perihal backpack ni. Memandangkan ahli jemaah backpack kami setakat ni 5 orang, angka ganjil ini agak tidak best. So, aku pun tanpa berdosa meracun Kak Nani kalau-kalau dia terjebak nak join. Sudah pastilah racun aku berbisa, hari yang sama juga dia terus beli tiket. Cuma sayangnya tiket dia dah tak semurah harga tiket kami. Tapi sebab dia kaya, dia takde hal. Hehe.

Nasib tak menyebelahi kami, di saat kami dah cukup duit nak beli tiket balik pula, kira-kira 3 bulan sebelum tarikh pergi. Harga tiket sehala dari Seoul ke KL melonjak sehingga RM1000.00 ke atas. Itu adalah gila. Tak mungkin kami yang bijak ni akan beli. Sebab RM1000++ tu membolehkan aku beli tiket return untuk dua orang ke Korea pada musim Winter nanti. Maka, kami tukar plan untuk balik dari Busan juga. Harga tiket masa tu RM428++, jadi apabila dijumlahkan harga tiket return kami ialah RM732++ lebih kurang.

Tiba-tiba, kurang dua bulan dari tarikh berangkat ke sana, ada kawan aku iaitu sepasang suami isteri menyatakan hasrat untuk melancong ke Korea menggunakan Tour Package. Aku yang agak anti menggunakan khidmat Tour Package untuk travel ni telah mempelawa mereka untuk join backpack trip kami kalau mereka tak malu. Ternyata mereka memang tak rasa malu langsung. Haha! (Jangan kecik hati John & Eja. I gurau je)

Kami bertolak pada 14 April 2014, flight jam 1.05am di LCCT. Dan alhamdulillah flight kami tidak hilang dari radar, kami selamat tiba di Gimhae International Airport, Busan kira-kira jam 8.30am waktu Korea. Selesai urusan di imigresen kami menaiki subway menuju ke Busan Station. Oleh sebab, tiket KTX dari Busan ke Seoul yang ditempah dijadualkan pada jam 1.30pm, maka kami hanya membuang masa persis orang ada-ada di cafe Tom N Toms Coffee.


Pose agak angkuh sambil minum Espresso Macchiato walaupun dalam hati menyumpah cawan yang terlalu kerdil untuk seorang penggemar kopi macam aku. Harga KRW3500. Tapi aku rekemen Green Mint Chocolate dekat cafe ni. Sedapnya cengginiiiiiii *tunjuk ibu jari*

Jam 12.30pm kami pun berambus dari cafe dan menuju ke Busan Station yang berada sekangkang kera saja. Dalam 5 minit berjalan kaki cara orang Malaysia. Satu perkara aku kagum masa ni, tiada langsung staf KTX yang check tiket kami dari entrance sampailah dalam coach. Kalau tahu tak payah aku beli tiket yang berharga KRW35700 (30% less) itu. Perjalanan selama 2 jam 35 minit itu kami manfaatkan dengan bermain gitar, menyanyi, membaca puisi kepada seisi penumpang di dalam coach KTX itu bagi menghilangkan kebosanan. Ok, aku tipu. 

Setiba di Seoul Station, kami laju-laju pergi topup/beli T-Money. Aku topup je ah sebab dah ada masa pergi dua tahun lepas. Kawan-kawan yang 1st time tu kenalah beli. Then, kami pun bergerak ke stesen subway untuk ke Hyewa Station, kemudian mencari Inside Backpackers yang menjadi tempat penginapan selama 4 malam. Dari stesen Hyewa ke hostel ni perlu berjalan kaki kira-kira 12 minit. Dalam banyak-banyak guest house yang aku usya, sini paling murah. Untuk kami yang single and available aku booking dorm 6 bed berharga KRW16000/night-person. Manakala untuk John dan isteri tercinta double room berharga KRW44000/night.

Pasal hostel ni, aku 100% recommended!! Tapi jangan harap keselesaan seperti hotel RM60/malam dekat Malaysia ah. Ni hostel backpackers ok, bagi aku yang trip bajet ni kira dah cukup puas hati dengan services kat sini. Jenis aku tak perlu guest house yang mahal sebab aku akan guna untuk tidur dan mandi saja. Lepas check in, setelkan payment segala, kami mandi dan solat kemudian keluar untuk dinner di Itaewon. Then pergi jalan-jalan Dongdaemun Night Market.

So, hari pertama ni tak ada apa yang menarik sangat since kami habis masa dalam perjalanan saja. Ok, aku belanja gambar moment-moment day 1 sikit. Yehet!







Bajet

Air Asia X return ticket : RM732++ (Tidak termasuk luggage)
KTX ticket Busan-Seoul : KRW35700 (30%) 
Inside Backpackers : KRW16000/night x 4 malam = KRW64000
T-Money : KRW20000
Makan : KRW14000


Total : KRW129700 + RM732 = (RM1141++)




♥♥Dramanovella Pensel Kontot, Season 2♥♥

Memperkenalkan slot terbaru karya aku di laman web Pensel Kontot yang berjudul My Last 20's. Sebenarnya slot untuk season 2 ni dah bermula sejak Januari lalu. Atas sebab kesibukan yang aku sendiri tak faham mengapa berlaku kesibukan itu, maka aku telah terlupa untuk mempromosikannya di blog ini.

Dan sebenarnya bermula April lepas pihak produksi Pensel Kontot telah bercuti seketika memandangkan kebanyakan penulis berada dalam dunia penerbitan buku, yang mana kami terpaksa memberi fokus sepenuhnya kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL) yang baru sahaja berlangsung di PWTC.

InsyaAllah, kami akan mula menyambung slot dramanovella kami pada hujung Mei ataupun awal Jun nanti. Dan dengan rendah diri aku ingin berkongsi link karya kedua aku di bawah ini. Sebelum itu aku nak perkenalkan watak-watak imaginasi aku supaya pembaca boleh fefeeling lebih sikit. Check it out!

Park Jiyeon sebagai Adra Ellisya


Son Hojun sebagai Anas Asyraff


Yoo Ah In sebagai Henry


Yoon Siyoon sebagai Iman Haziq


Son Naeun sebagai Nia Qaisara


Miss A sebagai gadis-gadis chic ;)


Untuk bacaan penuh dramanovella ini aku sertakan link-link di bawah. Kalau sudi, baca! Tak sudi tak payah baca lepas tu komplen macam-macam. OK? Chow.