Pages

Saturday, May 29, 2010

♥♥Top Friends♥♥

1. Nik Muhd Dhirar a.k.a John
Di kalangan rakan2 sekelas kita untuk degree,,kaulah manusia pertama yang berani menegur aku (atau mungkin tika itu kau cuba mengorat aku,hehe~) Aku takkan lupa kau tegur aku mase tu kita dalam lab komputer..aku keseorangan sdg buat2 rajin..kau dtg menghampiri dan menegur aku. Aku anggap itulah detik perkenalan kita. Mase tu kita belum sekelas. Kau di semester akhir diploma dan aku pula di semester 02 degree. Sungguh tak disangka kemudiannya kita sekelas di semester 03 degree.. ;)

Mulanya aku taleh blah gak dgn mulut longkang kau membahan aku!! siyes!! tp lama-kelamaan aku rasa dgn cara seperti itu kita lebih mengenal each other dan selesa. tidak berpura-pura suci (hipokrit) dan kita bebas menyatakan apa shj. Lalu kite terus bersahabat...kita mkn sama2,kita hangout sama2,kita karaoke sama2. Sampai suatu saat aku pun diduga oleh-NYA. Aku jatuh sakit. Aku hampir mengalah dgn hidup. Aku ingt lagi,,mase aku sdg terlantar..kau org pertama yg call bertanya kn keadaan aku. Sedang waktu itu kawan2 lain entah hilang ke mana. Terima kasih john!! T__T

Terima kasih aku bkn untuk itu shj. Terima kasih juga atas maki hamun kau,marah kau,kutukan kau terhadap kerja-kerja bodoh aku semasa aku hilang cinta. Aku akui nasihat kau byk yg telah aku gunapakai sehingga beransur-ansur aku kembali menjadi diri aku yg asal. Aku slalu ingt pd hari aku menolong kau mengemas brg2 utk pindah umah..hari itu sbnarnye byk mengajarkan aku. Aku mulai faham apa yg perlu aku lupakan tika itu..dan sms kau yg menjadi kata2 azimat utk aku teruskan hidup masih aku simpan sampai sekarang..

2. Zikril Hafiz a.k.a Heler
Haa!! Kau ah manusia paling pelik dalam kelas..awal2 dulu aku hairan dgn kau..aku perasan kau selalu pandang2 aku,,curik2 pandang. Bile aku pandang kau balik,laju2 kau kalih pandang lain(jgn cuba nafikan). Kau x pernah tegur aku pun..sayangnya aku tak ingat bile kali pertama kita mula bertegur sapa.heheheheh~ Tapi aku ingt punca aku mula rapat dgn kau. Tempat kejadian dalam lab mase kelas encik ROY. Aku telah terkantoikan diri sendiri dgn satu gambar dalam laptop aku. Hahaahaha! bile terkenang semula mmg rasa nk tumbok rusok kau. Sejak itu kau mula mengugut aku dgn macam2 yg bukan2..ada yg terpaksa aku tunaikan demi menutup mulut kau itu..dem~

Kau adalah sahabat pertama yg aku cari apabila wujud rasa tidak tenang dalam hati,masalah melanda diri,updates gossip2 terkini..hahaha..dengan kau aku mudah untuk berkongsi cerita. dengan kau aku mudah untuk meminta..segalanya kau turuti tanpa banyak soal tanya..Hingga kau jatuh cinta semula,kau masih mahu ia dikongsi bersama. Sekarang aku gembira melihat kau gembira. Teruskanlah kegembiraan itu wahai Heler! ;)

3. NoorLiyana a.k.a Yana
Heh!! budak ni pelik ah!! Muka pelik! Perangai pun pelik! Manusia pelik! hahahaha..itulah yg pernah aku katakan dalam hati aku tika aku belum mengenalinya dengan secara rasmi..(jgn marah yana) Tapi aku ini suka memerhati. Walaupun aku tidak rapat dgn dia,aku selalu memerhatikannya. Cuba untuk "membaca" dia. Cuba mendekati dia (walaupun dia x berapa nk layan aku asalnya) hehehehe~ Bermula dgn myspace,berjangkit ke YM dan berganjak ke fesbuk.Hari demi hari aku mula mengenali dia.

Takdir tuhan! Atas suatu kejadian,,keakraban wujud antara aku dan yana. Yana,,kak yin tahu ada "sesuatu" yg kamu pendam..krn itu kamu bersikap pelik. Tapi kak yin rasa sgt bersyukur sbb kamu beri kepercayaan sepenuhnya hingga kamu berani mendedahkan apa yg telah lama kamu pendam itu. Percayalah dik,, semua yg berlaku itu ada hikmah telah menanti kau. Teruskan usaha untuk menjadi lebih baik dan belajarlah dari kesilapan lalu. Kak Yin akan selalu menyokong kamu dan ada untuk kamu jika kamu memerlukan. Ini bkn satu janji tapi satu kepastian utk kamu..Jangan mengalah krn putus asa,tetapi mengalah lah utk menang!! ;)

4. Nur Ainn a.k.a Ainn
Yeahhhh! Ainn,,kau mmg penghibur duka lara aku. Mengenali kau seakan-akan "tiket masuk" utk aku berkenalan dgn rakan2 kita yg lain pula..hahahaha..Terima kasih yg tak terhingga utk kau yg byk telah disusahpayahkan oleh aku. Mengutip aku di bustop setiap hari utk ke kelas. Mengusung aku ke sana ke mari utk berjimba. Aku tidak pernah lupa semua yg kita lakukan bersama. Dan kita semakin akrab bile "serumah" utk sementara ketika kita menjalani sesi praktikal. Ditambah pula kau mengetahui scandal rahsia aku sepertimana Heler yg sering mengugut aku juga tahu akan itu (tapi kau baek ain! kau x ugut!) hehehehe~

Terima kasih krn memperkenalkan aku kpd keluarga kau. Paling aku takkan lupa tajaan "cuti-cuti Malaysia" ke Melaka bersama mak ayah kau. Terbaik beb!!! Untuk kau Ainn,, aku doakan kau mendapat "kemerdekaan" tidak lama lg. Aku rasa kau perlukan "kemerdekaan" itu untuk lebih kenal erti kehidupan sebenar (hrp kau faham). Selamat Maju Jaya!!

5. Fatin Nabilah & Munsif (a.k.a Faten & Septo)
Crazy Couple!! Dalam ramai2 kawan aku yg bercinta,korang ah yg paling saket kepala aku nk handle bile korang bertekak. Hahahahaha! Tapi aku suka cara kalian bercinta. Kewl!! Give & Take. Merajuk mcm mna pun si Faten,kalau Sep da kuarkan ayat2 manis memujuk,pasti Faten cair ibarat ais yg terdedah kpd cahaya terik matahari.. ;p Aku harap jodoh kalian hingga membawa ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat. Amin~

Terima kasih utk kalian yg sudi menjadi sumber rujukan aku tidak kira waktu dan keadaan. Jam berapa pun aku sms kalian,pasti mendapat balasan. Walaupun sekadar memaksa kalian untuk mendengar cerita-cerita bodoh aku. Ngeee~ Aku dgn Faten slalu tdk dpt berahsia lama..pasti aku akan terkantoi juga klau sampai masa..dem! (geram betol aku dgn kau!) Faten,,kau juga antara sahabat terbaek aku. Kau sendiri tahu kita ada tarikan kimia yg tdk dpt menjarakkan kita. Hanya ada satu perkara yg membezakan kita iaitu...... (aku mls nk sebut) ;p Sep,,kau juga antara pendengar setia aku. Walaupun kau tada fesbuk,apalagi blog. Sudah pasti lah kau tdk membaca entri ini. Tapi aku percaya Faten akan menceritakannye kpd kau.. ;)

6. Nurulhaziqah a.k.a GG
Arghhhhhh!! kau ni gile!! mmg gile!! sbb tuh aku berkawan dgn kau!! hahahaha..GG,, u r the best crazy girl i've found. Ngeee~ sejak kita mula rapat,ada saja aktiviti gile yg kita lakukan bersama..terlalu byk!!! Tapi yg akan tersemat kemas dlm hati kak yin ialah otak 2minit kita utk berjimba ke genting hanya berdua..hahahaha!! Awesome!! Mmg keje gile..terasa mcm lesbian couple pun ada mase tu. Hahahahaa! ;)

Sama seperti Ainn,,GG juga sering mengutip aku di bustop utk pergi ke kelas bersama2 setiap hari(sebelum Ainn amek alih) dan kemudian aku pula mengutip beliau secara rempitan pd awal semester akhir lalu. Sekarang sudah ada yg menjaga GG,,iaitu Heler. Kadang2 aku masih cam x caya kalian dah bercinta. Padahal dulu kalian x ubah seperti anjing dan kucing ( korang pilih sndri sapa kucing sapa anjing) kalau berjumpa. Pening aku dibuatnya!! Tapi itulah kan,,pujangga mengatakan cinta itu buta. tapi utk kes kalian ni aku rasa kalian yg buta!! Mengapa dari awal kalian tdk sedar bahawa sebenarnye kalian serasi bersama?? hihihi~

Untuk GG,, thanx for everything u've done..kak yin sgt epy mengenali GG. Teruskan lah ke"GILA"an kau itu. Dan kalau ada rezeki,,seperti yg kita pernah angan2kan..insyaallah kita akan tinggal bersama,,sewa rumah bersama,,tiap2 bulan sopink ke ikea bersama..Hahahahaha!


7.
Ellia, Aween, Haris, Ninie, & Arep.
Bukan aku tidak ada kisah menarik bersama kalian. Cuma agak kurang krn aku tidak selalu bercerita kpd kalian. Tapi aku akui yg kita mula rapat di semester akhir. Sudah mula "sekepala" utk berkongsi cerita. Dan aku percaya ia akan berlanjutan walaupun kita suda jarang bertemu. YM!! ya! YM merupakan medium utama utk aku bergossip dgn kalian. Hehehehe~ Terima kasih kalian!!! ;)

P/S : Nombor yg aku letak ini bkn lah ranking utk memberitahu siapa sahabat yg berada di tangga teratas dan terbawah dlm carta aku. Tapi sekadar mengikut spontaneous idea yg hadir tika aku menulis entri ini. Harap Maklum!

♥♥Antara CINTA & RISIKO♥♥

kalau aku disuruh pilih antara cinta dan risiko,,aku lebih rela memilih risiko! Sebagai contoh,, aku lebih berani mengambil risiko untuk mengebom pejabat pengawal keselamatan UiTM berbanding meluahkan perasaan cinta aku kepada seseorang.. Habis berani pun aku cuma boleh cakap "aku sukakan kau"..hahhaahahha! Sekian.

p/s : (ini adalah entri paling ringkas pernah aku tulis. Macam bangang ok!)
Tuesday, May 25, 2010

♥♥kita adalah SATU♥♥

tiba-tiba aku teringat satu puisi kegemaran aku suatu mase dulu..puisi ni dari filem "ADA APA DGN CINTA".. aku dedikasikan puisi ni utk KALIAN.. =))

SATU NAFAS YANG TERHEMBUS ADALAH KATA

ANGAN, DEBUR DAN EMOSI TERCAMPUR

DALAM JUBAH BERPAUTAN

TANGAN KITA TERIKAT LIDAH KITA MENYATU

MAKA SETIAP APA YANG TERUCAP

ADALAH SABDA PENDITA RATU

DI LUAR ITU PASIR DI LUAR ITU DEBU
HANYA PASIR MENIUP SAHAJA
LALU HILANG
TERBANG TAK ADA
TAPI KITA TETAP MENARI
MENARI CUMA KITA YANG TAHU

JIWA INI TANDU..DUDUK SAJA

MAKA AKAN KITA BAWA SEMUA
KERANA KITA ADALAH SATU~~




Sunday, May 23, 2010

♥♥Arti Sahabat♥♥

Dari awal pagi aku suda rasa berat hati mao ke department,,sengaja aku berlengah2 bersiap,,sengaja aku datang lewat,,sengaja aku bawa moto lambat2.. Setiba aku di department siang tadi mujur sama waktu dgn ketibaan orang2 company yg dtg ke degree show kami utk mencari calon2 designer bg company mereka.. Jadinya keadaan terus bertukar sibuk..masing2 sibuk melayan pelawat2 yg hadir.. Aku pula terus lupa,,lupa sebentar bahawasanya hari ini adalah hari terakhir kami berada di department bersama2.. Bukan aku tak perasan,, ramai yang muka da lain macam.. Walaupun masih bergelak tawa seperti biasa,,bergurau senda seperti bercinta,,usik-mengusik dan bahan-membahan sesama kita.. Aku tahu dalam hati kalian cuba menganggap hari ini adalah seperti hari2 sebelumnya.. Tapi hakikatnya hari ini adalah hari yg istimewa,, hari yg kita takkan lupa,,hari yg kita akan merinduinya,,hari yg pasti meninggalkan kesan dlm hati kalian.. Mungkin silap kita,,sejak awal persahabatan lagi kita terbiasa bersama..segala-galanya kita buat bersama..baik atau buruk tetap bersama hingga kita terlupa suatu saat kita pasti akan berpisah dan semuanya di haluan masing2..tika itu kita tidak dapat lagi bersama...

Petang tadi bila En.Wan minta kita semua berkumpul,aku sudah dapat rasa..pasti akan ada sesuatu yg akan diucapkan,,ada sesuatu akan disampaikan,,ada sesuatu akan diamanatkan.. Ya! Semua tekaan aku itu memang sudah berlaku tadi. Belum pun sampai giliran aku utk berkata-kata,,terlebih dahulu mata aku berkaca-kaca,,dem~ Aku tdk pernah merasai suasana yg begitu syahdu seperti tadi..Segala kata-kata yg terucap dari setiap mulut kalian tadi cukup menyakinkan aku bahawa kalian begitu ikhlas dalam persahabatan kita.. Walaupun kadang-kala kita tewas dgn perselisihan faham kita tidak pernah membiarkan perasaan itu bersarang lama dlm hati kita..

Akhirnya,,kita telah pun berjaya melalui semuanya dgn baik..alhamdulillah~ Sejujurnya aku sangat2 berbangga mengenali kalian,,mempunyai sahabat seperti kalian,,dan sebenarnya aku belum puas untuk bersama-sama kalian..terasa masa terlalu cepat berputaran..Di sini ingin aku ulangi kata2 aku di dalam kelas tadi...TERIMA KASIH KRN MENJADI SAHABAT AKU,,MENGENALI KALIAN ADALAH ANTARA PERKARA TERINDAH DALAM HIDUP AKU..Aku doakan kalian berjaya dalam kehidupan baru selepas ini..Dan harap kita tidak akan pernah terlupa atau melupakan segala yg pernah kita lakukan BERSAMA.
AKU SAYANG KALIAN!

P/S: aku masih menanges teresak2 cam dlm kelas tadi mase tulis entri ni ok! dem~~



Thursday, May 20, 2010

♥♥Final Assessment♥♥

Syukur alhamdulillah,,,akhirnya tekanan,bebanan,tanggungjawab,amanah, dan etc. yang ada dalam diri aku kini telah tamat buat mase ini. Aku sudah pun boleh dianggap telah menamatkan pengajian selama 2 1/2 tahun untuk peringkat ijazah..Aku telah pun melepasi ujian penilaian akhir (internal & external assessment) semalam. Rasa ringan,lega,senang,gembira dan etc. yang tidak terkata.. =) Jadi hanya sisa beberapa hari saja untuk aku dan kawan2 yg telah terbiasa menghabiskan waktu bersama-sama,,berkongsi suka duka,,membahan sesama mereka dan etc. (eyh,byk pula etc nya) ngeee~ Oleh yg demikian,,terselit juga rasa sayu dalam hati untuk berpisah dgn kalian..akan tetapi kite harus meneruskan perjuangan hidup masing-masing kn?? Aku cuma berharap dan berdoa yg persahabatan kite takkan terputus walaupun kite semua di haluan yg berbeda selepas ini..kata orang zaman kini,,"jauh di mata,,dekat di fesbuk",hehehehe~ jadi aku tahu kalian semua gile berfesbuking..so mungkin itu akan menjadi salah satu medium utk kite berhubung selain sms/call (aku taw korang slalu tada credit). =p

Apa-apa pun,,aku ucapkan tahniah krn telah tamat pengajian dan selamat berjaya utk mendapat pekerjaan kpd kalian semua!!! i ♥ u guys!!





Sunday, May 16, 2010

♥♥KLDW-NOVA Exploring The New Media♥♥


Semalam aku bersama gg,heler,sep,faten,ainn,arep,ciken,syakir,ainn & yana berkesempatan ke Galeri Petronas bersempena Kuala Lumpur Design Week 2010. Seawal jam 10am heler tlah menelefon aku dan secara x langsung mengejutkan aku dr lena yg panjang..hihihi..dgn kadar kelajuan maksima aku mandi dan bersiap2 menuju ke lokasi berkumpul kami..kami sebulat suara utk menaiki KTM komuter dan Putra LRT saja smlm utk mengelakkan kesesakan lalu lintas selain drpd menjimatkan wang tol,petrol dan parking..

Exibition yg bertempat di KLCC tu telah memberi peluang aku menjejakkan kaki ke bangunan berkembar itu semula selepas lebih setahun aku tdk ke sana..huh~ letih!! jujur aku akui yg amat2 letih sesekali bergerak menggunakan transport awam..tu belom lg kire soal cuaca yg panas terik skang ni.. tapi disebabkan ada kawan2 yg x penah lekang dgn lawak2 sengal sepanjang perjalanan jd agak berkurangan keletihan & ketensionan aku..

Cite pasal exhibition tu aku sgt2 tertarik dgn hasil karya Haroshi dari Jepun. Terdapat 8buah karya 3Dimensi dari papan luncur terpakai yg direkaubah menjadi jubin2 mozek,titik-titik dan piksel. Haroshi yg merupakan pereka dan peminat sukan papan luncur (skateboarding) telah menggunakan konsep wabi (berpendirian sesuatu yg berubah,musnah atau lapuk) dimamah masa boleh diberikan nafas baru. Hasil gabungan wabi dgn elemen-elemen Barat,beliau menjadikan papan luncur terpakai menjadi objek baru bersesuaian dgn keadaan ruang dan masa kini.


Haroshi Exhibition

Selain dari karya Haroshi terdapat juga karya artis lain seperti DEVILROBOT TOYS,DOTMOV festival,dan THE WINDCATCHER(yg ni pon menarik gak). Di sana aku dpt menonton beberapa filem pendek yg ditayangkan..paling best karya yg berjudul "MISS BLOOD BERRY" by Toru Miyagi & "HOLE IN ONE" by Verena Friedrich. Aku pon tataw cana aku leh tergelak2 tgk muvi pendek ni..huuu~ tapi mmg agak terhibur la..pas selesai tgk exhibition kami pon wat xtvt bebas dlm KLCC tu spt ke Kinokuniya,makan2,bergambar dan bergurau senda smpai merajok2..hahahahah =p I HAD FUN GUYS!!!



Devilrobot Toys

Saturday, May 15, 2010

♥♥Under Graduate♥♥

yey!! internal final assessment da lepas!! heheheh..aku rse seperti satu tekanan & bebanan yg amat amat amat besar selama ni telah pon hilang..palotak da mula ringan..jiwa semakin tenang..hati da mula senang..hahahaha..even external assessment bakal berlaku pd minggu depan,tapi aku tetap berasa sedikit lega sbb internal assessment adalah lebih penting dan menentukan pemarkahan project itu..terima kasih kpd Encik Azly,Encik Yusof dan Encik Jumaddi yg telah menjadi assessor aku kelmarin,,walaupon last questions uolls aku x dpt jawab,,tapi aku da taw jawapan kpd soklan tu selepas assessment..ngeee~ (tu pon en.jamil yg gtaw) ;p so,mulai saat ni aku bule ah di anggap "under graduate" memandangkan hanya beberapa hari jer lg akan menamatkan pengajian aku selama 2 1/2 thn dlm Printing Technology..terasa sedikit sedih nk meninggalkan alam campus ni..uwaaaaaaaaaaaaaaa~~ pasni da mula kne susun strategi utk meletakan diri dlm industri dan bersaing dgn graduan2 lain utk mendapat pekerjaan..huuuu~ semoga aku tdk menganggur terlalu lama dan segera mendapat kerja!!amin~ =)

Tuesday, May 4, 2010

♥♥35 things♥♥

  1. masih ramai lagi kawan2 yang tataw nama penoh aku.
  2. semakin ramai kawan2 yg x cam aku sejak aku da mula bertudung.
  3. aku akan menamatkan pengajian dalam mase terdekat ni..insyaallah~
  4. org yg pertama kali jumpe aku akan teka umur aku lbih muda dr yg sbnar (^^)V
  5. 1st impression org thdp aku besenye,, "kerek minah ni!!" demm~
  6. aku ramai kawan laki & perempuan tapi cuma ada 2org kwn terbaek aku iaitu NURAINA MUSA dan HAFIZA JONID.
  7. aku pnah ditahan polis 2x krn tegar mbawa moto tanpa memakai helmet dan tiada lesen.
  8. mase form 2 aku pnah melanggar anak org ketika menunggang moto dan kemudian segera meninggalkn tmpt kejadian..gile kau!! tibe2 dia muncul,aku x sempat elak kot =p
  9. cinta monyet pertama aku ketika darjah 3..(gatai tul =p) nama beliau hairul izwan..kalau x silap aku..sbb mcm da ingt2 lupa..hahahah..dasar monyet!!
  10. aku sgt suke music dan terjebak dgn gigs2 yg ada band2 kegemaran aku.rmai yg menganggap aku minah indie,,pdhal aku slalunye ke gigs hardcore straight edge.krn mrk sgt energetic..tp i'm not sXe kids ok?! ;) tapi da lama aku x terjebak dgn sume ni..adalah ah hampir 3thn..huhuhu~
  11. i'm not clubberz..wlaupon rmai kwn2 aku yg mengajak aku ke club..sorry,aku x minat! tp aku pnah mencemar duli ke zouk semata2 utk showcase MOCCA n ruums utk showcase NIDJI..hee~
  12. aku x merokok tp x kesah kalau bf aku seorang perokok tegar..hahaha..
  13. sepanjang idup aku,,aku pnah bekerje sbg promoter d Jaya Jusco,operator pengeluaran di Western Digital (mcm harem kilang ni),tolong kwn bniaga d psr mlm,waitress d Westin Hotel,crew event(citrawarna 2008 terbaek!),dan sales consultant d Habib Jewels (paling best!).
  14. dlm clas aku adalah yg paling tua (tp somel) krn aku lewat setahun menyambung degree..tp xpa sbb diorang selalu rasa aku sebaya diorang..ahahhaha..
  15. aku memiliki Diploma Seni Lukis & Senireka (Seni Logam Halus) tp telah menukar kpd Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan..ini krn aku berhasrat utk membuat bisnes printing..akan tetapi bunda aku sgt mao aku menjadi seorang guru.. Mak!! org nak jd penyanyi la! nak masok mentor musim depan..bule yer??!! huu~
  16. aku sgt sgt sgt bersyukur dan epy mengenali clasmet2 aku skang..mrk sgt sgt sgt 'GILE' tp sgt sgt sgt baek sesama kami.. :')
  17. citrawarna 2008 memberi aku kenangan yg sgt manis krn buat pertama kali aku berpeluang mjadi crew event dan mengenal kwn2 bru yg sampai skang masih & telah mjadi antara kwn rapat aku..muahhhxxzz..
  18. aku akan mjadi seorang yg pendiam dan emosi bila aty aku terluka.. T_T
  19. aku sensitif,cpt merajuk tp mudah di pujuk,mudah memaafkan tp sukar melupakan,sinikal dan unpredictable..ngeee~
  20. aku bule cintakan seseorang wlau pon dia mencintai org lain.. =) kan cinta itu x semestinya memiliki..cewah!
  21. Maaf! aku x mkn bawang,taugeh dan kerang..heeeeeeee~
  22. aku x pandai kopek udang menggunakan sudu&garfu..oleh itu bf aku haruslah seorang yg pandai mengopek udang itu! sekian. ;p
  23. mase kecik aku agak tomboy,rambot selalu pendek (boyish),berkulit gelap & sgt lasak.skang aku semakin bersopan santun dan blaja mjadi gadis idaman kpd para jejaka serta menjadi pilihan makcik2 utk mjadikan aku sbg menantu mrk..hahaha =p
  24. aku x pandai berenang,tataw memandu kereta,tataw menjahit wlau pon sebiji butang..ada aku kesah???
  25. aku takot gelap! siyes! aku akan pikir mcm2 perkara yg menakotkan klau berada dlm gelap..huu~ dan aku jg tidak tahan dgn kesejukan..wuwuwuw~
  26. klau aku x smbung blaja ke peringkat universiti mgkin skang aku sdg berbahgia bersama suami dan anak2 tersayang..perghh~~
  27. koleksi shawl aku skang mencecah ke 30helai,,aku sgt mudah terjebak utk membeli shawl2 yg santek di pasaran & juga secara on9..uhhh!
  28. setiap ari aku wajib berfesbuking walaupon utk sejam..(selalunye berjam2..gegegege~)
  29. sejak di suspect H1N1 ogos thn lepas,,kondisi bdn aku sgt lemah dan aku telah hilang berat bdn kire2 7kg..heee~
  30. aku memiliki kuda berenjin otomatik bernama NOUVO S yg menjadi "bf kesayangan" aku skang..WTJ 5302 =)
  31. aku sgt sgt sgt teringin nak buat bungee jumping & rafting..bile ea dpt buat?? hurmm~
  32. antara destinasi yg bakal aku terjah ialah Bandung, Pulau Redang, Sipadan dan Jepun..da bekerja nanti siaplah!!! aku sanggup ikat perot utk simpan dwet ke tempat2 ni..hopefully~
  33. kereta idaman aku ialah SWIFT dan MYVi..dpt Wolksvagen Beetle lg syiokkk..hihihi ;p
  34. skang aku sdg berkawan dgn seseorang yg telah mengembalikan "kehidupan" asal aku..masih di peringat awal..mahu lebih mengenalinya dan terserah kepada takdirNYA..semoga dialah orangnya..amin~
  35. sdg aku menulis entri ni tetibe tingat thesis yg masih belom siap,,CUAK!!ok2..aku rse cukup setakat sini karutan aku utk entri ni..ngeee~ (sambung buat thesis)