
Apa yang aku dengar, dari KLIA FT Island terus ke Doubletree Hotel untuk sesi meet the fans ini. Lebih kurang jam 8.30pm mereka pun kelihatan dan masuk ke dalam Jasmine Ballroom. Sebaik sahaja mereka masuk, fans semua menjerit kegembiraan. Sebelum sesi signature bermula mereka memperkenalkan diri seorang demi seorang menggunakan bahasa Melayu. Sumpah, comel!
Walaupun mereka letih baru sampai, namun mereka tetap melayani fans sambil memberi signature pada poster. Aku amat kagum melihat kecantikan kulit muka mereka. Secara jujur aku katakan, mereka lebih kacak berbanding apa yang aku lihat di youtube dan gambar-gambar. Aku sangat tak sangka mereka ni friendly, walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka cuba juga untuk bercakap dengan fans.
Rasanya semua pun tahu aku sangat menggilai Lee Jae Jin, bassist FT Island ni. So sudah pasti masa turn aku bertemu dia di depan mata adalah moment paling indah untuk aku setakat ni. Sumpah, aku gigil gila dan macam tak percaya dia senyum dekat aku in realiti. Dia cakap je "Hello!" dekat aku dengan muka comel plus hensem nak mati dan killer smile tu terus macam nak gugur jantung. Dengan terketar-ketar aku cakap "Jaejin-ah,,, saranghae~" dan pandang tepat ke mata dia, kemudian dia balas dengan senyuman dan berkata "Komawo". **bleeding nose**
Aku tak dapat ambil banyak gambar semasa sesi fan meeting ni sebab aku lebih utamakan nak tengok muka dan gelagat mereka secara live. Selain Jaejin, aku sukakan Seunghyun. Aku selalu kata pada kawan-kawan k-pop (apakah?hahahaha) Seunghyun ni aku anggap macam adik. Dia ni kelakar sangat dari video-video di YouTube yang aku selalu tengok, dan ia terbukti pada hari itu. Seunghyun sangat playful person!! Kyeoptaaaaaa =)
Ok, sekarang aku nak show off poster yang aku dapat dari pihak penganjur dan ada signature kelima-lima ahli FT Island. Aku akan frame poster ni. Serius!Aku akhirinya entri ni dengan 2 video menarik semasa meet the fans session. Selamat menonton =)
Ini video yang aku katakan Seunghyun sangat playful!!
Ini pula Hongki konon-konon nak speaking,
padahal hapekebendantah yang dia cakap,
at last speak Korean je. Hehehehe =)