Pages

Monday, January 2, 2012

♥♥2012 adalah tahun paling menakutkan♥♥

Omo..omo.. dah masuk 2012!! Tahun yang paling menakutkan buat aku sebenarnya. Selain daripada umur meningkat kepada angka 27. Tahun ni juga adalah tahun yang aku jangkakan akan menamatkan zaman bujang aku. Tapi memandangkan aku tidak menjalinkan sebarang hubungan emosi dan perasaan dengan mana-mana lelaki sekarang, terpaksa ah kahwin tu aku KIV dulu.

So, selain fokus pada kerjaya 200% aku juga mahu berusaha lebih gigih melaksanakan sebanyak mungkin segala perancangan yang telah aku susun untuk tahun ini. Antara yang paling menakutkan adalah backpacking ke Korea pada bulan Mei nanti bersama 6 lagi ahli jemaah. Perkara ni adalah pertama kali dalam hidup aku.

Tahun 2011 aku berjaya menjejakkan kaki ke Bandung, Indonesia dan Singapore. Seperti yang pernah aku janji pada diri sendiri bahawa aku tidak akan ke mana-mana negara luar sekiranya belum menjejakkan kaki ke Bandung. Maka, dengan ini aku telah menunaikan janji itu. So, aku akan mula memikirkan negara-negara lain pula selepas ini.

Memandangkan aku sedang demam Hallyu, Korea adalah negara pilihan aku tahun ini. Setakat ini semua yang dirancang masih on track. Tiket flight akan dibeli dalam bulan ini juga. Aku memilih bulan Mei kerana perlu memberi tumpuan kepada Pesta Buku Antarabangsa terlebih dahulu. Sama seperti tahun lalu, aku ke Bandung dalam bulan Mei juga.

Selain daripada backpacking, tahun ni aku hanya mahu fokus pada kerjaya, pengumpulan harta, dan wang simpanan sahaja. Kemudian aku nak buat apa sahaja yang aku rasa sekiranya aku sudah berumah tangga aku tak akan dapat melakukannya. Yang lain-lain malas nak fikir lagi. Tahun 2011 aku rasa pencapaian terbaik aku adalah apabila berjaya mendapatkan lesen memandu. Ye lah,,, dari dulu lagi aku takut nak ambil lesen. Akhirnya atas beberapa perkara yang teruk berlaku dalam hidup aku, aku nekad juga. Ini demi untuk aku berdiri di atas kaki sendiri.

Ok, sebagai tambahan. Aku berharap tahun ni aku dapat menurunkan berat badan, menjaga kesihatan, tidak tinggal solat dengan sengaja, dan terus membahagiakan keluarga serta menggembirakan sahabat-sahabat yang sentiasa disisi aku. Terakhir sekali aku berdoa hujung tahun 2012 aku dapat pergi ke tempat paling indah di dunia ini. Semoga Allah merahmati usaha aku dan mengabulkan doa-doa aku. Amin.

♥♥Wish List 2012♥♥

Seperti tahun lalu, aku akan ada 5 item dalam wishlist tahunan.
Rujukan: Wishlist 2011

Walau bagaimanapun aku berjaya merealisasikan 2 sahaja iaitu kereta dan jam tangan Fossil. Kereta aku beli sempena hari jadi dan jam tangan aku beli sempena genap setahun bekerja.

Tahun ni aku ada 5 lagi, ayuh! Kita lihat berapa dapat aku realisasikan =)


MP3 Player. Yang lama dah hilang, maka aku perlukan yang baru. Item ini sangat penting memandangkan aku akan ber-backpacking tahun ini.




Mini notebook. Senang nak bawa ke mana-mana. Di rumah aku guna PC.



Fossil Emilia Frame Bags. Tahun lepas dah beli jam tangan. Tahun ni harap dapat beli sebagai hadiah genap 2 tahun bekerja pula.
iPhone 4s. Ni adalah item paling gila kalau aku berjaya beli tahun ni. Aku bukan orang yang gila gadjet, tapi iPhone 4s ni telah buat aku gila mahukannya. Demmit.
Lumix LX5. Kamera!! Aku suka photography. Keinginan terhadap DSLR telah berubah kepada ini. Lebih kecil, ringan dan smart. Hehehehe.