Pages

Thursday, January 26, 2012

♥♥Fly High FT Island♥♥

Hari ni aku stress dengan beberapa perkara. Namun aku gembira dan tersenyum kerana dua perkara.

Perkara 1.
FT Island akan mengadakan konsert di Los Angeles pada 9 March 2012. Bukan solo konsert, tapi bersama 'adik' sekompeni mereka iaitu CN Blue. Ini bermakna muzik mereka sudah tersebar meluas. I'm glad. Aku semakin percaya dan tidak menyesal. Aku yakin aku menggilai sesuatu yang HEBAT! Aku mahu mereka jadi legend dalam masa 20 tahun dari sekarang. Sebab mereka muda belia lagi.

Kalau aku kaya raya dah selamba aku booking tiket flight ke LA dan tiket konsert ni.
Mujur aku belum kaya raya.

Perkara 2.
Esok FT Island akan release teaser mini album mereka pada jam 2pm (waktu Korea). So kira-kira jam 1pm waktu Malaysia. Konfem masa tu semua prims tercangak depan laptop dan PC tunggu teaser tu. Boleh tonton di http://www.youtube.com/ftisland

Selain itu, mini album mereka yang akan release pada 31st January 2012 sudah pun boleh dibuat pre-order nya mulai hari ini. Rata-rata true fans memang dah order ah. Aku berani kerat kuku!! Hehehehe..

Inilah cover album baru tu.
GROWN-UP.

OK, aku letih. Tapi sempat update blog sebab kesayangan-kesayangan aku ni buat aku bangga hari ni. FT Island, sarangheyo!!~