Pages

Sunday, June 27, 2010

♥♥Ganbare, Kikkāzu!!!♥♥


Buat masa ni kalau ditanya apa topik yang paling hebat diperkatakan di seluruh pelusuk dunia, sudah pasti jawapannya BOLA. Semua orang tahu sekarang sedang berlangsung World Cup 2010 di South Africa. Aku tak rasa ada manusia yang tidak tahu bahawa sekarang sedang "demam bola". Adalah sangat tidak masuk akal logika jika ada manusia seperti itu. Sedang orang-orang sibuk dengan bola, tiba-tiba aku teringatkan akan sebuah animasi dari Jepun yang mengisahkan tentang Bola Sepak.

Ganbare, Kikkāzu! Atau diterjemahkan bermaksud "Fight, Kickers!" berasal dari manga yang dilukis oleh Noriaki Nagai dalam majalah CoroCoro Comic dari tahun 1985 hingga 1989. (Jadi animasi ni usianya sama dengan usia aku!)

Ceritanya adalah berkenaan sebuah pasukan bola sepak kanak-kanak sekolah rendah Kitahara, yang berjuang tanpa penyerang yang cekap. Lalu, apabila Kakeru Daichi berpindah ke bandar itu, dia telah menyertai pasukan itu dan berminat untuk menggunakan kemahiran yang diperolehinya dalam pasukan bola sepak kanak-kanak
terkenal "The Falcons". Dengan Kakeru pasukan menjadi lengkap dan mendorong pasukan untuk mencabar "Red Devils" yang merupakan pasukan bola sepak sekolah menengah. Untuk sinopsis lengkap mengenai animasi ini boleh lah kalian membaca sendiri di wikipedia. Hahahaha!! Disini aku hanya ingin menyatakan bahawa animasi ini adalah antara animasi kegemaran aku dan abang aku ketika zaman kecil.

Aku pun sebenarnya tidaklah begitu ingat keseluruhan cerita ini kerana aku memang masih kecil (umur pun tak ingat masa tu) tika animasi ini disiarkan. Tapi apa yang aku pasti dan kekal ingat ialah
tajuk animasi ini. Tak silap aku ia disiarkan waktu pagi pada hari sabtu atau ahad. Kadang kala aku dan abang aku belum lagi mandi tapi terus terconggok di depan tv untuk menonton kartun tanpa menghiraukan bebelan mak aku. Apa yang menarik, kami biasanya akan saling bekerjasama dalam mengejutkan satu sama lain jika salah seorang dari kami masih tidur apabila rancangan-rancangan kartun kegemaran telah bermula. Hahaha! Indahnya zaman kecil~

Selain daripada Kickers, animasi/kartun kegemaran kami sewaktu kecil ialah Gaban, Suria Perkasa Hitam, Thundercats, Transformers, Ultraman, Daddy Long Legs dan beberapa lagi yang aku masih ingat ceritanya tetapi gagal mengingati tajuknya.. Wuwuwuwuw~ :(

Ultraman memberi kenangan pahit (dulu) tapi kenangan lawak (sekarang) pada aku dan abang aku. Suatu ketika dulu sedang seronok kami menonton Ultraman tiba-tiba datang seorang lelaki cina yang merupakan pekerja kedai elektrik Sharp telah dengan selamba mengambil tv 21 inci di rumah aku. Memandangkan taraf kehidupan kami agak mendukacitakan ketika itu,,rupa-rupanya sudah 3bulan bayaran ansuran tv tidak dilaksanakan. Sekali tv kena tarik daaa!!! Hahahaha!

Yang kelakarnya waktu sesi penarikbalikan tv itu ialah abang aku. Dia yang terlalu fanatik terhadap Ultraman begitu marah dengan tindakan lelaki cina itu. Lalu telah memaki hamun (style makian budak2 waktu tu) lelaki cina itu sambil menangis teresak-esak di pelukan mak aku. Hahahaha!! Bongek kau angah!! ;p

Aku pasti sesiapa yang lahir di tahun 80-an pasti tahu akan tajuk2 kartun/animasi yang aku senaraikan di atas. Kecuali Ultraman lah,,sampai sekarang masih wujud dan paling latest Ultraman Cosmos tak silap aku. Kadang-kadang seronok bile teringat kenangan sewaktu zaman kecil. Walaupun aku adik-beradik tidak hidup dengan mewah seperti kawan-kawan yang lain tika itu tapi kami sangat akrab dan bergembira dengan apa yang ada. Berbeza dengan zaman kecil kedua adik aku yang lahir di tahun 90-an.

Kesimpulannya disini,, animasi Kickers ni memang best!! Rugi bagi kedua adik aku yang lahir di tahun 90-an itu kerana mereka langsung tidak tahu tentang animasi ni. Yelah,,mereka zaman animasi Bleach!! Hehehehe~