Pages

Saturday, July 31, 2010

♥♥Jantung Pecah♥♥


Belahlah dada, x-ray lah jantungku T__T

Jantung pecah!! Ya!! Aku tipu saja. Sebenarnya jantung aku belum pecah. Jantung aku hanya berdetak lebih laju daripada kadar denyutan normal sehingga berasa seperti jantung aku hampir pecah. Semuanya berpunca dari panggilan telefon yang aku terima pada hari Rabu lalu.

Apa??? Panggilan hangit??

Panggilan hangit?? Ya!! Sekali lagi aku tipu. Bukan panggilan hangit dari stesen radio Hot.fm yang aku terima. Tetapi panggilan dari sebuah syarikat penerbitan yang mahu memaklumkan bahawa mereka telah menerima resume aku (setelah dua bulan aku hantar) dan meminta aku hadir untuk sesi temuduga. Sedangkan ketika aku menerima panggilan itu, kaki baru sahaja mahu melangkah keluar ke temuduga lain... T___________T

Huarghhhh!!! Macam mana ni???

Mengapalah situasi ini berlaku?? Aku tidak suka betul. Syarikat yang baru menelefon aku tadi adalah syarikat yang aku tunggu-tunggu setiap hari panggilannya. Aku sangat sangat sangat mahu jawatan yang aku mohon di syarikat itu. Ini kerana, sekiranya aku diterima bekerja di sana, ia menandakan jalan untuk aku merealisasikan cita-cita aku hanya beberapa langkah sahaja lagi.. ^_______^

Apa kaitannya dengan kotak ini??

Sebenarnya, segala-gala aku sudah rancang. Segala kehendak, hasrat hati, matlamat, perjalanan karier yang aku inginkan telah tersemat kemas dalam kotak fikiran aku. Hanya dengan jawatan yang aku mohon di syarikat itu mampu memberi aku peluang untuk mengecapi segala yang aku rancang. Namun, kita hanya merancang,, Allah SWT yang menentukan. Maka, aku hanya akan berusaha dengan lebih gigih supaya Allah SWT merestui niat murni aku.


Kini hanya tinggal tiga (3) hari sahaja lagi sebelum aku menjalani sesi temuduga penting itu.................

Sejak semalam aku telah mula gigih memaksa diri membuat sedikit research, tutorial dan beberapa persediaan bagi menghadapi temuduga yang berjaya membuat jantung aku hampir pecah.

Semoga aku tenang dan yakin semasa temuduga itu nanti. Lagipun aku tidak keseorangan menghadiri temuduga itu. Sahabat baik aku sendiri akan menjadi pesaing terdekat aku untuk merebut jawatan tersebut... ^_____^

Walaupun pada mulanya agak terkejut apabila mengetahui bahawa beliau juga mendapat panggilan temuduga dari syarikat yang sama. Memang kami sama-sama memohon kekosongan jawatan di syarikat itu dua bulan lalu. Tetapi jawatan yang berbeza. Bagaimanapun tiada siapa mampu menghalang rencana Allah SWT kan?? Dengan takdirnya DIA telah memberi peluang hebat itu untuk kami berdua bersaing secara sihat demi mendapatkan jawatan itu.. =)

Ya Allah,,,aku yakin engkau telah menetapkan rezeki kami berdua. Siapa pun di antara kami yang berjaya mendapat tempat untuk jawatan itu, aku tetap bersyukur dan pasrah. Namun aku memohon keajaibanMU berlaku kepada kami berdua. Sekiranya urusan ini memberi kebaikan kepada kami berdua, cepat atau lambat KAU takdirkanlah ia buat kami. Takdirkanlah segala yang baik itu buat kami dalam apa keadaan sekali pun. Kemudian KAU redhailah kami dengannya. Amin. Amin. Amin.