Pages

Tuesday, June 21, 2011

♥♥Kawan paling 'jahat' adalah sahabat terbaik♥♥

Aku ada seorang kawan. Lelaki. Lebih muda namun dia matang. Pada awal perkenalan, aku tidak suka dia, tapi tidak pula aku benci. Cuma aku tidak selesa. Dia 'jahat'. Suka mengejek aku, suka membahan aku, suka memerli aku, suka mengutuk aku, suka memarahi aku dan sentiasa menyakitkan hati aku bila mendengar setiap butir kata yang keluar daripada mulutnya.

Lama-kelamaan aku menemui cara terbaik untuk berkawan dengan dia. Kalau dia kutuk aku, aku kutuk dia balik. Kalau dia bahan aku, aku bahan dia balik. Kalau dia perli aku, aku perli dia balik. Kemudian kami semakin 'kamcing'. Dia orangnya baik, telus, jujur dan rasional. Walaupun ada kalanya perangai tak semenggah macam minta aku tumbuk di rusuk kirinya.

Dia cukup kenal aku. Dia tahu bila aku gembira, bila aku berduka, bila aku kecewa. Walaupun aku tidak buka mulut menceritakan apa-apa, dia pasti dapat mengesannya. Itu uniknya dia. Pagi tadi sekali lagi dia buat aku tersentak dan tersentuh. Hanya dengan beberapa perkataan sahaja dia begitu mencuit hati aku.

Dia tahu. Dia rasa. Dia sedar. Aku tidak seperti selalu yang dikenalinya. Namun aku masih memilih untuk berdiam. Berdiam untuk mencari jawapan sendiri. Bukan aku mengenepikan dia atau kawan-kawan yang lain. Cuma dah terlalu banyak mereka berkorban untuk aku sebelum ni. Aku tak mahu menyusahkan mereka lagi.

Mereka percaya aku. Mereka yakin dengan aku. Mereka mengharap pada aku. Maka, aku perlu lakukan sesuatu demi diri sendiri dan demi mereka yang menghargai aku, yang tidak pernah mengkhianati aku, yang sentiasa ada pada saat jatuh bangun aku.

Ya Allah, sesungguhnya aku sedar. Aku memiliki persahabatan suci yang tidak semua orang dapat merasainya. Sering aku lihat dan dengar orang mengeluh kerana tiada persahabatan yang benar-benar ikhlas dalam hidup mereka. Tapi aku ada, aku memilikinya. Sungguh aku bersyukur. Walaupun aku selalu tidak berjaya dalam perhubungan, tetapi aku berjaya dalam persahabatan. Terima kasih Allah.

Dan....

Terima kasih NMD.


Friday, June 17, 2011

♥♥Aku dan Fynn Jamal♥♥

Semenjak aku 'berkabung' ni aku sangat 'sensitif' dan 'emosi' mendengar lagu mahupun membaca puisi-puisi Fynn Jamal. Sebagaimana setiap pagi aku akan buka FB Yuna, begitu juga setiap malam aku akan buka blog Fynn Jamal. Dengan membaca puisi-puisi dia, aku seakan-akan mendapat pengajaran, semangat dan kekuatan untuk teruskan hidup. Aku tak pernah jumpa dia. Tapi kalau aku jumpa dia dalam masa terdekat ni, aku yakin aku akan menangis depan dia dan dengan selamba aku meluahkan semua yang aku rahsiakan dalam hati ni. Sebab aku rasa dia akan faham. Walaupun mungkin dalam hati dia akan kata 'gila dah budak ni'. Aku yang sekian lama sangat sukakan puisi ataupun lagu puisi, memang sangat terkesan dengan puisi-pusi dia. Pada aku ada dua orang perempuan je dalam Malaysia ni sangat talented dalam menghasilkan karya seni. Fynn Jamal dan Yuna Zarai.

Malam ni, entah kenapa aku rasa sangat 'down'. Mungkin aku dah terlalu letih 'berlakon' di hadapan kawan-kawan. Tapi aku tak boleh nak terus hiba dengan dugaan yang Tuhan beri ini. Semua orang kata aku kuat. Aku mampu. Hakikatnya, aku semakin lemah dan ingin saja putus asa. Hanya sisa cinta yang buat aku masih bertahan sekarang. Aku masih mengharapkan petunjuk dari Tuhan, apa yang harus aku lakukan untuk menjadi Rina Idayu yang dulu. Semoga aku menemui jawapannya tidak lama lagi....

Sampai Tua - Fynn Jamal
kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba
kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
takkan ku takut

takkan ku takut
takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita
kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

takkan ku takut
takkan ku takut
takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap kita berpimpinan berdua
sampai tua
aku ada
sampai tua

Saturday, June 4, 2011

♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥

Hari ini hari jadi abah yang ke-55. Semoga abah dikurniakan Allah kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan usia.

Semoga Allah mengizinkan aku untuk memberi kesenangan dan penghargaan kepada abah sebelum dia 'pergi'. Sekarang aku sedang gigih untuk membalas semula jasa abah yang telah membesarkan aku dan memberi aku pendidikan lebih tinggi daripada adik-beradik yang lain.

Walaupun ada kalanya aku tidak sependapat dengan abah, tidak setuju dengan tindakan abah. Namun, dia tetap abah aku. Dan aku merasakan abah meletakkan harapan paling tinggi kepada aku berbanding anak-anak yang lain.

Apa yang aku kecapi sekarang tidak pernah menjadikan aku bongkak kepada adik-beradik yang lain. Malah aku sedang berusaha untuk berkongsi dengan mereka sebanyak mana yang aku mampu.

Hari ni aku tak dapat bersama mereka di rumah. Atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa mengasingkan diri daripada mereka buat masa ini. Tapi aku dah pun call abah pagi tadi. Dan hadiah juga telah aku beri awal, yang dibeli di Bandung tempoh hari.

Abah,
Selamat hari jadi. Kakyang sayang abah
Wednesday, June 1, 2011

♥♥Al-Fatihah♥♥

Ahad lepas aku dikejutkan dengan berita sedih. Salah seorang penterjemah yang aku hormati telah kembali ke rahmatullah. Beliau ialah Tuan Adlie Syamsudin Samsudin. Di ofis beliau duduk di sebelah aku. Bayangkan apa perasaan aku sekarang bila aku toleh sebelah kanan aku, dia tak ada?
Pemergian dia secara tiba-tiba. Sukar dipercaya.

Sehingga hari ni aku akan sayu bila melihat meja dia. Aku rasa macam dia masih ada dengan kami. Cuma dia tak masuk ofis. Barang-barang dia yang masih ada di atas meja membuat aku sebak setiap kali terpandangkan semua itu. Dia seorang yang sangat baik dan mulia hatinya. Dia pasti selalu kami rindui =(

Tuan Adlie Syamsudin,,,
Semoga kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Semoga Syurga Allah menjadi tempat persemadian abadi untukmu.
Amin.

♥♥Paris Van Java, Bandung 2011♥♥

Dah seminggu dah aku balik dari Bandung. 4 hari di sana sangat menguji aku. Sampai je airport dah spoil. Tapi aku sedaya upaya untuk mengabaikan "shit happen" tu. Aku tak izinkan manusia-manusia bodoh yang tak bertimbang rasa merosakkan holiday idaman aku.

Di Bandung semua okey. Aku suka. Especially melihat billboard, banner, bunting si sepanjang jalan (dasar budak percetakan!). Advertising mereka di sana bagi aku sangat kreatif. Berbeza dengan di Malaysia. Billboard kadang-kadang merepek je. Apa lagi tagline iklan tu. Hahaha!

So seperti niat asal aku ke sana, nak bershopping. Aku berjaya menghabiskan Rp3,000,000 dan RM100. Banyak jugak dapat aku beli. Tapi sumpah banyak lagi yang aku tak dapat beli. Tak apa, aku pasti akan ke sana lagi. Aku dah tahu apa yang aku boleh dapat di sana, aku tak dapat di sini. Huhuhuhu.

Keseluruhannya, holiday aku berjalan lancar. Gambar pun aku dah uplod di Facebook. Kalau nak tengok boleh tekan link di bawah ni:


Next destination is Singapore! (InsyaAllah) ^_____^