Pages

Thursday, August 18, 2011

♥♥Infaq Ramadan Kumpulan Cheng Ho♥♥

Pada Sabtu yang lalu aku dan rakan-rakan Cheng Ho telah melaksanakan Program Infaq Ramadhan bagi tahun 2011. Kami memilih untuk pergi menghantar sumbangan berupa barangan dapur serta wang tunai kepada 12 rumah yang bertuah menerimanya. Antara mereka yang menerima adalah warga tua, warga OKU dan ibu tunggal di sekitar Gombak dan Wangsa Maju.

Program ini mengambil masa kurang lebih 4 jam. Kami bergerak secara konvoi beberapa buah kereta dari satu rumah ke satu rumah. Ia adalah antara pengalaman yang terbaik aku dapat semenjak bekerja di PTS. Tahun lepas aku ke Rumah Bakti Anak-Anak Pesakit HIV. Maka aku sudah ada dua pengalaman yang berbeza.

Aku gembira kerana mendapat majikan yang prihatin dengan masalah dan nasib kehidupan masyarakat luar. Mungkin kerana inilah syarikat PTS dilihat 'berkat'. Alhamdulillah, bekerja di sini aku juga merasai tempiasnya. Tempias kebajikan-kebajikan kepada masyarakat. OK, aku letakkan video yang sempat kami rakam ketika program dilaksanakan. Maaf kalau ada aksi-aksi gedik. Hahaha! :D