Pages

Thursday, July 26, 2012

♥♥Day 8: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

26 Mei 2012 | Bangun sengaja lewat. Bermalas-malasan. Dah buka mata, tutup balik, lepas tu buka semula dengan harapan hari ni bukan hari terakhir di Korea. Arghhhhhhhhhhhhh! Tak nak balik! Jeritan aku dimaki Sally. Bangun secara paksa mengemas beg kemudian melangkah longlai ke dalam bilik air. Mandi sambil menangis. OK, nampak sangat menipu.

Kami bersiap-siap, kemas bilik, pastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Tapi mustahil, sudah pasti hati aku akan sengaja aku tinggalkan kepada oppa yang sedang menunggu kami breakfast di bawah. Muahahaha. Perasan!! Kami pikul satu per satu beg turun ke lobby. Berat. Datang dengan satu beg, balik dengan 3 beg. Apakah??! Hahahaha. Kami turun letak beg di hadapan kaunter Guest House. Kami akan tinggalkan beg di situ dan terus check out. Tetapi disebabkan flight kami tengah malam nanti, kami mahu habiskan sisa-sisa masa yang ada untuk ke area Hongik University.

Masa aku sibuk letak beg di depan kaunter, Sally, Niny dan Jie sedang buat breakfast. Moon oppa dan Dahye eonnie memerhatikan pergerakan aku yang ke hulur-hilir. Serba tak kena. Moon oppa dengan muka agak sayu, menongkat dagu di atas meja kaunter menegur aku,

(Perbualan yang sudah diterjemahkan)

Oppa : Awak nak balik hari ni?
Aku : De~
Oppa : Hurmmm..bila awak akan datang Korea lagi?
Aku : Kalau boleh secepatnya. Uh,,, saya sedih. Jangan tanya lagi.
Oppa : Aigooooooo~

Sebenarnya aku suka sangat pada Moon oppa. Opsss! Bukan ah jatuh cinta. Aku cuma interested dengan dia sejak hari pertama. Sebab instinct aku merasakan dia seorang yang baik dan unik. Dia selalu menegur dan bersembang dengan kami waktu breakfast. Aku suka riaksi mukanya setiap kali aku beri dia rasa makanan dari Malaysia. Dan pagi itu aku beri lebihan maggi yang kami bawa dari Malaysia kepada dia sebab tak ada ruang dalam beg nak bawa balik.

Moon oppa punyalah excited dapat maggi tu. Dia ada cakap dengan aku beberapa hari sebelum yang dia sangat suka ramyun (maggi). Sebab tu aku bagi dia baki makanan yang kami ada. Dan paling aku tidak sangka dia sanggup ke 7 eleven untuk membeli ramyun Korea sebagai balasan kepada aku. Sampai sekarang aku simpan ramyun tu, sayang nak makan. Hahaha! Sehingga ke hari ini aku masih berhubung dan berkawan dengannya. Ok, entry lain baru aku cerita fasal dia =p

Bergambar kenangan dengan 
Moon oppa & Dahye eonnie yang super cool!
Bogoshipo! >.<

Seperti dirancang kami mahu jalan-jalan di area Hongik University dulu. Lepak minum di Hello Kitty cafe sekali lagi. Dan kami juga sempat ke Coffee Prince Cafe. Agak jauh ye! Kami hampir tak jumpa, mujur ada 3 orang oppa yang sudi menunjukkan jalan dan berjalan bersama kami ke cafe tu. Tak minum di situ pun sebab sudah dinasihatkan oleh seorang gadis Korea yang kami temui di jalanan agar bergambar saja sudah memadai. Katanya minuman di situ mahal dan tak sedap. Ok, fine! Kami ambil gambar je dan blah. Dah puas meronda sekitar Hongik University. Kami pun berjalan ke Guest House untuk mengambil beg dan mengucapkan selamat tinggal kepada Dahye eonnie then bertolak ke Incheon airport menaiki bas.

 Coffee Prince Cafe

Hello Kitty Cafe

Jam baru menunjukkan pukul 3.30pm, sedangkan flight kami adalah pada jam 12.20am. Sengaja kami awal ke airport sebab nak menghabiskan masa dalam airport. Perjalanan dari Hongdae ke Incheon Airport mengambil masa 40 minit. Bas agak kosong, kemahen kami duduk seorang satu seat. Semua melayan perasaan sedih sampai terlelap. Sampai di airport kami cari tempat yang selesa, maklumlah nak stay sampai ke malam. Ada juga berharap nak shopping di duty free dalam airport. Sally punya peluang terakhir nak ke butik MCM. Namun, ternyata sia-sia jua. Butik MCM terletak di dalam departure hall. Kena check in baru jumpa butik tu. So, paling awal pun adalah 2 jam sebelum masa penerbangan. Sally terus bersabar~

 Goodbye, Hongdae! =(

 Beg-beg kami yang padat dan berat.

 Menikmati jam-jam terakhir di Seoul.

Beratur untuk drop luggage.


Lepas check in, Sally bersemangat mencari butik MCM. Sadis. Semua duty free shop dah tutup. Maklumlah masa tu dah pukul 11.00pm lebih macam tu. Kami berjaya jumpa butik dan cuci mata je tengok display bag melalui cermin butik. Kah kah kah! Hamfeh, ingatkan duty free dalam airport buka 24 hours. Haraaaammmm!! Maka, sedih dan pilulah hati Sally kerana tidak berjodoh dengan MCM. Sobsobsob~ 

 Kesian kan dia ni! =p

Nampak?! Mata dah berkaca-kaca.

Tiba masa untuk berangkat pulang ke Malaysia. Haih~ 8 hari tu aku rasa macam sekejap sangat berlalu. Masih belum puas rasanya. Tapi apakan daya? Sekali lagi kami terpisah dalam flight. Aku duduk bersama Jie dan Sally bersama Niny. Jarak seat kami agak jauh. Perut lapar belum makan malam, tapi pasrah je ah konon nak makan dalam flight. Tepat masa, krew cabin pun mula memberi pengumuman keberangkatan pulang ke Malaysia dan panduan-panduan keselamatan.

Mula-mula aku ok je. Tapi...tapi... sebaik saja flight memecut kelajuan maksima untuk terbang aku terus diam dan sayu memandang ke luar tingkap. Malam. Gelap. Pekat. Hanya lampu-lampu yang aku nampak. Dan pada ketika itu juga ah tidak semena-mena airmata aku menitis. Aku pegang tangan Jie, Jie terus terkesima tengok aku menangis. Aku tahu dia juga sedih. Yang sebenarnya bukan aku menangis sebab nak balik, tapi aku menangis kerana syukur dan gembira kerana akhirnya satu daripada impian aku dah pun terlaksana. Mungkin orang nampak aku hanya pergi ke Korea untuk bersuka-ria. Hakikatnya aku yang lebih tahu apa yang aku dapat dan rasai sepanjang di sana. Ternyata usaha dan susah-payah aku serta kawan-kawan (Jie, Sally, Niny) selama 6 bulan sebelum ke Korea berbaloi-baloi. 

Kami selamat tiba di LCCT lebih kurang jam 6.00am dan kami terus ke surau menunaikan solat subuh. Dan tanpa ragu-ragu aku sujud syukur di situ. 

Seoul! Aku pasti akan kembali ^^