Pages

Wednesday, June 26, 2013

♥♥Lost in Saigon Part I♥♥

Chào các bạn! Ewah~ kemahen nak speaking guna Tiếng Việt (Vietnamese Language) kau kan!!?? Ok, seperti sedia maklum aku telah selamat pulang ke tanah air pada malam Ahad lepas tanpa sebarang kecederaan. Flight Ho Chi Minh ke LCCT malam tu delay 20 minit. So, dah ada kawan-kawan yang asyik bertanya bila nak update blog fasal percutian aku ke Vietnam selama 4 hari minggu lalu. Ya, ramai juga yang tahu aku telah membuat keputusan untuk travel seorang diri apabila sepupu aku tiba-tiba cancel pergi di saat-saat akhir. Melancong ke negara luar seorang diri memanglah tidak pernah terlintas dalam fikiran aku sebelum ini. Ada tu ada, tapi mahu melakukan WWOOF di Korea / Japan. Dan bukanlah dalam masa terdekat ni. Namun, tanpa disengajakan aku telah melancong seorang diri minggu lalu. Nampak aku agak kurang waras di situ.

Destinasi aku kali ni adalah Saigon, Vietnam. Yang turut dikenali sebagai Ho Chi Minh. Aku secara tanpa sedar membeli tiket flight pada February tahun ini. Ini semua terjadi apabila Air Asia sering promo penerbangan mereka dengan harga yang aku mampu membelinya dengan pejam mata. Pffft~ Gila angkuh kau. Tujuan sebenar aku nak ke Vietnam adalah meninjau-ninjau barang-barang yang berpotensi untuk aku dan sepupu berniaga secara online. Selaku editor buku Panduan Memborong di Vietnam terbitan PTS Media Group, adalah tidak mustahil untuk aku terjebak menjejakkan kaki ke sana. Segala sumber dan info berguna sudah aku hadam.


Ok, cukup untuk mukadimah. Aku nak mula cerita ni.


Flight ke Ho Chi Minh yang dijadualkan berlepas pada jam 12.00 tengah hari, Rabu, 19 Jun 2013 tiba di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 2.15PM waktu Vietnam. Waktu mereka adalah lewat satu jam daripada waktu Malaysia. Sama seperti Bandung. Sebaik selesai urusan di kaunter imigresen Vietnam aku pun menuju ke kaunter pembelian kupon teksi. Ketika kakiku sedang melangkah tenang tiba-tiba terlintas di fikiran yang aku tiada alamat hotel tempat aku akan bermalam. Aku yang bijaksana ini hanya print emel berkenaan booking references saja di mana hanya ada alamat emel di situ, bukanlah alamat lokasi hotel.


Cuba untuk berlagak cool, aku pun terus ke kaunter kupon teksi. Seingat aku hotel ini berdekatan dengan Ben Thanh Market. Melalui research aku aku buat hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki saja ke Ben Thanh. Maka, dengan yakin aku meminta kupon teksi untuk ke Ben Thanh. Di sini berlaku situasi panik kedua aku.Gadis pekerja di kaunter itu bertanya kepada aku, zon mana ingin aku tuju. Aku blur sekejap. Terdiam dan mengerutkan dahi. Gadis pekerja yang seperti dapat merasakan sesuatu yang pelik pada aku terus mengambil sekeping kertas melukis peta sekitar Ben Thanh. Buruk lukisannya. Dia pun menunjukkan Ben Thanh yang mempunyai beberapa zon mengikut pecahan jalan yang bersimpang. Haaa, dengan yakin aku sebut District 1. Alangkah terkejutnya aku apabila dia memberitahu bahawa seluruh kawasan Ben Thanh itu adalah District 1. Fine! District yang aku sangka nama jalan sebenarnya adalah seumpama satu seksyen kalau di Malaysia. Panik aku mula tidak dapat dibendung saat itu.


Akhirnya, aku membuat keputusan untuk ke Ben Thanh dan minta gadis itu buatlah zon apa sekalipun asalkan di sekitar Ben Thanh. Dia pun akur. Kemudian aku pun menuju ke parking teksi di luar airport menunjukkan kupon tersebut kepada gadis pekerja beruniform kebangsaan Vietnam berwarna merah. Tidak perlu aku menunggu, datang sebuah teksi di hadapan aku. Gadis pekerja tersebut pun menyuruh aku masuk. Pemandu teksi yang aku kira umurnya belum mencecah 30 tahun dan agak kacak wajahnya itu hanya diam pada awalnya sebaik aku masuk ke dalam teksi. Beberapa minit kemudian dia bertanyakan hotel yang aku akan menginap. Asalnya aku baru nak gembira bila dia bertanya dengan harapan dia tahu lokasi hotel tu.


"Hai Nam Hotel? Do you have their business card?" tanya pemandu teksi muda itu.

"No, I don't have." jawab aku dengan wajah selamba.
"Address?" tanya pemandu itu lagi.
"I don't know." sekali lagi aku jawab dengan wajah selamba.

Terserlah riak wajah pelik pemandu teksi tu apabila mendengar jawapan aku. Aku dapat lihat muka hairan dia melalui cermin pandang belakang. Dalam hati mungkin merasakan aku adalah pelancong paling bodoh pernah dia jumpa. Demm~ Apa kejadahnya kau nak travel tapi tak tahu alamat hotel yang kau dah booking? Mengarut gila. Then, untuk menyangkal anggapan pemandu teksi yang mungkin berasa aku ni bebal, secara yakin aku minta dia drop saja aku di mana-mana asalkan dekat dengan Ben Thanh. Dan dia pun akur.


Selepas pemandu teksi menurunkan aku di bahu jalan betul-betul berhadapan dengan Ben Thanh aku pun mula mencari hotel. Round dua kali di kawasan yang sama aku langsung tidak jumpa hotel itu. Memandangkan aku baru sampai di tempat yang begitu asing itu, aku tidak terus bertanya kepada penduduk tempatan. Aku bimbang dan malu sekiranya mereka juga menganggap aku ni traveller yang bodoh sebab tak simpan alamat hotel. Walau hakikatnya aku memang bodoh sebab terlupa ambil alamat hotel.


Hampir dua jam aku berkeliaran di sekitar Ben Thanh mencari hotel. Cuaca yang panas, perut yang lapar, tekak yang dahaga, semuanya aku abaikan. Yang membimbangkan aku hanyalah mencari hotel dan aku yang belum menghubungi mak aku untuk beritahu aku dah selamat tiba. Pada waktu tu juga bateri fon hampir habis tenaganya dan lebih teruk lagi aku tiada talian internet. Sekurang-kurangnya kalau ada internet bolehlah juga aku google map hotel tu. Aku makin panik.


Akhirnya aku give up. Sedang aku berdiri di hadapan sebuah kedai. Lalu tiga orang gadis Malaysian yang aku nampak agak berbaloi untuk aku tegur dan bertanya. Dan jangkaan aku memang tepat. Sesungguhnya tiga gadis inilah yang menyelamatkan aku daripada tidur di kaki lima malam itu. Mereka bersusah-payah menolong aku untuk mengesan lokasi hotel mengunakan internet di handfon mereka. Namun, agak pelik tidak menemui apa-apa. Mereka yang amat terkejut setelah mengetahui bahawa aku datang seorang berasa risau dan mengajak aku sertai mereka sementara belum menemui hotel yang aku cari.


Mereka berjanji untuk bawa aku ke bilik hotel mereka agar aku dapat menggunakan wireless dan saranan mereka adalah cari hotel lain saja untuk bermalam. Aku pun bersetuju. Sebelum ke hotel mereka, aku mengikut mereka masuk ke dalam Ben Thanh Market bagi mereka menghabiskan saki-baki dong (matawang Vietnam) mereka memandangkan mereka akan pulang ke Malaysia malam itu. Ketika inilah aku diperkenalkan dengan Lily iaitu salah seorang peniaga di Ben Thanh. 


Lily yang warganegaranya Vietnam itu pastilah juga terkejut apabila mengetahui aku ni datang seorang dan tak ada alamat hotel. Masa ni aku mula merasakan seperti diri aku seorang yang amat menyedihkan. Seolah-olah di atas kepala aku ada satu awan besar berwarna hitam yang sedang mencurahkan hujan ke seluruh badan aku (Mohon imagine). Lily yang baik hati itu turut cuba membantu aku mengesan lokasi hotel. Dan dia berjaya menemui alamat hotel itu melalui carian internet yang entah macam mana dia boleh jumpa aku tidak tahu. Aku pun menyalin alamat itu. Sebelum beredar meninggalkan kedai Lily, Lily menyuruh aku membeli simkad telekomunikasi Vietnam. Tujuannya adalah bagi memudahkan aku menghubungi dia sekiranya aku memerlukan bantuan. 


Saat itu sungguh aku bersyukur kepada Allah kerana dalam kesulitan Dia menemukan aku dengan orang-orang yang baik dan ikhlas mahu membantu aku. Rasa nak nangis masa tu. Tapi aku tahu muka aku buruk kalau nangis. So, tak jadi nangis. Berpandukan alamat yang aku dapat daripada Lily tadi, aku bersama tiga gadis tadi pergi mencari hotel itu. Alhamdulillah kami berjaya menemukannya. Aku check in, dan mereka ajak aku pergi makan dulu. Untuk mengenang budi mereka, aku menuruti walaupun tika itu badan aku sudah lemau dan penat. Mereka membawa aku ke Restoran Nasi Briyani Nabil yang bersebelahan dengan hotel mereka. 


Di dalam restoran sambil menunggu pesanan makanan kami siap, Nad memberitahu aku berkenaan lokasi-lokasi restoran halal sekitar Ben Thanh. Nad siap lukiskan peta dari lokasi hotel aku menginap untuk memudahkan aku. Makan malam aku hari itu dibelanja oleh Nad. Nad juga memberikan aku international socket miliknya kepada aku secara percuma even aku mahu membayarnya. Sekali lagi aku berasa seperti aku ini seorang yang sangat menyedihkan.


T____________T Sobs.


Selesai makan, mereka mula mengemas-ngemas beg untuk check out dan ke airport. Aku pun meminta diri untuk pulang ke hotel selepas bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Mungkin akibat terlalu penat sejak tengah hari itu aku tidak berjaya kembali ke hotel aku walaupun mengikut peta yang dilukiskan Nad. Ya, ini bermakna aku SESAT! Pandangan aku nampak bangunan-bangunan di situ seperti sama saja. Hari semakin gelap, sudah hampir waktu maghrib. Akhirnya aku jumpa hotel selepas berlegar-legar 30 minit. Terus saja aku masuk ke bilik.


Mandi serta menunaikan solat Maghrib & Isyak. Aku mengambil keputusan untuk lepak di hotel saja malam itu. Penat. Sangat penat. Menjadi seorang yang sesat bukanlah mudah. Heh.

**bersambung




Sehelai t-shirt yang begitu sesuai untuk aku =)


♥♥Pensel Kontot♥♥

Seperti biasa aku akan update siri penulisan edramanovella aku setiap tiga episod. Airin, Lempeng & Flower Boy sudah masuk episod 9. Terima kasih kepada mereka yang setia membaca dan selamat membaca kepada yang baru jumpa siri ini.


Episod 7 : Cari Pasal


Episod 8 : Konflik Pertama


Episod 9 : Jangan Cabar Saya!
Wednesday, June 19, 2013

♥♥Sepatutnya berdua♥♥

Hari ini aku akan terbang ke Ho Chi Minh city pada pukul 12.00 tengah hari menaiki pesawat Air Asia AK1456. Sepatutnya berdua, dengan seorang sepupu aku. Tapi semalam, selepas berbincang-bincang, sepupu aku tak dapat pergi. Last minit ya! Ok.


Mula-mula aku fikir macam aku pun tak boleh pergi. Bukan tak nak pergi, tapi tak boleh pergi. Confirm ah mak aku tak akan beri keizinan. Dan aku fikir, kalau tak pergi Ho Chi Minh dapatlah aku pergi konsert solo G-Dragon Sabtu ni. Jadi aku sangka, jodoh aku kuat dengan Taeyang sebab dia jadi guest artist untuk konsert itu. Aku pun macam happy sikit. Walaupun hakikatnya aku belum ada tiket.


Semalam lepas solat Asar aku mula berfikir semula. Betul ke aku tak nak pergi Ho Chi Minh? Sedangkan adalah kepantangan aku apabila sudah merancang sesuatu tetapi dibatalkan atas sebab yang bukan berpunca daripada aku. So, aku buat decision untuk pergi. Tapi aku rancang untuk berpakat dengan kaklong aku supaya jangan beritahu mak aku yang aku pergi sana seorang. Bohong sunat orang kata. Ala, bukan nak pergi sana buat jahat pun. Nak pergi shopping raya untuk keluarga aku juga.


Balik kerja semalam aku pun terus pergi rumah kaklong aku. Kami pun merancanglah bagaimana nak 'menipu' mak aku. Sambil tu otak aku masih ligat memikirkan solusi-solusi lain. Maklumlah, tak best jugak pergi jauh=jauh kalau menipu ni. Nanti kalau apa-apa jadi? Siapa yang susah. Dalam pada tu aku dapat PM dari seorang penulis buku yang pernah aku jadi editornya. Beliau memberi pertolongan yang sewajarnya apabila aku memberitahu yang aku ke sana seorang. Penulis ni dah biasa pergi ke Ho Chi Minh atas urusan bisnes. Ahhh..lega sikit hati aku.....dah boleh senyum :)
Tapi aku masih tak sedap hati sebab tak beritahu mak aku perkara sebenar. Akhirnya aku buat keputusan sebelum tidur untuk beritahu mak aku. Alhamdulillah, mak aku dapat faham dan mengizinkan pemergian aku. Itu pun muka dia nampak cool lepas aku cakap ada orang yang akan menolong aku dekat sana. Iaitu kenalan penulis buku yang aku ceritakan tadi. So, aku rasa tak ada apa lagi yang harus aku bimbangkan. Benarlah, kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Maka, aku anggap sahaja semua ni tuhan dah tentukan. Yang aku akan pergi ke sana seorang diri. Aku yakin Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Aku serahkan segala-galanya kepada Allah, agar dia melindungi aku sepanjang berada di sana. Semoga aku mendapat pengalaman bermanfaat dan  pulang dengan selamat.

Terima kasih mak, kerana faham dan percaya dengan saya. Saya akan jaga diri baik-baik. Allah ada akan menjaga saya, insyaAllah =')


Tuesday, June 4, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Saja nak update siri penulisan aku. Mana tahu ada orang sudi baca. Baideway, siri Airin, Lempeng & Flower Boy telah bertukar siarannya pada setiap Isnin. Dan follower penselkontot.com semakin meningkat. Wahhhhhh~~ Terima kasih semua =)


Episod 4 : Lelaki Garang



Episod 5 : Pencarian Gadis Rockstar


Episod 6 : Pertemuan Tragis