Pages

Monday, July 26, 2010

♥♥Sepetang bersama bunda♥♥

Ada apa dengan hari Ahad? Hurm,,,dahulunya Ahad merupakan hari wajib untuk aku keluar bercinta bersama sang kekasih. Tapi itu dulu ya, diulangi DULU!!! Ketika aku beraksi "duet". Semenjak kembali beraksi "solo" hari Ahad biasanya aku lebih rela terperuk dalam bilik ataupun menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Melayan karenah anak-anak buah, bergurau-senda dengan adik-beradik dan juga bermanja-manja dengan mak abah.

Namun, hujung minggu kali ini agak dramatik. Ini adalah gara-gara suatu kejadian yang tidak diingini (tapi sering berlaku) di rumah aku pada malam minggu. Jujurnya aku berdukacita dengan kejadian itu. Cuma sebagai anak yang tidak banyak membantah mahupun mempersoalkan sebarang masalah di rumah, aku hanya berdiam melihat kejadian itu.

Beberapa teman rapat pernah mengatakan bahawa aku memiliki ciri-ciri atau lebih tepat lagi sifat seperti bundaku. Mungkin kerana itu juga aku dapat merasai sekiranya bundaku sedang bersedih hati atau masih terpukul oleh perasaan dek kejadian yang berlaku malam semalam. Aku tahu dan cukup faham bundaku, maka aku dapat merasakan dia tidak ceria sejak pagi tadi.

T_______________T


Langsung tidak nampak senyuman bunda pagi tadi T___T

Lalu dengan itu aku membuat keputusan untuk membuat kek marble kegemaran bunda. Dengan harapan hatinya kembali ceria. Sebenarnya bukannya aku telah membuat bundaku sedih dan berkecil hati. Tetapi orang lain, cuma atas rasa serba salah aku terhadap bunda, biarlah aku menjadi wakil dari adik-beradik untuk memujuk bunda.


Lebih kurang begini kek marble aku. Tadi tiada kamera untuk ambil gambar. Maaf! =)

Ketika aku membuat kek itu tadi, bundaku sedang tidur. Memandangkan petang tadi cuaca begitu dingin dek kerana hujan lebat. Aku pun senyap-senyap membuat kek di dapur seorang diri. Setelah kek siap dimasak, aku pun memotong kek itu serta membancuh nescafe panas. Hujan masih turun diluar, maka aku bercadang mahu minum petang bersama bunda di beranda rumah sambil melihat hujan. Melihat hujan adalah kegemaran aku. ^___^

Setelah minum petang sedia untuk dinikmati, aku pun masuk mengejutkan bunda untuk mengajaknya minum petang bersama (tektik mahu memujuk sebenarnya..hehehe). Mujur bunda tidak membantah dan terus bangun. Kami pun minum petang sambil bersembang-sembang di beranda. Inilah peluang aku untuk mengambil hatinya juga bermanja..hikhikhik =p

Sembang-sembang, makan-makan, manja-manja & etc.
(Perasan kononnya kami pasangan mak & anak yang hot cam cite ni ;p)

Betapa sukanya hati aku apabila melihat bunda begitu gembira melihat kek itu. Kami pun menikmati minum petang itu dengan santai. Entah bagaimana, sembang punya sembang, aku terbuka topik berkaitan asal usul keluarga kami. Macam-macam yang aku tanya kepada bunda. Sebenarnya aku tidak begitu tahu salasilah keluarga kami. Aku hanya tahu keluarga asas kami sahaja. Keluarga besar kami tidaklah aku mengambil tahu (tahu juga, tapi tidak banyak).

Barulah aku tahu, rupa-rupanya keluarga kami banyak mengambil anak angkat dari orang cina dan ada yang berkahwin dengan cina muallaf. Jadi sepertinya aku sudah dapat jawapan mengapa segelintir rakan-rakan mengejek aku "cina" berdasarkan rupa paras aku walaupun aku sering menafikannya. Ini bermakna secara tidak langsung darah cina itu memang ada sedikit dalam keturunan aku.

Selama ini aku hanya tahu yang moyang aku merupakan orang Acheh. Dan alasan yang aku berikan kepada orang yang menanyakan jika aku ada darah campuran cina selalunya begini, "mak saya masa mengandungkan saya selalu bertekak dengan supervisor dia berbangsa cina, mungkin terkenan" (berdasarkan yang pernah bundaku ceritakan juga) Hahahaha! Ternyata aku sudah silap. Jadi aku terpaksa pasrah dengan semua ejekan dan bahanan kawan-kawan aku selepas ini. Huhuhu^^

Mujur aku sudah bertudung, "cina" aku itu tidak terserlah sangat dan kurang sedikit ejekan dari kawan-kawan. Berbanding ketika imej aku free hair,,Ya Allah!! Mahu saja aku menampar mulut-mulut jahat mereka yang menggelarkan aku "cina bukit". Cis!! Hahaha. Kesimpulannya, hujung minggu kali ini amat bermakna kerana aku telah mengetahui sesuatu yang aku tidak pernah ambil tahu. Dan yang penting bunda tidak sedih-sedih lagi, alhamdulillah. Usahaku berbaloi-baloi. Mak,,kakyang saaaayaaannngggg mak!! ^___^



Bunda sempat juga mengusik aku bertanyakan soal kekasih baru. Barangkali takut benar dia kalau-kalau aku tidak kahwin. Arghhhhhhh!! Ini yang kadang-kadang aku malas mahu sembang berdua-duaan dengan bunda. Pasti topik ini tidak terkecuali. Dan aku juga yakin ini ada unsur-unsur hasutan dari makcik-makcik aku. Adoiiii~

Weeewww~ Kawen!!

P/S : Mak, janganlah risau ya?!! Tunggu sahaja siapa yang bakal menjadi menantu mak. Ngeee^^