Pages

Sunday, June 3, 2012

♥♥Doa Termakbul♥♥

Hampir semua kawan-kawan aku tahu yang aku baru pulang dari Korea minggu lalu. Ramai juga yang menunggu entry aku mengenai 8 hari pengalaman backpacking di sana. Sesungguhnya terlalu banyak perkara indah berlaku. Syukur Ya Allah. Malam ini satu lagi doaku termakbul. Rasanya sudah begitu lama aku tidak merasai perasaan ini. Gembira, terharu, syukur. Sekaligus.

Ya Tuhan, terima kasih kerana mendengar dan memakbulkan doa hamba-Mu ini. Seandainya ini memberi kebaikan kepadaku, KAU dekatilah ia padaku, takdirkanlah ia untukku. Hanya KAU yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, aku serahkan segalanya kepada keizinan dan keredhaan-Mu. Amin.