Pages

Saturday, October 30, 2010

♥♥Rumah baru♥♥

Yey! Hari ini adalah antara hari yang menggembirakan dalam hidup aku. Aku telah berpindah rumah buat kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan. Perbezaan kali ini aku tidak lagi bergelar penyewa bilik. Kini aku mempunyai rumah sewa sendiri yang didiami bersama dua orang rakan sepejabat iaitu Kak Shikin dan adiknya Jijah.

Petang tadi secara rasminya aku berpindah ke rumah baru kami. Bagi tidak merisaukan hati bundaku, aku mengajak bunda tidur di rumah baru aku malam ini. Selain bunda, aku turut mempelawa seorang adik, kakak ipar dan dua orang anaknya (anak buah aku) yang begitu teruja mahu ke rumah aku.

Kira-kira jam 830pm tadi, aku siap mengemas, melipat pakaian, mengatur susun letak barang-barang di dalam bilik aku. Oh, aku mula berasa teruja dan tidak sabar mahu membeli set perabot bilik tidur. Sudah bosan tidur sekadar di atas tilam. Mulai gaji bulan hadapan, aku sudah tidak bisa berjimba-jimba membuang wang sesuka hati.

Aku berdoa agar Allah SWT sentiasa membuka pintu-pintu rezeki buat aku. Kerana selepas ini banyak perancangan aku yang memerlukan wang bagi merealisasikannya. Semoga segala yang aku rancang dipermudahkan. Amin.

So, bila dah ada rumah sewa sendiri ni, tahap imaginasi semakin tinggi ah. Hehehehe. Mula berangan-angan mahu hiasan dalaman pada rumah dan bilik yang indah dan menarik. Setakat ini aku dan dua lagi rakan serumah sudah sepakat mahu rumah ini dihias berasaskan tema warna hitam dan putih.

Sofa, kabinet TV, coffee table, dan beberapa barangan elektrik lain semuanya berwarna hitam dan putih. Ngeeee~ Aku yakin ia akan menyusul dengan langsir, wallpaper, perhiasan, lampu ataupun mengecat dinding ruang tamu bertemakan hitam dan putih juga tidak lama lagi. Hihihi!

Agak-agak berapa aku kena bayar kalau nak suruh
'apek' ni decor rumah kami? Hehehehe ;)

Bilik aku nanti aku sudah pilih konsep modern berasaskan warna MERAH, HITAM dan PUTIH. Mungkin seakan-akan gambar di bawah ini...

Erk? Agak keterlaluan rasanya kerana ruang bilik
aku tidak seluas ini. Huhu.

Oleh yang demikian, aku akan merajinkan diri selalu-selalu ke IKEA supaya dapat meng'updates' gaya hiasan dalaman rumah yang terkini dan mengikut trend semasa. Yang penting, WANGnya ADA!! Selamat menabung demi rumah kau agar CANTIK dan SELESA yin!!