Pages

Tuesday, January 10, 2012

♥♥Seumur hidup, pertama kali menang contest♥♥

Seperti tajuk di atas, aku menang contest. Bagi yang follow FB aku mesti tahu macam mana taraf kegilaan aku terhadap FT Island. Dan sudah aku uar-uarkan yang aku akan pergi ke konsert Play! FT Island Asia Tour 2012 pada 14 Januari ni. Dengan tanpa rasa ragu-ragu aku telah membeli tiket Rock Zone berharga RM468.


Penganjur telah membuat dua contest untuk memenangi Meet The Fans Pass. Ini bermakna ada sesi bertemu peminat ah, iaitu pada 13 Januari 2012.

Contest 1 : 50 pemenang daripada Lucky Draw bagi pemilik tiket Rock Zone dan P1
Contest 2 : 5 pemenang daripada I <3 FT Island di mana perlu uplod gambar menggunakan elemen Play.

Dengan itu aku menang melalui contest 2. Tak sia-sia aku yang baru dapat lesen ni memandu dari Putrajaya balik pukul 230am sebab pergi shooting gambar untuk contest ni. Berbaloi-baloi.
Ini dia gambar yang aku edit main suka hati je tu..


Tadi petang aku yang sedang demam suam-suam ni gigih mengikut Gg pergi ambil pass fan meet tu di USJ 9. Sumpah aku menyampah pergi USJ. Jalan jem plus banyak traffic light macam haram. Tapi sebaik aku tiba di ofis penganjur tiba-tiba aku jadi cool. Keh keh keh.

Agak surprised bila tadi aku diberitahu memandangkan aku pemenang top 5, aku akan diberi goodies tajaan Naga Nail Academy. Set Kecantikan Kuku ni aku tak guna pun, tapi tetap happy dapat hadiah selain pass fan meet tu.



Hahahahaha!! Mesti korang pelik kenapa aku blurkan gambar pass tu kan?? Blueeekk =p
So, since aku dah ada tiket. Dah menang meet the fans pass. perlu ah aku lompat bintang kerana terlalu suka, kan? My yeobo Jaejinnie,, sila gembira dapat jumpa saya ya!! Haahaaaahhhaa =)
(Padahal aku yang meroyan dapat jumpa dia)