Pages

Sunday, August 8, 2010

♥♥Selamat Datang Dunia Baru♥♥

Selamat Datang Dunia Baru! Selamat Datang Alam Pekerjaan! ^_____^

Esok bermulalah episod baru dalam siri hidup aku. Setelah bertungkus-lumus untuk menghabiskan pengajian, sudah tiba masa untuk berganjak ke alam pekerjaan. Doaku termakbul juga. Alhamdullilah~

Sekali lagi aku akan menempuh kehidupan yang menuntun aku berdikari. Mengasingkan diri dari keluarga dan sahabat, namun bukan untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab. Tetapi mengasingkan diri agar lebih fokus, lebih menyelami, lebih mengerti, lebih merasai bagaimana kepayahan untuk mencari rezeki.

Ini bukan yang pertama kali, seharusnya aku perlu lebih yakin untuk mengharungi apa pun yang bakal berlaku. Semoga aku selalu bertabah dan bersabar.

Buat sahabat yang selalu bersama pasti akan merasai aku menjauhkan diri. Tetapi, aku punya matlamat tersendiri. Mohon kalian dapat memahami dan mengerti. Kita tidak akan menikmati kehidupan yang hebat sekiranya kita tidak berani untuk keluar daripada kepompong yang kita ciptakan sendiri. Namun, setiap orang mempunyai caranya sendiri. Dan ini adalah cara aku. Semoga aku masih mampu untuk selalu ada buat kalian ketika kalian memerlukan.....^_______^


Makan ais-krim di lokasi rahsia T____T
Yana & Heler




Pesta Jepun dengan Ainn


Berbuka puasa bersama Faten


Partner terbaik untuk shopping, Gjie


Teman berbual di YM, Beba


P/S : Kalian sila jaga diri baik-baik ya!! =')
Friday, August 6, 2010

♥♥Wishlist (Angan-angan)♥♥


Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni.......


Memandangkan aku sudah mendapat pekerjaan......


Bermulalah episod angan-angan Mat Jenin aku......


Walaupun gaji yang bakal diterima mungkin tidak dapat menandingi gaji seorang jurutera, peguam syariah, arkitek, mahupun mereka yang menyertai MLM......


Namun aku tetap gigih berangan-angan untuk memiliki......


TOP 01



SUZUKI SWIFT!!! Yang berjaya membuat aku sasau serta merta jika ternampak di jalan raya, atau lebuh raya walaupun hakikatnya aku tidak memiliki lesen memandu, malah tidak tahu memandu kereta pun. Kalau tak mampu beli Swift, Myvi pun jadilah. Kasihan kau Yin!! T_____T"


TOP 02



Cik NOUVO S kesayangan aku itu akan ditransformasikan jua satu hari nanti!! Tapi bukan seperti dalam gambar di atas ya!! Sudah kelihatan seperti ais-krim pelangi paddle pop aku tengok haa!! Namun aku masih tercari-cari tema yang sesuai untuk Cik Nouvo S aku itu, apa ya??? Hurm.... ^_____^Y


TOP 03



Jam tangan FOSSIL!! Haa,,yang ini sebenarnya sudah beberapa kali nyaris-nyaris dibeli semasa aku bekerja di Habib Jewels. Namun, entah mengapa setiap kali wang terkumpul telah mencukupi ada sahaja masalah lain yang timbul sehinggakan saat kini aku masih kempunan memilikinya. Sebagai tanda protes sudah lebih daripada setahun aku tidak memakai jam tangan... ='(


TOP 04


NIKON DSLR!! Waaaa...yang ini aku sangat teruja. Seandainya aku telah berjaya memilikinya nanti, aku pasti akan bersungguh-sungguh memahirkan diri mengendalikannya. Aku tidak mahu memilikinya hanya sekadar mengikuti trend semasa kerana aku merasakan diri ini juga berbakat dalam bidang fotografi. Hehehehe....Yin, sila jangan perasan! ='>


TOP 05

WHITE GOLD RING!! Sob sob sob,,, yang ini dulu sudah pun memiliki semasa bekerja di Habib Jewels. Walaupun tidak sama seperti digambar. Hahahaha. Tetapi sungguh tidak disangka ia lesap begitu misteri. Sedar-sedar sudah tiada dijari manisku yang tidak runcing itu. Wuwuwuwu~~ Mungkin tercicir di mana-mana. Menangis 3 hari 3 malam aku ketika itu. Jadi, semoga aku berjaya membelinya sekali lagi. Atau aku perlu tunggu pemberian dari sang suami sahaja ya??? Uhuks!! ^______^


Ngeeeee~~ itulah antara item-item yang termasuk dalam wishlist aku. Mulai dari gaji bulan ketiga nanti aku mahu membuat dana peribadi bagi mengecapi keinginan aku memiliki semua atau beberapa item yang tersenarai di atas. Mengapa gaji bulan ketiga?? Haa..kerana aku tahu gaji pertama sudah pasti diperuntukkan kepada keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Gaji bulan kedua pula ada kemungkinan akan dikikis oleh kawan-kawan yang sudah beratur panjang minta dibelanja makan. Huhuhuhu. Maka, kebarangkalian pada gaji bulan ketiga nanti barulah aku dapat menarik nafas lega sedikit dan mula mengumpul dana peribadi itu. Aku mahu menamakan ia sebagai DANA PRA-PERKAHWINAN. Hahahaha! Kalau sudah kahwin nanti tukar nama dana. Ekekeke (^^,)

Sebagai usaha keras untuk memiliki semua item diatas itu, aku akan print gambar-gambar tersebut dan menampalkannya di dinding sebelah cermin ajaib aku. Tujuannya ialah untuk memaksimakan semangat, daya usaha, ketekunan, jatidiri dan etc. supaya segera merealisasikan angan-angan itu. Hikhikhik! Boleh ke?? Ngaaaa~

Marilah sama-sama berdoa semoga semua dipermudahkan olehNYA.......

Mohon sesiapa yang membaca entri ini dan berhasrat untuk memberi sumbangan ke dalam dana aku itu, sila salurkan sumbangan itu ke dalam akaun Maybank yang bernombor 162393731010. Niat murni lagi suci kalian itu aku dahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya =)


Hahahahaha! =p




Wednesday, August 4, 2010

♥♥Thank You ALLAH♥♥

3hb Ogos 2010 akan tersemat kemas dalam ingatan aku apabila menjadi hari yang begitu bermakna buat aku. Setelah genap 2 bulan aku menanti, akhirnya aku telah dipanggil untuk temuduga. Sememangnya jawatan yang aku idamkan disamping tawaran dari syarikat yang aku dambakan. Alhamdulillah............. ^_____^

Terima kasih kepada pihak PTS Professional terutamanya kepada Tuan Fauzul Naim (GM), Tuan Aizat (Pengurus Penerbitan) dan Cik Puan Shazarina (Executive Senior HR) kerana memberi sesi temuduga yang menarik sekali siang tadi. Terima kasih juga atas kepercayaan kalian memberi saya peluang untuk memegang jawatan sebagai Editor Pengurusan PTS Professional.


Terima kasih yang tidak terhingga juga terutama buat Bunda, Abah, Adik-beradik, Abang/Kakak Ipar, Sahabat, Kawan-kawan, Kenalan serta sesiapa sahaja yang sentiasa mendoakan aku segera mendapatkan kerja yang diidam-idamkan. Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.


Dalam kegembiraan aku mendapat pekerjaan, terselit sedikit kesedihan di sanubari aku. Iaitu terpaksa sekali lagi berpuasa tanpa keluarga dan berjauhan dengan anak-anak buah yang disayangi apabila memandangkan aku perlu memulakan hidup berdikari sekali lagi di daerah yang lain. T___________T


Semoga aku bertabah dan bersemangat memulakan "dunia baru" aku sedikit masa lagi. Terima kasih tuhan!!! Alhamdulillah~~~



Gambar sedikit "poyo" ya! Hehe^__^
Sunday, August 1, 2010

♥♥Surat untuk Aina♥♥

Kehadapan sahabat baikku yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semoga kau sihat dan dilindungi Allah SWT.

Aina sahabatku,

Nuraina Musa a.k.a Cikgu Aina

Hari ini 1 Ogos 2010 genaplah 6 tahun kita bersahabat. Aku begitu tersayu hati sebaik sahaja bangun dari tidur pagi tadi apabila mengingati bahawa hari ini adalah "Hari Persahabatan Sedunia" dan ianya merupakan ulangtahun ke-6 persahabatan kita (eh, macam couple pula ada anniversary bagai) ^_____^

UiTM Machang, Malam Ukhuwah 2005

Benarlah kata seorang ustaz yang pernah memberi tazkirah di tempat praktikal aku suatu masa dahulu. Bahawasanya perkara paling JAUH ialah MASA dan apabila masa itu meninggalkan kita, kita tidak pernah akan dapat mengulangi masa yang sama itu sekali lagi.

Studio Fine Art 2006

Rasanya seperti baru semalam aku terlihat kau berbaring di katil hostel kerana demam. Aku yang hanya mahu melintasi pintu bilik kau terus hati terpanggil untuk menjengah dan melihat keadaan kau. Ya, itulah detik permulaan persahabatan kita. Secara tidak sengaja aku yang tidak pernah masuk ke bilik kau tiba-tiba tanpa rasa segan silu duduk disisi katil kau lalu kita bersembang-sembang..Oh! Sungguh syahdu 6 tahun lalu tika itu... =')

Anehnya sebelum itu walaupun kau sering ke bilik aku berjumpa dengan room mate aku si Nuyu itu, aku tidak pernah mahu bersembang mesra dengan kau. Ketika itu aku begitu pelik setiap kali melihat kau yang suka bergelak tawa kuat-kuat dengan Nuyu sedangkan aku yang mendengar perbualan kalian tidak merasa ada sesuatu yang lucu pun. Hahahaha!

Hari demi hari persahabatan kita semakin akrab. Lebih-lebih lagi saat aku diketepikan oleh mereka yang selama ini aku anggap kawan baik, namun kau seorang saja yang nampak "kebenaran" itu. Sungguh mulia hatimu sahabat hingga sanggup dituduh mementingkan diri hanya untuk melindungi aku T________T

Langit tidak selalunya cerah. Persahabatan kita juga pernah diuji Allah SWT. Semua angkara mereka yang tidak pernah berasa senang melihat keakraban kita. Mujur kita lekas tersedar bahawa kita hanya dipermainkan oleh mereka yang suka melihat jika kita bermusuhan. Lalu kita menangis berpelukan selepas solat maghrib bersama apabila menyedari kebodohan kita membiarkan mereka mahu memutuskan persahabatan kita. MasyaAllah~~~

Lapangan Terbang Pengkalan Chepa 2006

Ketika sedikit masa sahaja lagi kita akan menamatkan pengajian di peringkat diploma dulu, pasti kau tidak pernah lupa sekali lagi kita diuji Allah SWT. Saat itu aku sangat bersyukur mempunyai sahabat seperti kau. Dan benarlah Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar. Kita berjaya menepis segala usaha mereka yang ingin menjatuhkan kita berdua. Alhamdulillah~~~

Art Gallery, Diploma Show 2006

Kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri", namun untuk kita aku ubah dihujungnya, "Inikan pula sahabat sejati", adakalanya kita juga tewas dengan kelantangan suara, ketajaman kata-kata, dan kelancangan bicara sesama kita. Akan tetapi kita tidak pernah membiarkan ia bersarang dihati. Maka dengan sifat seperti itulah menjadikan kita tidak hipokrit (syarat utama untuk menjadi sahabat sejati kita ialah "tahan maki") ^__________^Y

Terima kasih atas segala-gala yang kita harungi bersama ketika sebilik di UiTM Machang, serumah di Taman Melati, setempat kerja di Habib Jewels dan selalu bersama aku dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini sekali lagi berjaya membuatkan aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan babak kita di meja belajar di kampus dahulu. Dan dialog-dialog ketika itu masih segar dalam kotak ingatan aku.. hahahaha!

[Selepas aku menerima "bungkusan candy" yang dihantar oleh pihak delivery bersempena Friendship Day pada tahun 2006]


Reyn : Sapa laks yang bagi aku candy ni? Dah la takde nama pengirim. Bungkusan cikai gile.

Aina : Mungkin pengirim tu takde duit kot. Kau tak suke ke?


Reyn : Hurm,,bukanlah tak suke. Nak bagi tu biarlah besar-besar sikit. Coklat murah ni!!


Aina : Hoi!!! sebenarnya candy tu aku yang bagi!! Nak buat surprise kat kau lol!


Reyn : Hahahahahahahahahaha!! Akhirnya kau mengaku.


[Aku masih ingat riaksi muka kau tika itu =>]

Ya Allah,,sungguh mesra kita bergurau senda begitu. Sumpah aku rindukan semua itu. Kau layaknya menjadi darah dagingku. Bukan sekadar sahabat..... T_______T"

One Utama 2009

Walaupun kita sering bersama-sama, kemudian tiba masanya kita berpisah sementara apabila kita membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Kau memilih untuk ke UPSI dan aku memilih ke UiTM Shah Alam sahaja. Saat itu rakan-rakan kita yang lain sudah melangkah lebih jauh dari kita.

Namun kita tidak putus asa, biarpun kita sedikit terlewat dari mereka, kita tahu apa yang kita inginkan dan aku rasa kita tidak tersalah langkah. Sekarang aku sudah tamat pengajian dan bakal menempuh alam pekerjaan sekali lagi ^_____^ Kau pula hanya sedikit masa lagi akan menamatkan pengajian dan sudah pasti bakal bergelar seorang guru. Aku mendoakan kau menjadi seorang pendidik yang berkaliber dan dihormati suatu hari nanti.

One Utama 2009

Akhir kata dari aku,, terima kasih kerana telah menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku selama 6 tahun. Terima kasih menjadi sahabat yang sanggup berhujan, berpanas, bersusah, bersenang, bersedih, bergembira bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh hingga ke hujung nyawa.

Aku sebagai Biskut OREO, Kaulah SUSU pelengkapku. Hahaha ^___^


Yang benar,
Reyn.