Pages

Monday, July 5, 2010

♥♥7 Alasan Mengapa Aku Masih Tidak Bekerja♥♥

Memandangkan ramai yang bertanya tapi aku buat tidak tahu saja, jadi inilah jawapan untuk pertanyaan kalian itu! ;)

1. Aku baru sahaja tamat pengajian, baru sebulan, bukannya setahun ya!


2. Sejak aku tamat persekolahan (SPM) aku terus bekerja. Pelbagai jenis kerja
part time aku pernah lakukan. Malah setelah aku menyambung pelajaran ke peringkat diploma juga aku sentiasa bekerja ketika cuti semester. Tidak ada cuti semester yang aku tidak bekerja.

3. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma aku hanya "melepak" di rumah lebih kurang 2 minggu sahaja, kemudian aku bekerja di Habib Jewels selama 10 bulan, setelah itu aku berhenti untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Sempatlah aku beristirehat selama 2 minggu.


4. Di peringkat ijazah juga aku sentiasa membuat kerja
part time semasa cuti semester.

5. Sekarang aku dalam proses mengenalpasti jenis pekerjaan dalam bidang apa yang paling secocok dengan jiwa aku. Rasanya aku sudah tahu! ;)


6. Aku sudah pun membuat permohonan jawatan di beberapa organisasi swasta dan kerajaan, hanya menunggu maklum balas dari pihak mereka. Aku yakin Allah telah menentukan rezeki aku, cuma belum tiba masanya. Jadi aku akan bersabar dan terus berusaha.


7. Aku penat! Aku letih! Aku jarang dapat beristirehat, jadual kehidupan aku terlalu padat. Jadi aku tidak mahu tergesa-gesa untuk bekerja. Aku tidak mahu mensia-siakan waktu dengan bekerja sembarangan atau dalam erti kata lain "kerja tangkap muat". Kerja yang tidak memberi aku kepuasan serta aku tidak komited terhadapnya malah merugikan aku.

OK tak alasan aku? Hehehehe~ Tapi jika ditakdirkan dalam masa terdekat ini aku mendapat tawaran kerja dari mana-mana organisasi yang telah aku mohon, aku tiada sebarang masalah untuk menerimanya dengan syarat pekerjaan itu bersesuaian dan berbaloi buat aku. Ini kerana aku tahu, jika aku sudah mula bekerja, aku adalah seorang yang workaholic serta materialistic kepada diri sendiri. Aku juga suka berjauhan dari keluarga jika bekerja. Barulah independent kononnya! Haha. So, sementara aku masih mempunyai waktu senggang, aku akan menikmatinya dengan sebaik mungkin bersama keluarga. Ngeeee~ Peace!! (^^)Y

Chill La Cha!!!