Pages

Saturday, June 4, 2011

♥♥Selamat hari jadi, Abah♥♥

Hari ini hari jadi abah yang ke-55. Semoga abah dikurniakan Allah kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan usia.

Semoga Allah mengizinkan aku untuk memberi kesenangan dan penghargaan kepada abah sebelum dia 'pergi'. Sekarang aku sedang gigih untuk membalas semula jasa abah yang telah membesarkan aku dan memberi aku pendidikan lebih tinggi daripada adik-beradik yang lain.

Walaupun ada kalanya aku tidak sependapat dengan abah, tidak setuju dengan tindakan abah. Namun, dia tetap abah aku. Dan aku merasakan abah meletakkan harapan paling tinggi kepada aku berbanding anak-anak yang lain.

Apa yang aku kecapi sekarang tidak pernah menjadikan aku bongkak kepada adik-beradik yang lain. Malah aku sedang berusaha untuk berkongsi dengan mereka sebanyak mana yang aku mampu.

Hari ni aku tak dapat bersama mereka di rumah. Atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa mengasingkan diri daripada mereka buat masa ini. Tapi aku dah pun call abah pagi tadi. Dan hadiah juga telah aku beri awal, yang dibeli di Bandung tempoh hari.

Abah,
Selamat hari jadi. Kakyang sayang abah