Pages

Sunday, September 14, 2014

♥♥Day 2 : Spring Backpacking Seoul - Busan 2014♥♥

Lepas bangun dan ambil giliran mandi, memasing bersiap dan prepare bekalan makanan untuk hari ni. Haa, ini style aku kalau travel. Aku memang akan bawa makanan daripada Malaysia. Selain memikirkan soal halal-haram makanan di negara orang, aku juga menitikberatkan hal meminimumkan kos perbelanjaan semasa travel. Bukan ah langsung tak makan di restoran, tapi kalau dah sehari kau nak makan 3-4 kali, takkan setiap kali tu makan kat restoran?? Kalau nak macam tu memang kau takkan dapat pergi Korea dengan bajet below RM3k la.

Aku bab makan tak kisah sangat. Nasi segera yang mudah didapati dekat mana-mana convenience store di Seoul ni, berlaukkan sambal ikan bilis kering bersama serunding daging dah cukup mengenyangkan perut aku. Sebenarnya kalau korang rajin cari, dekat Tesco or Giant tu banyak je jual lauk-lauk instant yang hanya perlu dipanaskan menggunakan microwave. Masak kurma, masak lemak cili, kari, black pepper, macam-macam ada.

Destinasi pertama kami hari ni ialah Everland Resort. Memandangkan trip pertama kali dulu kami dah pergi Lotte World, so kali ni kami memilih Everland. Maka, diorang yang tak pernah jejak Lotte World terpaksa akur saja dengan keputusan kami ke Everland. Dari guest house kami nak ke Everland agak jauh perjalanannya. Lebih kurang sejam perjalanan merentasi kira-kira 25 station dan beberapa kali bertukar subway line. 

Gambar pertama sebaik tiba di perkarangan Everland Resort.

Aku bersyukur sebab masih ada rezeki aku nak tengok pokok Cherry Blossom dekat Everland. Kebanyakan tempat dah habis gugur bunga ni. Yang ada dekat Everland ni pun saki-baki je. Jadi, aku tetap kempunan nak tengok yang betul-betul blooming. Tapi, aku masih bertuah kerana datang pada waktu Festival Tulip sedang berlangsung. Jadi walaupun cherry blossom dah tak banyak, bunga tulip dan bunga-bunga lain masih berkembang cantik di sini. 

Aku photo bomb Kakya masa dia tengah posing ayu.

Mintak maaf ah, Kak Jah terover eksaited nak bergambar dengan bunga.



Everland ni sebenarnya lebih kurang macam Lotte World. Tapi Everland jauh lebih besar kawasannya sehingga kami tak dapat nak jelajah semuanya. Kalau nak round satu Everland, alamatnya sampai ke malam kami dekat sini jelah. So, kami pergi taman-taman yang highlights je dalam ni. Dalam banyak-banyak tu dekat Safari Park paling best aku rasa. Aku betul-betul teruja tengok binatang-binatang dia yang bijak dan jinak. Memang salute pada trainer-trainer binatang dekat sini. Cerita pasal bunga Tulip, aku 1st time tengok bunga Tulip yang hidup. Tapi aku tak puas hati sebab kenapa bunga Tulip hidup tetap nampak macam bunga plastik. Berkali-kali aku pegang nak konfemkan hidup atau plastik. Memang hidup! >.<

Binatang-binatang jinak. (Kau serius Yin, ni jinak???)


Pelbagai species Tulip.


Group selfie.

Sebagai peminat muzik kpop yang tegar. Ada satu kedai yang berbahaya kepada kami di dalam Everland ni iaitu YG Shop. Dalam kedai ni menjual pelbagai merchandise artis-artis YG Entertainment seperti Bigbang, 2NE1, dan Psy. Malah, kita boleh menonton Hologram Concert dan bergambar dengan artis YG menggunakan camera digital yang berjaya buat gambar itu nanti tampak real. Ini serius. Aku, Sally dengan Kakya sangat jakun dengan camera tu. Dan kami tergamak bergambar berkali-kali tanpa mempedulikan customer lain demi menghasilkan gambar dengan Bigbang yang terbaik. Gambar tu boleh print dan dijual dengan harga KRW5,000 sahaja. Hasil gambar kami bersama Bigbang tidak akan dikongsikan di sini. Sorry~ Kihkihkih.

Hologram Concert Hall.

YG Shop

Gambar terakhir sebelum balik.

Oleh sebab itinerary hari ni kami ada dua lagi destinasi nak pergi, kami blah dari Everland kira-kira pukul 5.00pm. Kami terus ke Gangnam Underground Market untuk sesi shopping fasa pertama. Gangnam Underground Market ni kawan aku seorang Korean yang suggest-kan. Katanya barang murah-murah. Bila aku pergi sendiri, betullah seperti yang dikatakan. Murah! Tapi bukan semua barang dekat sini kena dengan selera aku. Tapi sempat jugaklah aku rembat dua helai baju dan beberapa barang kosmetik. Hehehe. Nak tengok apa yang menarik dekat sini boleh klik link ni http://cuteinkorea.com/lets-go-shopping-gangnam-station/

Last destination kami hari kedua ni adalah tempat yang akan membuat hati aku berdebar-debar nak pergi. Dalam perjalanan dari Gangnam nak ke tempat tu je pun dah buat aku resah, gelisah, tersenyum, tersengih, kejap-kejap tengok cermin, kejap tanya Kak Nani tudung aku nampak elok tak, dan macam-macam perangai lagi. 

Ok, tempat tu ialah Cube Studio Cafe ataupun Cube Entertainment. Hangpa kalau tak minat kpop memang tak tahu dan takkan datang tempat cenggini. Actually, Cube Studio ni ialah bangunan tempat Beast, 4 Minute, BtoB dan lain-lain artis Cube menjalani sesi latihan mereka. Kira macam tempat kerja depa la ni. Tapi di tingkat bawah bangunan ini terdapat sebuah cafe yang peminat atau sesiapa saja boleh datang lepak minum-minum kopi.

Interior luar dan dalam bangunan

Masa dekat dalam ni aku la yang akan paling eksaited sebab aku seorang je dalam kalangan kami yang merupakan peminat Beast. Tapi Niny dengan Sally eksaited jugak sebab dua orang ni berkongsi kasih dengan Lee Kikwang. Harharhar. Sedaya upaya aku cuba bersikap seperti peminat normal yang beretika lagi berkarisma selama berada dalam Cube Cafe ni. Padahal dapat pakai wifi cafe ni je dah rasa gila macam bernafas di ruang udara yang sama dengan Doojoon. Hahaha.

Sempat aku tanya-tanya pekerja Cube Cafe ni sama ada Beast ada di tingkat atas (dance studio) ke tidak. Pekerja tu kata tak ada. Tapi muka dia nampak macam menipu je, mungkin takut aku buat sesuatu di luar jangkaan dalam cafe tu. Di perkarangan luar ada dua buah van hitam bercermin gelap. Itu menunjukkan mesti ada artis yang sedang practice dekat dance studio tingkat atas. Lagi aku yakin, sebab tengah lepak-lepak minum dekat bawah pun dapat dengar hentakan-hentakan kaki dan muzik macam orang tengah practice dekat tingkat atas. 

 Nama-nama artis di bawah naungan Cube Entertainment

Hand print Beast.

Daripada bacaan aku di blog-blog B2UTY (nama bagi fandom Beast), ada fans yang bertuah dapat jumpa artis mereka dekat cafe ni. Biasanya artis yang nak ke studio di tingkat atas tu akan melalui ruang cafe terdahulu kerana itu sahaja laluan ke pintu practice studio mereka. Aku tak ada luck malam tu, tak jumpa sesiapa. Tapi tak kisah pun sebab aku bukan tak pernah jumpa Beast langsung :)

Selepas kami lepak-lepak kejap hilangkan lelah penat seharian dekat Cube Cafe, aku pun dah setel shopping merchandise Beast bagai tak ingat dekat situ. Kami pun bergerak pulang ke guest house kira-kira jam 11.00pm.

Bajet

Everland ticket admission : KRW35,000 (Use discount voucher)

Normal price : KRW44,000 (1 day pass) KRW36,000 (after 3.00pm)