Pages

Saturday, July 31, 2010

♥♥Jantung Pecah♥♥


Belahlah dada, x-ray lah jantungku T__T

Jantung pecah!! Ya!! Aku tipu saja. Sebenarnya jantung aku belum pecah. Jantung aku hanya berdetak lebih laju daripada kadar denyutan normal sehingga berasa seperti jantung aku hampir pecah. Semuanya berpunca dari panggilan telefon yang aku terima pada hari Rabu lalu.

Apa??? Panggilan hangit??

Panggilan hangit?? Ya!! Sekali lagi aku tipu. Bukan panggilan hangit dari stesen radio Hot.fm yang aku terima. Tetapi panggilan dari sebuah syarikat penerbitan yang mahu memaklumkan bahawa mereka telah menerima resume aku (setelah dua bulan aku hantar) dan meminta aku hadir untuk sesi temuduga. Sedangkan ketika aku menerima panggilan itu, kaki baru sahaja mahu melangkah keluar ke temuduga lain... T___________T

Huarghhhh!!! Macam mana ni???

Mengapalah situasi ini berlaku?? Aku tidak suka betul. Syarikat yang baru menelefon aku tadi adalah syarikat yang aku tunggu-tunggu setiap hari panggilannya. Aku sangat sangat sangat mahu jawatan yang aku mohon di syarikat itu. Ini kerana, sekiranya aku diterima bekerja di sana, ia menandakan jalan untuk aku merealisasikan cita-cita aku hanya beberapa langkah sahaja lagi.. ^_______^

Apa kaitannya dengan kotak ini??

Sebenarnya, segala-gala aku sudah rancang. Segala kehendak, hasrat hati, matlamat, perjalanan karier yang aku inginkan telah tersemat kemas dalam kotak fikiran aku. Hanya dengan jawatan yang aku mohon di syarikat itu mampu memberi aku peluang untuk mengecapi segala yang aku rancang. Namun, kita hanya merancang,, Allah SWT yang menentukan. Maka, aku hanya akan berusaha dengan lebih gigih supaya Allah SWT merestui niat murni aku.


Kini hanya tinggal tiga (3) hari sahaja lagi sebelum aku menjalani sesi temuduga penting itu.................

Sejak semalam aku telah mula gigih memaksa diri membuat sedikit research, tutorial dan beberapa persediaan bagi menghadapi temuduga yang berjaya membuat jantung aku hampir pecah.

Semoga aku tenang dan yakin semasa temuduga itu nanti. Lagipun aku tidak keseorangan menghadiri temuduga itu. Sahabat baik aku sendiri akan menjadi pesaing terdekat aku untuk merebut jawatan tersebut... ^_____^

Walaupun pada mulanya agak terkejut apabila mengetahui bahawa beliau juga mendapat panggilan temuduga dari syarikat yang sama. Memang kami sama-sama memohon kekosongan jawatan di syarikat itu dua bulan lalu. Tetapi jawatan yang berbeza. Bagaimanapun tiada siapa mampu menghalang rencana Allah SWT kan?? Dengan takdirnya DIA telah memberi peluang hebat itu untuk kami berdua bersaing secara sihat demi mendapatkan jawatan itu.. =)

Ya Allah,,,aku yakin engkau telah menetapkan rezeki kami berdua. Siapa pun di antara kami yang berjaya mendapat tempat untuk jawatan itu, aku tetap bersyukur dan pasrah. Namun aku memohon keajaibanMU berlaku kepada kami berdua. Sekiranya urusan ini memberi kebaikan kepada kami berdua, cepat atau lambat KAU takdirkanlah ia buat kami. Takdirkanlah segala yang baik itu buat kami dalam apa keadaan sekali pun. Kemudian KAU redhailah kami dengannya. Amin. Amin. Amin.



Friday, July 30, 2010

♥♥Optimism♥♥


Sekurang-kurangnya aku mengenali siapa pesaing aku. Dan beliau seorang yang selalu aku kagumi. Rezeki setiap manusia ditentukan olehNYA. Aku hanya perlu berusaha dan bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan. Yin, sila optimis!! ^__________^

Monday, July 26, 2010

♥♥Sepetang bersama bunda♥♥

Ada apa dengan hari Ahad? Hurm,,,dahulunya Ahad merupakan hari wajib untuk aku keluar bercinta bersama sang kekasih. Tapi itu dulu ya, diulangi DULU!!! Ketika aku beraksi "duet". Semenjak kembali beraksi "solo" hari Ahad biasanya aku lebih rela terperuk dalam bilik ataupun menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Melayan karenah anak-anak buah, bergurau-senda dengan adik-beradik dan juga bermanja-manja dengan mak abah.

Namun, hujung minggu kali ini agak dramatik. Ini adalah gara-gara suatu kejadian yang tidak diingini (tapi sering berlaku) di rumah aku pada malam minggu. Jujurnya aku berdukacita dengan kejadian itu. Cuma sebagai anak yang tidak banyak membantah mahupun mempersoalkan sebarang masalah di rumah, aku hanya berdiam melihat kejadian itu.

Beberapa teman rapat pernah mengatakan bahawa aku memiliki ciri-ciri atau lebih tepat lagi sifat seperti bundaku. Mungkin kerana itu juga aku dapat merasai sekiranya bundaku sedang bersedih hati atau masih terpukul oleh perasaan dek kejadian yang berlaku malam semalam. Aku tahu dan cukup faham bundaku, maka aku dapat merasakan dia tidak ceria sejak pagi tadi.

T_______________T


Langsung tidak nampak senyuman bunda pagi tadi T___T

Lalu dengan itu aku membuat keputusan untuk membuat kek marble kegemaran bunda. Dengan harapan hatinya kembali ceria. Sebenarnya bukannya aku telah membuat bundaku sedih dan berkecil hati. Tetapi orang lain, cuma atas rasa serba salah aku terhadap bunda, biarlah aku menjadi wakil dari adik-beradik untuk memujuk bunda.


Lebih kurang begini kek marble aku. Tadi tiada kamera untuk ambil gambar. Maaf! =)

Ketika aku membuat kek itu tadi, bundaku sedang tidur. Memandangkan petang tadi cuaca begitu dingin dek kerana hujan lebat. Aku pun senyap-senyap membuat kek di dapur seorang diri. Setelah kek siap dimasak, aku pun memotong kek itu serta membancuh nescafe panas. Hujan masih turun diluar, maka aku bercadang mahu minum petang bersama bunda di beranda rumah sambil melihat hujan. Melihat hujan adalah kegemaran aku. ^___^

Setelah minum petang sedia untuk dinikmati, aku pun masuk mengejutkan bunda untuk mengajaknya minum petang bersama (tektik mahu memujuk sebenarnya..hehehe). Mujur bunda tidak membantah dan terus bangun. Kami pun minum petang sambil bersembang-sembang di beranda. Inilah peluang aku untuk mengambil hatinya juga bermanja..hikhikhik =p

Sembang-sembang, makan-makan, manja-manja & etc.
(Perasan kononnya kami pasangan mak & anak yang hot cam cite ni ;p)

Betapa sukanya hati aku apabila melihat bunda begitu gembira melihat kek itu. Kami pun menikmati minum petang itu dengan santai. Entah bagaimana, sembang punya sembang, aku terbuka topik berkaitan asal usul keluarga kami. Macam-macam yang aku tanya kepada bunda. Sebenarnya aku tidak begitu tahu salasilah keluarga kami. Aku hanya tahu keluarga asas kami sahaja. Keluarga besar kami tidaklah aku mengambil tahu (tahu juga, tapi tidak banyak).

Barulah aku tahu, rupa-rupanya keluarga kami banyak mengambil anak angkat dari orang cina dan ada yang berkahwin dengan cina muallaf. Jadi sepertinya aku sudah dapat jawapan mengapa segelintir rakan-rakan mengejek aku "cina" berdasarkan rupa paras aku walaupun aku sering menafikannya. Ini bermakna secara tidak langsung darah cina itu memang ada sedikit dalam keturunan aku.

Selama ini aku hanya tahu yang moyang aku merupakan orang Acheh. Dan alasan yang aku berikan kepada orang yang menanyakan jika aku ada darah campuran cina selalunya begini, "mak saya masa mengandungkan saya selalu bertekak dengan supervisor dia berbangsa cina, mungkin terkenan" (berdasarkan yang pernah bundaku ceritakan juga) Hahahaha! Ternyata aku sudah silap. Jadi aku terpaksa pasrah dengan semua ejekan dan bahanan kawan-kawan aku selepas ini. Huhuhu^^

Mujur aku sudah bertudung, "cina" aku itu tidak terserlah sangat dan kurang sedikit ejekan dari kawan-kawan. Berbanding ketika imej aku free hair,,Ya Allah!! Mahu saja aku menampar mulut-mulut jahat mereka yang menggelarkan aku "cina bukit". Cis!! Hahaha. Kesimpulannya, hujung minggu kali ini amat bermakna kerana aku telah mengetahui sesuatu yang aku tidak pernah ambil tahu. Dan yang penting bunda tidak sedih-sedih lagi, alhamdulillah. Usahaku berbaloi-baloi. Mak,,kakyang saaaayaaannngggg mak!! ^___^



Bunda sempat juga mengusik aku bertanyakan soal kekasih baru. Barangkali takut benar dia kalau-kalau aku tidak kahwin. Arghhhhhhh!! Ini yang kadang-kadang aku malas mahu sembang berdua-duaan dengan bunda. Pasti topik ini tidak terkecuali. Dan aku juga yakin ini ada unsur-unsur hasutan dari makcik-makcik aku. Adoiiii~

Weeewww~ Kawen!!

P/S : Mak, janganlah risau ya?!! Tunggu sahaja siapa yang bakal menjadi menantu mak. Ngeee^^

Sunday, July 18, 2010

♥♥Bon Odori Festival 2010♥♥

Sudah lama teringin mahu pergi ke festival ini. Maklumlah, hendak pergi ke negara Jepun sepertinya masih lama lagi. Hehehe^^ Jadi mari kita rasai dulu bagaimana suasana perayaan orang-orang Jepun... Bon Odori Festival!! Dozo dozo.. =">


Setelah berjaya mempengaruhi beberapa orang teman untuk turut serta ke festival ini, aku pun pergi bersama Ainn, John, Eja, dan Heler. Ciken dan Arep pun ada,tapi mereka datang kemudian, jadinya lewat sedikit. Di sana tidak sangka pula terjumpa kawan Ainn,,namanya Sani. Dia rakamkan gambar ini....



Tidak cukup dengan itu, aku paksa Heler pula rakam gambar ini. Dari kiri John, Eja (kekasih John), aku dan Ainn. Masa ini masih cerah lagi, kira-kira jam 630pm..



Sementara festival ini bermula aku sempat rakam beberapa gambar gadis-gadis comel memakai YUKATA. Eh! Yang kiri itu gadiskah?? Hahahaha~ Yang pasti AKU JELES!!! T____T




Ini pula gambar ketika persembahan pembukaan festival Bon Odori semalam. Mereka bermain alat muzik seperti Rebana (kalau di Malaysia). Di sekeliling pemuzik itu terdapat gadis-gadis comel menari menggunakan kipas.




Lebih kurang seperti ini gaya mereka menari dengan menggunakan kipas dan memakai Yukata. Apa yang aku lihat step-step tarian itu mudah dan berulang-ulang. Semua pengunjung juga ikut menari.



Aku begitu teruja melihat anak-anak kecil juga turut memakai Yukata. Sumpah! Sungguh comel!! Tidak percaya lihat ini....



Sebelum balik aku sempat posing berlatarbelakangkan pengunjung-pengunjung yang sedang menari. Ramai bukan??? Itu kipas yang diberi secara percuma kepada setiap pengunjung yang hadir. Heee~


Oh ya! Kekasih aku hilang di festival itu. Aku gagal menemukannya semula. Ini gambar dia,,kalian yang pergi semalam ada nampak beliau tak?? =p


Tak mengapalah! Mungkin dia telah diculik oleh sekumpulan gadis ini. Ek elleh!! Tak mahu pandang konon,,dah culik boyfriend aku taknak mengaku pulak!! Cis!! ^______^ Hahaha!


P/S : Untuk Bon Odori Festival tahun depan aku berhasrat dapat hadir dengan memakai Yukata. So ii desu ne!!! Kawaiiiii~~ ^____^



Monday, July 12, 2010

♥♥Ya! sudah 25 tahun♥♥


Ya! Aku sudah berumur 25 tahun pada hari ini. Nampaknya tinggal 5 tahun sahaja untuk angka depan bertukar ke nombor 3. 5 tahun itu bukannya lama, pejam celik pejam celik pasti muncul juga tahun 2015. Aku berharap ketika itu jika ditakdirkan aku masih belum menemui jodoh (target nak kahwin pada usia 27, hihihi~) sekurang-kurangnya biarlah aku telah mempunyai kerja tetap, ekonomi yang kukuh, sedikit wang simpanan dan aset bernilai hasil usaha diri sendiri. Amin.

Tahun lalu aku begitu berdukacita pada hari lahir aku atas sebab-sebab tertentu. Hanya beberapa orang teman rapat yang tahu apa berlaku pada aku ketika itu. Namun, semua itu telah aku jadikan sempadan dalam hidup. Tidak mungkin aku dapat melupakannya, tapi aku tidak akan bersedih lagi jika teringat akan peristiwa itu.
Haaa..tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang sudah.

Tahun ini aku menyambutnya bersama seorang anak kecil yang menjadi kesayangan aku. Lahir pada hari jadi aku tahun lalu. Dia ialah Muhamad Aqil, anak kepada abangngah aku. Si kecil ini tarafnya sudah seperti anak aku sendiri walaupun aku belum berkahwin. Hahahaha!!


Disini, aku mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan aku, minta dipanjangkan usia, berjaya dalam hidup, segera mendapat kerja dan bertemu jodoh. Terima kasih!! Nampaknya rata-rata agak bimbang dengan status aku yang masih single ini. Hampir saja semua ucapan di FB mahupun sms mengaitkan isu pertambahan umur aku hari ini dengan isu jodoh! Hehehehe^^


Perkara ini juga menjadi kerisauan kepada keluarga aku. Lebih-lebih lagi bundaku, sudah beberapa kali bertanya tiadakah bakal menantunya yang baru? Hahaha! Janganlah kalian bimbang, jodoh aku pasti ada suatu hari nanti. Aku masih bersabar dan bertabah menantinya. Jujurnya aku sudah sedikit malas untuk bercinta. Rasanya selepas ini sekiranya aku mendapati mana-mana lelaki yang ikhlas terhadap aku, aku akan pertimbangkan asal sahaja beliau berpotensi menjadi suami yang hebat! Biarlah bercinta selepas kahwin. Hahahaha!! Aku sudah mula merepek~~


Aku mulai sedar,,tidak semua perkara yang kita suka, kita rancang, dan kita inginkan akan menjadi milik kita. Semuanya memerlukan keizinan Allah SWT. Jika aku sudah usaha dengan gigih sekalipun, namun tiada keizinan dari Allah SWT untuk aku mencapainya sudah pasti ia tidak akan berlaku!! Jadi aku percaya pada takdir Allah SWT. DIA lebih mengetahui sedang aku tidak mengetahui.


Jadi, dengan itu aku akan memulakan buku baru mulai hari ini. Umur dah 25 tahun. Semua orang asyik cakap aku sudah tua. Tua sangatkah 25 tahun itu?? Hurmm~~ Yang pasti aku akan memperbaiki diri dan mempertingkatkan kualiti hidup aku. Sekali lagi TERIMA KASIH untuk doa-doa kalian buat aku. Aku sangat menghargai dan berasa syukur mempunyai kenalan seperti kalian. Semoga Allah SWT merahmati kita semua hendaknya. Amin.


Love, Reyn@Yiyin.

P/S : Sedikit terkilan atas kekalahan Nederland di final WC malam tadi. Tapi setidak-tidaknya mereka kalah tipis dan bermaruah. Tuah sahaja tidak menyebelahi. Sob,,sob,,sob,, T____T
Monday, July 5, 2010

♥♥7 Alasan Mengapa Aku Masih Tidak Bekerja♥♥

Memandangkan ramai yang bertanya tapi aku buat tidak tahu saja, jadi inilah jawapan untuk pertanyaan kalian itu! ;)

1. Aku baru sahaja tamat pengajian, baru sebulan, bukannya setahun ya!


2. Sejak aku tamat persekolahan (SPM) aku terus bekerja. Pelbagai jenis kerja
part time aku pernah lakukan. Malah setelah aku menyambung pelajaran ke peringkat diploma juga aku sentiasa bekerja ketika cuti semester. Tidak ada cuti semester yang aku tidak bekerja.

3. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma aku hanya "melepak" di rumah lebih kurang 2 minggu sahaja, kemudian aku bekerja di Habib Jewels selama 10 bulan, setelah itu aku berhenti untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Sempatlah aku beristirehat selama 2 minggu.


4. Di peringkat ijazah juga aku sentiasa membuat kerja
part time semasa cuti semester.

5. Sekarang aku dalam proses mengenalpasti jenis pekerjaan dalam bidang apa yang paling secocok dengan jiwa aku. Rasanya aku sudah tahu! ;)


6. Aku sudah pun membuat permohonan jawatan di beberapa organisasi swasta dan kerajaan, hanya menunggu maklum balas dari pihak mereka. Aku yakin Allah telah menentukan rezeki aku, cuma belum tiba masanya. Jadi aku akan bersabar dan terus berusaha.


7. Aku penat! Aku letih! Aku jarang dapat beristirehat, jadual kehidupan aku terlalu padat. Jadi aku tidak mahu tergesa-gesa untuk bekerja. Aku tidak mahu mensia-siakan waktu dengan bekerja sembarangan atau dalam erti kata lain "kerja tangkap muat". Kerja yang tidak memberi aku kepuasan serta aku tidak komited terhadapnya malah merugikan aku.

OK tak alasan aku? Hehehehe~ Tapi jika ditakdirkan dalam masa terdekat ini aku mendapat tawaran kerja dari mana-mana organisasi yang telah aku mohon, aku tiada sebarang masalah untuk menerimanya dengan syarat pekerjaan itu bersesuaian dan berbaloi buat aku. Ini kerana aku tahu, jika aku sudah mula bekerja, aku adalah seorang yang workaholic serta materialistic kepada diri sendiri. Aku juga suka berjauhan dari keluarga jika bekerja. Barulah independent kononnya! Haha. So, sementara aku masih mempunyai waktu senggang, aku akan menikmatinya dengan sebaik mungkin bersama keluarga. Ngeeee~ Peace!! (^^)Y

Chill La Cha!!!