Pages

Thursday, June 21, 2012

♥♥Day 5: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

23 Mei 2012 | Bangun awal pagi, sebab perjalanan agak jauh hari ni. Masak siap-siap untuk bekalan makan tengah hari nanti. Hari ni kami akan ke Lotte World!!! Let's have fun!! ^^


Kami menaiki subway train dari Hongik Station ke Jamsil. Lebih kurang melalui 15 stesen untuk sampai ke Jamsil. Nak masuk Lotte World ni bayarannya ialah KRW40,000 seorang. OK,, memang aku have fun. Ye ah, selama ni pernah pergi Genting dan Sunway Lagoon je. Hahahahaha. Aku naik semua permainan yang mengerikan. Tapi hanya ditemani Jie. Niny dan Sally tak mahu, so aku tak paksa. Memang pelik taman tema ni. Walaupun kami datang pada hari biasa (weekdays), tapi tetap ramai pengunjung. Terutamanya pelajar sekolah. Hairan betul kami. Selamba je diorang datang pakai baju sekolah. Nak kata rombongan, macam tak logik. Nak kata ponteng sekolah, takut jadi fitnah pulak. Tapi memang ramai gila.



Tak ada apa nak diceritakan sangat. Memang meriah. So kami hanya menikmatinya. Main, main, main, main, dan main. Bila penat berehat kejap, lepas tu main lagi. Ambil gambar banyak-banyak sampai bateri camera habis. Beli apa-apa yang patut. Cekak giraffe tu contohnya. Hahahaa!! Ni pengaruh tengok Hello Baby ah ni. Masa MBLAQ bawa anak-anak diorang datang Lotte World beli benda alah tu. BTW, cekak tu dah jadi macam tradisi pengunjung Lotte World. Majoriti semua pakai. Termasuk lelaki. Best kan? Tak mahal pun. KRW5,000 ke KRW7,000 je mengikut design. Ada macam-macam. Semua comel belaka.







Dalam Lotte World ni juga ada sebuah Folk Museum. Banyak yang menarik juga dalam tu. Menunjukkan replika-replika dinasti yang terdapat di Korea dari dulu hingga kini. Gambar-gambarnya ada di sini Folk Museum, Lotte WorldDi bawah ni pula antara permainan yang aku naik di sana. 


3 permainan ni yang boleh dikatakan paling adventure

Selepas dah puas main. Kami pun keluar dari taman tema dan ke Star Avenue. Yeah!! Tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh kpoppers seperti kami. Masuk sini kalau tak beli tiket taman tema, kena bayar KRW10,000. Kalau dah ada tiket taman tema masuk sini free. Star Avenue adalah seperti muzium Hallyu Star. Sally paling excited sebab ada Bigbang. Aku excited juga, sebab ada 3 bias aku dalam muzium ni. Bigbang-JYJ-Jang Geun Suk. Dalam ni bukan setakat ambil gambar dan tengok-tengok je. Tapi ada game juga. Antaranya Star Quiz, Voice Record untuk drama, Send Fans Letter and etc. Check it out!




 



Lepas dah puas bergambar dalam Star Avenue ni, kami pun blah pergi berjalan-jalan dalam Lotte Mart (Mall) pulak. Tak ada ah niat nak shopping, sebab harga barang dalam mall sangatlah mahal. Tapi secara kebetulan kami dapat tahu ada LITMUS dalam ni, bergegas kami ke lokasi tu. LITMUS adalah endorsement FT Island. Memang ada dalam list barang-barang yang aku nak cari di Korea. Sebabnya LITMUS belum masuk Malaysia seperti Uniqlo. Betapa untungnya nasib apabila sampai je di lokasi terletaknya LITMUS, rupa-rupanya ternampak BANG BANG dulu. BANG BANG pula adalah endorsement CN Blue. Jie terus meroyan. Hahahaha! Ketika ini ah aku dapat lihat senyuman paling ikhlas dan suci di muka Jie. Semuanya hanya kerana BANG BANG. Keh keh keh.



Untuk pengetahuan kalian, aku telah membeli baju yang sama seperti Jaejin pakai dalam catalog. Promoter tu mulanya agak terkejut bila tahu aku datang hanya kerana FT Island. Kalau boleh bagi markah pada pekerja dekat Lotte Mart ni, aku bagi 100/100 pada promoter LITMUS ni. Layanan memang terbaik. Habis semua baju yang Jaejin pakai dalam photoshoot catalog dia keluarkan bagi aku pilih. Dan siap offer diri untuk ambilkan gambar aku dekat wallpaper besar FT Island yang ada dekat kaunter tu. Lagi bagi aku poster dan paperbag lebih. Baik gila!!!! Kalau promoter dekat Malaysia tak adanya baik hati nak layan macam tu.

Lepas setel shopping kami pun nak beredar sebab dah petang. Kiranya seharian juga kami di situ. Tapi dalam perjalanan balik tu kami singgah ke Dongdaemun Market. Sayangnya kerana malam masih awal, tak banyak gerai jualan yang dah dibuka. So, kami jalan-jalan cuti mata dan ada masuk ke Doota mall sekejap. Tak rasa ada yang menarik pun, then kami blah terus balik ke Guest House. Anneyong~~

Sunday, June 17, 2012

♥♥Day 4: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

22 Mei 2012 | Hari ni semua bangun awal sebab bersemangat nak shopping. Lepas bersarapan kami terus berjalan ke Hongik University untuk naik subway train ke stesen Hoehyeon. Destinasi pertama kami hari itu adalah Namdaemun Market. Tempat ini dikenali sebagai the largest traditional market. Dah nama paling besar, sah ah semua benda ada jual di sini. Tapi tujuan kami hanya mahu membeli souvenir. Maka, kami straight ke blok berwarna hijau. Namdaemun Market ini tersangat besar dan ada beberapa blok. Apa yang kami tahu dan baca daripada tulisan blogger-blogger, dinasihatkan membeli-belah di dalam bangunan. Ini kerana kedai-kedai di luar bangunan menjual dengan harga sedikit mahal. Kami pun mengikuti nasihat itu.

Namdaemun Market ini boleh disamakan dengan Pasar Baru di Bandung, Indonesia ataupun Pasar Payang di Terengganu. Ia menjadi tumpuan para pelancong untuk bershopping. Ramai juga warga Malaysia yang kami temui di dalam pasar ni. Tapi macam pernah aku beritahu dalam entri sebelum ni, sesama Malaysian seolah-olah lebih suka memandang dan buat tidak kenal. Tidak mesra. Aku pun tidak tahu mengapa walaupun ada kalanya aku melemparkan senyuman manis kepada mereka. Mungkin mereka rasa tidak berbaloi untuk membalas senyuman manis aku. Sadis. Kami pun mencari dan membeli segala yang dimahukan di sini.

Aku agak beruntung kerana ada Jie dan Niny. Memandangkan mata wang Korea iaitu Won lebih mahal berbanding RM, sudah pasti harga barangan yang di jual di Korea juga lebih mahal berbanding di Malaysia. Tujuan backpacking kami adalah untuk mencari pengalaman, mempelajari budaya negara ini dan bukanlah mahu bershopping sesuka hati, membelikan semua orang pelbagai barang, seolah-olah membawa wang berpuluh-puluh ribu. Ya, memang kami bawa beratus ribu sebenarnya. Tapi ia dalam bentuk Won. Bukannya RM. Maka, sejak awal kami sudah merancang untuk menjimatkan perbelanjaan secara bijaksana. Aku dan Niny berkongsi bajet bagi membeli souvenir untuk adik-beradik AD230 (clasmet) dan committee member My FT Island. Manakala, untuk ofismet aku berkongsi bajet dengan Jie. Sekurang-kurangnya cara ini dapat membantu kami melebihkan bajet shopping untuk diri sendiri dan family. Yang penting kami tak lupakan kawan-kawan kan? ^^





Sekitar Namdaemun Market

Suka aku ingatkan, Namdaemun Market ini ditutup pada hari Ahad. Jadi, sekiranya kalian merancang mahu ke sini nanti pastikan bukan pada hari Ahad. Selain itu, saranan aku ketika membeli-belah di sini silalah berbudi bahasa kepada para peniaga. Majoriti peniaga di Namdaemun Market adalah golongan ahjumma dan ahjussi. Mereka kurang pandai berbahasa Inggeris. Seeloknya kalian tahu serba sedikit bahasa Korea terutama dalam situasi jual-beli barang. Di Korea aku perhatikan tawar-menawar bukanlah budaya perniagaan mereka. Tak salah kalau cuba menawar harga, tapi sekiranya peniaga itu tidak mahu beri diskaun, usahlah kalian cuba sedaya upaya atau berkeras mahukan harga lebih murah. Silap-silap diskaun tak dapat, maki hamun dalam bahasa Korea yang kalian dapat. Hehehehe^^

Cara aku senang saja. Rasa berkenan dengan sesuatu barang tu barulah bertanya harganya. Kemudian, cuba menawar harga jika pembelian aku dalam kuantiti banyak. Biasanya mereka hanya kurangkan KRW500-KRW1000 sahaja. Itu adalah jumlah yang kecil. Tapi dengan budi bahasa dan senyuman manis aku sepanjang dalam urusan jual-beli, rata-rata kedai yang aku singgah akan berikan aku layanan terbaik dan freegift. Di satu kedai ini, aku dan Niny membeli fridge magnet dan nail clipper dalam kuantiti yang agak banyak. Ahjumma itu begitu baik melayan kami. Siap beri minuman kultur Yakult lagi! Kemudian beri kami berdua freegift beg syiling seorang satu. Sebelum meminta diri untuk beredar ahjumma itu menarik kami rapat ke badannya. Dia memeluk, mencium dan memegang kedua pipi aku sambil kata "Kamsahamnida. Yeppo! Yeppo!". Erk? Aku dan Niny memang terkejut. Yeppo bermakna cantik. Cantikkah kami? Huhuhu~ 

Selepas semua dapat membeli barang-barang yang dihajati di Namdaemun Market, kami terus beredar dari situ. Kami tidak mahu berjalan mencuci mata ke blok lain kerana bimbang membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Lagipun, tangan masing-masing sudah sarat dengan sekurang-kurangnya seorang 3 plastik hitam. Kami pun kembali ke stesen Heohyeon dan bergerak ke stesen Myeongdong. Keluar sahaja dari subway station terus nampak bangunan Uniqlo berdiri gah di depan. Teramat besar. Pandang sekeliling bermacam-macam butik pakaian berjenama, kedai kosmetik terkemuka, restoran, dan pelbagai lagi. Sesak dengan orang ramai. Semuanya bergaya seperti artis kpop. Mulalah aku rasa rendah diri. Sobs~








Sekitar Myeongdong

Kebetulan, Myeongdong sedang Summer Sale semasa kami pergi. Memanglah sakit hati. Sakit hati sebab tak bawa duit berkepok-kepok untuk shopping bagai tak sedar diri di sini. Sebenarnya barang-barang di Myeongdong tidaklah begitu murah. Tapi bagi aku untuk standard barang berjenama dan berkualiti, buatan Korea, harga yang diletakkan memang berpatutan. Terutamanya dari segi kualiti. Sangat berbeza dengan buatan China walaupun fesyen dan design hampir sama. Memandangkan aku 'puasa shopping' selama hampir 6 bulan semasa di Malaysia, sudah pasti aku ada bajet tertentu untuk diri sendiri membeli apa yang diidamkan di sini. Antara barang yang memang aku idam dan cari adalah skinny berwarna dan backpack. Dan aku berjaya mendapatkannya. Yeeaaaahhhhoooo!~

Myeongdong ni memang tempat shopping. Memang berbahaya bagi shopaholic seperti aku dan Sally berada di tempat seperti Myeongdong ini. Disebabkan masing-masing sibuk shopping, tak banyak gambar di ambil. Menariknya di Myeongdong ini, selain kedai dan butik, terdapat juga gerai-gerai seperti di downtown ataupun Petaling Street yang menjual pelbagai barangan. Cuma gerai-gerai ini mula memenuhi sepanjang jalan kira-kira jam 4.00pm. Sebelum waktu itu hanya sedikit gerai yang ada. Lebih kurang jam 3.00pm, kami selesai membeli-belah. Perut dah mula ada rasa macam vibrate handfon mengikut rentak lagu-lagu kpop yang bergema di sekitar Myeongdong. Kami singgah makan di sebuah restoran yang dicadangkan oleh ramai blogger. Menu kami petang itu adalah Seafood Fried Rice.

Sedap sangat, OK!

Kos makan di restoran itu ialah KRW5,000 bagi seorang. Seronoknya nasi goreng itu dimasak di hadapan kami. Di meja kami. Aroma nasi goreng ini memang terbaik!! Kena pula dengan perut masing-masing yang dah kebulur. Aku yang sebenarnya allergic dengan seafood, dek kerana dah tak ada menu lain yang sesuai untuk dimakan, aku bertawakal sahaja. Mujur hidung aku tidak gatal-gatal lepas makan. Sempat aku merakam video semasa nasi goreng ini dimasak.



Selepas selesai makan dan membuat pembayaran, kami beredar untuk mencari tempat yang sesuai bagi bersolat. Pada mulanya kami tidak menjumpai tempat yang sesuai, semua tempat sesak, sehinggalah aku terpandang di dinding pintu keluar Uniqlo ada tertampal satu kertas. Kertas itu menyatakan terdapat tandas di tingkat 10. Itu membuat aku terfikir mungkin tidak ramai menggunakan tandas di tingkat 10. Dengan itu aku berharap ada ruang yang dapat kami gunakan untuk bersolat. Kami pun naik ke tingkat 10 menggunakan lif. Rupa-rupanya ada panggung wayang di tingkat 10 itu. Tapi disebabkan hari biasa, tidak ramai berada di situ. Kami pun ke tandas untuk mengambil wuduk.

Selepas mengambil wuduk, Jie menegur seorang staf wanita untuk meminta izin menggunakan ruang kecil di sebelah tandas itu bagi bersolat. Malangnya staf itu tidak pandai berbahasa Inggeris. Lalu, dia memanggil seorang kawannya, staf lelaki. Jie pun bercakap dengan staf lelaki itu. Staf itu membenarkan kami menggunakan ruang kecil itu. Tapi mungkin atas timbang rasa dan keprihatinan orang Korea, staf tadi membawa kami ke satu tempat di mana lebih luas dan selesa. Dia menyuruh kami solat di situ. Sungguh tika ini hati aku rasa sayu dan bersyukur kerana sentiasa dipertemukan dengan orang-orang yang berhati mulia meskipun berlainan bangsa dan agama. Usai solat dan mengucapkan terima kasih kepada staf tadi, kami pun beredar dan terus pulang ke Guest House. Cadangnya mahu terus ke Dongdaemun Market, iaitu pasar seakan-akan uptown yang hanya dibuka pada waktu malam. Tapi semua pun dah penat dan tak larat nak pikul barang-barang yang dibeli. Maka, kami sepakat mahu pulang dan ke Dongdaemun pada hari lain. Ok, di bawah ni antara barangan yang aku dapat beli. Yang album-album tu bercampur sendiri punya, Jie-Sally-Niny punya dan kiriman orang.

Tak banyak kan? Termasuk beg, dalam beg tu dan satu lagi beg penuh dengan barang juga. 
Total perbelanjaan di Myeongdong KRW353,500 je! Hahaha, convert RM tengok! ^^

Thursday, June 14, 2012

♥♥Day 3: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

21 Mei 2012 | Hari ketiga di Seoul, Korea. Hari ni kami bercadang tak nak buat aktiviti berat. Cuma nak berjalan-jalan sekitar Hongdae. Lepas mandi dan bersiap, kami tinggalkan Guest House kira-kira jam 11.00am. Destinasi pertama kami adalah ke Hello Kitty Cafe. Konon nak breakfast di sana, tapi dah semua pun bangun lewat, kira branch je ah. Gabungan breakfast dan lunch. Hehehe. Hello Kitty Cafe terletak di area Hongik University.

Malam tadi masa window shopping kami dah jumpa cafe ni, so pagi ni kami terus jalan kaki ke sana. Guest House kami sememangnya berhampiran Hongik University, Hongdae. Maka, area ni kami jalan kaki je ke mana-mana. Tapi kalau kalian rasa kaki kalian tu manja, tak boleh banyak berjalan, silalah naik teksi. Tapi sebenarnya kami difahamkan di sana kalau jarak tak berapa nak jauh, kita nak naik teksi, pemandu teksi pun malas nak layan. Hahaha! Dah kita berada di Korea tu, apa salahnya ikut budaya mereka yang suka berjalan kaki tu kan? ^^

Lebih kurang 20 minit berjalan, kami pun sampai di Hello Kitty Cafe. Aku sebenarnya bukanlah penggemar Hello Kitty. Serius. Sebab aku kurang gemar kaler PINK. Tapi disebabkan cafe ni terlalu unik dan comel, aku jadi suka automatik. Maksud aku adalah suka cafe, konsep cafe ni. Bukan suka Hello Kitty. Sampai depan cafe pun dah teruja. Dah masuk lagi ah teruja, tengok display makanan je dah meleleh air liur. Bagusnya cafe ni harga makanan dan minuman tak terlalu mahal. Kira orang biasa macam kami ni mampu ah nak makan di sini. Check it out sikit cafe ni dan apa aku makan ^^

Hello Kitty Cafe

Vanilla Pancake KRW3,500
Fruity Blended KRW5,500

Cafe Latte KRW3,800

Comelkan? Memang bergenang air mata aku masa potong pancake tu. Menitis air mata masa masuk dalam mulut. Comel sampai rasa sedih nak makan. Nak kacau Cafe Latte tu pun rasa bersalah sebab buat gambar Hello Kitty tu hilang. Sobsobsobs~ Untuk rasa makanan yang aku beli ni aku bagi 4 bintang daripada 5. Lama juga kami lepak dalam cafe ni. Selain daripada sengaja makan lambat-lambat, kami bergambar sakan dalam cafe ni. Tapi mata aku agak pedih ah tengok semuanya kaler PINK. Kalau tak caya tengok gambar seterusnya.....



Interior dalam cafe

Betulkan aku kata? Semua PINK. Tempat ini adalah syurga dunia bagi mereka yang suka Hello Kitty dan kaler PINK. Ngeeee~ Lepas habis makan, kami bergerak nak ke Trick Eye Museum pula. Jalan kaki juga. Masa ni ada kekeliruan sikit nak cari jalan ke muzium tu. Ada juga kami tersalah masuk lorong sekali dua, tapi bukanlah sampai sesat, cuma kami yang tak perasan sebenarnya. Ataupun dah ditakdirkan aku dan Sally nak jumpa oppa kacak dengan alasan buat-buat tumpang tanya. Keh keh keh! 

Sally : Excuses me. 

Sally menegur seorang oppa kacak bergaya yang berjalan macho seorang diri. Di telinganya disumbat dengan earfon mp3. Aku di sisi Sally nak menyebuk juga. Jie dan Niny jalan sedikit di belakang. Oppa tu pun berhentikan langkahnya dan Sally terus bertanya sebelum oppa tu menanggalkan earfonnya.

Sally : How can i go to Trick Eye Museum?

Sambil menanggalkannya earfon dari telinganya.

Oppa : Pardon? (Sumpah suara manly gila macam TOP Bigbang. Terpaksa Sally ulang soalan dan menunjukkan peta)

Oppa : Sorry, i dont know. (Dia menundukkan sedikit kepala dan senyum)

Aku di sebelah Sally dah terpaku, mata tak berkelip. Dalam hati cakap, "Hoi, kau tahu tak yang kau ni handsome?". Oppa tu pun beredar. Aku dengan Sally pegang tangan. Lepas tu saling berpandangan. "Pardon?" Kyaaaaaaaaaaa!! Oppa, handsomenya kau!! Kata Sally. Muahahahaha. Niny dan Jie dah tergelak-gelak tengok gelagat kami. Kitorang toleh belakang tengok oppa tu berlalu pergi semakin jauh. Aku rasa macam nak follow oppa tu tapi Sally tarik tangan aku tanda dia dengki ah tu. Kihkihkih. Sejak saat tu dan hingga ke hari ni, kami gelarkan oppa tu Mr. Pardon. Aku yang bagi nama. Huhuhuhu^^ Atas usaha tanpa putus asa, kami jumpa juga muzium tu. Masuk muzium ni perlu bayar KRW13,000 seorang.


 Pintu Masuk




Antara pic feveret aku

Memang kami have fun bergambar dalam muzium ni. Sangat menarik. Kami habiskan masa kira-kira dua jam dalam muzium ni. Then, dari Trick Eye Museum kami meneruskan agenda hari ni nak ke bangunan YG dan FNC. Hehehe~ Mungkin bagi backpackers lain destinasi ni tak perlu ada dalam itinerary. Tapi kami babopackers ok! Babopackers and kpoppers. Maka, bangunan-bangunan syarikat rakaman artis Kpop ni wajib kami jengah. Siapa tahu untung-untung terserempak dengan Bigbang, 2NE1, CN Blue, FT Island? Hahahahaha.. tapi masa ni aku pasrah yang FT Island sedang buat promo di Jepun. Sally pun pasrah jua Bigbang di Jepun juga. Sobs~

Dari Hongik University subway station kami menaiki train ke stesen Hapjeong. Then berjalan kaki dalam 20 minit. Kami pun jumpa YG Building. Sally excited. Aku pun turut excited bila tengok dia excited tak semena-mena. Bawah YG ni ada Family Mart. Tak seperti Family Mart di tempat lain, di sini ada tersedia meja dan kerusi siap payung di luar. Cantik sangat ah tu. Boleh kami lepak dan makan bekalan yang dibawa ke mana-mana. Sambil tu mata melilar tengok van dan kereta-kereta yang keluar masuk di perkarangan bangunan YG. Sebelah meja kami ada 3 orang budak sekolah beruniform. Aku tak pasti mereka dah tamat sesi ataupun mereka ponteng sekolah. Yang terlintas dalam fikiran kami adalah mereka ni sasaeng fans. Hahahahaha! Ada juga bertegur sapa dengan mereka. Tanya kalau-kalau mereka pernah jumpa artis YG. Mereka kata memang pernah. Tapi payah nak sembang sebab diorang ni langsung tak pandai speaking. 


Selepas percubaan menghendap artis-artis YG, kami pun beredar dan menuju ke FNC pula. Sepatutnya sebelum ke FNC kami nak ke Byoung Ri Kong Cafe dulu. Di mana merupakan filming location drama Heartstrings. Tapi apabila kami tanya pemandu teksi, dia tak tahu tempat tu. Kami pulak gagal dapatkan alamat tempat tu. Maka, menangis dalam hati masuk teksi suruh dia hantar kami pergi FNC. Sampai depan FNC perasaan aku bahagia tak memasal. Bajet macam dapat jumpa Minhyuk CN Blue. Tapi keluar teksi je terus jerit Jaejin ah~~~~ Pada hal Jaejin dekat Jepun. Masa aku jerit ada dua tiga orang oppa sedang lalu di situ dan pandang aku. Aku buat tak tahu. Sebab aku tahu yang dia tak tahu aku ni girlfriend Jaejin FT Island. OK, fine. Apa aku merepek ni? Demmit.

Sebelah bangunan FNC ada taman permainan dan tandas awam. Sebab masa ni dah petang, ramai orang beriadah di taman tu. Aku lega tengok persekitaran FNC yang agak tenang dan terpencil tu. Kelibat sasaeng fans pun tak kelihatan melainkan aku. Eh? Hahahaha. Jadi aku senang hati kesayangan-kesayangan aku (FT Island & CN Blue) pastinya hidup tenteram di situ. <------Tetiba. Motif???

Lepak-lepak ambil angin dan menghilangkan penat sekejap di situ. Kami pun bergerak sebelum maghrib. Kami tak terus balik ke Guest House, sebaliknya kami sambung shopping di Hongdae. Seriously, area Hongik University memang happening. Datang hari-hari pun tak boring. Lagi pula bila malam situ ada street market. Memang seronok ah bagi kami yang shopaholic ni. Tapi kami tak shopping sampai lupa diri dekat sini sebabnya esok kami akan ke Myeongdong dan Namdaemun Market untuk shopping bagai orang gila dan beli souvenir. So, ni saja aktiviti kami hari ketiga. Anneyong~~~~ ^^ 



Tuesday, June 12, 2012

♥♥Day 2: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

20 Mei 2012 | Alarm handfon menjerit menandakan sudah pukul 7.30am. Kami memang merancang untuk bergerak awal pagi ke Nami Island. Selepas keluar daripada sleeping bag, aku buat regangan otot yang ringan. Menggeliat sambil menjerit nama Hyunseung. Gila! Mujur Sally tak baling aku dengan bantal. Terus buka TV LCD 42 inch jenama Samsung tu. Excited tengok TV Korea yang ada beratus-ratus channel. Aku tukar satu-satu mencari rancangan yang menarik untuk ditonton pagi-pagi hari ni. Di Korea jam 7.30am tu kecerahannya sama macam jam 9.00am di Malaysia.

Aku paksa Sally mandi dulu. Niny dan Jie di bilik lain. Aku tak tahu apa cerita mereka dalam bilik. Sementara Sally mandi, aku kemas-kemas beg. Keluarkan baju yang nak dipakai. Berkedut-kedut. Tak ada seterika dalam bilik. Mungkin pihak motel dah spend banyak duit untuk beli TV LCD, maka tiada seterika disediakan. Aku terpaksa pasrah memakai baju yang berkedut. Harap kedut tu menjadikan aku seorang yang sempoi di mata orang-orang Korea. Merepek. Aku memang tak suka baju kedut, tapi terpaksa.

Ada juga aku cuba-cuba nak gosok baju guna hair dryer, hamfeh. Tak berkesan langsung. Akhirnya aku guna hair dryer tu untuk keringkan stokin yang berpeluh serta berbau macam harun. Maklumlah, stokin pakai dari Malaysia. Stokin spare ada dalam beg yang ditinggalkan di Guest House pula. Aku tak rasa segan stokin aku busuk sebab stokin Niny, Sally dan Jie pun sama. Bau sama rata. Haahahah! Lepas semua dah bersiap dan berdandan bajet lawa, kami pun check out. Kami berjalan kaki sikit sebelum mengambil teksi ke stesen subway Chuncheon.

Owner motel offer diri ambilkan gambar kami.

Dari Chuncheon kami ke stesen Gapyeong. Perjalanan dalam 15 minit. Masa dalam train ni ah kami jumpa ramai berpakaian seperti mahu hiking. Memang betul, sepanjang perjalanan ke Gapyeong ada banyak perhentian yang membolehkan kita hiking di gunung-gunung. Antaranya Mount Sorak. Tapi hiking tak ada dalam itinerary kami. Maka, kami abaikan. Cuma kagum juga lihat kebanyakan yang nak pergi hiking tu adalah warga tua. Ada juga yang pergi berkeluarga, bawa anak-anak. Ye ah, hari minggu pula.

Gapyeong Station

Pemandangan dari dalam train

Sekitar stesen Gapyeong

Sebaik sampai di stesen Gapyeong, kami perlu mengambil teksi untuk ke jeti. Untuk ke Nami Island, kami perlu menaiki feri di jeti. Harga tiket ke Nami Island termasuk kos tambang feri adalah KRW8,000. Kena beratur menunggu feri. Feri yang tersedia hanya ada 2 buah. Dari jeti ke Nami Island lebih kurang 15 minit. Disebabkan hari Ahad, pengunjung memang ramai. Penduduk tempatan dan tourist sama ramainya. Semua orang dah tahu rasanya yang Nami Island ni terkenal kerana menjadi filming location untuk drama Winter Sonata yang popular tu. Drama tu dulu dirakam semasa musim sejuk, ada salji. So, aku tak boleh berangan nak ambil gambar pakai coat labuh dengan boots sambil main salji sebab aku datang musim panas. Bertabah~

 Kaunter tiket

Feri. Bendera Malaysia pun ada.

Entrance ke jeti.

Akhirnya kami pun menjejakkan kaki di Nami Island. Cantik. Memang cantik. Dari turun feri je dah boleh nampak keindahan pulau ni. Aku dapat bayangkan lebih indah semasa season Spring, Autumn ataupun Winter. Kebetulan, hari kami di Nami Island ada event. The 6th Anniversary of Naminara Republic. No wonder ramai gila umat. Terdapat juga art exhibition dan stall menjual art craft Korea. Kebanyakan art craft mereka adalah handmade. Tak banyak yang boleh aku ceritakan, kalian kena tengok gambar. Masa ni kami memang menikmati sepuas-puasnya pemandangan di Nami Island. Hehehe~








Antara yang menarik di Nami Island

Maaflah, nak dijadikan cerita. Masa sampai Nami Island, aku sempat rakam sekeping gambar je. Lepas tu bateri camera habis. Demm. Nasib baik kualiti gambar dari camera Samsung Galaxy SII aku boleh tahan. Kalau tak kecewa aku. Sebab semalam masa dekat konsert aku dah ambil gambar dan rakam video berleluasa, lepas tu aku tak bawa charger. Bijak bukan? Haih~ So, dekat Nami Island ni ada restoran makanan halal. Kami menikmati makan tengah hari di sini. Yummy! Menu kami adalah Kimchi Pancake dan lunch box. Lunch box ni popular di Korea. Nasi berlaukkan kimchi dan telur mata. Nampak macam biasa, cuba rasa! Lepas makan kami menunaikan solat dan sambung jalan-jalan.

 Kimchi Pancake KRW8,000

Lunch box KRW5,000

 Galeri Winter Sonata

 Surau yang disediakan

 Restoran

Menyejukkan tekak dengan soft aiskrim

Kira-kira pukul 4.00pm, kaki pun dah rasa sengal-sengal. Sepatutnya dalam itinerary kami akan ke Petite France dan Itaewon selepas ke Nami Island. Tapi kami membuat keputusan untuk terus pulang ke Hongdae. Tenaga kami dah mula hilang umpama bateri fon tinggal satu bar yang berkelip-kelip, nak hantar satu SMS pun tak lepas. Mungkin kerana kepenatan kami sejak semalam yang melalui hari sukar dari Hongdae ke Chuncheon untuk menonton konsert. Semua sepakat nak balik Guest House dan hanya keluar jalan-jalan sekitar Hongik University malam nanti.

Dari jeti kami menaiki bas ke stesen Gapyeong semula. Kemudian menaiki subway dari Gapyeong transit di Sangbong dan transit sekali lagi di Wangsimni untuk ke Hongik University. Dalam perjalanan dari Gapyeong ke Sangbong telah berlaku satu perkenalan unik. Oh, tiba-tiba muka merah nak mulakan kisah ini. Paannngg! *tampar muka sendiri*

Sebaik masuk dalam train, aku berdiri. Sebab tak ada tempat kosong, kalau ada tak mungkin aku saja-saja berdiri kan?! Aku berdiri berhampiran pintu train memegang tiang. Maklumlah aku ni kurang tinggi nak pegang tali pemegang di atas kepala. Ketika ini datang dari arah depan seorang pakcik sambil tersenyum-senyum kepada aku. Aku pun senyum dan menundukkan kepala tanda hormat. Terus pakcik itu menyapa aku dengan ramah,,,, (Ok, part ni aku translate ke bahasa Melayu terus untuk memudahkan penceritaan).

"Awak asal dari mana?" tanya pakcik itu.
"Malaysia", balas aku.
"Oh, datang bercuti ke?" tanya pakcik itu lagi sambil mengeluarkan kerusi lipat bersaiz kecil dari begnya.
"Ya", jawab aku ringkas bersahaja.
"Maaflah, kaki pakcik ni tak kuat, jadi pakcik akan bawa kerusi ni ke mana-mana", jelas pakcik tu.

*(Ada yang dia bercakap dalam bahasa Korea bajet macam aku faham, tapi melihat perbuatan dan body language dia, memang aku jadi faham)

Aku tersenyum. Dalam hati aku merasakan pakcik ni mungkin baru balik dari hiking memandangkan cara pemakaiannya dan di tangan dia memegang sejenis tumbuhan. Mungkin pokok herba fikir aku. Sejak mula dia duduk di hadapan aku dengan kerusi lipat tu, dia mula mengajukan pelbagai soalan dan memulakan perbualan. Bukan dengan aku seorang saja, malah dengan kawan-kawan aku juga. Dari berdiri aku terus duduk melutut depan dia sebab aku tak selesa bercakap dengan orang tua berdiri. Sementara aku berbual dengan pakcik ni, aku perasan juga Jie dan Niny bersembang dengan seorang pakcik yang lain juga. Ok, mungkin kami mudah didekati oleh warga tua kerana kesopanan dan kesusilaan budi bicara kami. Ewah!

Inilah pakcik tu, Mr. Kwon.

Kami berbual seperti ayam dengan itik, namun masing-masing dapat faham apa yang diperkatakan. Pakcik ni agak pandai berbahasa Inggeris walaupun sebutannya kurang bagus dan menggunakan ayat-ayat simple. Pakcik ni juga ada bertanya tentang keluarga aku. Dia bertanyakan keadaan keluarga aku dan berapa orang ahli keluarga. Memang dia terkejut besar apabila aku beritahu yang jumlah ahli keluarga aku 10 orang. Sebenarnya 13 orang, tapi masa dia tanya tu aku tak sempat kira dengan betul. Hahahaha! Aku main tibai sebut 10 orang. Itupun dia dah terkejut, kalau aku kata 13 orang mungkin dia pengsan. Maklumlah, orang Korea mana ada anak ramai-ramai. Then, dia pun mula menceritakan perihal keluarganya. 

"Saya ada seorang isteri dan anak lelaki. Anak lelaki saya belajar di Seoul University of Education dalam major English. Umurnya 26 tahun", kata pakcik tu.
"Aaaahhhhhh~". Aku senyum dan menganggukkan kepala. 

Masa ni Jie, Sally dan Niny dah mula gelak-gelak sinis. Demmit.
Pada masa tu juga pakcik ni keluarkan handfon dan menunjukkan gambar keluarganya pada aku.

*pause*
Ok, mungkin itu gambar acara rasmi keluarga kerana dia dan anak lelakinya berpakaian formal. Anaknya tinggi lampai, kurus dan agak kacak. Tak berapa jelas sebab screen handfon terlalu kecil.

"Waa, anak pakcik handsome", aku cuba mengambil hati. Hahaha.
"Awak berminatkah?" tanya pakcik tu kepada aku. 

Jie, Sally dan Niny dah terkekek-kekek gelakkan aku. Demmit sekali lagi.

"Mungkin anak pakcik dah ada girlfriend?", aku cuba kaver line. Padahal muka dah merah padam.
"Tak, tak ada. Saya kenal anak saya. Dia belum ada girlfriend", jelas pakcik tu dengan yakin.
"Marilah datang ke rumah pakcik, pakcik kenalkan", tambah dia.
"..........", aku terdiam.

Kemudian pakcik tu meminta aku pen dan kertas untuk menuliskan alamat rumahnya. Dia juga minta nombor telefon aku. Haaa, nampak?? Beriya benar dia kan?! Adehhhhh~  Aku pun bagi pen dan kertas serta kad nama aku. Sumpah masa ni aku rasa malu gila sebab semua orang dalam train yang berhampiran kami berkerumun melihat kami. 

Pakcik tu menuliskan alamatnya.

KORAIL subway

Kebetulan pakcik tu juga mahu transit di stesen Sangbong. Kami keluar dari train bersama-sama. Sebaik keluar kami bergambar dengannya dan mengucapkan selamat tinggal kerana kami akan transit train ke stesen berlainan. Tiba-tiba dia tarik tangan aku dan Sally ikut dia. Ah, sudah! Dalam hati aku kata dia ni nak bawak aku balik rumah dia betul-betul ke?? Sally dah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Akhirnya kami cuba bercakap baik dengannya dan dia terpaksa akur merelakan pemergian kami. Kah kah kah. Ayat apa aku guna ni?? Kami pun mengucapkan 'Anneyong gaseyo, ahjussi' secara berjemaah dan melambaikan tangan. Lepas tu panas telinga aku kena perli dengan budak bertuah 3 orang tu.

"Perghhh, Yin dapat bapak mertua weyhhh!"
"Kita balik Malaysia bertiga je ah nampaknya"
"Lepas ni Yin dah boleh beli baju couple"

Demmit! Berdarah hidung aku kena perli bertubi-tubi. Pasrah~

Lebih kurang pukul 7.00pm kami sampai di Hongdae. Semua muka dah letih. Dahye eonnie nampak happy lepas melihat kepulangan kami. Mesti dia risau sejak semalam kami ke Chuncheon aci redah. Lepas sembang-sembang sikit dengan Dahye eonnie fasal konsert dan pengalaman kami ke Chuncheon, kami pun angkat beg dan masuk ke bilik. Ikut hati aku nak je tidur terus. Tapi memandangkan dah berjanji dengan yang lain nak jalan-jalan sekitar Hongik University malam tu, aku gagahkan jua diri ni. Kami mandi dan makan, then keluar jalan kaki ke sekitar Hongik. Area Hongik ni memang hidup. Baik siang mahupun malam. Memang happening. Maklumlah ramai student. Dekat Hongik ni banyak juga kedai-kedai menarik dan ada street market. Ala-ala downtown ah. Tapi tak ah besar sangat. Tapi barang-barang yang dijual not bad. Cuma harganya agak mahal sedikit.

Kami hanya jalan-jalan cuci mata. Sebab esok pagi kami akan ke sini lagi. So, malam tu sekadar jalan-jalan warming up ambil feel dan sesuaikan diri di tempat orang. Kira-kira jam 12.00am kami berjalan pulang ke Guest House sambil mengimbau cerita-cerita sepanjang hari kedua ni. Arghhhhh~ nyaman menghirup udara malam. Sampai Guest House kami pun terus naik katil masing-masing. Padam lampu. Masuk bawah blanket. Bersedia untuk mimpi indah lagi. Esok kami akan ke Trick Eye Museum dan .............. zzzZzzzzZzzZz :P