Pages

Sunday, August 1, 2010

♥♥Surat untuk Aina♥♥

Kehadapan sahabat baikku yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semoga kau sihat dan dilindungi Allah SWT.

Aina sahabatku,

Nuraina Musa a.k.a Cikgu Aina

Hari ini 1 Ogos 2010 genaplah 6 tahun kita bersahabat. Aku begitu tersayu hati sebaik sahaja bangun dari tidur pagi tadi apabila mengingati bahawa hari ini adalah "Hari Persahabatan Sedunia" dan ianya merupakan ulangtahun ke-6 persahabatan kita (eh, macam couple pula ada anniversary bagai) ^_____^

UiTM Machang, Malam Ukhuwah 2005

Benarlah kata seorang ustaz yang pernah memberi tazkirah di tempat praktikal aku suatu masa dahulu. Bahawasanya perkara paling JAUH ialah MASA dan apabila masa itu meninggalkan kita, kita tidak pernah akan dapat mengulangi masa yang sama itu sekali lagi.

Studio Fine Art 2006

Rasanya seperti baru semalam aku terlihat kau berbaring di katil hostel kerana demam. Aku yang hanya mahu melintasi pintu bilik kau terus hati terpanggil untuk menjengah dan melihat keadaan kau. Ya, itulah detik permulaan persahabatan kita. Secara tidak sengaja aku yang tidak pernah masuk ke bilik kau tiba-tiba tanpa rasa segan silu duduk disisi katil kau lalu kita bersembang-sembang..Oh! Sungguh syahdu 6 tahun lalu tika itu... =')

Anehnya sebelum itu walaupun kau sering ke bilik aku berjumpa dengan room mate aku si Nuyu itu, aku tidak pernah mahu bersembang mesra dengan kau. Ketika itu aku begitu pelik setiap kali melihat kau yang suka bergelak tawa kuat-kuat dengan Nuyu sedangkan aku yang mendengar perbualan kalian tidak merasa ada sesuatu yang lucu pun. Hahahaha!

Hari demi hari persahabatan kita semakin akrab. Lebih-lebih lagi saat aku diketepikan oleh mereka yang selama ini aku anggap kawan baik, namun kau seorang saja yang nampak "kebenaran" itu. Sungguh mulia hatimu sahabat hingga sanggup dituduh mementingkan diri hanya untuk melindungi aku T________T

Langit tidak selalunya cerah. Persahabatan kita juga pernah diuji Allah SWT. Semua angkara mereka yang tidak pernah berasa senang melihat keakraban kita. Mujur kita lekas tersedar bahawa kita hanya dipermainkan oleh mereka yang suka melihat jika kita bermusuhan. Lalu kita menangis berpelukan selepas solat maghrib bersama apabila menyedari kebodohan kita membiarkan mereka mahu memutuskan persahabatan kita. MasyaAllah~~~

Lapangan Terbang Pengkalan Chepa 2006

Ketika sedikit masa sahaja lagi kita akan menamatkan pengajian di peringkat diploma dulu, pasti kau tidak pernah lupa sekali lagi kita diuji Allah SWT. Saat itu aku sangat bersyukur mempunyai sahabat seperti kau. Dan benarlah Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar. Kita berjaya menepis segala usaha mereka yang ingin menjatuhkan kita berdua. Alhamdulillah~~~

Art Gallery, Diploma Show 2006

Kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri", namun untuk kita aku ubah dihujungnya, "Inikan pula sahabat sejati", adakalanya kita juga tewas dengan kelantangan suara, ketajaman kata-kata, dan kelancangan bicara sesama kita. Akan tetapi kita tidak pernah membiarkan ia bersarang dihati. Maka dengan sifat seperti itulah menjadikan kita tidak hipokrit (syarat utama untuk menjadi sahabat sejati kita ialah "tahan maki") ^__________^Y

Terima kasih atas segala-gala yang kita harungi bersama ketika sebilik di UiTM Machang, serumah di Taman Melati, setempat kerja di Habib Jewels dan selalu bersama aku dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini sekali lagi berjaya membuatkan aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan babak kita di meja belajar di kampus dahulu. Dan dialog-dialog ketika itu masih segar dalam kotak ingatan aku.. hahahaha!

[Selepas aku menerima "bungkusan candy" yang dihantar oleh pihak delivery bersempena Friendship Day pada tahun 2006]


Reyn : Sapa laks yang bagi aku candy ni? Dah la takde nama pengirim. Bungkusan cikai gile.

Aina : Mungkin pengirim tu takde duit kot. Kau tak suke ke?


Reyn : Hurm,,bukanlah tak suke. Nak bagi tu biarlah besar-besar sikit. Coklat murah ni!!


Aina : Hoi!!! sebenarnya candy tu aku yang bagi!! Nak buat surprise kat kau lol!


Reyn : Hahahahahahahahahaha!! Akhirnya kau mengaku.


[Aku masih ingat riaksi muka kau tika itu =>]

Ya Allah,,sungguh mesra kita bergurau senda begitu. Sumpah aku rindukan semua itu. Kau layaknya menjadi darah dagingku. Bukan sekadar sahabat..... T_______T"

One Utama 2009

Walaupun kita sering bersama-sama, kemudian tiba masanya kita berpisah sementara apabila kita membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Kau memilih untuk ke UPSI dan aku memilih ke UiTM Shah Alam sahaja. Saat itu rakan-rakan kita yang lain sudah melangkah lebih jauh dari kita.

Namun kita tidak putus asa, biarpun kita sedikit terlewat dari mereka, kita tahu apa yang kita inginkan dan aku rasa kita tidak tersalah langkah. Sekarang aku sudah tamat pengajian dan bakal menempuh alam pekerjaan sekali lagi ^_____^ Kau pula hanya sedikit masa lagi akan menamatkan pengajian dan sudah pasti bakal bergelar seorang guru. Aku mendoakan kau menjadi seorang pendidik yang berkaliber dan dihormati suatu hari nanti.

One Utama 2009

Akhir kata dari aku,, terima kasih kerana telah menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku selama 6 tahun. Terima kasih menjadi sahabat yang sanggup berhujan, berpanas, bersusah, bersenang, bersedih, bergembira bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh hingga ke hujung nyawa.

Aku sebagai Biskut OREO, Kaulah SUSU pelengkapku. Hahaha ^___^


Yang benar,
Reyn.