Pages

Tuesday, August 30, 2011

♥♥Salam Eid Mubarak♥♥

Pejam celik sebulan sudah berlalu. Ramadhan akan aku rindu. Sesungguhnya Ramadhan selalu memberi aku sejuta keajaiban dalam kehidupan sejak dahulu lagi. Aku lebih teruja menyambut Ramadhan berbanding Syawal. Tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu meraikan lebaran. Ramadhan dan Syawal pasti mengukir kisah yang berbeza.

Alhamdulillah,, ini Syawal kedua setelah aku bekerja. Tahun lalu tak banyak yang dapat aku sediakan buat keluarga. Maklumlah tika itu aku baru bekerja, gaji pertama. Tahun ini berbeza. Pelbagai perkara aku cuba laksana. Dari keperluan ibu bapa, adik-beradik hingga ke anak-anak saudara. Semua serba serbi ada.

Dalam hati hanya Dia yang tahu betapa aku gembira melihat senyuman mereka. Walaupun tahun ini aku diuji pelbagai perkara. Aku bersyukur atas kematangan yang ada dalam diri aku mampu menghadapinya dengan redha. Setiap ujian-ujian itulah yang menjadikan aku lebih kuat dan bersedia untuk ujian seterusnya.

Di keheningan malam raya begini, pelbagai memori menusuk benak fikiran aku. Yang pahit mahupun manis, semuanya menerjah kembali. Deraian airmata menyudahi doa di akhir solat sunat tadi. Terharu, sayu dan pilu. Terharu dengan keajaiban-keajaiban yang berlaku. Sayu dengan kiriman-kiriman SMS memohon ampun. Dan pilu mengenangkan insan-insan tersayang yang tidak lagi bersama aku. Aku rindu,,,,,

Buat keluarga tercinta,,, esok akan aku susun kata-kata. Moga sempat aku bersalaman dan memeluk kalian untuk memohon ampun maaf.

Buat sahabat-sahabat sejati,,, sudah aku titip perutusan yang ikhlas dari hati. Moga aku dimaafi. Sesungguhnya persahabatan kita sangat aku hargai.

Buat insan-insan yang pernah aku sayangi dan cintai,,, dengan rendah diri aku memohon keampunan atas ketidaksempurnaan dan keterlanjuran perbuatan. Moga tidak disimpan dalam hati. Aku tidak pernah berniat untuk melukai.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diberkati. Andai ini Ramadhan dan Syawal terakhir yang dapat aku nikmati, mohon kalian ampuni segala kekhilafan yang pernah aku lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Halalkan makan minum yang pernah diberi atau dikongsi. Bagi yang aku tidak sempat membalas jasa, hanya Tuhan yang akan membalasnya.

Salam Aidil Fitri.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.

1 Syawal, 2011.


Thursday, August 18, 2011

♥♥Infaq Ramadan Kumpulan Cheng Ho♥♥

Pada Sabtu yang lalu aku dan rakan-rakan Cheng Ho telah melaksanakan Program Infaq Ramadhan bagi tahun 2011. Kami memilih untuk pergi menghantar sumbangan berupa barangan dapur serta wang tunai kepada 12 rumah yang bertuah menerimanya. Antara mereka yang menerima adalah warga tua, warga OKU dan ibu tunggal di sekitar Gombak dan Wangsa Maju.

Program ini mengambil masa kurang lebih 4 jam. Kami bergerak secara konvoi beberapa buah kereta dari satu rumah ke satu rumah. Ia adalah antara pengalaman yang terbaik aku dapat semenjak bekerja di PTS. Tahun lepas aku ke Rumah Bakti Anak-Anak Pesakit HIV. Maka aku sudah ada dua pengalaman yang berbeza.

Aku gembira kerana mendapat majikan yang prihatin dengan masalah dan nasib kehidupan masyarakat luar. Mungkin kerana inilah syarikat PTS dilihat 'berkat'. Alhamdulillah, bekerja di sini aku juga merasai tempiasnya. Tempias kebajikan-kebajikan kepada masyarakat. OK, aku letakkan video yang sempat kami rakam ketika program dilaksanakan. Maaf kalau ada aksi-aksi gedik. Hahaha! :D



Monday, August 15, 2011

♥♥Iftar Bersama Sahabat Sejati♥♥


Semalam, sekali lagi kami bertemu, kami berkumpul, macam dulu-dulu. Banyak yang dah berbeza. Semua dah berkerjaya, bergaya, berada, dan serba-serbi ada. Alhamdulillah.... Aku tergolong dalam kalangan mereka. Walaupun mungkin ada yang terkurang, ada yang terlebih. Namun, pada aku kami semua sama. Kami saling sayang antara satu sama lain. Kami saling menghargai satu sama lain. Kami saling melindungi dan menjaga satu sama lain. Itulah sahabat sejati.

Siapa sakit, siapa jatuh, siapa sedih, siapa susah? Kami tidak pernah meninggalkan sesiapa pun menghadapinya keseorangan. Ikatan kami kukuh, kuat, dan teguh. Aku bersyukur memiliki sahabat seperti mereka. Aku bahagia memiliki sahabat seperti mereka. Semoga tiada satu pun di antara kami yang akan berubah. Melainkan berubah untuk menjadi lebih baik dan berguna sahaja yang aku doakan.

Aku yakin, aku percaya, selagi hati dan jiwa kita kekal bersatu. Kita akan senantiasa bersama. Jarak dan masa bukan penghalang. Kita sudahpun buktikan. Akhirnya, penat lelah kita selama ini, semakin menunjukkan hasilnya. Mungkin berkat kita berusaha bersama-sama. Tidak pernah mahu sendiri-sendiri. Jatuh bangun tetap bersama.

Kalian sahabat sejati. Hidup ataupun mati, aku masih mahu memiliki kalian sebagai sahabat aku.
Semoga kita terus berjaya dan dapat membanggakan insan-insan terpenting dalam hidup kita.
Amin,, amin,, amin,,

InsyaAllah, berkumpul lagi kita, Syawal nanti =)

♥♥Perempuan-Perempuan Kesayangan Aku♥♥


Ainn
Beba
Gg
Ninie
Fatin
Thursday, August 11, 2011

♥♥Tunai janji selepas hampir 3 tahun♥♥

Seingat aku kali terakhir aku memakai jam tangan adalah pada tahun 2008. Jam yang dibeli di Vincci dengan harga RM21.90 selepas diskaun 20%. Tidak sampai 2 bulan jam itu pun rosak. Sebelum-sebelum itu aku sememangnya tidak pernah memiliki jam yang berjenama apa lagi yang mahal harganya. Oleh itu, sering aku bertukar ganti jam RM10 yang bersepah-sepah di pasar raya setiap kali baterinya kehabisan tenaga. Walaupun jam-jam itu tidak digunapakai lagi, aku masih menyimpannya di rumah di dalam sebuah kotak. Ada kurang lebih 15 pasang rasanya.

Semenjak dari saat kerosakan jam Vincci aku itu, aku mula berasa kecil hati dan lalu berjanji kepada diri sendiri yang aku tidak akan memakai jam tangan sehinggalah aku dapat memiliki jam tangan idaman aku berjenama Fossil. Tidak kira berapa harganya sekalipun, sekiranya aku menyukai designnya aku akan berusaha untuk memilikinya. Selagi aku tidak mampu, aku tidak akan memakai sebarang jam tangan. Diam tidak diam sudah hampir tiga tahun aku tidak memakai jam kerana janji itu.

Hari ini aku terpaksa mengambil MC kerana sakit perut dan alahan pada kulit muka akibat memakan seafood kebelakangan ini semasa berbuka puasa. Sebenarnya aku sudah tahu yang aku alah pada seafood kerana resdung yang semakin kronik. Tapi biasalah manusia kan?? Ada selera-selera yang tidak dapat ditahan pada bulan puasa begini. Maka, terpaksa aku rela menanggung kesannya. Doktor telah memberi aku satu suntikan di lengan yang membuatkan seluruh tangan kiri aku berasa lenguh. Namun tahap kegatalan aku pada hidung dan mata telah berkurangan serta merta. Dengan itu melayanglah wang aku sebanyak RM59 di klinik itu. Mujur nanti boleh claim pada company.

Selepas selesai rawatan aku di klinik, tiba-tiba aku tergerak hati untuk ke KLCC sebentar. Sudah begitu lama aku tidak menaiki Putra LRT. Sebenarnya kondisi aku tidak begitu kuat tadi. Dengan tangan yang berasa lenguh, kepala aku turut berasa pening dan hampir pitam tidak tahu kesan daripada suntikan ataupun cuaca yang panas. Tapi biasalah, Yiyin kan?? Memang ah degil. Sedang aku berjalan-jalan di dalam mall aku terpandangkan butik Fossil. Lalu aku sengaja memasuki butik itu dengan niat nak usya-usya je. Hehehehe..

Malangnya bila kau keluar seorang diri, Yiyin. Dan kau tahu duit freelance sudah masuk, kau nampak jam idaman kau ada depan mata, ditambah pula hasutan promoter yang agak comel itu telah mempengaruhi 100% minda Si Yiyin ini. Lalu aku dengan tanpa rasa berdosa bersetuju untuk membeli jam idaman aku itu. Serasa aku masa yang aku ambil dalam butik itu kurang dari 20 minit. Bermula proses mengusya, men-try dua tiga design, dan pembayaran menggunakan auto debit kerana tidak bercadang untuk membeli maka tiada cash di tangan aku.

Oleh itu, dengan bangga dan tersenyum puas aku pun keluar dari butik itu. Akhirnya satu janji telah aku tunaikan. Memiliki jam Fossil ini juga adalah salah satu item dalam wishlist aku bagi 2011. Dan aku jadikan ia hadiah kepada diri sendiri sempena berjaya mengekalkan kerjaya di PTS, genap setahun pada 9hb Ogos lepas. Bermakna jam Fossil ini adalah hadiah kedua kepada diri sendiri pada tahun ini selepas satu lagi hadiah lebih bermakna untuk hari jadi aku 12 Julai lalu.. Alhamdulillah, proses itu dipermudahkan. Dan aku semakin hampir memilikinya dalam masa terdekat ini.

Selalunya bila kita sebut jam Fossil ni (bagi peminat Fossil), kita akan tanya berapa harganya kan?! Hehehehe.. Kalau mak aku tahu harga jam ni konfem dia akan berleter paling kurang dua jam, sama dengan masa yang aku perlukan untuk jawab kertas peperiksaan. Tapi aku lebih rela ambil peperiksaan daripada mendengar leteran mak aku. Aku beli yang aku termampu sahaja, yang penting aku sukakan designnya. Harga adalah rahsia, kalau terer pergilah tengok sendiri di butik Fossil berhampiran rumah anda!


OK, mari aku tayang sikit. Huhuhu,,,



Hahahaha!! Kurang jelas kan?? Sengaja, jam ini kelihatan lebih smart apabila digayakan oleh pemiliknya. Ewah! =p



P/S: Next, rasa nak memiliki Android ataupun Blackberry ataupun iPad :D
Ayuh, Yiyin. Kerja lebih keras lagi. [Mood: Workaholic]