Pages

Thursday, August 11, 2011

♥♥Tunai janji selepas hampir 3 tahun♥♥

Seingat aku kali terakhir aku memakai jam tangan adalah pada tahun 2008. Jam yang dibeli di Vincci dengan harga RM21.90 selepas diskaun 20%. Tidak sampai 2 bulan jam itu pun rosak. Sebelum-sebelum itu aku sememangnya tidak pernah memiliki jam yang berjenama apa lagi yang mahal harganya. Oleh itu, sering aku bertukar ganti jam RM10 yang bersepah-sepah di pasar raya setiap kali baterinya kehabisan tenaga. Walaupun jam-jam itu tidak digunapakai lagi, aku masih menyimpannya di rumah di dalam sebuah kotak. Ada kurang lebih 15 pasang rasanya.

Semenjak dari saat kerosakan jam Vincci aku itu, aku mula berasa kecil hati dan lalu berjanji kepada diri sendiri yang aku tidak akan memakai jam tangan sehinggalah aku dapat memiliki jam tangan idaman aku berjenama Fossil. Tidak kira berapa harganya sekalipun, sekiranya aku menyukai designnya aku akan berusaha untuk memilikinya. Selagi aku tidak mampu, aku tidak akan memakai sebarang jam tangan. Diam tidak diam sudah hampir tiga tahun aku tidak memakai jam kerana janji itu.

Hari ini aku terpaksa mengambil MC kerana sakit perut dan alahan pada kulit muka akibat memakan seafood kebelakangan ini semasa berbuka puasa. Sebenarnya aku sudah tahu yang aku alah pada seafood kerana resdung yang semakin kronik. Tapi biasalah manusia kan?? Ada selera-selera yang tidak dapat ditahan pada bulan puasa begini. Maka, terpaksa aku rela menanggung kesannya. Doktor telah memberi aku satu suntikan di lengan yang membuatkan seluruh tangan kiri aku berasa lenguh. Namun tahap kegatalan aku pada hidung dan mata telah berkurangan serta merta. Dengan itu melayanglah wang aku sebanyak RM59 di klinik itu. Mujur nanti boleh claim pada company.

Selepas selesai rawatan aku di klinik, tiba-tiba aku tergerak hati untuk ke KLCC sebentar. Sudah begitu lama aku tidak menaiki Putra LRT. Sebenarnya kondisi aku tidak begitu kuat tadi. Dengan tangan yang berasa lenguh, kepala aku turut berasa pening dan hampir pitam tidak tahu kesan daripada suntikan ataupun cuaca yang panas. Tapi biasalah, Yiyin kan?? Memang ah degil. Sedang aku berjalan-jalan di dalam mall aku terpandangkan butik Fossil. Lalu aku sengaja memasuki butik itu dengan niat nak usya-usya je. Hehehehe..

Malangnya bila kau keluar seorang diri, Yiyin. Dan kau tahu duit freelance sudah masuk, kau nampak jam idaman kau ada depan mata, ditambah pula hasutan promoter yang agak comel itu telah mempengaruhi 100% minda Si Yiyin ini. Lalu aku dengan tanpa rasa berdosa bersetuju untuk membeli jam idaman aku itu. Serasa aku masa yang aku ambil dalam butik itu kurang dari 20 minit. Bermula proses mengusya, men-try dua tiga design, dan pembayaran menggunakan auto debit kerana tidak bercadang untuk membeli maka tiada cash di tangan aku.

Oleh itu, dengan bangga dan tersenyum puas aku pun keluar dari butik itu. Akhirnya satu janji telah aku tunaikan. Memiliki jam Fossil ini juga adalah salah satu item dalam wishlist aku bagi 2011. Dan aku jadikan ia hadiah kepada diri sendiri sempena berjaya mengekalkan kerjaya di PTS, genap setahun pada 9hb Ogos lepas. Bermakna jam Fossil ini adalah hadiah kedua kepada diri sendiri pada tahun ini selepas satu lagi hadiah lebih bermakna untuk hari jadi aku 12 Julai lalu.. Alhamdulillah, proses itu dipermudahkan. Dan aku semakin hampir memilikinya dalam masa terdekat ini.

Selalunya bila kita sebut jam Fossil ni (bagi peminat Fossil), kita akan tanya berapa harganya kan?! Hehehehe.. Kalau mak aku tahu harga jam ni konfem dia akan berleter paling kurang dua jam, sama dengan masa yang aku perlukan untuk jawab kertas peperiksaan. Tapi aku lebih rela ambil peperiksaan daripada mendengar leteran mak aku. Aku beli yang aku termampu sahaja, yang penting aku sukakan designnya. Harga adalah rahsia, kalau terer pergilah tengok sendiri di butik Fossil berhampiran rumah anda!


OK, mari aku tayang sikit. Huhuhu,,,



Hahahaha!! Kurang jelas kan?? Sengaja, jam ini kelihatan lebih smart apabila digayakan oleh pemiliknya. Ewah! =p



P/S: Next, rasa nak memiliki Android ataupun Blackberry ataupun iPad :D
Ayuh, Yiyin. Kerja lebih keras lagi. [Mood: Workaholic]


2 Balasan Bebelan:

  1. Ceywah....sudah pukul berapa sekarang?:p

    ReplyDelete
  2. [Tie Maryam] Hari ni je dah berapa kali kau tanya? Dem :D

    ReplyDelete