Pages

Thursday, June 14, 2012

♥♥Day 3: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

21 Mei 2012 | Hari ketiga di Seoul, Korea. Hari ni kami bercadang tak nak buat aktiviti berat. Cuma nak berjalan-jalan sekitar Hongdae. Lepas mandi dan bersiap, kami tinggalkan Guest House kira-kira jam 11.00am. Destinasi pertama kami adalah ke Hello Kitty Cafe. Konon nak breakfast di sana, tapi dah semua pun bangun lewat, kira branch je ah. Gabungan breakfast dan lunch. Hehehe. Hello Kitty Cafe terletak di area Hongik University.

Malam tadi masa window shopping kami dah jumpa cafe ni, so pagi ni kami terus jalan kaki ke sana. Guest House kami sememangnya berhampiran Hongik University, Hongdae. Maka, area ni kami jalan kaki je ke mana-mana. Tapi kalau kalian rasa kaki kalian tu manja, tak boleh banyak berjalan, silalah naik teksi. Tapi sebenarnya kami difahamkan di sana kalau jarak tak berapa nak jauh, kita nak naik teksi, pemandu teksi pun malas nak layan. Hahaha! Dah kita berada di Korea tu, apa salahnya ikut budaya mereka yang suka berjalan kaki tu kan? ^^

Lebih kurang 20 minit berjalan, kami pun sampai di Hello Kitty Cafe. Aku sebenarnya bukanlah penggemar Hello Kitty. Serius. Sebab aku kurang gemar kaler PINK. Tapi disebabkan cafe ni terlalu unik dan comel, aku jadi suka automatik. Maksud aku adalah suka cafe, konsep cafe ni. Bukan suka Hello Kitty. Sampai depan cafe pun dah teruja. Dah masuk lagi ah teruja, tengok display makanan je dah meleleh air liur. Bagusnya cafe ni harga makanan dan minuman tak terlalu mahal. Kira orang biasa macam kami ni mampu ah nak makan di sini. Check it out sikit cafe ni dan apa aku makan ^^

Hello Kitty Cafe

Vanilla Pancake KRW3,500
Fruity Blended KRW5,500

Cafe Latte KRW3,800

Comelkan? Memang bergenang air mata aku masa potong pancake tu. Menitis air mata masa masuk dalam mulut. Comel sampai rasa sedih nak makan. Nak kacau Cafe Latte tu pun rasa bersalah sebab buat gambar Hello Kitty tu hilang. Sobsobsobs~ Untuk rasa makanan yang aku beli ni aku bagi 4 bintang daripada 5. Lama juga kami lepak dalam cafe ni. Selain daripada sengaja makan lambat-lambat, kami bergambar sakan dalam cafe ni. Tapi mata aku agak pedih ah tengok semuanya kaler PINK. Kalau tak caya tengok gambar seterusnya.....



Interior dalam cafe

Betulkan aku kata? Semua PINK. Tempat ini adalah syurga dunia bagi mereka yang suka Hello Kitty dan kaler PINK. Ngeeee~ Lepas habis makan, kami bergerak nak ke Trick Eye Museum pula. Jalan kaki juga. Masa ni ada kekeliruan sikit nak cari jalan ke muzium tu. Ada juga kami tersalah masuk lorong sekali dua, tapi bukanlah sampai sesat, cuma kami yang tak perasan sebenarnya. Ataupun dah ditakdirkan aku dan Sally nak jumpa oppa kacak dengan alasan buat-buat tumpang tanya. Keh keh keh! 

Sally : Excuses me. 

Sally menegur seorang oppa kacak bergaya yang berjalan macho seorang diri. Di telinganya disumbat dengan earfon mp3. Aku di sisi Sally nak menyebuk juga. Jie dan Niny jalan sedikit di belakang. Oppa tu pun berhentikan langkahnya dan Sally terus bertanya sebelum oppa tu menanggalkan earfonnya.

Sally : How can i go to Trick Eye Museum?

Sambil menanggalkannya earfon dari telinganya.

Oppa : Pardon? (Sumpah suara manly gila macam TOP Bigbang. Terpaksa Sally ulang soalan dan menunjukkan peta)

Oppa : Sorry, i dont know. (Dia menundukkan sedikit kepala dan senyum)

Aku di sebelah Sally dah terpaku, mata tak berkelip. Dalam hati cakap, "Hoi, kau tahu tak yang kau ni handsome?". Oppa tu pun beredar. Aku dengan Sally pegang tangan. Lepas tu saling berpandangan. "Pardon?" Kyaaaaaaaaaaa!! Oppa, handsomenya kau!! Kata Sally. Muahahahaha. Niny dan Jie dah tergelak-gelak tengok gelagat kami. Kitorang toleh belakang tengok oppa tu berlalu pergi semakin jauh. Aku rasa macam nak follow oppa tu tapi Sally tarik tangan aku tanda dia dengki ah tu. Kihkihkih. Sejak saat tu dan hingga ke hari ni, kami gelarkan oppa tu Mr. Pardon. Aku yang bagi nama. Huhuhuhu^^ Atas usaha tanpa putus asa, kami jumpa juga muzium tu. Masuk muzium ni perlu bayar KRW13,000 seorang.


 Pintu Masuk




Antara pic feveret aku

Memang kami have fun bergambar dalam muzium ni. Sangat menarik. Kami habiskan masa kira-kira dua jam dalam muzium ni. Then, dari Trick Eye Museum kami meneruskan agenda hari ni nak ke bangunan YG dan FNC. Hehehe~ Mungkin bagi backpackers lain destinasi ni tak perlu ada dalam itinerary. Tapi kami babopackers ok! Babopackers and kpoppers. Maka, bangunan-bangunan syarikat rakaman artis Kpop ni wajib kami jengah. Siapa tahu untung-untung terserempak dengan Bigbang, 2NE1, CN Blue, FT Island? Hahahahaha.. tapi masa ni aku pasrah yang FT Island sedang buat promo di Jepun. Sally pun pasrah jua Bigbang di Jepun juga. Sobs~

Dari Hongik University subway station kami menaiki train ke stesen Hapjeong. Then berjalan kaki dalam 20 minit. Kami pun jumpa YG Building. Sally excited. Aku pun turut excited bila tengok dia excited tak semena-mena. Bawah YG ni ada Family Mart. Tak seperti Family Mart di tempat lain, di sini ada tersedia meja dan kerusi siap payung di luar. Cantik sangat ah tu. Boleh kami lepak dan makan bekalan yang dibawa ke mana-mana. Sambil tu mata melilar tengok van dan kereta-kereta yang keluar masuk di perkarangan bangunan YG. Sebelah meja kami ada 3 orang budak sekolah beruniform. Aku tak pasti mereka dah tamat sesi ataupun mereka ponteng sekolah. Yang terlintas dalam fikiran kami adalah mereka ni sasaeng fans. Hahahahaha! Ada juga bertegur sapa dengan mereka. Tanya kalau-kalau mereka pernah jumpa artis YG. Mereka kata memang pernah. Tapi payah nak sembang sebab diorang ni langsung tak pandai speaking. 


Selepas percubaan menghendap artis-artis YG, kami pun beredar dan menuju ke FNC pula. Sepatutnya sebelum ke FNC kami nak ke Byoung Ri Kong Cafe dulu. Di mana merupakan filming location drama Heartstrings. Tapi apabila kami tanya pemandu teksi, dia tak tahu tempat tu. Kami pulak gagal dapatkan alamat tempat tu. Maka, menangis dalam hati masuk teksi suruh dia hantar kami pergi FNC. Sampai depan FNC perasaan aku bahagia tak memasal. Bajet macam dapat jumpa Minhyuk CN Blue. Tapi keluar teksi je terus jerit Jaejin ah~~~~ Pada hal Jaejin dekat Jepun. Masa aku jerit ada dua tiga orang oppa sedang lalu di situ dan pandang aku. Aku buat tak tahu. Sebab aku tahu yang dia tak tahu aku ni girlfriend Jaejin FT Island. OK, fine. Apa aku merepek ni? Demmit.

Sebelah bangunan FNC ada taman permainan dan tandas awam. Sebab masa ni dah petang, ramai orang beriadah di taman tu. Aku lega tengok persekitaran FNC yang agak tenang dan terpencil tu. Kelibat sasaeng fans pun tak kelihatan melainkan aku. Eh? Hahahaha. Jadi aku senang hati kesayangan-kesayangan aku (FT Island & CN Blue) pastinya hidup tenteram di situ. <------Tetiba. Motif???

Lepak-lepak ambil angin dan menghilangkan penat sekejap di situ. Kami pun bergerak sebelum maghrib. Kami tak terus balik ke Guest House, sebaliknya kami sambung shopping di Hongdae. Seriously, area Hongik University memang happening. Datang hari-hari pun tak boring. Lagi pula bila malam situ ada street market. Memang seronok ah bagi kami yang shopaholic ni. Tapi kami tak shopping sampai lupa diri dekat sini sebabnya esok kami akan ke Myeongdong dan Namdaemun Market untuk shopping bagai orang gila dan beli souvenir. So, ni saja aktiviti kami hari ketiga. Anneyong~~~~ ^^