Pages

Wednesday, July 25, 2012

♥♥Day 7: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

25 Mei 2012 | Hari ni adalah hari kedua terakhir kami di sini. Hati dah mula sebak, tak nak balik. Rasa nak minta kerja dekat 7 Eleven depan Guest House pun ada. Asalkan dapat tinggal di Korea. Gila! Bangun pagi, breakfast dan siap-siap masak untuk bekalan makan tengah hari nanti.

Tempat pertama kami tuju adalah Changdeokgung Palace dan Bukchon Hanok Village. Dari Hongik Station naik subway Line 3 turun di Anguk Station. Exit 3 ke Changdeokgung Palace, manakala exit 2 ke Bukchon Hanok Village. Masuk ke Changdeokgung Palace bayaran dikenakan adalah KRW3,000 seorang. Tak ada apa sangat dalam ni. Bolehlah sekadar nak merasa masuk dan bergambar. Tapi tempat ni memang besar dan luas. Kami tak redah seluruh kawasan pun, sebab besar sangat-sangat dan cuaca sedang panas terik.






Lepas puas mendermakan kulit kepada cahaya matahari terik di sekitar palace, kami bergerak menuju ke Buckhon Hanok Village. Jalan kaki je, tapi agak jauh ye! Dekat Buckchon Hanok Village ni dikatakan ada 8 best spot view. Sebenarnya ia adalah kawasan perumahan yang masih kekal akan ciri-ciri tradisional pada seni bina rumahnya. OK, memang cantik! Kawasannya berbukit. Macam biasa tengok dalam drama Korea.
Kami tak masuk ke dalam Buckhon Hanok Village tu, kami bergambar di sekitar perumahan itu saja. Selepas tu kami ke Gyeongbokgung Palace. Naik semula subway Line 3 di Anguk Station turun di Gyeongbokgung Station, exit 5. Jalan straight akan keluar di perkarangan palace. Tapi kami agak malang sebab palace ni sedang renovation, maka ditutup. Kami ambil gambar di luar dan masuk kedai cenderamata saja.







Dari Gyeongbokgung Palace kami naik subway ke Myeongdeong. Haaa! Ini adalah peluang terakhir kami membeli-belah apa yang tidak cukup ataupun terlupa beli. Tempat wajib yang kami tuju adalah kedai album kpop di subway station Myeongdong. Aku belikan album yang kawan aku kirim last minit melalui FB serta tambah koleksi aku memandangkan ada bajet lebih. Lebih kurang jam 6.30pm kami beredar ke Namsan Tower. Sengaja kami pergi lewat petang sebab nak menyaksikan sunset dan pemandangan malam dari atas sana.

Berhadapan Myeongdeong Station, melintas jalan, nampak 7 Eleven, di depan tu ada shutter bus ke Cable Car Platform. Ia percuma. Kalau tak ada bas tu, malas tunggu, bolehlah jalan kaki mendaki bukit dan agak jauh itu. Huhuhuhu. Disebabkan dah petang, cuaca semakin dingin. Angin sejuk. Mujur aku dah standby sweater awal-awal. Naik Cable Car kena bayar KRW6,300 return ticket. Kalau nak sehala je, KRW4,800. Better ambil return terus sebab tak payah nak kena beratur panjang beli tiket lagi untuk balik. Di Namsan Tower jugalah terdapatnya tempat padlock tu. Memang cantik.







Dalam pukul 9.00pm kami blah dari Namsan Tower. Memandangkan ni malam terakhir kami di Korea, kami bersetuju mahu lepak-lepak di Cheonggye Stream. Ada banyak stesen yang kita boleh turun nak ke situ. Kami pergi yang di Dongdaemun Station so bolehlah jengah-jengah night market sekali lagi. Ramai muda-mudi yang lepak dekat Cheonggye Stream ni. Kami berempat duduk dan tak banyak sembang. Masing-masing layan perasaan. Ye ah, sedih esok dah nak balik Malaysia. Andwaeeeee! TT______TT