Pages

Tuesday, July 12, 2011

♥♥26 tahun♥♥


Selamat hari jadi. Dah 26 tahun. Macam-macam dah aku lalui dalam hidup ini. Seperti sejak 3 tahun yang lepas, ramai orang mengucapkan selamat hari lahir disertai doa semoga aku segera dipertemukan jodoh. Klise.

Dengan keadaan aku sekarang, ucapan-ucapan seperti itu sedikit menyentuh hati. Hurm..tapi aku OK. Tetap mengaminkan doa-doa mereka buat aku. Terima kasih.

Tahun ni ada sedikit kelainan. Aku diraikan oleh rakan sekerja. Sebelum ni hanya diraikan oleh rakan sekuliah dan keluarga. Tadi ofismet buat surprise masa tengah kerja. Tanjat boboi~ ;p
Malam ni hosmet sanggup mencemar duli ke dapur memasak special untuk dinner. Terima kasih semua yang meraikan aku.

Apa wish aku untuk birthday tahun ni? Hurm, aku harap ada miracle. Ada 'malaikat' yang akan menghadiahkan 'dia' kepada aku. Cepat atau lambat, aku akan menunggu. Biarpun hingga tiba birthday aku yang ke-27, 28, 29 mahupun 30? (Erk!)

Apa hadiah terbaik aku dapat tahun ni? Sudah tentu hadiah yang aku beli dan beri kepada diri sendiri. Walaupun hadiah tu belum dapat lagi. Tapi ianya sudah pasti. Tak lama dah pun. Hehe =)

Mengantuk. Tak ada apa dah nak cerita lagi. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang meraikan dan memberi ucapan tidak kira di FB, email mahupun SMS. Terima kasih atas doa-doa kalian. Semoga Allah mengabulkannya. Amin.

P/S: Happy Birthday juga buat peri kecilku di rumah, Muhammad Aqil Hazri.

Monday, July 4, 2011

♥♥Singapore 2011♥♥

Seperti sedia maklum bagi yang mengikuti Facebook aku, aku baru je balik bercuti di Singapore. Sebelum ke Singapore aku ke JB. Plan asal nak ke utara Malaysia bertukar tiba-tiba apabila teringat aku ada seorang rakan baik di JB yang sudah lebih dua tahun tidak berjumpa. Aku kenal dia sejak 2003 ketika sama-sama belajar di UiTM Machang. Dulu kami dikatakan seiras disebabkan ton warna kulit, panjang rambut, size fizikal, lenggang-lenggok, senang cerita semua sama. SAMA OK! Oh, kejap. Aku tipu sikit, muka aku tak selicin muka dia. Fine. T___T

So dia yang bekerja sebagai managing director di syarikat milik keluarganya sendiri sememangnya sibuk. Selama 3 hari aku di sana, aku terpaksa juga menemani dia berjumpa klien dan bersabar melihat dia menjawab berpuluh-puluh panggilan telefon setiap hari. Dalam hati aku berkata, "ingatkan jadi bos hidup senang". Ya, hidup senang dari segi kewangan, tapi dari segi kelapangan masa memang HARAM!! Aku tengok dia nak suap nasi pun telefon berdering. Kesian kau, Huny.

Di Singapore aku sangat kagum dan teruja (jakun pun ada). Bangunan, kereta, shopping mall, pengangkutan awam, semuanya best. Aku rasa Singapore antara negara yang selamat kalau nak melancong walaupun seorang diri. Tak akan sesat ah. Aku sempat merasa naik bas dua tingkat (agak gayat) dan MRT.

Sebab kawan aku tu sibuk, tak banyak tempat dia dapat bawa aku. Tapi aku masih berpuas hati kerana setidak-tidaknya aku dah menjejakkan kaki di Singapore. Singapore adalah negara kedua (luar negara) selepas aku ke Bandung, Indonesia. Sebenarnya aku target nak pergi hujung tahun nanti. Tapi biasalah aku ni suka buat otak 2 minit.

Singapore tengah sale. Tapi memandangkan 1 dolar Singapore bersamaan RM2.48, dengan itu aku hanya mampu membeli perfume 3 botol (murah ok!), tali pinggang, kasut, shawl, serta sedikit souvenir buat rakan-rakan rapat (souvenir mahal. yang tak dapat sila jangan kecil hati, lempang kang!). Sebagaimana aku berhasrat mahu ke Bandung lagi, begitu juga aku mahu ke Singapore lagi. Semoga aku dimurahkan rezeki dapat menambah wang terkumpul supaya boleh melancong lagi. (perasan tak banyak kali ulang perkataan 'lagi'?. Dem.)

Ok, ni je nak cerita. Nak tengok gambar klik link di bawah,


P/S: Next destination?? Maybe Krabi, Thailand :)