Pages

Saturday, May 29, 2010

♥♥Top Friends♥♥

1. Nik Muhd Dhirar a.k.a John
Di kalangan rakan2 sekelas kita untuk degree,,kaulah manusia pertama yang berani menegur aku (atau mungkin tika itu kau cuba mengorat aku,hehe~) Aku takkan lupa kau tegur aku mase tu kita dalam lab komputer..aku keseorangan sdg buat2 rajin..kau dtg menghampiri dan menegur aku. Aku anggap itulah detik perkenalan kita. Mase tu kita belum sekelas. Kau di semester akhir diploma dan aku pula di semester 02 degree. Sungguh tak disangka kemudiannya kita sekelas di semester 03 degree.. ;)

Mulanya aku taleh blah gak dgn mulut longkang kau membahan aku!! siyes!! tp lama-kelamaan aku rasa dgn cara seperti itu kita lebih mengenal each other dan selesa. tidak berpura-pura suci (hipokrit) dan kita bebas menyatakan apa shj. Lalu kite terus bersahabat...kita mkn sama2,kita hangout sama2,kita karaoke sama2. Sampai suatu saat aku pun diduga oleh-NYA. Aku jatuh sakit. Aku hampir mengalah dgn hidup. Aku ingt lagi,,mase aku sdg terlantar..kau org pertama yg call bertanya kn keadaan aku. Sedang waktu itu kawan2 lain entah hilang ke mana. Terima kasih john!! T__T

Terima kasih aku bkn untuk itu shj. Terima kasih juga atas maki hamun kau,marah kau,kutukan kau terhadap kerja-kerja bodoh aku semasa aku hilang cinta. Aku akui nasihat kau byk yg telah aku gunapakai sehingga beransur-ansur aku kembali menjadi diri aku yg asal. Aku slalu ingt pd hari aku menolong kau mengemas brg2 utk pindah umah..hari itu sbnarnye byk mengajarkan aku. Aku mulai faham apa yg perlu aku lupakan tika itu..dan sms kau yg menjadi kata2 azimat utk aku teruskan hidup masih aku simpan sampai sekarang..

2. Zikril Hafiz a.k.a Heler
Haa!! Kau ah manusia paling pelik dalam kelas..awal2 dulu aku hairan dgn kau..aku perasan kau selalu pandang2 aku,,curik2 pandang. Bile aku pandang kau balik,laju2 kau kalih pandang lain(jgn cuba nafikan). Kau x pernah tegur aku pun..sayangnya aku tak ingat bile kali pertama kita mula bertegur sapa.heheheheh~ Tapi aku ingt punca aku mula rapat dgn kau. Tempat kejadian dalam lab mase kelas encik ROY. Aku telah terkantoikan diri sendiri dgn satu gambar dalam laptop aku. Hahaahaha! bile terkenang semula mmg rasa nk tumbok rusok kau. Sejak itu kau mula mengugut aku dgn macam2 yg bukan2..ada yg terpaksa aku tunaikan demi menutup mulut kau itu..dem~

Kau adalah sahabat pertama yg aku cari apabila wujud rasa tidak tenang dalam hati,masalah melanda diri,updates gossip2 terkini..hahaha..dengan kau aku mudah untuk berkongsi cerita. dengan kau aku mudah untuk meminta..segalanya kau turuti tanpa banyak soal tanya..Hingga kau jatuh cinta semula,kau masih mahu ia dikongsi bersama. Sekarang aku gembira melihat kau gembira. Teruskanlah kegembiraan itu wahai Heler! ;)

3. NoorLiyana a.k.a Yana
Heh!! budak ni pelik ah!! Muka pelik! Perangai pun pelik! Manusia pelik! hahahaha..itulah yg pernah aku katakan dalam hati aku tika aku belum mengenalinya dengan secara rasmi..(jgn marah yana) Tapi aku ini suka memerhati. Walaupun aku tidak rapat dgn dia,aku selalu memerhatikannya. Cuba untuk "membaca" dia. Cuba mendekati dia (walaupun dia x berapa nk layan aku asalnya) hehehehe~ Bermula dgn myspace,berjangkit ke YM dan berganjak ke fesbuk.Hari demi hari aku mula mengenali dia.

Takdir tuhan! Atas suatu kejadian,,keakraban wujud antara aku dan yana. Yana,,kak yin tahu ada "sesuatu" yg kamu pendam..krn itu kamu bersikap pelik. Tapi kak yin rasa sgt bersyukur sbb kamu beri kepercayaan sepenuhnya hingga kamu berani mendedahkan apa yg telah lama kamu pendam itu. Percayalah dik,, semua yg berlaku itu ada hikmah telah menanti kau. Teruskan usaha untuk menjadi lebih baik dan belajarlah dari kesilapan lalu. Kak Yin akan selalu menyokong kamu dan ada untuk kamu jika kamu memerlukan. Ini bkn satu janji tapi satu kepastian utk kamu..Jangan mengalah krn putus asa,tetapi mengalah lah utk menang!! ;)

4. Nur Ainn a.k.a Ainn
Yeahhhh! Ainn,,kau mmg penghibur duka lara aku. Mengenali kau seakan-akan "tiket masuk" utk aku berkenalan dgn rakan2 kita yg lain pula..hahahaha..Terima kasih yg tak terhingga utk kau yg byk telah disusahpayahkan oleh aku. Mengutip aku di bustop setiap hari utk ke kelas. Mengusung aku ke sana ke mari utk berjimba. Aku tidak pernah lupa semua yg kita lakukan bersama. Dan kita semakin akrab bile "serumah" utk sementara ketika kita menjalani sesi praktikal. Ditambah pula kau mengetahui scandal rahsia aku sepertimana Heler yg sering mengugut aku juga tahu akan itu (tapi kau baek ain! kau x ugut!) hehehehe~

Terima kasih krn memperkenalkan aku kpd keluarga kau. Paling aku takkan lupa tajaan "cuti-cuti Malaysia" ke Melaka bersama mak ayah kau. Terbaik beb!!! Untuk kau Ainn,, aku doakan kau mendapat "kemerdekaan" tidak lama lg. Aku rasa kau perlukan "kemerdekaan" itu untuk lebih kenal erti kehidupan sebenar (hrp kau faham). Selamat Maju Jaya!!

5. Fatin Nabilah & Munsif (a.k.a Faten & Septo)
Crazy Couple!! Dalam ramai2 kawan aku yg bercinta,korang ah yg paling saket kepala aku nk handle bile korang bertekak. Hahahahaha! Tapi aku suka cara kalian bercinta. Kewl!! Give & Take. Merajuk mcm mna pun si Faten,kalau Sep da kuarkan ayat2 manis memujuk,pasti Faten cair ibarat ais yg terdedah kpd cahaya terik matahari.. ;p Aku harap jodoh kalian hingga membawa ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat. Amin~

Terima kasih utk kalian yg sudi menjadi sumber rujukan aku tidak kira waktu dan keadaan. Jam berapa pun aku sms kalian,pasti mendapat balasan. Walaupun sekadar memaksa kalian untuk mendengar cerita-cerita bodoh aku. Ngeee~ Aku dgn Faten slalu tdk dpt berahsia lama..pasti aku akan terkantoi juga klau sampai masa..dem! (geram betol aku dgn kau!) Faten,,kau juga antara sahabat terbaek aku. Kau sendiri tahu kita ada tarikan kimia yg tdk dpt menjarakkan kita. Hanya ada satu perkara yg membezakan kita iaitu...... (aku mls nk sebut) ;p Sep,,kau juga antara pendengar setia aku. Walaupun kau tada fesbuk,apalagi blog. Sudah pasti lah kau tdk membaca entri ini. Tapi aku percaya Faten akan menceritakannye kpd kau.. ;)

6. Nurulhaziqah a.k.a GG
Arghhhhhh!! kau ni gile!! mmg gile!! sbb tuh aku berkawan dgn kau!! hahahaha..GG,, u r the best crazy girl i've found. Ngeee~ sejak kita mula rapat,ada saja aktiviti gile yg kita lakukan bersama..terlalu byk!!! Tapi yg akan tersemat kemas dlm hati kak yin ialah otak 2minit kita utk berjimba ke genting hanya berdua..hahahaha!! Awesome!! Mmg keje gile..terasa mcm lesbian couple pun ada mase tu. Hahahahaa! ;)

Sama seperti Ainn,,GG juga sering mengutip aku di bustop utk pergi ke kelas bersama2 setiap hari(sebelum Ainn amek alih) dan kemudian aku pula mengutip beliau secara rempitan pd awal semester akhir lalu. Sekarang sudah ada yg menjaga GG,,iaitu Heler. Kadang2 aku masih cam x caya kalian dah bercinta. Padahal dulu kalian x ubah seperti anjing dan kucing ( korang pilih sndri sapa kucing sapa anjing) kalau berjumpa. Pening aku dibuatnya!! Tapi itulah kan,,pujangga mengatakan cinta itu buta. tapi utk kes kalian ni aku rasa kalian yg buta!! Mengapa dari awal kalian tdk sedar bahawa sebenarnye kalian serasi bersama?? hihihi~

Untuk GG,, thanx for everything u've done..kak yin sgt epy mengenali GG. Teruskan lah ke"GILA"an kau itu. Dan kalau ada rezeki,,seperti yg kita pernah angan2kan..insyaallah kita akan tinggal bersama,,sewa rumah bersama,,tiap2 bulan sopink ke ikea bersama..Hahahahaha!


7.
Ellia, Aween, Haris, Ninie, & Arep.
Bukan aku tidak ada kisah menarik bersama kalian. Cuma agak kurang krn aku tidak selalu bercerita kpd kalian. Tapi aku akui yg kita mula rapat di semester akhir. Sudah mula "sekepala" utk berkongsi cerita. Dan aku percaya ia akan berlanjutan walaupun kita suda jarang bertemu. YM!! ya! YM merupakan medium utama utk aku bergossip dgn kalian. Hehehehe~ Terima kasih kalian!!! ;)

P/S : Nombor yg aku letak ini bkn lah ranking utk memberitahu siapa sahabat yg berada di tangga teratas dan terbawah dlm carta aku. Tapi sekadar mengikut spontaneous idea yg hadir tika aku menulis entri ini. Harap Maklum!

♥♥Antara CINTA & RISIKO♥♥

kalau aku disuruh pilih antara cinta dan risiko,,aku lebih rela memilih risiko! Sebagai contoh,, aku lebih berani mengambil risiko untuk mengebom pejabat pengawal keselamatan UiTM berbanding meluahkan perasaan cinta aku kepada seseorang.. Habis berani pun aku cuma boleh cakap "aku sukakan kau"..hahhaahahha! Sekian.

p/s : (ini adalah entri paling ringkas pernah aku tulis. Macam bangang ok!)