Pages

Wednesday, May 11, 2011

♥♥Aku dan Dentist♥♥

Seingat-ingat aku, kali terakhir aku berjumpa dentist adalah pada tahun 1998. Itupun terpaksa. Mengalami gigi berlubang yang maha sakit pada waktu itu. Dengan selamba aku pergi mencabut gigi di Hospital Kerajaan yang sememangnya sudah ramai mengatakan bahawa doktor-doktor gigi kerajaan begitu menakutkan.

Dek kerana aku masih sekolah, mak aku pun tak berapa banyak duit nak bawa ke klinik swasta. Aku redha. Sejak dari itu aku begitu menjaga gigi aku. Tapi menjaga tanpa berjumpa dentist yang kononnya wajib pada setiap 6 bulan.

Hari ni aku TERPAKSA sekali lagi berjumpa manusia yang paling aku takuti iaitu dentist. Dah 3 hari gusi aku bengkak. Bukan bengkak sebab gigi bongsu nak tumbuh. Tapi tiba-tiba bengkak. Oleh kerana gusi yang bengkak itu, dah 3 hari jugak ah aku tak ada selera makan dan buat aku tak sedap badan macam demam.

So, pagi tadi aku tak masuk ofis. Pergi jumpa dentist. Untuk sesi rawatan selama 20 minit tu aku terpaksa mengeluarkan RM140. Nasib baiklah syarikat aku bekerja membenarkan untuk claim bagi rawatan pergigian. Tapi terjejas jugak ah kewangan aku bulan ni. Claim bukannya terus dapat semula duit tu, kena ah tunggu bulan depan. Haih~

Sampai sekarang aku masih rasa kelat dalam mulut. Lidah asyik nak usik-usik gigi. Telinga masih terngiang-ngiang bunyi tools yang macam transformers tu. Ada jugak babak-babak ngeri bila tools tu terkena bahagian gusi aku yang bengkak. Masa tu memang rasa nak tumbuk muka doktor tu.

Lepas balik dari klinik aku lepak kat rumah. On9 kejap sementara dalam mulut rasa berdenyut-denyut. Sakit kepala dibuatnya. At last aku terlelap sampai jam 10pm tadi. Ni aku baru je buka PC sebab teringat yang aku kena siapkan terjemahan buku. Ikut hati nak tidur je sampai esok pagi. Hurm~~

Maka dengan ini, secara kebetulan gigi aku dah cantik bersih dan kurang sakit selepas makan ubat yang diberi. Gusi pun dah kurang bengkaknya. Tadi aku sempat bertanya kos rawatan bleaching (putihkan gigi). RM1200 minima. Perghhhh!! Kau orang agak-agak aku berani buat tak???????

P/S: Lepas ni boleh ah aku senyum sampai nampak gigi. Maklumlah gigi dah cantik walaupun berterabur sikit susunannya (itu seni ok!) Hahaha!!