Pages

Thursday, January 3, 2013

♥♥2013 adalah tahun yang mencabar daya tahan emosi♥♥


Hohemgi!! Dah 2013 dah mak jemmah oi!! Pejam celik pejam celik habis dah tahun 2012. Mungkin kerana 2012 terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku membuatkan aku berasa tempoh setahun itu amat singkat sekali. So, tahun ni aku akan berusia 28 tahun. Whattttt??? Heh. Apa aku kisah dengan umur yang meningkat. Lebih baik aku kisahkan apa yang sudah aku capai ataupun apa yang akan aku capai tahun ini. Ya, kalau sembang dengan wanita taraf makcik-makcik pastilah mereka risau dengan situasi aku yang berumur 28 tahun ni tetapi tak nampak bayang macam nak mendirikan rumahtangga. Kemonnn,, bukan aku tak nak. Cuma aku belum bersedia. Belum masanya.

Adik perempuan aku akan berkahwin tahun ini. Maka, adalah mustahil untuk aku juga kahwin tahun ini. Aku tak ada masalah adik aku nak kahwin. Kahwinlah, aku lagi suka. Biar dia belajar erti tanggungjawab. Biar dia lebih matang dalam hidup. Aku ini tidak apa. Pandailah aku menjaga diri dan keluarga. Cuma, memang terdetik juga dalam hati mahu ada hubungan serius dengan lelaki. Lebih-lebih lagi sekarang aku memang sedang menyukai seseorang. Tetapi, aku keliru. Aku bimbang. Adakah perasaan ini benar atau mainan? Adakah rasa ini cinta atau suka semata-mata?

Kegagalan hubungan yang lepas-lepas banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati dan memilih dalam memberi cinta kepada lelaki. Bukannya aku mahu menyamakan semua lelaki, tidak pernah. Aku cuma tidak mahu melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Aku sudah cukup matang dan dewasa kini. Maka, adalah penting bagi aku membuat pilihan yang tepat dalam hidup aku. Memang aku sukakan dia. Amat suka. Selesa. Tapi dia tidak tahu sedalam-dalamnya apa yang aku rasa pada dia. Dan aku tidak berani untuk menyatakannya.

Beri dia masa. Kalau dia mahu berjaya, biarkan dia berjaya dulu. Kalau dia mahu menjaga keluarga, biarkan dia menjaga dulu. Ini soal jodoh. Hanya Tuhan yang tahu. Aku hanya berdoa sekiranya dia ditakdirkan untuk aku, tiada apa yang dapat menghalang itu berlaku. Tuhan itu ada. Tuhan itu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku, dia dan semua. Aku masih mampu menjalani hidup seperti biasa.

Ok, tetibe rasa macam penulisan aku terlalu serius. Bosan. *lempang muka sendiri*

Rasanya semua dah tahu aku bertukar bidang kerja. So far, aku rasa ok. Kerja apa pun pasti ada cabaran, ada tekanan. Bagi aku terpulang kepada diri kita bagaimana mahu mengawal tekanan dan dan menghadapi cabaran kerja itu. Kalau kita kata susah, maka susahlah jadinya. Kalau kita kata bosan, maka bosanlah jadinya. Aku lebih suka serapkan aura-aura positif dalam gerak kerja aku. Cari jalan untuk aku enjoy dengan kerja aku. Tapi biasalah, manusia. Ada kalanya teremosi juga. Suka aku ingatkan kepada diri sendiri, tak salah nak beremosi. Tapi jangan lama-lama. Sama juga kalau aku sedih, marah atau merajuk. Tak pernah lama.

Secara jujurnya, kerja baru aku agak meletihkan. Ia bukan lagi cara kerja yang kita boleh buat dateline, buat schedule sendiri dan urus masa untuk menyelesaikan. Kerja jualan memerlukan kita kerja sepanjang masa. Non-stop. Habis satu datang lagi dua. Habis dua datang lagi tiga. Balik kerja tak ikut masa. Belum lagi kira kena maki dengan customer. Hahahaha! Tapi itu semua biasa. Lumrah orang kata. Adat kita mencari rezeki. Adat kita mahu gaji tinggi. Mana ada proses yang mudah kan? Selain tu, kadang-kadang aku ikut team pameran. Seronok juga. Dapat jumpa ramai orang. Tak ada ah terperuk dalam ofis menghadap komputer saja.

Tahun 2013 ini aku tidak merancang backpacking kemana-mana. Maksud aku rancangan secara rasmi tu tak ada. Sebab nampak gaya macam aku akan sibuk dengan kerja. Tapi adalah mustahil untuk aku tidak kemana-mana sepanjang tahun 2013. Kawan-kawan rapat aku cukup faham perangai “otak dua minit” aku. Kalau tetibe aku nak ambil cuti, beli tiket flight, melancong 6-7 hari, siapa dapat jangka? Kehkehkeh. Hasrat hati tu memang ada nak ke Korea lagi. Cuba musim lain pula. Tapi itulah, aku tak dapat janji apa-apa. Bergantung kepada keadaan sesama. Ini sebab aku ada rancangan yang lebih besar untuk tahun 2014. Amboi, kau! Kemahen dah rancang agenda 2014 kan!!! Kekekeke~

Sebenarnya aku mahu lebih fokus kepada pengurusan kewangan tahun 2013 ni. Aku dalam usaha ke arah bebas masalah kewangan. Aku mahu uruskan hutang PTPTN, mahu buat simpanan wang secara serius untuk masa hadapan. Sebelum ni aku hanya buat simpanan untuk kegunaan semasa saja. Maka, dengan adanya perubahan gaji dalam jawatan yang baru ini aku berdoa agar Allah memurahkan rezeki aku dan memudahkan segala urusan aku. Amin.

Ok, sebagai kesimpulan, aku berharap tahun ni aku dapat menurunkan berat badan (demmit!), menjaga kesihatan, tidak tinggal solat dengan sengaja, dan terus membahagiakan keluarga serta menggembirakan kawan-kawan yang sentiasa disisi aku. Semoga Allah merahmati usaha aku dan mengabulkan doa-doa aku. Amin. Selamat Tahun Baru kepada semua yang membaca entri ini. Semoga tahun 2013 memberi seribu harapan buat kalian.

Anneyooonnngggggggggggg~
^_____^Y

0 Balasan Bebelan:

Post a Comment