Pages

Wednesday, November 7, 2012

♥♥November Rain♥♥

Sedar tak sedar dah masuk bulan November. Dan sekarang ni musim hujan. Hari-hari hujan. Tapi aku bukan nak cerita fasal hujan. Aku nak cerita fasal hal-hal berkenaan hujung tahun. Seperti biasa, follower yang rajin baca blog aku mesti tahu setiap hujung tahun aku akan buat S.W.A.T terhadap diri sendiri dan buat wishlist untuk tahun baru.

So, aku nak tengok setakat mana pencapaian aku bagi tahun 2012 ni. Bagi yang nak tahu apa wishlist aku tahun ni boleh baca di sini  Wish List 2012 Overall aku rasa tahun ni aku sangat lucky. Start daripada Januari yang aku menang contest Fan Meeting with FT Island tu, ia membawa pelbagai tuah kepada aku lagi selepas itu. Ok, mari kita check it out.
  1. Menang FT Island Meet The Fan passes (Thanx to Square Roots)
  2. Terukir di Bintang, Yuna (Thanx to Ainn)
  3. Konsert Play! FT Island in Malaysia.
  4. Jaypark Basketball Match passes (Thanx to Niny)
  5. Berjaya backpacking ke Seoul, Korea.
  6. Menang tiket VIP Life and Peace Concert in Chuncheon (Thanx to KTO)
  7. B.A.P at Final Showdown 2012 (Thanx to Fyn)
  8. Naik gaji RM300.
  9. Tiket percuma ke Legoland (Thanx to Ayen)
  10. Bigbang Alive Tour in Malaysia (Thanx to Hana eonnie) 
  11. Menang VIP passes Rock with Yuna (Thanx to Sence)
  12. ZE:A Showcase in Malaysia ticket (Thanx to Fyn)
Mana yang aku tulis 'thanx to' tu bermakna aku dapat hadiah ataupun pemberian daripada mereka. Pencapaian terbesar aku untuk tahun ni aku rasa adalah backpacking ke Seoul, Korea. Segala penat lelah dan usaha aku untuk menjejakkan kaki ke Korea itu benar-benar berbaloi. Terima kasih kepada babopackers team aku iaitu Sally, Niny dan Jie kerana sama-sama rela bersusah untuk merealisasikan impian kita yang tak seberapa tu. Hahaha!

Seperti sedia maklum, wishlist aku tahun ni ada 5. Malangnya tiada 1 pun yang berjaya aku miliki setakat ini. Hahahaha!! Ni semua gara-gara simpan duit nak ke Korea. Sony MP3 player, Mini Netbook, Backpack Fossil, iPhone 4s, dan kamera digital semua TAK ADA!! Tapi iPhone 4s aku ganti dengan Samsung Galaxy SII dan backpack Fossil diganti dengan backpack MCM hadiah harijadi pemberian Niny. Alhamdulillah. 

So, aku rasa tak perlu nak carry forward ah wishlist 2012 ni ke 2013. Sebabnya banyak yang aku dah berubah citarasa. Lol. Kalau ada pun aku tetap nak beli Mini Netbook tu untuk memudahkan aku menulis buku dan ber-fesbuk. Eh?! Anneyonggggggggggggggggggggg~ ^__^

P/S: Next entri aku akan buat Wishlist 2013 dan Review konsert Bigbang =)

5 Balasan Bebelan:

  1. berapa bulan sekali ko update blog ni ha...aigooo...haha best tak bigbang aritu? aku bukan kipas-susah-mati pun,cuma suka lagu BLUE tu..hari2 nyanyi sampai iqi pun dah terikut-ikut..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. penunggang.bulan.putih : hahaha! mak kan retis kpop. Busy nk hapdet. Konsert Bigbang terlalu best. Tunggu entri aku. Hahahah

      Delete
  2. aku suka part naik gaji *mata incik krab* :D

    ReplyDelete