Pages

Monday, January 16, 2012

♥♥Play! FT Island 2012 Asia Tour in Malaysia - Final♥♥

Awesome! Satu perkataan ni je yang paling mudah aku nak sebut untuk menggambarkan konsert FT Island. Selepas aku melihat sendiri live performances mereka, kemantapan vokal Hongki memang tidak dapat dipertikaikan. Walaupun sebenarnya Hongki sedang selsema ketika hari konsert kelmarin, tapi aku tak dapat cari kecelaan dalam performances dia. Energetic! Hongki memang terbaik. Boleh menyanyi, melompat, berlari ke sana sini selama 2 jam tanpa berhenti.

OK! Aku bukan nak bias atau saja puji melambung-lambung. Aku ni orang yang cerewet dan suka komplen. Once aku suka sesuatu aku akan cari kelemahan dan kekurangan perkara tu. Namun, apabila aku gagal menemui kekurangan itu, itu bermakna aku tidak punya alasan untuk mempertikaikan. Betul ah seperti tajuk surat khabar Metro hari ini "FT Island Tak Jual Muka"

FT Island satu-satunya band yang pernah aku kagumi. Sebenarnya aku memang sukakan band sejak zaman sekolah. Tapi hanya pandai pergi gig semasa umur aku awal 20-an. Itu pun tak lama, dalam 2-3 tahun je. Lepas tu aku stop pergi gig sebab rasa membazir duit je. Maka, aku teruskan minat aku tu dengan layan sendiri band-band melalui youtube. Dan sesekali aku pergi showcase kalau ada band yang aku suka perform. Biasanya local band atau Indonesian band ah.

Sebut fasal band, aku sebenarnya suka gila pada band Larc En Ciel dan Glay dari Jepun. Band Korea? Langsung satu pun aku tak tahu. Maka, FT Island adalah satu-satunya band Korea yang aku kenal dan minat bagai nak mati. Dan aku tak pernah teruja pada band lain-lain seperti mana aku teruja pada FT Island. Aku mula kenal pun sebab dapat folder lagu k-pop dari kawan aku, Ninie. Tujuan aku masa tu baru nak berjinak-jinak dengar lagu k-pop. Sebab aku macam hairan kenapa ramai orang gila k-pop. Saat itu aku pun telah terjebak. Inilah namanya Korean Wave or Hallyu!!

Eh? Apa kejadah aku tulis fasal detik-detik aku terjebak dengan k-pop ni? Aku nak cerita fasal konsert. Pangggg!! **tampar muka sendiri**

Berbalik kepada tajuk utama. OK! Konsert selama 2 jam ni memang aku rasa macam 20 minit je. Kali terakhir aku lompat terkinja-kinja masa umur aku 22 tahun. Berapa umur aku sekarang jangan tanya kalau tak nak kena lempang. Malam tu memang aku tak ingat apa dah. Start je performances terus adrenalin aku laju gila. Jantung macam nak pecah pun ada. Dengar vokal Hongki memang meremang bulu roma.

Selama ni aku tengok video FT Island, konsert especially dekat youtube je. Hari-hari, diulangi HARI-HARI!! Then bila aku dapat tengok live memang tak ada perkataan lain boleh aku ungkap melainkan AWESOME! Lagu pertama mereka perfome I Hope. Lagu ni adalah di senarai teratas dalam playlist PC aku sama ada di ofis mahupun rumah. Lagu ni memang boleh bagi aku mood yang best untuk mulakan hari aku. Bagi aku lagu ni macam ada aura, bila dengar je rasa happy, enjoy, semangat, & etc. Kalau dengar mesti nak goyang kaki, angguk kepala, gerak bahu. Haaa gitew!! Kekekeke ;p

Masuk lagu kedua dan seterusnya makin hebat ah!! Nak pulak semua lagu feveret. Aku macam tak percaya je malam tu FT Island perform 23 buah lagu. Dalam banyak-banyak lagu aku beri pujian pada lagu The Man in Sinsa-dong & Will Love All. Lagu ni memang aku suka sebab Hongki pernah nyanyi dalam rancangan Immortal Song. Dan ada 2 lagu yang aku tak pernah dengar malam tu iaitu I Will Get You & I want. Demmit!! Sedikit frust masa lagu tu sebab aku tak dapat sing a long. Sebab tu aku kata dalam entri lepas, even aku dah ada 100++ lagu FT Island, masih ada lagi lagu yang aku tercicir. Aku pun tak tahu FT Island ni ada berapa buah lagu sebenarnya.

Apa yang buat aku bertambah sayang dengan FT Island adalah attitude mereka yang langsung tak plastik. Macam mana yang selalu aku tengok di YouTube, macam tu ah mereka secara live. Tersangat playful!! Tak ada nak kaver-kaver macho, aku boleh tahu memang begitu ah friendship mereka. Even masa fan meeting dan press conferences pun mereka tetap playful. FT Island memang sangat friendly, walaupun tak fasih speaking, mereka berusaha juga nak berkomunikasi dengan fans, lastly jadi lawak jenaka. Hahahaha.. Hongki,, Hongki,, !!

Hongki ni memang talented. Berlakon boleh, menyanyi boleh, mengacara boleh. Even aku memang bias Jae Jin dan Seunghyun. Tapi aku suka tengok variety show yang ada Hongki. Paling feveret Good Daddy. Memang macam jahanam perangai Hongki dengan bff dia Heechul dari Super Junior. Adoi,, mungkin sebab tu ah aku terjebak dengan segala benda berkaitan Korea especially variety show dan k-pop. Aku suka tengok friendship mereka sesama artis. Dan tahap jenaka mereka memang macam nak bagi kaki. Lawak gila.

Konsert kelmarin memang aku berpuas hati. Dan sebenarnya aku sangat lucky. Fans lain yang dah kenal FT Island sejak mereka debut pada 2008 terpaksa tunggu 4 tahun untuk konsert mereka. Sedangkan aku baru kenal 3 bulan lebih dah dapat pergi konsert dan dapat pergi meet the fans session lagi. Oh! Aku rasa sangat happy.

Selepas sesi meet the fans, aku rasa macam FT Island ni sangat dekat dalam hati. Macam kawan-kawan. Mungkin kerana cara layanan yang mereka beri masa sesi signature hari tu. Mereka memang humble dan friendly. Malam ni mereka akan balik ke Korea. Melampau tak kalau aku kata, aku rasa sayu dan sedih?? Tapi itu ah hakikatnya. Aku mengalami satu perasaan yang unik terhadap mereka. Terutamanya pada Jaejin dan Seunghyun.

My Dongsaeng & My Yeobo,,
please take a good care of yourself
T T______TT

Bagi yang tak memahami, mungkin merasakan aku dah gila. Fine! Gila is my middle name. Aku langsung tak kisah. Aku suka mereka bersebab. Mereka bagaikan sumber inspirasi. Aku hanya mahu jadi diri sendiri. Tak perlu ah kalian nak mempertikaikan apa yang aku buat. Aku sudah cukup dewasa untuk membezakan segalanya. Cubalah nilai aku dari sudut berbeza. Aku masih lagi normal =)

Sebelum FT Island menamatkan konsert dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami, mereka dikejutkan oleh hadiah pemberian dari Primadonna Malaysia, My FT Island fan club iaitu Pulut Kuning. Mereka nampak begitu teruja dan happy dengan pemberian tu. Aku harap mereka makan dan sukakannya supaya mereka akan datang lagi ke Malaysia sebab nak cari pulut kuning. Hahahaha!!


Aku akhiri entri ni dengan satu kejutan. Malam semalam Hongki telah menguplod satu gambar di Twitter yang mana gambar dia memakai kasut, dan kejutannya ialah terdapat keychain pemberian salah seorang kawan aku merangkap madu aku iaitu Siti Sarah. Dengarnya Sarah menangis sepanajng malam tadi bila tengok gambar yang Hongki tweet tu. Hehehehe.. Aku dan rakan-rakan prims yang lain turut menumpang gembira. Ini kerana terbukti FT Island sudah menerima semua hadiah daripada Primadonna Malaysia semasa fan meeting. Dan apabila mereka menghargai pemberian kami, itu sangat mengharukan OK! Aku juga berharap suatu hari nanti dapat lihat gambar Jaejin memakai hadiah aku. Oh! Touching~

Ini gambar dari Twitter Hongki.

Inilah keychain pemberian Sarah.

Rasanya sejak lepas konsert ni, semua prims Malaysia, especially geng-geng aku di MY FT Island tu makin menggila dengan FT Island. Mahu 3 bulan pun tak habis cerita fasal konsert ni dekat Facebook. Mana tidaknya, aku offline FB sejam dua je pun buka-buka dah 50++ notification. Gila tak gila ah. Setakat ni dalam sehari aku akan mendapat lebih 200 notification di FB. Memang letih nak reply satu-satu, tapi aku cuba juga sebab semuanya menggembirakan aku.

FT Island,, saranghae!! =)
Have a safe journey back to Korea.
Hope to see you again in Malaysia soon.

2 Balasan Bebelan:

  1. Yin betul ker keychain tu sarah yg kasi... biler emma baca awak punyer blog nie baru tahu... haa. terharunyer.. walaupun bukan emma yg kasi.. tp rasa terharu sgt dier appreciate our present.. sedangkan emma pun menangis niekan pulak sarah... Haah Hongki..ya you are so wonderful...

    ReplyDelete
  2. Yup, Emma. Keychain tu Sarah yang bagi =)

    ReplyDelete