Pages

Monday, January 16, 2012

♥♥Play! FT Island 2012 Asia Tour in Malaysia - Part One♥♥

14 Januari 2012 adalah tarikh dan hari yang aku nanti-nanti sejak 3 bulan lalu. Ya! Aku hanya mengenali FT Island pada Oktober yang lepas. Gila kan? Dalam masa 3 bulan je aku hadam semua yang berkaitan dengan FT Island. Lagu Missing You adalah punca segala-galanya. Means, aku menggila pada FT Island bukan kerana muka mereka yang tampan tu semata-mata. Aku mula suka lagu mereka sebelum melihat wajah mereka. Videoclip pertama aku tonton juga adalah Missing You, bermula saat itu ah mata aku telah terpana kepada bassist mereka iaitu Lee Jae Jin. Kemudian aku mula mendonlod lagu-lagu mereka. Setakat ni aku mempunyai lebih dari 100 buah lagu. Dan setahu aku masih ada beberapa lagu mereka yang aku belum ada.

Sabtu lepas jam 1230pm aku bersama Ninie bergerak untuk mengambil Gg di rumah, kemudian perlu ke Puchong terlebih dahulu untuk berjumpa Ainn. Secara paksa aku telah menyuruh Ainn menjahitkan sesuatu yang aku tak tahu nak namakan apa. Tapi ia adalah kain yang tertera nama Lee Jae Jin. Comel sangat! Terima kasih Ainn.

Lebih kurang jam 330pm aku pun tiba di Stadium Negara. Nak dapatkan parking punya fasal terpaksa datang awal, walaupun konsert hanya bermula pada jam 830pm. Dah datang awal tu makanya melepak-lepak ah dengan prims-prims lain. Bahang konsert mula terasa bila lihat hampir semua orang memakai t-shirt FT Island pelbagai design. Dan ramai yang serba kuning memandangkan tema warna FT Island adalah kuning (sebab tu aku suka Kuning). Kekeke =p

Ini dia yang aku katakan 'sesuatu' itu. Hahahaha!!

Begini pula keadaan prims yang beratur di enterance Rock Zone L.
Masa ni baru jam 5pm.

Bayangkan dalam kepanasan pada hari itu, semua prims tidak kisah berjemur dan beratur panjang selama lebih 3 jam. Sementara tunggu gate tu buka kami duduk di situ dan mendengar FT Island sedang rehearsal dalam stadium. Sumpah!! Baru dengar mereka rehearsal je jantung kami dah berdegup laju. Kami siap nyanyi-nyanyi dekat luar nak menghilangkan rasa penat beratur. Sambil tu sembang-sembang fasal fan meeting semalamnya.

Perkenalkan 'madu' aku, Siti Sarah.
Kami berkongsi Lee Jae Jin. Kekekeke :D

Blanket ni Sarah yang punya. Aku pinjam je. Haha!

Kira-kira jam 745pm barulah gate dibuka dan kami dibenarkan masuk ke dalam stadium. Wah!! masa ni perasaan aku dan kawan-kawan sukar nak digambarkan. Bila tengok bahagian seating dipenuhi oleh prims-prims dengan lightstick, pentastick, belon, sepanduk, banner.. aduhhh~ Meremang OK! Semua dah tak sabar-sabar lagi. Kami yang di Rock Zone memang cuba mendapatkan posisi paling sesuai supaya dapat lihat FT Island dengan jelas. Mujur ah depan aku tak ada budak yang tinggi-tinggi. Huhuhu. Kalau ada memang aku terpaksa lakukan perkara keji seperti membentes kaki dia, atau memijak kaki dia supaya aku boleh memintas tempat dia.

Masa ni aku dah teruja nak masuk stadium. Tayang tiket sikit! =)

Inilah stage yang diilhamkan oleh FT Island sendiri untuk konsert di Malaysia.
Credit to: Newskaki.com

Dan tepat jam 830pm, lampu dipadamkan. Dalam kegelapan aku dapat lihat kelibat FT Island masuk ke pentas dan semua fans pun mula terjerit-jerit tanda teruja. So apa lagi??? Let's PLAY! Rock on with my awesome five treasure boys!!!!

P/S: Selesai part one =)

2 Balasan Bebelan:

  1. hahaha... i perasan u punya kain tu...i ada kat belakang u masa tu.dalam video pun sempat capture ur kain tu.

    ReplyDelete