

Perempuan sarcastic yang bajet cool walaupun hakikatnya dia berhati tisu apabila menonton drama Korea. Meminati Yoon Doo Joon secara serius. Ok?


FT Island satu-satunya band yang pernah aku kagumi. Sebenarnya aku memang sukakan band sejak zaman sekolah. Tapi hanya pandai pergi gig semasa umur aku awal 20-an. Itu pun tak lama, dalam 2-3 tahun je. Lepas tu aku stop pergi gig sebab rasa membazir duit je. Maka, aku teruskan minat aku tu dengan layan sendiri band-band melalui youtube. Dan sesekali aku pergi showcase kalau ada band yang aku suka perform. Biasanya local band atau Indonesian band ah.
Hongki ni memang talented. Berlakon boleh, menyanyi boleh, mengacara boleh. Even aku memang bias Jae Jin dan Seunghyun. Tapi aku suka tengok variety show yang ada Hongki. Paling feveret Good Daddy. Memang macam jahanam perangai Hongki dengan bff dia Heechul dari Super Junior. Adoi,, mungkin sebab tu ah aku terjebak dengan segala benda berkaitan Korea especially variety show dan k-pop. Aku suka tengok friendship mereka sesama artis. Dan tahap jenaka mereka memang macam nak bagi kaki. Lawak gila. 

Aku akhiri entri ni dengan satu kejutan. Malam semalam Hongki telah menguplod satu gambar di Twitter yang mana gambar dia memakai kasut, dan kejutannya ialah terdapat keychain pemberian salah seorang kawan aku merangkap madu aku iaitu Siti Sarah. Dengarnya Sarah menangis sepanajng malam tadi bila tengok gambar yang Hongki tweet tu. Hehehehe.. Aku dan rakan-rakan prims yang lain turut menumpang gembira. Ini kerana terbukti FT Island sudah menerima semua hadiah daripada Primadonna Malaysia semasa fan meeting. Dan apabila mereka menghargai pemberian kami, itu sangat mengharukan OK! Aku juga berharap suatu hari nanti dapat lihat gambar Jaejin memakai hadiah aku. Oh! Touching~







PLAY! FT Island in Malaysia song list
Intro
1. I Hope (Cross & Change)
2. Bing Bing Bing (Cross & Change)
3. FT vs Pri (Colorful Sensibility Vol2)
4. Hello Hello (Return)
5. I Will Get You (Return)
6. Love Love Love (Beautiful Journey)
7. Life (jap ver.) (Distance)
8. I Want (jap ver.) (Satisfaction)
9. Let It Go (jap ver.) (Let it go)
10. Flower Rock (Flower Rock)
11. Sunshine Girl (Return)
12. I confess (Return)
13. Even You Tears (Memory In FTI)
14. Bad woman (Jump up)
15. The Man In Sinsa-Dong (Memory In FTI)
16. Will Love All (Immortal)
17. You Are Smilling Like A Doll (Immortal)
18. DonQuixote's Song (Beautiful Journey)
19. Troublemaker (Colorful Sensibility Vol2)
Encore
21. Love Sick (Cheerful Sensibility Vol1)
22. Until You Back (The Refreshment)


Rasanya semua pun tahu aku sangat menggilai Lee Jae Jin, bassist FT Island ni. So sudah pasti masa turn aku bertemu dia di depan mata adalah moment paling indah untuk aku setakat ni. Sumpah, aku gigil gila dan macam tak percaya dia senyum dekat aku in realiti. Dia cakap je "Hello!" dekat aku dengan muka comel plus hensem nak mati dan killer smile tu terus macam nak gugur jantung. Dengan terketar-ketar aku cakap "Jaejin-ah,,, saranghae~" dan pandang tepat ke mata dia, kemudian dia balas dengan senyuman dan berkata "Komawo". **bleeding nose**
Aku tak dapat ambil banyak gambar semasa sesi fan meeting ni sebab aku lebih utamakan nak tengok muka dan gelagat mereka secara live. Selain Jaejin, aku sukakan Seunghyun. Aku selalu kata pada kawan-kawan k-pop (apakah?hahahaha) Seunghyun ni aku anggap macam adik. Dia ni kelakar sangat dari video-video di YouTube yang aku selalu tengok, dan ia terbukti pada hari itu. Seunghyun sangat playful person!! Kyeoptaaaaaa =)
Ok, sekarang aku nak show off poster yang aku dapat dari pihak penganjur dan ada signature kelima-lima ahli FT Island. Aku akan frame poster ni. Serius!

MP3 Player. Yang lama dah hilang, maka aku perlukan yang baru. Item ini sangat penting memandangkan aku akan ber-backpacking tahun ini.
Mini notebook. Senang nak bawa ke mana-mana. Di rumah aku guna PC. 

