Pages

Monday, May 2, 2011

♥♥10 Fakta 'Menarik' Pesta Buku Antarabangsa KL 2011♥♥

  1. Aku sebagai petugas, bukan pengunjung. Perbezaan sangat ketara! Lagi best jadi pengunjung tapi lagi gembira jadi petugas. Haaa!
  2. Penat melayan karenah pengunjung dan 'topup' buku berbundle-bundle. Pinggang macam nak patah. Tumit macam nak pecah.
  3. Apabila waktu makan, kelaparan tahap buruh kasar membina bangunan. Semua ditelan, sedap ataupun tak sedap belakang kira. Asalkan ada tenaga.
  4. Rasa nak lempang minah-minah poyo yang mengeluh kesal kerana buku-buku Best Seller yang kami jual sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. (Tak nak beli sudah! Tak payah nak kutuk-kutuk ataupun beritahu aku yang kau kurang faham bila term-term dalam buku dah diterjemah dalam Bahasa Melayu).
  5. Dua tiga orang yang dah komplen macam-macam fasal buku terjemahan lepas tu beberapa minit kemudian dari jauh aku nampak kau ambil juga buku tu dan bawa ke kaunter pembayaran. Pftt!
  6. Ramai orang tak tahu yang peratus diskaun bagi setiap buku adalah sama nilainya dengan total harga semua buku ditolak peratus yang sama. Aiyak!
  7. Orang Melayu sekarang dah rajin baca buku sebab dah ada banyak bahan untuk dibaca. Buktinya ramai yang datang membeli buku siap bawa beg macam peserta AF. Hahaha!
  8. Apabila dalam situasi tertentu memerlukan pengakuan bahawa aku adalah Editor buku itu, pembeli begitu cepat kagum kerana menyangka aku adalah Penterjemah buku itu. Terpaksa aku beri penjelasan lanjut. Keh keh keh!
  9. Kesibukan bertugas di Pesta Buku buat aku melupakan semua tekanan kerja sementara. Rasa lapang gila! =)
  10. Majoriti petugas PTS dah ada rancangan bercuti dalam bulan Mei ni selepas berjuang semenjak awal tahun lagi demi menyempurnakan PBAKL 2011, termasuk aku. Yeahoooooooooooo..holiday!!!!!! ^___^

4 Balasan Bebelan:

  1. Cakap kat minah-minah tu kalau nak yang versi asal Bahasa Inggeris, buat apa datang booth PTS...

    p/s: ada beg lebih? haha

    ReplyDelete
  2. Rui, hahaha! Tu ah fasal. Nampak sangat tak tahu PTS terbit buku Bahasa Melayu je. Ok, nanti aku bagi! ;)

    ReplyDelete
  3. ala...cik rina tak bagitau pon bila bertugas? tak dapat jumpa =__="

    ReplyDelete