Pages

Thursday, July 19, 2012

♥♥Day 6: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

24 Mei 2012 | Destinasi hari ni adalah yang 'ringan-ringan' je. Maksud aku, kami cuma buat lawatan ke tempat-tempat yang mungkin bagi sesetengah orang tak perlu pun masuk dalam itinerary. Tapi bagi kami yang memang sukakan segala benda tentang Korea, tempat-tempat ni agak wajib untuk kami kunjungi. Walaupun rata-rata tempat ni bukan boleh masuk pun. Hahaha!

Mula-mula kami ke Yeouido Park. Dari stesen Hongik turun di stesen Yeouinaru. Ikut Exit 1 kemudian berjalan kaki lebih kurang 15 minit melalui bangunan-bangunan pejabat. Masa kami tiba di area tu mungkin sedang waktu rehat bagi pekerja-pekerja pejabat di situ. Terlihat ramai staf mengambil angin di luar bangunan minum-minum, berborak, hisap rokok dan etc. Kami lalu buat dek je macam dah biasa dengan suasana tu. Kekekeke^^

Bebudak melintas =)

Bangunan-bangunan pejabat

Yeouido Park

Selepas sampai di Yeouido Park kami cuma bergambar. Tak ada apa aktiviti sangat nak buat pun. Kemudian terus berjalan mencari KBS dan MBC. Haaaaa!! Siapa tak layan drama Korea or channel 391 dengan 393 dekat Astro memang tak tahu ah apa benda ni. KBS dan MBC ni adalah stesen televisyen di Korea. Macam Media Prima dan Astro di Malaysia. Saja je buang masa datang sini. Tak ada kerja! Sebenarnya SBS pun berada di sekitar ni, tapi kami malas nak cari. Miahahaahaha..

 Perkhidmatan sewa basikal di Yeouido Park

MBC

KBS

Lepas dah ambil-ambil gambar, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi kedua iaitu 63 Building. Tempat ni antara tempat tumpuan pelancong juga. Sebenarnya tak ada apa sangat, cuma dapat lihat pemandangan dari bangunan tinggi. Kiranya macam Menara KLCC tu ah. Masuk 63 Building dikenakan bayaran sebanyak KRW11,000 seorang. Bayaran untuk naik ke atas sahaja. Dekat bawah tu ada macam-macam lagi. Ada Museum Wax, Sky Park, dan etc. yang mana semua tu dikenakan cas berlainan.

 Pemandangan dari atas 63 Building

 Menuju kaunter tiket

Dekat Korea diorang suka sangat buat Wish Wall =)

Dah puas menikmati pemandangan dari atas 63 Building tu. Kami blah. Perut dah berkeroncong, kami pun cari port untuk makan. So, kami ke Hangang Park berhadapan 63 Building. Cuaca agak panas, masa tu dalam pukul 3pm. Kami makan sambil menikmati pemandangan Sungai Hangang. Bawa bekal macam biasa, beli nasi instant je. Makan dengan selera seolah-olah itu makanan paling sedap di dunia. Haih~

 Makan dengan bajet risau paparazzi nampak itu aku

Windmill

Hangang Park

Lepas makan kami dapati sudah masuk waktu Asar. Zuhur pun belum tunaikan lagi sebab tak jumpa tempat yang sesuai. Maka, secara drastik kami membuat keputusan mahu singgah di Itaewon memandangkan one way. Nasib baik Niny perasan. Kalau tidak kami nak ke Itaewon lepas balik dari Nami Island masa hari kedua tu. Tapi atas sebab tertentu kami tunda. Sebaik menunaikan solat Zuhur dan Asar, aku terperasan yang lebih kurang sejam akan masuk waktu Maghrib. So, aku ajak yang lain stay je dekat Seoul Central Mosque tu sampai usai solat Maghrib. 

 Inilah tangga subway paling tinggi pernah aku jumpa. 
Stesen Itaewon

 Tempat Parking

Masa di perkarangan masjid, ke tempat mengambil wudhu, berjalan di dalam masjid, aku merasakan satu ketenangan yang berbeza. Mungkin kerana itu pertama kali aku menjejakkan kaki di dalam masjid di negara orang. Kemudian aku rasa terharu melihat orang Korea yang beragama Islam. Subhanallah. Lain sungguh rasanya melihat mereka. Dan aku sempat terserempak dengan seorang askar Korea yang beruniform keluar dari masjid ketika itu. Ok, kacak. Hahahaha! ^^

Seoul Central Mosque

Sunset di Itaewon

Usai solat Maghrib kami meneruskan perjalanan kami. Sempat kami singgah di salah satu kedai kebab halal di situ. Kami tapau sahaja makanan malam tu sebab kami nak ke JYP, SM dan Cube. Ok, bukan nak stalking macam pergi YG dengan FNC tu ye. Hahaha. Macam alasan aku di atas tadi, saja buang masa nak pergi. BTW, kami nak ke sana tu perlu menaiki subway ke stesen Apgujung. Kebetulan, Sally nak cari butik MCM di sana jua. Malangnya kami tiba di sana semua butik-butik dah tutup. Kami pun kehairanan mengapa semua butik dah tutup sedangkan baru pukul 8.30pm. Maka, hampa sungguh hati Sally dan meraung-raung di tepi jalan berdepan bangunan MCM. <----aku tokok tambah. Kekeke^^

 SM (bias Changmin TVXQ)

JYP (bias Miss A)

Dikedua-dua bangunan ni kami sekali lagi diketemukan dengan ramai sasaeng fans. Paling ramai dekat SM Town. Haih~ kami geleng-geleng kepala je. Kami snap dua-tiga pic, kami blah. Kami cuba cari Cube tapi tak ketemu. Masing-masing pun dah melangkah longlai, menandakan kaki dah sakit dan letih. So, semua setuju nak balik ke Guest House. Sedang kami berjalan, di satu perhentian bas kebetulan ada bas berhenti dan Sally bertanya kepada driver sama ada bas itu menuju ke stesen Apgujung atau tidak.

Alhamdulillah, bas tu memang menuju ke sana. Kami pun naik bas. Dalam suasana yang dah semakin malam, ada ah rasa macam dalam drama Korea sikit masa dalam bas tu. Erk! Motif?? Ngaaaaaaa..kami borak-borak kosong dalam bas sambil menikmati pemandangan malam. Baik sungguh hati pemandu bas tu apabila kami yang tak tahu mana stesen nak turun telah 'menjerit' nama stesen Apgujung kepada kami yang buat dek macam tak nak turun. Mujur pemandu tu sendiri yang berhentikan kami di stesen tu. Kami haram tak perasan. Malam, gelap. Ngeee..

Dari stesen subway Apgujung kami terus pulang ke Guest House. Masih berbaki dua hari kami di sini. Esok sambung lagi ^^

0 Balasan Bebelan:

Post a Comment