Pages

Tuesday, June 12, 2012

♥♥Day 2: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

20 Mei 2012 | Alarm handfon menjerit menandakan sudah pukul 7.30am. Kami memang merancang untuk bergerak awal pagi ke Nami Island. Selepas keluar daripada sleeping bag, aku buat regangan otot yang ringan. Menggeliat sambil menjerit nama Hyunseung. Gila! Mujur Sally tak baling aku dengan bantal. Terus buka TV LCD 42 inch jenama Samsung tu. Excited tengok TV Korea yang ada beratus-ratus channel. Aku tukar satu-satu mencari rancangan yang menarik untuk ditonton pagi-pagi hari ni. Di Korea jam 7.30am tu kecerahannya sama macam jam 9.00am di Malaysia.

Aku paksa Sally mandi dulu. Niny dan Jie di bilik lain. Aku tak tahu apa cerita mereka dalam bilik. Sementara Sally mandi, aku kemas-kemas beg. Keluarkan baju yang nak dipakai. Berkedut-kedut. Tak ada seterika dalam bilik. Mungkin pihak motel dah spend banyak duit untuk beli TV LCD, maka tiada seterika disediakan. Aku terpaksa pasrah memakai baju yang berkedut. Harap kedut tu menjadikan aku seorang yang sempoi di mata orang-orang Korea. Merepek. Aku memang tak suka baju kedut, tapi terpaksa.

Ada juga aku cuba-cuba nak gosok baju guna hair dryer, hamfeh. Tak berkesan langsung. Akhirnya aku guna hair dryer tu untuk keringkan stokin yang berpeluh serta berbau macam harun. Maklumlah, stokin pakai dari Malaysia. Stokin spare ada dalam beg yang ditinggalkan di Guest House pula. Aku tak rasa segan stokin aku busuk sebab stokin Niny, Sally dan Jie pun sama. Bau sama rata. Haahahah! Lepas semua dah bersiap dan berdandan bajet lawa, kami pun check out. Kami berjalan kaki sikit sebelum mengambil teksi ke stesen subway Chuncheon.

Owner motel offer diri ambilkan gambar kami.

Dari Chuncheon kami ke stesen Gapyeong. Perjalanan dalam 15 minit. Masa dalam train ni ah kami jumpa ramai berpakaian seperti mahu hiking. Memang betul, sepanjang perjalanan ke Gapyeong ada banyak perhentian yang membolehkan kita hiking di gunung-gunung. Antaranya Mount Sorak. Tapi hiking tak ada dalam itinerary kami. Maka, kami abaikan. Cuma kagum juga lihat kebanyakan yang nak pergi hiking tu adalah warga tua. Ada juga yang pergi berkeluarga, bawa anak-anak. Ye ah, hari minggu pula.

Gapyeong Station

Pemandangan dari dalam train

Sekitar stesen Gapyeong

Sebaik sampai di stesen Gapyeong, kami perlu mengambil teksi untuk ke jeti. Untuk ke Nami Island, kami perlu menaiki feri di jeti. Harga tiket ke Nami Island termasuk kos tambang feri adalah KRW8,000. Kena beratur menunggu feri. Feri yang tersedia hanya ada 2 buah. Dari jeti ke Nami Island lebih kurang 15 minit. Disebabkan hari Ahad, pengunjung memang ramai. Penduduk tempatan dan tourist sama ramainya. Semua orang dah tahu rasanya yang Nami Island ni terkenal kerana menjadi filming location untuk drama Winter Sonata yang popular tu. Drama tu dulu dirakam semasa musim sejuk, ada salji. So, aku tak boleh berangan nak ambil gambar pakai coat labuh dengan boots sambil main salji sebab aku datang musim panas. Bertabah~

 Kaunter tiket

Feri. Bendera Malaysia pun ada.

Entrance ke jeti.

Akhirnya kami pun menjejakkan kaki di Nami Island. Cantik. Memang cantik. Dari turun feri je dah boleh nampak keindahan pulau ni. Aku dapat bayangkan lebih indah semasa season Spring, Autumn ataupun Winter. Kebetulan, hari kami di Nami Island ada event. The 6th Anniversary of Naminara Republic. No wonder ramai gila umat. Terdapat juga art exhibition dan stall menjual art craft Korea. Kebanyakan art craft mereka adalah handmade. Tak banyak yang boleh aku ceritakan, kalian kena tengok gambar. Masa ni kami memang menikmati sepuas-puasnya pemandangan di Nami Island. Hehehe~








Antara yang menarik di Nami Island

Maaflah, nak dijadikan cerita. Masa sampai Nami Island, aku sempat rakam sekeping gambar je. Lepas tu bateri camera habis. Demm. Nasib baik kualiti gambar dari camera Samsung Galaxy SII aku boleh tahan. Kalau tak kecewa aku. Sebab semalam masa dekat konsert aku dah ambil gambar dan rakam video berleluasa, lepas tu aku tak bawa charger. Bijak bukan? Haih~ So, dekat Nami Island ni ada restoran makanan halal. Kami menikmati makan tengah hari di sini. Yummy! Menu kami adalah Kimchi Pancake dan lunch box. Lunch box ni popular di Korea. Nasi berlaukkan kimchi dan telur mata. Nampak macam biasa, cuba rasa! Lepas makan kami menunaikan solat dan sambung jalan-jalan.

 Kimchi Pancake KRW8,000

Lunch box KRW5,000

 Galeri Winter Sonata

 Surau yang disediakan

 Restoran

Menyejukkan tekak dengan soft aiskrim

Kira-kira pukul 4.00pm, kaki pun dah rasa sengal-sengal. Sepatutnya dalam itinerary kami akan ke Petite France dan Itaewon selepas ke Nami Island. Tapi kami membuat keputusan untuk terus pulang ke Hongdae. Tenaga kami dah mula hilang umpama bateri fon tinggal satu bar yang berkelip-kelip, nak hantar satu SMS pun tak lepas. Mungkin kerana kepenatan kami sejak semalam yang melalui hari sukar dari Hongdae ke Chuncheon untuk menonton konsert. Semua sepakat nak balik Guest House dan hanya keluar jalan-jalan sekitar Hongik University malam nanti.

Dari jeti kami menaiki bas ke stesen Gapyeong semula. Kemudian menaiki subway dari Gapyeong transit di Sangbong dan transit sekali lagi di Wangsimni untuk ke Hongik University. Dalam perjalanan dari Gapyeong ke Sangbong telah berlaku satu perkenalan unik. Oh, tiba-tiba muka merah nak mulakan kisah ini. Paannngg! *tampar muka sendiri*

Sebaik masuk dalam train, aku berdiri. Sebab tak ada tempat kosong, kalau ada tak mungkin aku saja-saja berdiri kan?! Aku berdiri berhampiran pintu train memegang tiang. Maklumlah aku ni kurang tinggi nak pegang tali pemegang di atas kepala. Ketika ini datang dari arah depan seorang pakcik sambil tersenyum-senyum kepada aku. Aku pun senyum dan menundukkan kepala tanda hormat. Terus pakcik itu menyapa aku dengan ramah,,,, (Ok, part ni aku translate ke bahasa Melayu terus untuk memudahkan penceritaan).

"Awak asal dari mana?" tanya pakcik itu.
"Malaysia", balas aku.
"Oh, datang bercuti ke?" tanya pakcik itu lagi sambil mengeluarkan kerusi lipat bersaiz kecil dari begnya.
"Ya", jawab aku ringkas bersahaja.
"Maaflah, kaki pakcik ni tak kuat, jadi pakcik akan bawa kerusi ni ke mana-mana", jelas pakcik tu.

*(Ada yang dia bercakap dalam bahasa Korea bajet macam aku faham, tapi melihat perbuatan dan body language dia, memang aku jadi faham)

Aku tersenyum. Dalam hati aku merasakan pakcik ni mungkin baru balik dari hiking memandangkan cara pemakaiannya dan di tangan dia memegang sejenis tumbuhan. Mungkin pokok herba fikir aku. Sejak mula dia duduk di hadapan aku dengan kerusi lipat tu, dia mula mengajukan pelbagai soalan dan memulakan perbualan. Bukan dengan aku seorang saja, malah dengan kawan-kawan aku juga. Dari berdiri aku terus duduk melutut depan dia sebab aku tak selesa bercakap dengan orang tua berdiri. Sementara aku berbual dengan pakcik ni, aku perasan juga Jie dan Niny bersembang dengan seorang pakcik yang lain juga. Ok, mungkin kami mudah didekati oleh warga tua kerana kesopanan dan kesusilaan budi bicara kami. Ewah!

Inilah pakcik tu, Mr. Kwon.

Kami berbual seperti ayam dengan itik, namun masing-masing dapat faham apa yang diperkatakan. Pakcik ni agak pandai berbahasa Inggeris walaupun sebutannya kurang bagus dan menggunakan ayat-ayat simple. Pakcik ni juga ada bertanya tentang keluarga aku. Dia bertanyakan keadaan keluarga aku dan berapa orang ahli keluarga. Memang dia terkejut besar apabila aku beritahu yang jumlah ahli keluarga aku 10 orang. Sebenarnya 13 orang, tapi masa dia tanya tu aku tak sempat kira dengan betul. Hahahaha! Aku main tibai sebut 10 orang. Itupun dia dah terkejut, kalau aku kata 13 orang mungkin dia pengsan. Maklumlah, orang Korea mana ada anak ramai-ramai. Then, dia pun mula menceritakan perihal keluarganya. 

"Saya ada seorang isteri dan anak lelaki. Anak lelaki saya belajar di Seoul University of Education dalam major English. Umurnya 26 tahun", kata pakcik tu.
"Aaaahhhhhh~". Aku senyum dan menganggukkan kepala. 

Masa ni Jie, Sally dan Niny dah mula gelak-gelak sinis. Demmit.
Pada masa tu juga pakcik ni keluarkan handfon dan menunjukkan gambar keluarganya pada aku.

*pause*
Ok, mungkin itu gambar acara rasmi keluarga kerana dia dan anak lelakinya berpakaian formal. Anaknya tinggi lampai, kurus dan agak kacak. Tak berapa jelas sebab screen handfon terlalu kecil.

"Waa, anak pakcik handsome", aku cuba mengambil hati. Hahaha.
"Awak berminatkah?" tanya pakcik tu kepada aku. 

Jie, Sally dan Niny dah terkekek-kekek gelakkan aku. Demmit sekali lagi.

"Mungkin anak pakcik dah ada girlfriend?", aku cuba kaver line. Padahal muka dah merah padam.
"Tak, tak ada. Saya kenal anak saya. Dia belum ada girlfriend", jelas pakcik tu dengan yakin.
"Marilah datang ke rumah pakcik, pakcik kenalkan", tambah dia.
"..........", aku terdiam.

Kemudian pakcik tu meminta aku pen dan kertas untuk menuliskan alamat rumahnya. Dia juga minta nombor telefon aku. Haaa, nampak?? Beriya benar dia kan?! Adehhhhh~  Aku pun bagi pen dan kertas serta kad nama aku. Sumpah masa ni aku rasa malu gila sebab semua orang dalam train yang berhampiran kami berkerumun melihat kami. 

Pakcik tu menuliskan alamatnya.

KORAIL subway

Kebetulan pakcik tu juga mahu transit di stesen Sangbong. Kami keluar dari train bersama-sama. Sebaik keluar kami bergambar dengannya dan mengucapkan selamat tinggal kerana kami akan transit train ke stesen berlainan. Tiba-tiba dia tarik tangan aku dan Sally ikut dia. Ah, sudah! Dalam hati aku kata dia ni nak bawak aku balik rumah dia betul-betul ke?? Sally dah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Akhirnya kami cuba bercakap baik dengannya dan dia terpaksa akur merelakan pemergian kami. Kah kah kah. Ayat apa aku guna ni?? Kami pun mengucapkan 'Anneyong gaseyo, ahjussi' secara berjemaah dan melambaikan tangan. Lepas tu panas telinga aku kena perli dengan budak bertuah 3 orang tu.

"Perghhh, Yin dapat bapak mertua weyhhh!"
"Kita balik Malaysia bertiga je ah nampaknya"
"Lepas ni Yin dah boleh beli baju couple"

Demmit! Berdarah hidung aku kena perli bertubi-tubi. Pasrah~

Lebih kurang pukul 7.00pm kami sampai di Hongdae. Semua muka dah letih. Dahye eonnie nampak happy lepas melihat kepulangan kami. Mesti dia risau sejak semalam kami ke Chuncheon aci redah. Lepas sembang-sembang sikit dengan Dahye eonnie fasal konsert dan pengalaman kami ke Chuncheon, kami pun angkat beg dan masuk ke bilik. Ikut hati aku nak je tidur terus. Tapi memandangkan dah berjanji dengan yang lain nak jalan-jalan sekitar Hongik University malam tu, aku gagahkan jua diri ni. Kami mandi dan makan, then keluar jalan kaki ke sekitar Hongik. Area Hongik ni memang hidup. Baik siang mahupun malam. Memang happening. Maklumlah ramai student. Dekat Hongik ni banyak juga kedai-kedai menarik dan ada street market. Ala-ala downtown ah. Tapi tak ah besar sangat. Tapi barang-barang yang dijual not bad. Cuma harganya agak mahal sedikit.

Kami hanya jalan-jalan cuci mata. Sebab esok pagi kami akan ke sini lagi. So, malam tu sekadar jalan-jalan warming up ambil feel dan sesuaikan diri di tempat orang. Kira-kira jam 12.00am kami berjalan pulang ke Guest House sambil mengimbau cerita-cerita sepanjang hari kedua ni. Arghhhhh~ nyaman menghirup udara malam. Sampai Guest House kami pun terus naik katil masing-masing. Padam lampu. Masuk bawah blanket. Bersedia untuk mimpi indah lagi. Esok kami akan ke Trick Eye Museum dan .............. zzzZzzzzZzzZz :P



8 Balasan Bebelan:

  1. Wah! Jumpa bapa mertua. Cubalah hubungi dia lagi. Mana tahu, sempat kalian selamatkan akidahnya sebelum ajal menjelmakan wajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khunnie, sehari selepas pertemuan kami dia ada menghantar email kepada saya. Menyuruh saya datang ke rumahnya. Sudah saya balas, namun hingga hari ini tiada balasan dari dia.

      Delete
  2. Nami island sejuk x? bau laut?

    ReplyDelete
  3. Best!!!!!! KHajajajaaaa!!! Sis tahun depan nk gi lagi ley la singgah umah ahjussi tu....weee~~ jmpe anak dier, mana tau jodoh kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gg, hehehehe.. tu ah. Memang nak jengah rumah dia nanti.

      Delete
  4. salam..cantik view scene. sy nk tnye ade tak pass card mcm "touch n go" kalau kite naik train mcm topup card je.berapa harga kalau ade ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyraf Kashry, oh, awak maksudkan T-Money card? Untuk public transportation. Ya, ada jual di mana-mana 7 Eleven atau Family Mart. Harganya KRW2500, kemudian awak perlu isi topup ikut kemahuan awak. Selama 8 hari di sana, saya gunakan KRW30,000.

      Delete