Pages

Tuesday, June 12, 2012

♥♥Day 1: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

19 Mei 2012 | Lebih kurang jam 6.00am (waktu Korea) kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Incheon. Alhamdulillah. Pujian patut diberikan kepada pilot yang bertugas kerana membuat landing yang begitu smooth tanpa sedikit hentakan. Memang terbaik. Lagu B1A4 berkumandangan semua orang senyum gembira dan kabut nak keluar dari cabin laju-laju. Aku pun excited tak tentu fasal, Jie sampai nyaris tertinggal handfon Blackberrynya. Mujur penumpang yang duduk belakang kami baik hati, ambil dan pulangkan kepada kami.

Keluar je dari cabin aku dah mula nak jakun. Teruja. Tapi still kaver line buat-buat cool. Sambil berjalan menuju ke imigresen kami dah mula ambil-ambil gambar. Agak jakun nak lalu atas eskelator yang rata tu walaupun sebenarnya dekat KLIA pun ada. Haih~ Sampai dekat imigresen kena beratur agak panjang. Masa tu aku nampak dah satu keunikan Korea. Finger print bukan guna ibu jari. Sebaliknya guna kedua-dua jari telunjuk. Itu cool ok! ^^

Setel dekat imigresen, ambil luggage terus blah ke arrival hall. Mata mula melilau tengok sekeliling. Jakun lagi. Kami bergilir-gilir ke toilet untuk bersihkan diri. Tak mandi pun, gosok gigi dengan touch up muka balik. Then, pergi 7Eleven beli T-Money. T-Money ni macam kad Touch 'n' Go tu. Kegunaannya adalah untuk tambang pengangkutan awam seperti bas dan subway. Harga kad tu KRW2500 kemudian kami topup KRW30,000. Masa dalam 7Eleven aku dengan Sally dah macam sawan tengok barang-barang yang dijual sampai ditegur oleh seorang Korean. Hahaha!

Lepas dah beli T-Money kami pun ke kaunter untuk beli tiket Airport Bus ke Hongdae yang berharga KRW10,000 seorang. Kami pun berjalan keluar dari airport. Masa pintu entrance terbuka je, makngaiiii! Dia punya angin yang bertiup ke muka kami sejuk gila sampai ke tulang rasa. Padahal dah pukul 7.30am macam tu. Kita pun naik bas dan bertolak ke Hongdae. Dari Incheon ke Hongdae mengambil masa kira-kira 40 minit. Kami yang tidur-tidur ayam dalam flight ni pun sambung tidur dalam bas yang ada wireless ni. Hebat kan? Hahaha.

Sampai je Hongdae, kami pun mulakan misi mencari Guest House. Kami menginap di Blu Guest House. Sebaik melintas jalan, kami pun keluarkan peta dan berkumpul macam pasukan rugbi nak masuk padang. Aku kata ke arah kanan, Sally kata ke arah kiri, Niny dan Jie kata straight. Tiba-tiba satu suara lelaki kacak kedengaran di telinga kami, "May i help you?" Aku pun toleh ke belakang dan dengan muka blur cakap dalam hati "Siapa pulak mamat hensem ni?" Daaannggggg!!! Baru aku sedar mamat tu adalah Korean yang menawarkan diri nak membantu kami. Kami terdiam 3 saat menatap mamat kacak tu. Lepas mamat tu tunjuk arah jalan yang sepatutnya kami ambil, kami pun bergerak menuju ke Guest House.

**pause**
(Masa ni kami dah mula teruja dengan budaya orang Korea yang cool tu. Thank you oppa! Hehe)

Lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari Stesen Hongik University, kami pun jumpa Blu Guest House. Not bad. Ketibaan kami telah pun dinantikan oleh dua orang staf, Dahye eonnie dan Moon oppa. Mereka yang sedia maklum kami akan tiba lebih awal daripada official time for check in, sudah menanti di loby dan menyambut mesra kedatangan kami. Lepas berkenalan dan setelkan payment, kami mula bertanya-tanya mereka apa yang perlu.

Memandangkan kami telah mendapat tiket percuma untuk Life & Peace Concert di Chuncheon, kami hanya drop off beg dan mahu bergerak terus. Dahye eonnie dan Moon oppa nampak begitu risau dengan kami kerana mahu aci redah ke Chuncheon. Dahye eoonie paling risau kami sesat sebab ini pertama kali kami ke Korea. Oh, sungguh mulia hati mereka. Dahye eonnie telah membuat satu nota untuk membantu kami ke Chuncheon. Dahye eonnie juga telah membantu kami booking motel di Chuncheon kerana kami tidak akan pulang ke Seoul selepas konsert. Inilah nota itu,,,


Untuk pengetahuan kalian, perjalanan dari Hongdae ke Chuncheon mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami menaiki subway dari stesen Hongik University ke Gangbyeon, kemudian menaiki bas dari Dong-seoul ke Chuncheon dengan tiket berharga KRW6300. Bas ni sangat selesa macam bas express dari KL nak ke Pantai Timur. Oh, ya! Di sana naik bas pun kena pakai seat belt! Ok, sepanjang perjalanan ke Chuncheon pemandangan memang indah. Aku terasa seperti bas ni tak pakai aircond, tapi angin sejuk semula jadi dari luar masuk entah dari celah mana. Begitu fresh! Chuncheon terletak sedikit terpencil dari Seoul. Kawasan ini banyak gunung-gunung yang cantik. Dan gunung-gunung yang berada di sini menjadi tumpuan tourist dan rakyat tempatan untuk beriadah. Aku terkejut melihat ramai warga tua hiking di sini. Mereka kelihatan sangat sihat dan cergas. Aku kagum. Perjalanan kami melalui berbelas-belas terowong. Sekali lagi kami terlelap dalam bas. Tahu-tahu dah sampai stesen bas Chuncheon. Alhamdulillah...

Muka mamai sampai Chuncheon.

Tiba di Chuncheon kami menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak. Perut dah mula lapar sebab kali terakhir kami menjamah makanan adalah pada jam 4.30am dalam flight. Kami ternampak Family Mart (macam 7 Eleven jugak) dan menyerbu masuk mencari apa yang boleh dimakan. Selepas berpusing-pusing dalam kedai tu akhirnya aku ternampak bubur nasi segera. Malangnya hanya tinggal dua sedangkan kami berempat. Kami beli juga dan makan berkongsi. Bubur nasi kosong yang rasanya hambar dan tawar itu kami makan bergilir-gilir. Untuk memberi sedikit rasa kemanisan, kami selang-seli menyuap bubur dengan coklat Snickers. Sadis. Masa kami makan ni pekerja kedai tu pandang je gelagat kami. Mungkin dalam hati mereka berasa simpati melihat keadaan 4 babopackers yang kelaparan ni. Terpaksa kami buat muka cool. Haih~

Inilah rupa bubur nasi tu, KRW1450.

Lepas mengalas perut, kami menaiki teksi ke Chuncheon Stadium di mana lokasi konsert diadakan. Sebaik tiba di perkarangan stadium, keluar teksi dengan muka bangga kerana berjaya sampai tanpa sesat. Hahaha. Kami pun berjalan menuju ke khemah tempat claim tiket konsert. Actually, tiket konsert ni kami dapat selepas mendaftarkan butir diri di laman web Visit Korea Tourism seminggu sebelum fly. Hanya 4 hari sebelum tarikh berangkat ke Korea kami tahu bahawa keempat-empat dari kami tersenarai mendapat tiket itu. Sumpah, aku menggigil masa tengok nama kami tersenarai di laman web tu. Bertuahnya kami,,,,,

Nampak tu nama aku?

Kalau tak kerana MBLAQ ada dalam konsert ni, mungkin aku tak berapa heran nak pergi. Tapi kerana mereka ah hati aku meronta-ronta nak pergi. Lagipun tiket free, agak kurang cerdik sekiranya aku tak pergi, kan? Bukan senang nak dapat peluang menonton konsert di Korea. Inikan pula tiket free. Kekeke^^
Selain MBLAQ, artis kpop lain adalah Beast, T_ara, Spica, dan lain-lain group yang aku tak berapa familiar. Keseluruhannya semua performances sangat awesome. Menonton MBLAQ secara live memang tak pernah terlintas dalam fikiran aku, sebab aku sedar MBLAQ belum begitu popular di Malaysia. Maka, agak mustahil mereka adakan konsert di sini dalam masa terdekat.

Masa kami nak claim tiket tu, dari jauh orang-orang di perkarangan stadium dah pandang pelik pada kami. Ketaq lutut jugak nak melangkah masa tu, tapi berubah jadi berani apabila beberapa staf penganjur di booth nak claim tiket dah melambai-lambaikan tangan kepada kami. Mungkin kami menjadi perhatian kerana hanya kami yang berhijab di situ. Oleh itu, terserlah ke-foreigner-an kami. Lepas kami claim tiket dan diberi poster seorang satu, kami cari port untuk duduk-duduk sementara menunggu pintu masuk stadium dibuka jam 5.30pm.

Aku dah mula tak keruan nampak ahjumma dan ahjussi jual merchandise kpop idols. Barang wajib untuk konsert sekurang-kurangnya adalah light stick. Aku pun tanpa segan silu menghampiri seorang ahjumma yang menjual merchandise. Niat nak beli light stick je, tapi ahjumma tu memang pandai pengaruh aku yang berduit tika itu untuk membeli kipas, teropong dan memberi belon secara percuma sebab aku cute. Ok, itu aku saja memandai. Hehehehe.

Ahjumma yang berjaya paw duit aku untuk beli merchandise.

Sebaik selesai urusan jual-beli aku dengan ahjumma tu, tiba-tiba kami diserbu sekumpulan gadis-gadis Korea. Mereka ni adalah budak-budak B2uty. Ok, B2uty tu adalah gelaran untuk fans Beast bagi mereka yang tak tahu. Leader mereka menyuakan sekotak lollipop di depan muka aku. Aku sangka dia mahu menjual. Selepas soal-siasat dengan menggunakan bahasa ayam dan itik (broken english vs. korean language), akhirnya aku faham yang leader B2uty tu nak bagi aku free lollipop tu. Kemudian mereka ajak kami bergambar bersama-sama. Sumpah, mereka ni memang kelakar dan cool.

 Yang tengah baju hitam ni nama dia Kimmy, dia ah leader B2uty.

Inilah budak-budak B2uty yang supercool tu.

Excited!

Lepas bergambar, kami pun lepak-lepak. Mula tu kami duduk lepak dalam barisan macam yang budak-budak lain buat. Sekali datang seorang staf beritahu yang kami punya tiket ada seated nombor. So, tak perlu beratur. Rupa-rupanya tiket yang kami dapat ni adalah untuk VIP guest. Depan stage. Uwaaaaa! masa tu aku dah nak nangis. Rasa macam tak percaya kami sebertuah ini. Tepat jam 5.30pm kami dibenarkan masuk ke dalam stadium. Aku memang puji orang-orang Korea. Mereka langsung tak berebut-rebut nak masuk. Elok je beratur, masuk teratur. Berbeza betul dengan situasi konsert di Malaysia TT_____TT

Lebih kurang jam 8.00pm konsert pun bermula. Semua nampak terkawal, duduk di tempat masing-masing menikmati persembahan. Kami duduk bersama VIP-VIP guest antarabangsa dari Brazil, USA, Japan, Taiwan dan entah mana-mana lagi. Ada juga yang bertegur-sapa dengan kami. Peramah. Sesungguhnya kpoppers memang unite. Aku tak tipu. Walaupun berlainan bangsa, agama dan negara. Kami boleh jadi kawan bila-bila masa ^^

Selepas beberapa artis buat persembahan, tibalah masanya MBLAQ muncul di pentas. Kami dah tak keruan. Especially aku, Sally dan Niny. Jie selalunya sopan santun saja, tak macam kami. Hahahaha. Nampak je kelibat Mir dan Joon atas stage kami meroyan. Hampir pengsan melihat performances live mereka. Aigoooooo~ MBLAQ sangat daebak!! Masa MBLAQ perform keadaan dah mula tak terkawal. Segelintir peminat fanatik mereka yang duduk di grand stand mula berlari ke arah pentas. Ketika ini para pengawal mula bertindak. 

Keadaan bertambah tak terkawal apabila giliran Beast pula. Perghhh!!! Memang gila fans Korea ni. Apa yang aku selalu baca di Internet fasal kegilaan mereka pada idol memang betul belaka. Aku saksikan sendiri. Tapi aku seronok tengok ramai mak bapak yang turut serta menemani anak-anak mereka. Sporting habis. Ada yang mak sekali jerit-jerit nama idol. Aigoooo~ Masa Beast aku hilang sedar. Aku telah berganjak dari tempat duduk sendiri ke tempat duduk lain yang pemiliknya telah balik. Sekarang kedudukan aku lebih dekat dengan stage. Sebenarnya masa ni aku tak sengaja dah tinggalkan kawan-kawan yang lain. Semua gara-gara tengok ke-hotstuff-an Hyunseung menari atas stage. Mianhae chinguya!!

 Beast

MBLAQ

Selesai konsert kami laju-laju angkat beg keluar dari stadium. Walaupun masa ni ada fireworks yang cantik di langit. Aku buat tak peduli. Kami kena cepat mencari teksi. Jam sudah pukul 10.00pm. Sedang kami berjalan keluar dari stadium, tiba-tiba semua orang berlari-lari macam kejar sesuatu. Aku terpinga-pinga. Tak sengaja aku terdengar seorang budak ni sebut Beast. Barulah aku faham, mereka berlari mengejar Beast sebab Beast group terakhir yang perform. Yang aku pelik, macam ada kuasa aneh merasuk dalam tubuh aku untuk ikut mereka berlari. Macam ada magnet tarik aku. Aku pulak tarik tangan Sally. 

"Sally, cepat!! Diorang kejar Beast!", kata aku tanpa bersalah sambil tarik tangan Sally. "Kyaaa, Gikwang ah!!~~ jerit Sally. Masa ni Niny jerit pada aku, "Hoi, cari teksi ah!". Sambil berlari tarik tangan Sally, aku balas jeritan Niny, "Kejap ah, sekali je dalam hidup ni!". Demmit! What happen to me? Kah kah kah. Niny dan Jie akur dan membiarkan kami berdua berlari dengan kelajuan 180km/j memikul beban beg kira-kira 4kg dalam kedinginan malam bersuhu 12 darjah celsius di Chuncheon. 

Aku dan Sally berjaya sampai di tempat parking van Beast di belakang stadium. Di sini sudah ramai fans menunggu. Yang agak pelik, budak lelaki pun ada. Apa kejadahnya??? Kalau perempuan tu aku faham ah sebab artis tu lelaki. Mereka ni boleh digelarkan sasaeng fans. Tapi malam tu secara tak langsung aku dan Sally tergolong dalam kumpulan sasaeng tu sekali. Demmit! Hahaha. Tapi dapat juga aku melihat kelibat Hyunseung masuk ke dalam van. Puas hati. Lepas van beredar aku dan Sally pun jalan tergelak-gelak sambil jerit nama Niny dan Jie. Muahahahah. Maklum ah, umat ramai dan agak gelap. Kami tak nampak. Akhirnya kami berjumpa.

Niny dah membebel-bebel sedangkan aku dan Sally gelak terkekek-kekek mengenangkan kerja gila kami sebentar tadi. Entah sejak bila jadi B2uty? Padahal seorang VIP seorang Primadonna. Hahahaha. Kami berempat berjalan menuju bus stop untuk menahan teksi. Malangnya satu teksi pun tak mahu ambil kami kerana kebanyakannya sudah di booking melalui call. Fine!! Masa ni ada rasa bersalah sikit dalam diri. Sikit je ah. Malam semakin dingin. Aku dah mula menggigil lagi-lagi ditiup angin malam. Sumpah sejuk gila! Kami langsung tak memakai jaket. 

Dalam kesabaran dan kerisauan mendapatkan teksi, kami tetap tergelak-gelak dan bergurau-senda. Hahaha! Setelah hampir sejam menunggu, orang ramai pun makin surut, polis-polis yang bertugas pun dah beransur balik, barulah kami dapat teksi. Kami tak tahu pun motel tu di mana, hanya tunjukkan alamat kepada pemandu teksi dan dia membawa kami. 

Alangkah terkejutnya kami, motel itu mempunyai TV LCD screen 42 inch, PC berinternet, peti ais yang diisi minuman berkarbonate percuma. Ini baru motel cikai yang berharga KRW20,000 satu malam. Wow! Malam tu kami macam mangsa Tsunami yang kelaparan, sebelum tidur kami ke Family Mart berhampiran membeli nasi segera dan kimchi. Makan macam itu adalah makanan paling sedap dalam dunia. Usai makan dan mandi, kami pun tidur tersenyum. Tamatlah hari pertama kami di Korea yang penuh dengan kerja gila. Namun, bagi kami semua itu sangat bermakna. Esok kami akan ke Nami Island. Khajaaaa! ^^

Jaljayo~



14 Balasan Bebelan:

  1. besh besh dpt gi konsert pree

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yatt, alhamdulillah rezeki tak disangka-sangka.

      Delete
  2. ina hasliza othmanJune 12, 2012 at 12:59 AM

    mencikkkk!!! sangat teruja membacanya...... whaaaaa!!! mau jugakkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaklong, kalau aku kaya aku sponsor kau pergi Korea. Janji!

      Delete
  3. Woah! Daebak! Kalian memang jjang. Mahu baca sambungan seterusnya. Cepat tulis. Best tahap gaban!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khunnie, baik..baik.. semoga saya ada kelapangan masa =)

      Delete
  4. Wah 00g teruja menantikan smbgn.....
    mcm dah terasa baca novel nie....
    cepat tulis... x sabar nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emma, terima kasih sudi baca dan mahu menunggu sambungannya.

      Delete
  5. please write more...i love to read....ada bnyk bende yg bleh apply nnt bila dh tiba masa ak ke sana nnt..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emin, insyaAllah. Tapi cerita aku akan ada banyak perangai merepek. Harap kau bertabah. Hahahah.

      Delete
  6. thanks unnie! sy lebih bersemangat bila unnie update di blog. dapat rasa keseronokannya.kyaaaa~~waiting for the next entry <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelly, ya memang unnie harap kalian lebih bersemangat untuk ke Korea. Fighting!!! ^^

      Delete
  7. Huwaaa...bestnye baca citer sis...nak lagi..tk sabar nk tunggu next story...seronoknye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gg, thanx sudi baca entri yang panjang ni. InsyaAllah...ada 6 entri lagi. Sebab 8 hari pergi. Huhuhuhu..

      Delete