Pages

Saturday, September 24, 2011

♥♥Daripada Yin untuk Yin♥♥

Mungkin ramai yang tidak tahu perangai aku yang suka membeli hadiah untuk diberikan kepada diri sendiri. Ini adalah cara bagi aku menghargai diri dan memuaskan hati aku yang telah berusaha, berpenat-lelah, dan beremosi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Rabu, bersamaan 21 September 2011 yang lepas aku telah menerima hadiah hari jadi yang aku kira mungkin terakhir buat tahun ini. Hadiah yang aku dah beli dari sebelum tarikh hari jadi aku tetapi menerimanya dua bulan selepas hari jadi aku.

Selain daripada sebagai hadiah hari jadi, hadiah ini juga termasuk dalam wishlist aku tahun ini dan yang paling utama ialah sebagai hadiah sampingan buat bunda tersayang. Aku harap lepas ni dia tidak perlu risau mahu pergi mana-mana. Dia tak perlu merajuk dengan anak-anak lelakinya yang kurang masa membawa dia ke kenduri kahwin ataupun kompleks membeli-belah.

Maka, selepas ini aku tidak ada alasan untuk tidak selalu pulang ke Klang sehingga anak-anak buah aku terpaksa menelefon aku apabila mereka rindu. BTW, hadiah ini masih dalam rahsia. Rahsia daripada sebahagian ahli keluarga aku, terutamanya bunda dan abah. Aku harap apabila aku pulang membawa hadiah ini nanti mereka tidak terkejut hingga meningkatkan tekanan darah. Maklumlah mereka berdua ada darah tinggi.

Aku berasa sangat bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Impian semakin banyak yang sudah tercapai. Kediaman baru sudah hampir siap terbina. Kerjaya semakin aku mencintainya. Kewangan semakin menunjukkan kemerdekaannya, dan beberapa alasan untuk aku berbahagia yang tidak dapat aku nyatakan di sini kerana ianya terlalu peribadi.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga aku tidak pernah berhenti mengucapkan kalimah kesyukuran ini setiap kali mendapat nikmat yang tidak ternilai dari-Nya. Aku semakin percaya setiap dugaan yang diberikan pada aku adalah demi kasih-sayang Allah terhadap diri aku. Kerana Dia mahu melindungi aku daripada keburukan. Kerana Dia ingin memberi yang terbaik buat aku.

Niat yang betul dan usaha yang tekun adalah cara bagi doamu dimakbul =)

Inilah hadiah itu,,,


No 1207 tu beli sempena tarikh lahir aku, OK =)

6 Balasan Bebelan:

  1. aku pn nk bli jugak..tp xde duit lg ;(

    ReplyDelete
  2. Nissa, kau ingat tak dulu kita pernah sembang fasal lesen? Hahahaa..

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Kalau beli dengan titik peluh sendiri memang terasa puasnya. Bila la giliran aku agaknya.

    ReplyDelete
  4. Shukri, ehem,, ehem,, :)

    Rui, puas memang puas Rui. Puaslah aku nak bayar hutang lepas ni. Hahahaha :D

    ReplyDelete