Pages

Tuesday, August 30, 2011

♥♥Salam Eid Mubarak♥♥

Pejam celik sebulan sudah berlalu. Ramadhan akan aku rindu. Sesungguhnya Ramadhan selalu memberi aku sejuta keajaiban dalam kehidupan sejak dahulu lagi. Aku lebih teruja menyambut Ramadhan berbanding Syawal. Tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu meraikan lebaran. Ramadhan dan Syawal pasti mengukir kisah yang berbeza.

Alhamdulillah,, ini Syawal kedua setelah aku bekerja. Tahun lalu tak banyak yang dapat aku sediakan buat keluarga. Maklumlah tika itu aku baru bekerja, gaji pertama. Tahun ini berbeza. Pelbagai perkara aku cuba laksana. Dari keperluan ibu bapa, adik-beradik hingga ke anak-anak saudara. Semua serba serbi ada.

Dalam hati hanya Dia yang tahu betapa aku gembira melihat senyuman mereka. Walaupun tahun ini aku diuji pelbagai perkara. Aku bersyukur atas kematangan yang ada dalam diri aku mampu menghadapinya dengan redha. Setiap ujian-ujian itulah yang menjadikan aku lebih kuat dan bersedia untuk ujian seterusnya.

Di keheningan malam raya begini, pelbagai memori menusuk benak fikiran aku. Yang pahit mahupun manis, semuanya menerjah kembali. Deraian airmata menyudahi doa di akhir solat sunat tadi. Terharu, sayu dan pilu. Terharu dengan keajaiban-keajaiban yang berlaku. Sayu dengan kiriman-kiriman SMS memohon ampun. Dan pilu mengenangkan insan-insan tersayang yang tidak lagi bersama aku. Aku rindu,,,,,

Buat keluarga tercinta,,, esok akan aku susun kata-kata. Moga sempat aku bersalaman dan memeluk kalian untuk memohon ampun maaf.

Buat sahabat-sahabat sejati,,, sudah aku titip perutusan yang ikhlas dari hati. Moga aku dimaafi. Sesungguhnya persahabatan kita sangat aku hargai.

Buat insan-insan yang pernah aku sayangi dan cintai,,, dengan rendah diri aku memohon keampunan atas ketidaksempurnaan dan keterlanjuran perbuatan. Moga tidak disimpan dalam hati. Aku tidak pernah berniat untuk melukai.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diberkati. Andai ini Ramadhan dan Syawal terakhir yang dapat aku nikmati, mohon kalian ampuni segala kekhilafan yang pernah aku lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Halalkan makan minum yang pernah diberi atau dikongsi. Bagi yang aku tidak sempat membalas jasa, hanya Tuhan yang akan membalasnya.

Salam Aidil Fitri.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.

1 Syawal, 2011.


2 Balasan Bebelan: