Pages

Monday, July 12, 2010

♥♥Ya! sudah 25 tahun♥♥


Ya! Aku sudah berumur 25 tahun pada hari ini. Nampaknya tinggal 5 tahun sahaja untuk angka depan bertukar ke nombor 3. 5 tahun itu bukannya lama, pejam celik pejam celik pasti muncul juga tahun 2015. Aku berharap ketika itu jika ditakdirkan aku masih belum menemui jodoh (target nak kahwin pada usia 27, hihihi~) sekurang-kurangnya biarlah aku telah mempunyai kerja tetap, ekonomi yang kukuh, sedikit wang simpanan dan aset bernilai hasil usaha diri sendiri. Amin.

Tahun lalu aku begitu berdukacita pada hari lahir aku atas sebab-sebab tertentu. Hanya beberapa orang teman rapat yang tahu apa berlaku pada aku ketika itu. Namun, semua itu telah aku jadikan sempadan dalam hidup. Tidak mungkin aku dapat melupakannya, tapi aku tidak akan bersedih lagi jika teringat akan peristiwa itu.
Haaa..tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang sudah.

Tahun ini aku menyambutnya bersama seorang anak kecil yang menjadi kesayangan aku. Lahir pada hari jadi aku tahun lalu. Dia ialah Muhamad Aqil, anak kepada abangngah aku. Si kecil ini tarafnya sudah seperti anak aku sendiri walaupun aku belum berkahwin. Hahahaha!!


Disini, aku mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan aku, minta dipanjangkan usia, berjaya dalam hidup, segera mendapat kerja dan bertemu jodoh. Terima kasih!! Nampaknya rata-rata agak bimbang dengan status aku yang masih single ini. Hampir saja semua ucapan di FB mahupun sms mengaitkan isu pertambahan umur aku hari ini dengan isu jodoh! Hehehehe^^


Perkara ini juga menjadi kerisauan kepada keluarga aku. Lebih-lebih lagi bundaku, sudah beberapa kali bertanya tiadakah bakal menantunya yang baru? Hahaha! Janganlah kalian bimbang, jodoh aku pasti ada suatu hari nanti. Aku masih bersabar dan bertabah menantinya. Jujurnya aku sudah sedikit malas untuk bercinta. Rasanya selepas ini sekiranya aku mendapati mana-mana lelaki yang ikhlas terhadap aku, aku akan pertimbangkan asal sahaja beliau berpotensi menjadi suami yang hebat! Biarlah bercinta selepas kahwin. Hahahaha!! Aku sudah mula merepek~~


Aku mulai sedar,,tidak semua perkara yang kita suka, kita rancang, dan kita inginkan akan menjadi milik kita. Semuanya memerlukan keizinan Allah SWT. Jika aku sudah usaha dengan gigih sekalipun, namun tiada keizinan dari Allah SWT untuk aku mencapainya sudah pasti ia tidak akan berlaku!! Jadi aku percaya pada takdir Allah SWT. DIA lebih mengetahui sedang aku tidak mengetahui.


Jadi, dengan itu aku akan memulakan buku baru mulai hari ini. Umur dah 25 tahun. Semua orang asyik cakap aku sudah tua. Tua sangatkah 25 tahun itu?? Hurmm~~ Yang pasti aku akan memperbaiki diri dan mempertingkatkan kualiti hidup aku. Sekali lagi TERIMA KASIH untuk doa-doa kalian buat aku. Aku sangat menghargai dan berasa syukur mempunyai kenalan seperti kalian. Semoga Allah SWT merahmati kita semua hendaknya. Amin.


Love, Reyn@Yiyin.

P/S : Sedikit terkilan atas kekalahan Nederland di final WC malam tadi. Tapi setidak-tidaknya mereka kalah tipis dan bermaruah. Tuah sahaja tidak menyebelahi. Sob,,sob,,sob,, T____T

2 Balasan Bebelan:

  1. Selamat Hari Lahir Rina.. Semoga panjang Umur... Semoga Berjaya d dunia dan di akhirat... :)

    ReplyDelete