Pages

Thursday, June 3, 2010

♥♥Kerja oh! Kerja♥♥

Aku sudah apply satu jawatan yang rasanya agak bersesuaian dengan jiwa aku. Tapi yang agak membimbangkan aku ialah tiada sebarang pengalaman dalam bidang itu. Sekadar mencuba nasib tapi sekiranya dapat pastilah aku tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan. Kalau dapat pekerjaan itu, aku tahu...banyak pengorbanan yang perlu aku buat. Tak mengapalah, ini bukan kali pertama untuk aku. Aku perlu berbuat sesuatu demi mak abah aku. Aku selalu ingat pesan angah aku... "kita kalau tak dapat beri kesenangan pada orang tua,jangan pula kita tambah susah mereka". Jadi aku tidak akan teragak-agak dengan pengorbanan yang bakal aku buat seandainya aku dapat pekerjaan itu. Diharap kalian mendoakan agar aku segera mendapat kerja. Amin.

Untuk abah,,, orang harap abah dapat bertahan sedikit masa lagi. Orang akan cuba sedaya upaya,,apa yang termampu,,kalau ekonomi orang sudah kukuh nanti,,boleh lah abah berehat saja di rumah,,tak perlu kerja lagi. Orang tahu abah sudah tidak kuat lagi sejak jatuh sakit dulu. Tapi abah bertahan kerana orang.................... T__T

2 Balasan Bebelan:

  1. good luck sis..

    i know u can do it

    caiyok2

    jgn mudah pututs asa ok:)

    ReplyDelete