Pages

Wednesday, August 4, 2010

♥♥Thank You ALLAH♥♥

3hb Ogos 2010 akan tersemat kemas dalam ingatan aku apabila menjadi hari yang begitu bermakna buat aku. Setelah genap 2 bulan aku menanti, akhirnya aku telah dipanggil untuk temuduga. Sememangnya jawatan yang aku idamkan disamping tawaran dari syarikat yang aku dambakan. Alhamdulillah............. ^_____^

Terima kasih kepada pihak PTS Professional terutamanya kepada Tuan Fauzul Naim (GM), Tuan Aizat (Pengurus Penerbitan) dan Cik Puan Shazarina (Executive Senior HR) kerana memberi sesi temuduga yang menarik sekali siang tadi. Terima kasih juga atas kepercayaan kalian memberi saya peluang untuk memegang jawatan sebagai Editor Pengurusan PTS Professional.


Terima kasih yang tidak terhingga juga terutama buat Bunda, Abah, Adik-beradik, Abang/Kakak Ipar, Sahabat, Kawan-kawan, Kenalan serta sesiapa sahaja yang sentiasa mendoakan aku segera mendapatkan kerja yang diidam-idamkan. Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.


Dalam kegembiraan aku mendapat pekerjaan, terselit sedikit kesedihan di sanubari aku. Iaitu terpaksa sekali lagi berpuasa tanpa keluarga dan berjauhan dengan anak-anak buah yang disayangi apabila memandangkan aku perlu memulakan hidup berdikari sekali lagi di daerah yang lain. T___________T


Semoga aku bertabah dan bersemangat memulakan "dunia baru" aku sedikit masa lagi. Terima kasih tuhan!!! Alhamdulillah~~~



Gambar sedikit "poyo" ya! Hehe^__^
Sunday, August 1, 2010

♥♥Surat untuk Aina♥♥

Kehadapan sahabat baikku yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semoga kau sihat dan dilindungi Allah SWT.

Aina sahabatku,

Nuraina Musa a.k.a Cikgu Aina

Hari ini 1 Ogos 2010 genaplah 6 tahun kita bersahabat. Aku begitu tersayu hati sebaik sahaja bangun dari tidur pagi tadi apabila mengingati bahawa hari ini adalah "Hari Persahabatan Sedunia" dan ianya merupakan ulangtahun ke-6 persahabatan kita (eh, macam couple pula ada anniversary bagai) ^_____^

UiTM Machang, Malam Ukhuwah 2005

Benarlah kata seorang ustaz yang pernah memberi tazkirah di tempat praktikal aku suatu masa dahulu. Bahawasanya perkara paling JAUH ialah MASA dan apabila masa itu meninggalkan kita, kita tidak pernah akan dapat mengulangi masa yang sama itu sekali lagi.

Studio Fine Art 2006

Rasanya seperti baru semalam aku terlihat kau berbaring di katil hostel kerana demam. Aku yang hanya mahu melintasi pintu bilik kau terus hati terpanggil untuk menjengah dan melihat keadaan kau. Ya, itulah detik permulaan persahabatan kita. Secara tidak sengaja aku yang tidak pernah masuk ke bilik kau tiba-tiba tanpa rasa segan silu duduk disisi katil kau lalu kita bersembang-sembang..Oh! Sungguh syahdu 6 tahun lalu tika itu... =')

Anehnya sebelum itu walaupun kau sering ke bilik aku berjumpa dengan room mate aku si Nuyu itu, aku tidak pernah mahu bersembang mesra dengan kau. Ketika itu aku begitu pelik setiap kali melihat kau yang suka bergelak tawa kuat-kuat dengan Nuyu sedangkan aku yang mendengar perbualan kalian tidak merasa ada sesuatu yang lucu pun. Hahahaha!

Hari demi hari persahabatan kita semakin akrab. Lebih-lebih lagi saat aku diketepikan oleh mereka yang selama ini aku anggap kawan baik, namun kau seorang saja yang nampak "kebenaran" itu. Sungguh mulia hatimu sahabat hingga sanggup dituduh mementingkan diri hanya untuk melindungi aku T________T

Langit tidak selalunya cerah. Persahabatan kita juga pernah diuji Allah SWT. Semua angkara mereka yang tidak pernah berasa senang melihat keakraban kita. Mujur kita lekas tersedar bahawa kita hanya dipermainkan oleh mereka yang suka melihat jika kita bermusuhan. Lalu kita menangis berpelukan selepas solat maghrib bersama apabila menyedari kebodohan kita membiarkan mereka mahu memutuskan persahabatan kita. MasyaAllah~~~

Lapangan Terbang Pengkalan Chepa 2006

Ketika sedikit masa sahaja lagi kita akan menamatkan pengajian di peringkat diploma dulu, pasti kau tidak pernah lupa sekali lagi kita diuji Allah SWT. Saat itu aku sangat bersyukur mempunyai sahabat seperti kau. Dan benarlah Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar. Kita berjaya menepis segala usaha mereka yang ingin menjatuhkan kita berdua. Alhamdulillah~~~

Art Gallery, Diploma Show 2006

Kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri", namun untuk kita aku ubah dihujungnya, "Inikan pula sahabat sejati", adakalanya kita juga tewas dengan kelantangan suara, ketajaman kata-kata, dan kelancangan bicara sesama kita. Akan tetapi kita tidak pernah membiarkan ia bersarang dihati. Maka dengan sifat seperti itulah menjadikan kita tidak hipokrit (syarat utama untuk menjadi sahabat sejati kita ialah "tahan maki") ^__________^Y

Terima kasih atas segala-gala yang kita harungi bersama ketika sebilik di UiTM Machang, serumah di Taman Melati, setempat kerja di Habib Jewels dan selalu bersama aku dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini sekali lagi berjaya membuatkan aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan babak kita di meja belajar di kampus dahulu. Dan dialog-dialog ketika itu masih segar dalam kotak ingatan aku.. hahahaha!

[Selepas aku menerima "bungkusan candy" yang dihantar oleh pihak delivery bersempena Friendship Day pada tahun 2006]


Reyn : Sapa laks yang bagi aku candy ni? Dah la takde nama pengirim. Bungkusan cikai gile.

Aina : Mungkin pengirim tu takde duit kot. Kau tak suke ke?


Reyn : Hurm,,bukanlah tak suke. Nak bagi tu biarlah besar-besar sikit. Coklat murah ni!!


Aina : Hoi!!! sebenarnya candy tu aku yang bagi!! Nak buat surprise kat kau lol!


Reyn : Hahahahahahahahahaha!! Akhirnya kau mengaku.


[Aku masih ingat riaksi muka kau tika itu =>]

Ya Allah,,sungguh mesra kita bergurau senda begitu. Sumpah aku rindukan semua itu. Kau layaknya menjadi darah dagingku. Bukan sekadar sahabat..... T_______T"

One Utama 2009

Walaupun kita sering bersama-sama, kemudian tiba masanya kita berpisah sementara apabila kita membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Kau memilih untuk ke UPSI dan aku memilih ke UiTM Shah Alam sahaja. Saat itu rakan-rakan kita yang lain sudah melangkah lebih jauh dari kita.

Namun kita tidak putus asa, biarpun kita sedikit terlewat dari mereka, kita tahu apa yang kita inginkan dan aku rasa kita tidak tersalah langkah. Sekarang aku sudah tamat pengajian dan bakal menempuh alam pekerjaan sekali lagi ^_____^ Kau pula hanya sedikit masa lagi akan menamatkan pengajian dan sudah pasti bakal bergelar seorang guru. Aku mendoakan kau menjadi seorang pendidik yang berkaliber dan dihormati suatu hari nanti.

One Utama 2009

Akhir kata dari aku,, terima kasih kerana telah menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku selama 6 tahun. Terima kasih menjadi sahabat yang sanggup berhujan, berpanas, bersusah, bersenang, bersedih, bergembira bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh hingga ke hujung nyawa.

Aku sebagai Biskut OREO, Kaulah SUSU pelengkapku. Hahaha ^___^


Yang benar,
Reyn.
Saturday, July 31, 2010

♥♥Jantung Pecah♥♥


Belahlah dada, x-ray lah jantungku T__T

Jantung pecah!! Ya!! Aku tipu saja. Sebenarnya jantung aku belum pecah. Jantung aku hanya berdetak lebih laju daripada kadar denyutan normal sehingga berasa seperti jantung aku hampir pecah. Semuanya berpunca dari panggilan telefon yang aku terima pada hari Rabu lalu.

Apa??? Panggilan hangit??

Panggilan hangit?? Ya!! Sekali lagi aku tipu. Bukan panggilan hangit dari stesen radio Hot.fm yang aku terima. Tetapi panggilan dari sebuah syarikat penerbitan yang mahu memaklumkan bahawa mereka telah menerima resume aku (setelah dua bulan aku hantar) dan meminta aku hadir untuk sesi temuduga. Sedangkan ketika aku menerima panggilan itu, kaki baru sahaja mahu melangkah keluar ke temuduga lain... T___________T

Huarghhhh!!! Macam mana ni???

Mengapalah situasi ini berlaku?? Aku tidak suka betul. Syarikat yang baru menelefon aku tadi adalah syarikat yang aku tunggu-tunggu setiap hari panggilannya. Aku sangat sangat sangat mahu jawatan yang aku mohon di syarikat itu. Ini kerana, sekiranya aku diterima bekerja di sana, ia menandakan jalan untuk aku merealisasikan cita-cita aku hanya beberapa langkah sahaja lagi.. ^_______^

Apa kaitannya dengan kotak ini??

Sebenarnya, segala-gala aku sudah rancang. Segala kehendak, hasrat hati, matlamat, perjalanan karier yang aku inginkan telah tersemat kemas dalam kotak fikiran aku. Hanya dengan jawatan yang aku mohon di syarikat itu mampu memberi aku peluang untuk mengecapi segala yang aku rancang. Namun, kita hanya merancang,, Allah SWT yang menentukan. Maka, aku hanya akan berusaha dengan lebih gigih supaya Allah SWT merestui niat murni aku.


Kini hanya tinggal tiga (3) hari sahaja lagi sebelum aku menjalani sesi temuduga penting itu.................

Sejak semalam aku telah mula gigih memaksa diri membuat sedikit research, tutorial dan beberapa persediaan bagi menghadapi temuduga yang berjaya membuat jantung aku hampir pecah.

Semoga aku tenang dan yakin semasa temuduga itu nanti. Lagipun aku tidak keseorangan menghadiri temuduga itu. Sahabat baik aku sendiri akan menjadi pesaing terdekat aku untuk merebut jawatan tersebut... ^_____^

Walaupun pada mulanya agak terkejut apabila mengetahui bahawa beliau juga mendapat panggilan temuduga dari syarikat yang sama. Memang kami sama-sama memohon kekosongan jawatan di syarikat itu dua bulan lalu. Tetapi jawatan yang berbeza. Bagaimanapun tiada siapa mampu menghalang rencana Allah SWT kan?? Dengan takdirnya DIA telah memberi peluang hebat itu untuk kami berdua bersaing secara sihat demi mendapatkan jawatan itu.. =)

Ya Allah,,,aku yakin engkau telah menetapkan rezeki kami berdua. Siapa pun di antara kami yang berjaya mendapat tempat untuk jawatan itu, aku tetap bersyukur dan pasrah. Namun aku memohon keajaibanMU berlaku kepada kami berdua. Sekiranya urusan ini memberi kebaikan kepada kami berdua, cepat atau lambat KAU takdirkanlah ia buat kami. Takdirkanlah segala yang baik itu buat kami dalam apa keadaan sekali pun. Kemudian KAU redhailah kami dengannya. Amin. Amin. Amin.



Friday, July 30, 2010

♥♥Optimism♥♥


Sekurang-kurangnya aku mengenali siapa pesaing aku. Dan beliau seorang yang selalu aku kagumi. Rezeki setiap manusia ditentukan olehNYA. Aku hanya perlu berusaha dan bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan. Yin, sila optimis!! ^__________^

Monday, July 26, 2010

♥♥Sepetang bersama bunda♥♥

Ada apa dengan hari Ahad? Hurm,,,dahulunya Ahad merupakan hari wajib untuk aku keluar bercinta bersama sang kekasih. Tapi itu dulu ya, diulangi DULU!!! Ketika aku beraksi "duet". Semenjak kembali beraksi "solo" hari Ahad biasanya aku lebih rela terperuk dalam bilik ataupun menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Melayan karenah anak-anak buah, bergurau-senda dengan adik-beradik dan juga bermanja-manja dengan mak abah.

Namun, hujung minggu kali ini agak dramatik. Ini adalah gara-gara suatu kejadian yang tidak diingini (tapi sering berlaku) di rumah aku pada malam minggu. Jujurnya aku berdukacita dengan kejadian itu. Cuma sebagai anak yang tidak banyak membantah mahupun mempersoalkan sebarang masalah di rumah, aku hanya berdiam melihat kejadian itu.

Beberapa teman rapat pernah mengatakan bahawa aku memiliki ciri-ciri atau lebih tepat lagi sifat seperti bundaku. Mungkin kerana itu juga aku dapat merasai sekiranya bundaku sedang bersedih hati atau masih terpukul oleh perasaan dek kejadian yang berlaku malam semalam. Aku tahu dan cukup faham bundaku, maka aku dapat merasakan dia tidak ceria sejak pagi tadi.

T_______________T


Langsung tidak nampak senyuman bunda pagi tadi T___T

Lalu dengan itu aku membuat keputusan untuk membuat kek marble kegemaran bunda. Dengan harapan hatinya kembali ceria. Sebenarnya bukannya aku telah membuat bundaku sedih dan berkecil hati. Tetapi orang lain, cuma atas rasa serba salah aku terhadap bunda, biarlah aku menjadi wakil dari adik-beradik untuk memujuk bunda.


Lebih kurang begini kek marble aku. Tadi tiada kamera untuk ambil gambar. Maaf! =)

Ketika aku membuat kek itu tadi, bundaku sedang tidur. Memandangkan petang tadi cuaca begitu dingin dek kerana hujan lebat. Aku pun senyap-senyap membuat kek di dapur seorang diri. Setelah kek siap dimasak, aku pun memotong kek itu serta membancuh nescafe panas. Hujan masih turun diluar, maka aku bercadang mahu minum petang bersama bunda di beranda rumah sambil melihat hujan. Melihat hujan adalah kegemaran aku. ^___^

Setelah minum petang sedia untuk dinikmati, aku pun masuk mengejutkan bunda untuk mengajaknya minum petang bersama (tektik mahu memujuk sebenarnya..hehehe). Mujur bunda tidak membantah dan terus bangun. Kami pun minum petang sambil bersembang-sembang di beranda. Inilah peluang aku untuk mengambil hatinya juga bermanja..hikhikhik =p

Sembang-sembang, makan-makan, manja-manja & etc.
(Perasan kononnya kami pasangan mak & anak yang hot cam cite ni ;p)

Betapa sukanya hati aku apabila melihat bunda begitu gembira melihat kek itu. Kami pun menikmati minum petang itu dengan santai. Entah bagaimana, sembang punya sembang, aku terbuka topik berkaitan asal usul keluarga kami. Macam-macam yang aku tanya kepada bunda. Sebenarnya aku tidak begitu tahu salasilah keluarga kami. Aku hanya tahu keluarga asas kami sahaja. Keluarga besar kami tidaklah aku mengambil tahu (tahu juga, tapi tidak banyak).

Barulah aku tahu, rupa-rupanya keluarga kami banyak mengambil anak angkat dari orang cina dan ada yang berkahwin dengan cina muallaf. Jadi sepertinya aku sudah dapat jawapan mengapa segelintir rakan-rakan mengejek aku "cina" berdasarkan rupa paras aku walaupun aku sering menafikannya. Ini bermakna secara tidak langsung darah cina itu memang ada sedikit dalam keturunan aku.

Selama ini aku hanya tahu yang moyang aku merupakan orang Acheh. Dan alasan yang aku berikan kepada orang yang menanyakan jika aku ada darah campuran cina selalunya begini, "mak saya masa mengandungkan saya selalu bertekak dengan supervisor dia berbangsa cina, mungkin terkenan" (berdasarkan yang pernah bundaku ceritakan juga) Hahahaha! Ternyata aku sudah silap. Jadi aku terpaksa pasrah dengan semua ejekan dan bahanan kawan-kawan aku selepas ini. Huhuhu^^

Mujur aku sudah bertudung, "cina" aku itu tidak terserlah sangat dan kurang sedikit ejekan dari kawan-kawan. Berbanding ketika imej aku free hair,,Ya Allah!! Mahu saja aku menampar mulut-mulut jahat mereka yang menggelarkan aku "cina bukit". Cis!! Hahaha. Kesimpulannya, hujung minggu kali ini amat bermakna kerana aku telah mengetahui sesuatu yang aku tidak pernah ambil tahu. Dan yang penting bunda tidak sedih-sedih lagi, alhamdulillah. Usahaku berbaloi-baloi. Mak,,kakyang saaaayaaannngggg mak!! ^___^



Bunda sempat juga mengusik aku bertanyakan soal kekasih baru. Barangkali takut benar dia kalau-kalau aku tidak kahwin. Arghhhhhhh!! Ini yang kadang-kadang aku malas mahu sembang berdua-duaan dengan bunda. Pasti topik ini tidak terkecuali. Dan aku juga yakin ini ada unsur-unsur hasutan dari makcik-makcik aku. Adoiiii~

Weeewww~ Kawen!!

P/S : Mak, janganlah risau ya?!! Tunggu sahaja siapa yang bakal menjadi menantu mak. Ngeee^^

Sunday, July 18, 2010

♥♥Bon Odori Festival 2010♥♥

Sudah lama teringin mahu pergi ke festival ini. Maklumlah, hendak pergi ke negara Jepun sepertinya masih lama lagi. Hehehe^^ Jadi mari kita rasai dulu bagaimana suasana perayaan orang-orang Jepun... Bon Odori Festival!! Dozo dozo.. =">


Setelah berjaya mempengaruhi beberapa orang teman untuk turut serta ke festival ini, aku pun pergi bersama Ainn, John, Eja, dan Heler. Ciken dan Arep pun ada,tapi mereka datang kemudian, jadinya lewat sedikit. Di sana tidak sangka pula terjumpa kawan Ainn,,namanya Sani. Dia rakamkan gambar ini....



Tidak cukup dengan itu, aku paksa Heler pula rakam gambar ini. Dari kiri John, Eja (kekasih John), aku dan Ainn. Masa ini masih cerah lagi, kira-kira jam 630pm..



Sementara festival ini bermula aku sempat rakam beberapa gambar gadis-gadis comel memakai YUKATA. Eh! Yang kiri itu gadiskah?? Hahahaha~ Yang pasti AKU JELES!!! T____T




Ini pula gambar ketika persembahan pembukaan festival Bon Odori semalam. Mereka bermain alat muzik seperti Rebana (kalau di Malaysia). Di sekeliling pemuzik itu terdapat gadis-gadis comel menari menggunakan kipas.




Lebih kurang seperti ini gaya mereka menari dengan menggunakan kipas dan memakai Yukata. Apa yang aku lihat step-step tarian itu mudah dan berulang-ulang. Semua pengunjung juga ikut menari.



Aku begitu teruja melihat anak-anak kecil juga turut memakai Yukata. Sumpah! Sungguh comel!! Tidak percaya lihat ini....



Sebelum balik aku sempat posing berlatarbelakangkan pengunjung-pengunjung yang sedang menari. Ramai bukan??? Itu kipas yang diberi secara percuma kepada setiap pengunjung yang hadir. Heee~


Oh ya! Kekasih aku hilang di festival itu. Aku gagal menemukannya semula. Ini gambar dia,,kalian yang pergi semalam ada nampak beliau tak?? =p


Tak mengapalah! Mungkin dia telah diculik oleh sekumpulan gadis ini. Ek elleh!! Tak mahu pandang konon,,dah culik boyfriend aku taknak mengaku pulak!! Cis!! ^______^ Hahaha!


P/S : Untuk Bon Odori Festival tahun depan aku berhasrat dapat hadir dengan memakai Yukata. So ii desu ne!!! Kawaiiiii~~ ^____^



Monday, July 12, 2010

♥♥Ya! sudah 25 tahun♥♥


Ya! Aku sudah berumur 25 tahun pada hari ini. Nampaknya tinggal 5 tahun sahaja untuk angka depan bertukar ke nombor 3. 5 tahun itu bukannya lama, pejam celik pejam celik pasti muncul juga tahun 2015. Aku berharap ketika itu jika ditakdirkan aku masih belum menemui jodoh (target nak kahwin pada usia 27, hihihi~) sekurang-kurangnya biarlah aku telah mempunyai kerja tetap, ekonomi yang kukuh, sedikit wang simpanan dan aset bernilai hasil usaha diri sendiri. Amin.

Tahun lalu aku begitu berdukacita pada hari lahir aku atas sebab-sebab tertentu. Hanya beberapa orang teman rapat yang tahu apa berlaku pada aku ketika itu. Namun, semua itu telah aku jadikan sempadan dalam hidup. Tidak mungkin aku dapat melupakannya, tapi aku tidak akan bersedih lagi jika teringat akan peristiwa itu.
Haaa..tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang sudah.

Tahun ini aku menyambutnya bersama seorang anak kecil yang menjadi kesayangan aku. Lahir pada hari jadi aku tahun lalu. Dia ialah Muhamad Aqil, anak kepada abangngah aku. Si kecil ini tarafnya sudah seperti anak aku sendiri walaupun aku belum berkahwin. Hahahaha!!


Disini, aku mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan aku, minta dipanjangkan usia, berjaya dalam hidup, segera mendapat kerja dan bertemu jodoh. Terima kasih!! Nampaknya rata-rata agak bimbang dengan status aku yang masih single ini. Hampir saja semua ucapan di FB mahupun sms mengaitkan isu pertambahan umur aku hari ini dengan isu jodoh! Hehehehe^^


Perkara ini juga menjadi kerisauan kepada keluarga aku. Lebih-lebih lagi bundaku, sudah beberapa kali bertanya tiadakah bakal menantunya yang baru? Hahaha! Janganlah kalian bimbang, jodoh aku pasti ada suatu hari nanti. Aku masih bersabar dan bertabah menantinya. Jujurnya aku sudah sedikit malas untuk bercinta. Rasanya selepas ini sekiranya aku mendapati mana-mana lelaki yang ikhlas terhadap aku, aku akan pertimbangkan asal sahaja beliau berpotensi menjadi suami yang hebat! Biarlah bercinta selepas kahwin. Hahahaha!! Aku sudah mula merepek~~


Aku mulai sedar,,tidak semua perkara yang kita suka, kita rancang, dan kita inginkan akan menjadi milik kita. Semuanya memerlukan keizinan Allah SWT. Jika aku sudah usaha dengan gigih sekalipun, namun tiada keizinan dari Allah SWT untuk aku mencapainya sudah pasti ia tidak akan berlaku!! Jadi aku percaya pada takdir Allah SWT. DIA lebih mengetahui sedang aku tidak mengetahui.


Jadi, dengan itu aku akan memulakan buku baru mulai hari ini. Umur dah 25 tahun. Semua orang asyik cakap aku sudah tua. Tua sangatkah 25 tahun itu?? Hurmm~~ Yang pasti aku akan memperbaiki diri dan mempertingkatkan kualiti hidup aku. Sekali lagi TERIMA KASIH untuk doa-doa kalian buat aku. Aku sangat menghargai dan berasa syukur mempunyai kenalan seperti kalian. Semoga Allah SWT merahmati kita semua hendaknya. Amin.


Love, Reyn@Yiyin.

P/S : Sedikit terkilan atas kekalahan Nederland di final WC malam tadi. Tapi setidak-tidaknya mereka kalah tipis dan bermaruah. Tuah sahaja tidak menyebelahi. Sob,,sob,,sob,, T____T
Monday, July 5, 2010

♥♥7 Alasan Mengapa Aku Masih Tidak Bekerja♥♥

Memandangkan ramai yang bertanya tapi aku buat tidak tahu saja, jadi inilah jawapan untuk pertanyaan kalian itu! ;)

1. Aku baru sahaja tamat pengajian, baru sebulan, bukannya setahun ya!


2. Sejak aku tamat persekolahan (SPM) aku terus bekerja. Pelbagai jenis kerja
part time aku pernah lakukan. Malah setelah aku menyambung pelajaran ke peringkat diploma juga aku sentiasa bekerja ketika cuti semester. Tidak ada cuti semester yang aku tidak bekerja.

3. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma aku hanya "melepak" di rumah lebih kurang 2 minggu sahaja, kemudian aku bekerja di Habib Jewels selama 10 bulan, setelah itu aku berhenti untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Sempatlah aku beristirehat selama 2 minggu.


4. Di peringkat ijazah juga aku sentiasa membuat kerja
part time semasa cuti semester.

5. Sekarang aku dalam proses mengenalpasti jenis pekerjaan dalam bidang apa yang paling secocok dengan jiwa aku. Rasanya aku sudah tahu! ;)


6. Aku sudah pun membuat permohonan jawatan di beberapa organisasi swasta dan kerajaan, hanya menunggu maklum balas dari pihak mereka. Aku yakin Allah telah menentukan rezeki aku, cuma belum tiba masanya. Jadi aku akan bersabar dan terus berusaha.


7. Aku penat! Aku letih! Aku jarang dapat beristirehat, jadual kehidupan aku terlalu padat. Jadi aku tidak mahu tergesa-gesa untuk bekerja. Aku tidak mahu mensia-siakan waktu dengan bekerja sembarangan atau dalam erti kata lain "kerja tangkap muat". Kerja yang tidak memberi aku kepuasan serta aku tidak komited terhadapnya malah merugikan aku.

OK tak alasan aku? Hehehehe~ Tapi jika ditakdirkan dalam masa terdekat ini aku mendapat tawaran kerja dari mana-mana organisasi yang telah aku mohon, aku tiada sebarang masalah untuk menerimanya dengan syarat pekerjaan itu bersesuaian dan berbaloi buat aku. Ini kerana aku tahu, jika aku sudah mula bekerja, aku adalah seorang yang workaholic serta materialistic kepada diri sendiri. Aku juga suka berjauhan dari keluarga jika bekerja. Barulah independent kononnya! Haha. So, sementara aku masih mempunyai waktu senggang, aku akan menikmatinya dengan sebaik mungkin bersama keluarga. Ngeeee~ Peace!! (^^)Y

Chill La Cha!!!
Sunday, June 27, 2010

♥♥Ganbare, Kikkāzu!!!♥♥


Buat masa ni kalau ditanya apa topik yang paling hebat diperkatakan di seluruh pelusuk dunia, sudah pasti jawapannya BOLA. Semua orang tahu sekarang sedang berlangsung World Cup 2010 di South Africa. Aku tak rasa ada manusia yang tidak tahu bahawa sekarang sedang "demam bola". Adalah sangat tidak masuk akal logika jika ada manusia seperti itu. Sedang orang-orang sibuk dengan bola, tiba-tiba aku teringatkan akan sebuah animasi dari Jepun yang mengisahkan tentang Bola Sepak.

Ganbare, Kikkāzu! Atau diterjemahkan bermaksud "Fight, Kickers!" berasal dari manga yang dilukis oleh Noriaki Nagai dalam majalah CoroCoro Comic dari tahun 1985 hingga 1989. (Jadi animasi ni usianya sama dengan usia aku!)

Ceritanya adalah berkenaan sebuah pasukan bola sepak kanak-kanak sekolah rendah Kitahara, yang berjuang tanpa penyerang yang cekap. Lalu, apabila Kakeru Daichi berpindah ke bandar itu, dia telah menyertai pasukan itu dan berminat untuk menggunakan kemahiran yang diperolehinya dalam pasukan bola sepak kanak-kanak
terkenal "The Falcons". Dengan Kakeru pasukan menjadi lengkap dan mendorong pasukan untuk mencabar "Red Devils" yang merupakan pasukan bola sepak sekolah menengah. Untuk sinopsis lengkap mengenai animasi ini boleh lah kalian membaca sendiri di wikipedia. Hahahaha!! Disini aku hanya ingin menyatakan bahawa animasi ini adalah antara animasi kegemaran aku dan abang aku ketika zaman kecil.

Aku pun sebenarnya tidaklah begitu ingat keseluruhan cerita ini kerana aku memang masih kecil (umur pun tak ingat masa tu) tika animasi ini disiarkan. Tapi apa yang aku pasti dan kekal ingat ialah
tajuk animasi ini. Tak silap aku ia disiarkan waktu pagi pada hari sabtu atau ahad. Kadang kala aku dan abang aku belum lagi mandi tapi terus terconggok di depan tv untuk menonton kartun tanpa menghiraukan bebelan mak aku. Apa yang menarik, kami biasanya akan saling bekerjasama dalam mengejutkan satu sama lain jika salah seorang dari kami masih tidur apabila rancangan-rancangan kartun kegemaran telah bermula. Hahaha! Indahnya zaman kecil~

Selain daripada Kickers, animasi/kartun kegemaran kami sewaktu kecil ialah Gaban, Suria Perkasa Hitam, Thundercats, Transformers, Ultraman, Daddy Long Legs dan beberapa lagi yang aku masih ingat ceritanya tetapi gagal mengingati tajuknya.. Wuwuwuwuw~ :(

Ultraman memberi kenangan pahit (dulu) tapi kenangan lawak (sekarang) pada aku dan abang aku. Suatu ketika dulu sedang seronok kami menonton Ultraman tiba-tiba datang seorang lelaki cina yang merupakan pekerja kedai elektrik Sharp telah dengan selamba mengambil tv 21 inci di rumah aku. Memandangkan taraf kehidupan kami agak mendukacitakan ketika itu,,rupa-rupanya sudah 3bulan bayaran ansuran tv tidak dilaksanakan. Sekali tv kena tarik daaa!!! Hahahaha!

Yang kelakarnya waktu sesi penarikbalikan tv itu ialah abang aku. Dia yang terlalu fanatik terhadap Ultraman begitu marah dengan tindakan lelaki cina itu. Lalu telah memaki hamun (style makian budak2 waktu tu) lelaki cina itu sambil menangis teresak-esak di pelukan mak aku. Hahahaha!! Bongek kau angah!! ;p

Aku pasti sesiapa yang lahir di tahun 80-an pasti tahu akan tajuk2 kartun/animasi yang aku senaraikan di atas. Kecuali Ultraman lah,,sampai sekarang masih wujud dan paling latest Ultraman Cosmos tak silap aku. Kadang-kadang seronok bile teringat kenangan sewaktu zaman kecil. Walaupun aku adik-beradik tidak hidup dengan mewah seperti kawan-kawan yang lain tika itu tapi kami sangat akrab dan bergembira dengan apa yang ada. Berbeza dengan zaman kecil kedua adik aku yang lahir di tahun 90-an.

Kesimpulannya disini,, animasi Kickers ni memang best!! Rugi bagi kedua adik aku yang lahir di tahun 90-an itu kerana mereka langsung tidak tahu tentang animasi ni. Yelah,,mereka zaman animasi Bleach!! Hehehehe~

Friday, June 18, 2010

♥♥1st Trial♥♥

Disaat-saat semua orang sibuk dengan World Cup aku pula tidak begitu mengendahkan wabak demam bola yang sedang melanda seluruh dunia itu. Akan tetapi setiap hari aku sibuk melayari blog-blog yang menjual cupcakes, kek, fancy cookies, cheese tartlet dan etc. daripada mencari info-info terkini tentang World Cup. Ah! Aku bukannya "kaki bola" tapi aku tidaklah sampai ke tahap langsung tidak minat dengan sukan ini. Buktinya aku juga pernah menonton beberapa kali perlawanan bola di stadium dan menonton di televisyen sekiranya melibatkan team kegemaran aku..Eh,,dah melalut pula cite pasal bola. Entri ni bukannya aku nak cerita pasal bola tapi pasal obsessi terkini aku...iaitu CUPCAKES!! ;)

Sejak hampir 3 minggu aku menganggur,,aku sentiasa cuba untuk membuat sesuatu agar hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah supaya aku dapat mencegah tabiat-tabiat buruk aku seperti makan,tidur,makan,menonton tv,tidur,makan,fesbuking,makan dan makan lagi. Huhhh!! Dalam 3 minggu ni saja mahu agaknya berat badan aku naik 3kg. Jadi selain on9 untuk berfesbuking semata-mata..aku merajinkan diri untuk melayari blog-blog dan website yang berkaitan dengan cupcakes or bakeri.


Sebenarnya aku bukanlah seorang yang suka makan kek,,tapi aku agak berminat dalam membuat kek. So far belum pernah orang yang makan kek buatan aku mengkritik atau muntah darah selepas merasa air tangan aku..hihihihi ;) Bukankah itu menandakan aku agak berbakat dalam membuat kek?? kan?? kan?? (iya kan aje ok!!)

Berbalik kepada obsessi aku terhadap cupcakes ni,,boleh ah dikatakan sampai tahap rasa nak masuk kelas belajar membuat cupcakes dan bercita-cita untuk membuka bisnes penjualan cupcakes. Tapi memandangkan yang aku ni penganggur,,jadi dari mana aku nak cekau duit untuk yuran kelas-kelas itu?? wuwuwu T__T
Oleh itu,,aku membuat keputusan untuk belajar sendiri..kata orang "Practice make Perfect".. Ngeee~ so semalam aku dengan semangat yang berkobar-kobar dan bermodalkan rm30 telah pun membeli bahan-bahan untuk membuat cupcakes yang resepinya aku ambil dari sebuah laman web. Mujur kedai tempat aku membeli bahan-bahan itu pekerjanya seorang yang peramah,,beliau telah memberi aku berbagai-bagai tips dan suggestion memandangkan yang aku ni "beginner" (aku bagitahu dia ni 1st trial aku).

Pagi tadi aku bangun awal semata-mata untuk segera menyelesaikan kerja-kerja rumah yang menjadi rutin harian aku supaya lebih cepat aku bisa memulakan eksperimentasi aku membuat cupcakes. Dengan bantuan kaklong sebagai juri (tukang komen) tidaklah aku berasa bosan sepanjang proses membuat cupcakes dijalankan.. ;) Kira-kira jam 5pm aku berjaya menghasilkan 20biji cupcakes (besar), 25biji cupcakes (kecil) dan sebiji Chocolate Moist Cake kegemaran adik-adik aku..

Tunggang-langgang jugalah dapur aku siang tadi..huhuhuhu^^ So kat bwh ni aku sertakan beberapa gambar yang sempat aku ambil walaupun sibuk membuat cupcakes.. Haaa!! Komen dari ahli keluarga aku tentang rasa cupcakes yang aku buat ialah " SEDAP!!" ( aku percaya feedback diorang ni bukan untuk menjaga hati aku semata-mata ok! ) heehehehehe.. ;) Tapi aku kena banyak belajar lagi dari segi "decorating" cupcakes itu..hari ni aku belasah je buat. Hahaha..Kesimpulannya,, hari ini aku sangat happy dan puas hati!!


Warna-warna icing yang aku buat


Masukkan bancuhan ke dalam sarung cupcakes


Cupcakes yang telah masak sebelum dihias


Cupcakes size kecil untuk anak-anak buah aku.


Small Cupcakes ;)


Cupcakes aku!! ;)


Chocolate Moist Cake