Pages

Thursday, July 11, 2013

♥♥Live Your Life and Forget Your Age♥♥

Pertama kali seumur hidup aku 12 Julai jatuh dalam bulan Ramadhan. Happy birthday to me. Yea.. to me! Hari ni hari jadi aku yang ke-28. 28 bukanlah angka yang aku masih boleh duduk diam saja. Seharusnya aku perlu dan akan lebih serius terhadap masa depan. Lebih serius daripada tahun yang lepas-lepas. Sudah banyak yang aku usahakan, sudah banyak yang aku kerjakan, sudah banyak yang aku capai selama 28 tahun ini. Namun, itu semua tidak bermakna aku boleh duduk selesa dengan apa yang aku ada.

Hari ini, aku diberi tanggungjawab baru lagi. Tanggungjawab besar yang menuntun jerih perih barangkali. Aku tak akan tolak, aku tak akan lari, aku tak akan pergi. Tetapi, akan aku hargai, akan aku syukuri, akan aku tempuhi dengan hati yang terbuka dan jiwa yang besar. Aku yakin aku tidak akan tahu sejauh mana kemampuan aku selagi aku tidak mencabar diri sendiri.

Mungkin ia hadiah hari jadi.

Hadiah hari jadi yang berbentuk rezeki. Rezeki yang Allah akan beri kepada hamba-Nya yang dikehendaki. Aku selalu positif pada ujian Allah. Aku selalu yakin pada janji Allah. Kerana Allah saja yang tahu apa terbaik untuk kita.

Jangan pernah mempertikai. Jangan pernah menyesal. Jangan pernah menyalahkan.

Semoga aku akan terus dilindungi, disayangi, dirahmati Allah SWT. Semoga aku terus berusaha menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa. Semoga aku terus mengasihi adik-beradik dan anak saudara. Semoga aku terus setia dan jujur dalam persahabatan. Semoga aku terus sabar menunggu kehadiran putera idaman. Semoga aku terus tekad mengejar impian.

Amin. Amin. Amin.


Wednesday, June 26, 2013

♥♥Lost in Saigon Part I♥♥

Chào các bạn! Ewah~ kemahen nak speaking guna Tiếng Việt (Vietnamese Language) kau kan!!?? Ok, seperti sedia maklum aku telah selamat pulang ke tanah air pada malam Ahad lepas tanpa sebarang kecederaan. Flight Ho Chi Minh ke LCCT malam tu delay 20 minit. So, dah ada kawan-kawan yang asyik bertanya bila nak update blog fasal percutian aku ke Vietnam selama 4 hari minggu lalu. Ya, ramai juga yang tahu aku telah membuat keputusan untuk travel seorang diri apabila sepupu aku tiba-tiba cancel pergi di saat-saat akhir. Melancong ke negara luar seorang diri memanglah tidak pernah terlintas dalam fikiran aku sebelum ini. Ada tu ada, tapi mahu melakukan WWOOF di Korea / Japan. Dan bukanlah dalam masa terdekat ni. Namun, tanpa disengajakan aku telah melancong seorang diri minggu lalu. Nampak aku agak kurang waras di situ.

Destinasi aku kali ni adalah Saigon, Vietnam. Yang turut dikenali sebagai Ho Chi Minh. Aku secara tanpa sedar membeli tiket flight pada February tahun ini. Ini semua terjadi apabila Air Asia sering promo penerbangan mereka dengan harga yang aku mampu membelinya dengan pejam mata. Pffft~ Gila angkuh kau. Tujuan sebenar aku nak ke Vietnam adalah meninjau-ninjau barang-barang yang berpotensi untuk aku dan sepupu berniaga secara online. Selaku editor buku Panduan Memborong di Vietnam terbitan PTS Media Group, adalah tidak mustahil untuk aku terjebak menjejakkan kaki ke sana. Segala sumber dan info berguna sudah aku hadam.


Ok, cukup untuk mukadimah. Aku nak mula cerita ni.


Flight ke Ho Chi Minh yang dijadualkan berlepas pada jam 12.00 tengah hari, Rabu, 19 Jun 2013 tiba di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 2.15PM waktu Vietnam. Waktu mereka adalah lewat satu jam daripada waktu Malaysia. Sama seperti Bandung. Sebaik selesai urusan di kaunter imigresen Vietnam aku pun menuju ke kaunter pembelian kupon teksi. Ketika kakiku sedang melangkah tenang tiba-tiba terlintas di fikiran yang aku tiada alamat hotel tempat aku akan bermalam. Aku yang bijaksana ini hanya print emel berkenaan booking references saja di mana hanya ada alamat emel di situ, bukanlah alamat lokasi hotel.


Cuba untuk berlagak cool, aku pun terus ke kaunter kupon teksi. Seingat aku hotel ini berdekatan dengan Ben Thanh Market. Melalui research aku aku buat hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki saja ke Ben Thanh. Maka, dengan yakin aku meminta kupon teksi untuk ke Ben Thanh. Di sini berlaku situasi panik kedua aku.Gadis pekerja di kaunter itu bertanya kepada aku, zon mana ingin aku tuju. Aku blur sekejap. Terdiam dan mengerutkan dahi. Gadis pekerja yang seperti dapat merasakan sesuatu yang pelik pada aku terus mengambil sekeping kertas melukis peta sekitar Ben Thanh. Buruk lukisannya. Dia pun menunjukkan Ben Thanh yang mempunyai beberapa zon mengikut pecahan jalan yang bersimpang. Haaa, dengan yakin aku sebut District 1. Alangkah terkejutnya aku apabila dia memberitahu bahawa seluruh kawasan Ben Thanh itu adalah District 1. Fine! District yang aku sangka nama jalan sebenarnya adalah seumpama satu seksyen kalau di Malaysia. Panik aku mula tidak dapat dibendung saat itu.


Akhirnya, aku membuat keputusan untuk ke Ben Thanh dan minta gadis itu buatlah zon apa sekalipun asalkan di sekitar Ben Thanh. Dia pun akur. Kemudian aku pun menuju ke parking teksi di luar airport menunjukkan kupon tersebut kepada gadis pekerja beruniform kebangsaan Vietnam berwarna merah. Tidak perlu aku menunggu, datang sebuah teksi di hadapan aku. Gadis pekerja tersebut pun menyuruh aku masuk. Pemandu teksi yang aku kira umurnya belum mencecah 30 tahun dan agak kacak wajahnya itu hanya diam pada awalnya sebaik aku masuk ke dalam teksi. Beberapa minit kemudian dia bertanyakan hotel yang aku akan menginap. Asalnya aku baru nak gembira bila dia bertanya dengan harapan dia tahu lokasi hotel tu.


"Hai Nam Hotel? Do you have their business card?" tanya pemandu teksi muda itu.

"No, I don't have." jawab aku dengan wajah selamba.
"Address?" tanya pemandu itu lagi.
"I don't know." sekali lagi aku jawab dengan wajah selamba.

Terserlah riak wajah pelik pemandu teksi tu apabila mendengar jawapan aku. Aku dapat lihat muka hairan dia melalui cermin pandang belakang. Dalam hati mungkin merasakan aku adalah pelancong paling bodoh pernah dia jumpa. Demm~ Apa kejadahnya kau nak travel tapi tak tahu alamat hotel yang kau dah booking? Mengarut gila. Then, untuk menyangkal anggapan pemandu teksi yang mungkin berasa aku ni bebal, secara yakin aku minta dia drop saja aku di mana-mana asalkan dekat dengan Ben Thanh. Dan dia pun akur.


Selepas pemandu teksi menurunkan aku di bahu jalan betul-betul berhadapan dengan Ben Thanh aku pun mula mencari hotel. Round dua kali di kawasan yang sama aku langsung tidak jumpa hotel itu. Memandangkan aku baru sampai di tempat yang begitu asing itu, aku tidak terus bertanya kepada penduduk tempatan. Aku bimbang dan malu sekiranya mereka juga menganggap aku ni traveller yang bodoh sebab tak simpan alamat hotel. Walau hakikatnya aku memang bodoh sebab terlupa ambil alamat hotel.


Hampir dua jam aku berkeliaran di sekitar Ben Thanh mencari hotel. Cuaca yang panas, perut yang lapar, tekak yang dahaga, semuanya aku abaikan. Yang membimbangkan aku hanyalah mencari hotel dan aku yang belum menghubungi mak aku untuk beritahu aku dah selamat tiba. Pada waktu tu juga bateri fon hampir habis tenaganya dan lebih teruk lagi aku tiada talian internet. Sekurang-kurangnya kalau ada internet bolehlah juga aku google map hotel tu. Aku makin panik.


Akhirnya aku give up. Sedang aku berdiri di hadapan sebuah kedai. Lalu tiga orang gadis Malaysian yang aku nampak agak berbaloi untuk aku tegur dan bertanya. Dan jangkaan aku memang tepat. Sesungguhnya tiga gadis inilah yang menyelamatkan aku daripada tidur di kaki lima malam itu. Mereka bersusah-payah menolong aku untuk mengesan lokasi hotel mengunakan internet di handfon mereka. Namun, agak pelik tidak menemui apa-apa. Mereka yang amat terkejut setelah mengetahui bahawa aku datang seorang berasa risau dan mengajak aku sertai mereka sementara belum menemui hotel yang aku cari.


Mereka berjanji untuk bawa aku ke bilik hotel mereka agar aku dapat menggunakan wireless dan saranan mereka adalah cari hotel lain saja untuk bermalam. Aku pun bersetuju. Sebelum ke hotel mereka, aku mengikut mereka masuk ke dalam Ben Thanh Market bagi mereka menghabiskan saki-baki dong (matawang Vietnam) mereka memandangkan mereka akan pulang ke Malaysia malam itu. Ketika inilah aku diperkenalkan dengan Lily iaitu salah seorang peniaga di Ben Thanh. 


Lily yang warganegaranya Vietnam itu pastilah juga terkejut apabila mengetahui aku ni datang seorang dan tak ada alamat hotel. Masa ni aku mula merasakan seperti diri aku seorang yang amat menyedihkan. Seolah-olah di atas kepala aku ada satu awan besar berwarna hitam yang sedang mencurahkan hujan ke seluruh badan aku (Mohon imagine). Lily yang baik hati itu turut cuba membantu aku mengesan lokasi hotel. Dan dia berjaya menemui alamat hotel itu melalui carian internet yang entah macam mana dia boleh jumpa aku tidak tahu. Aku pun menyalin alamat itu. Sebelum beredar meninggalkan kedai Lily, Lily menyuruh aku membeli simkad telekomunikasi Vietnam. Tujuannya adalah bagi memudahkan aku menghubungi dia sekiranya aku memerlukan bantuan. 


Saat itu sungguh aku bersyukur kepada Allah kerana dalam kesulitan Dia menemukan aku dengan orang-orang yang baik dan ikhlas mahu membantu aku. Rasa nak nangis masa tu. Tapi aku tahu muka aku buruk kalau nangis. So, tak jadi nangis. Berpandukan alamat yang aku dapat daripada Lily tadi, aku bersama tiga gadis tadi pergi mencari hotel itu. Alhamdulillah kami berjaya menemukannya. Aku check in, dan mereka ajak aku pergi makan dulu. Untuk mengenang budi mereka, aku menuruti walaupun tika itu badan aku sudah lemau dan penat. Mereka membawa aku ke Restoran Nasi Briyani Nabil yang bersebelahan dengan hotel mereka. 


Di dalam restoran sambil menunggu pesanan makanan kami siap, Nad memberitahu aku berkenaan lokasi-lokasi restoran halal sekitar Ben Thanh. Nad siap lukiskan peta dari lokasi hotel aku menginap untuk memudahkan aku. Makan malam aku hari itu dibelanja oleh Nad. Nad juga memberikan aku international socket miliknya kepada aku secara percuma even aku mahu membayarnya. Sekali lagi aku berasa seperti aku ini seorang yang sangat menyedihkan.


T____________T Sobs.


Selesai makan, mereka mula mengemas-ngemas beg untuk check out dan ke airport. Aku pun meminta diri untuk pulang ke hotel selepas bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Mungkin akibat terlalu penat sejak tengah hari itu aku tidak berjaya kembali ke hotel aku walaupun mengikut peta yang dilukiskan Nad. Ya, ini bermakna aku SESAT! Pandangan aku nampak bangunan-bangunan di situ seperti sama saja. Hari semakin gelap, sudah hampir waktu maghrib. Akhirnya aku jumpa hotel selepas berlegar-legar 30 minit. Terus saja aku masuk ke bilik.


Mandi serta menunaikan solat Maghrib & Isyak. Aku mengambil keputusan untuk lepak di hotel saja malam itu. Penat. Sangat penat. Menjadi seorang yang sesat bukanlah mudah. Heh.

**bersambung




Sehelai t-shirt yang begitu sesuai untuk aku =)


♥♥Pensel Kontot♥♥

Seperti biasa aku akan update siri penulisan edramanovella aku setiap tiga episod. Airin, Lempeng & Flower Boy sudah masuk episod 9. Terima kasih kepada mereka yang setia membaca dan selamat membaca kepada yang baru jumpa siri ini.


Episod 7 : Cari Pasal


Episod 8 : Konflik Pertama


Episod 9 : Jangan Cabar Saya!
Wednesday, June 19, 2013

♥♥Sepatutnya berdua♥♥

Hari ini aku akan terbang ke Ho Chi Minh city pada pukul 12.00 tengah hari menaiki pesawat Air Asia AK1456. Sepatutnya berdua, dengan seorang sepupu aku. Tapi semalam, selepas berbincang-bincang, sepupu aku tak dapat pergi. Last minit ya! Ok.


Mula-mula aku fikir macam aku pun tak boleh pergi. Bukan tak nak pergi, tapi tak boleh pergi. Confirm ah mak aku tak akan beri keizinan. Dan aku fikir, kalau tak pergi Ho Chi Minh dapatlah aku pergi konsert solo G-Dragon Sabtu ni. Jadi aku sangka, jodoh aku kuat dengan Taeyang sebab dia jadi guest artist untuk konsert itu. Aku pun macam happy sikit. Walaupun hakikatnya aku belum ada tiket.


Semalam lepas solat Asar aku mula berfikir semula. Betul ke aku tak nak pergi Ho Chi Minh? Sedangkan adalah kepantangan aku apabila sudah merancang sesuatu tetapi dibatalkan atas sebab yang bukan berpunca daripada aku. So, aku buat decision untuk pergi. Tapi aku rancang untuk berpakat dengan kaklong aku supaya jangan beritahu mak aku yang aku pergi sana seorang. Bohong sunat orang kata. Ala, bukan nak pergi sana buat jahat pun. Nak pergi shopping raya untuk keluarga aku juga.


Balik kerja semalam aku pun terus pergi rumah kaklong aku. Kami pun merancanglah bagaimana nak 'menipu' mak aku. Sambil tu otak aku masih ligat memikirkan solusi-solusi lain. Maklumlah, tak best jugak pergi jauh=jauh kalau menipu ni. Nanti kalau apa-apa jadi? Siapa yang susah. Dalam pada tu aku dapat PM dari seorang penulis buku yang pernah aku jadi editornya. Beliau memberi pertolongan yang sewajarnya apabila aku memberitahu yang aku ke sana seorang. Penulis ni dah biasa pergi ke Ho Chi Minh atas urusan bisnes. Ahhh..lega sikit hati aku.....dah boleh senyum :)
Tapi aku masih tak sedap hati sebab tak beritahu mak aku perkara sebenar. Akhirnya aku buat keputusan sebelum tidur untuk beritahu mak aku. Alhamdulillah, mak aku dapat faham dan mengizinkan pemergian aku. Itu pun muka dia nampak cool lepas aku cakap ada orang yang akan menolong aku dekat sana. Iaitu kenalan penulis buku yang aku ceritakan tadi. So, aku rasa tak ada apa lagi yang harus aku bimbangkan. Benarlah, kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Maka, aku anggap sahaja semua ni tuhan dah tentukan. Yang aku akan pergi ke sana seorang diri. Aku yakin Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Aku serahkan segala-galanya kepada Allah, agar dia melindungi aku sepanjang berada di sana. Semoga aku mendapat pengalaman bermanfaat dan  pulang dengan selamat.

Terima kasih mak, kerana faham dan percaya dengan saya. Saya akan jaga diri baik-baik. Allah ada akan menjaga saya, insyaAllah =')


Tuesday, June 4, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Saja nak update siri penulisan aku. Mana tahu ada orang sudi baca. Baideway, siri Airin, Lempeng & Flower Boy telah bertukar siarannya pada setiap Isnin. Dan follower penselkontot.com semakin meningkat. Wahhhhhh~~ Terima kasih semua =)


Episod 4 : Lelaki Garang



Episod 5 : Pencarian Gadis Rockstar


Episod 6 : Pertemuan Tragis



Friday, May 17, 2013

♥♥Hari Jadi Lelaki Paling Diminati♥♥




The name is Taeyang. Real name Dong Youngbae.
Today his 26th birthday.

SAENGIL CHUKAHANDA!!!!!

#happyYBday #180513

♥♥2 daripada 5♥♥

 Wishlist No 3

Wishlist No 2


Alhamdulillah,, 
InsyaAllah,, tiga berbaki akan menyusul satu per satu =)

P/S: Siapa tak ingat. Rujuk di sini ♥♥Wish List 2013♥♥
Tuesday, May 7, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Aku hampir terlupa yang aku memiliki blog. Dek kerana terlalu sibuk urusan kerja, aku sudah kurang masa menghadap media sosial. Ewah!

Pensel Kontot?

Apa kebenda ni?

Aku. Aku salah seorang penulis di Pensel Kontot. Aku memang sudah lama ingin menulis buku. Tapi kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk memberi komitmen kepada penulisan manuskrip. Maka, aku mula dengan e-Novel. Setidak-tidaknya ia tidak seserius menulis buku. Ibarat menulis suka-suka.

Ya, projek Pensel Kontot ini bukan aku seorang yang mengendalikan. Nak tahu, nak kenal sila klik link -------> www.penselkontot.com

e-Novel kami berkonsepkan plot drama Korea. Oleh itu, jangan buat-buat terkejut apabila menemui unsur-unsur Kpop dalam karya aku. Lagipun siapa pulak yang tak tahu aku suka Kpop kan? Gila.

Ok lah. Kalau rasa nak baca, boleh klik link yang aku beri tadi. Setakat ini sudah Episod 3. Oh ya, slot aku bersiaran setiap Sabtu, jam 10.00 pagi. Huol!!

Prolog

Episod 1 : Airin Si Loser

Episod 2 : Gadis Aneh

Episod 3 : Super Senior yang Menyedihkan

Sunday, March 3, 2013

♥♥Pergi Krabi Tak Payah Naik Flight♥♥

Aku difahamkan kita boleh travel budget ke Krabi tanpa menempah tiket flight. Caranya adalah dengan menaiki keretapi dari KL Sentral ke Hatyai ataupun menaiki bas dari Puduraya ke Hatyai.
Maka, aku sedang membuat pertimbangan sama ada cara ini betul-betul menjimatkan dan selamat sebagai destinasi bajet aku tahun ini.

Memandangkan aku tak perlu menempah tiket flight. So, aku tidak merancang bila aku akan pergi. Aku hanya perlu tahu flow ke sana dan bergantung kepada otak dua minit aku nak pergi bila. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin esok tiba-tiba aku buat keputusan drastik pergi ke sana tergesa-gesa tanpa hala tuju. Tapi apa kejadahnya aku berbuat begitu?

Melalui kajian yang aku lakukan (ewah! macam tulis tesis pulak), info yang aku dapat daripada internet dan bantuan kawan aku yang sudah pernah ke sana adalah seperti berikut:

Naik bas dari Puduraya ke Hatyai
Harga tiket pergi RM50.00 dan tiket balik RM52.00. Mengambil masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Naik Express Langkawi (KTM) dari KL Sentral ke Hatyai
Harga tiket sehala ialah RM55.00 bagi upper superior. Kalau bawah mahal dua ringgit tak silap aku. Perjalanan lebih kurang 13 jam.

Aku dapati naik bas kita jimat masa, tapi akan sakit pinggang duduk gitu je dalam bas. Kalau naik train memang lama tapi kita boleh jalan-jalan dalam tu bila pinggang lenguh atau tak dapat melelapkan mata. Dalam train juga ada kemudahan toilet, surau dan cafeteria.

Dari Hatyai nak ke Krabi kita boleh menaiki minivan yang disediakan. Tambang serendah RM30 seorang yang boleh dibeli di Plaza Lee Gardens. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi lebih kurang 4 jam. Kalau nak ke Phuket 8 jam. Bagi aku agak letih naik minivan selama 4 jam tu. Tapi, kalau dah namanya travel budget, jangan ah perasan nak syok lebih.

Di Krabi perkara wajib buat adalah Island Hopping. Ada banyak pilihan pakej. Harga standard daripada RM100.00. Kalau dah pulau tu sendiri fikir ah apa sangat aktiviti boleh buat. Maka, alang-alang tu eloklah bersiar-siar di Hatyai. Antara attraction di Hatyai adalah Floating Market, Santisuk Market dan Yong Dee Market. Dengar cerita kebanyakan hotel di sana tak ah mahal pun. Standard harga hotel bajet macam dekat Malaysia juga. Setahu aku juga di Thailand barang-barang murah. So, sesuai untuk aku yang shopaholic ni menghabiskan duit di sana.

Aku masih dalam proses research dari blog-blog orang yang dah pernah ke sana. Setakat ini aku puas hati dan merasakan 70% aku akan pergi menggunakan kaedah ini. Cuma kekangan masa sibuk bekerja saat ini sedikit merendahkan semangat aku untuk bercuti tak tentu hala. So, sekiranya diizinkan Allah dengan kemurahan rezeki serta kelapangan masa yang diberikan, insyaAllah aku akan menulis pengalaman aku sendiri nanti.

Wednesday, January 9, 2013

♥♥Words you shouldn't believe♥♥


NELL - Words you shouldn't believe

I love you, love you…
I’ll always think of you
I’ll always remember you
I’ll always wait for you 

I’ll always remember you
I’ll always remember you
I’ll wait for you forever
I’ll protect you forever…


The me reflecting from the mirror
I’m between the defiled time and
its transparent tears.
The me burned up black…
My darkened truth,
The pain that hurt so much
It’s in my beliefs


Words you shouldn’t believe
Words you shouldn’t believe
Words that hurt when you believe
Words you shouldn’t believe…

NELL - 믿어선 안될 말

널 언제나 사랑해 난.
널 언제나 생각해 난.
널 언제나 기억해 난.
널 언제나 기다려 난.

널 언제나 기억해 난.
널 언제나 기억해 난.
난 영원히 기다려 널.
난 영원히 지킬께 널.

거울속에 비친 난
더러워진 시간과
투명한 그 눈물에
사이쯤에 있어

까맣게 타버린 난
그어진 내 진실과
그만큼 더 아팠던
믿음속에 있어.

믿어선 안될 말
믿으면 아플 말
믿고 싶겠지만
그래선 안될 말
.