Pages

Tuesday, May 7, 2013

♥♥Pensel Kontot♥♥

Aku hampir terlupa yang aku memiliki blog. Dek kerana terlalu sibuk urusan kerja, aku sudah kurang masa menghadap media sosial. Ewah!

Pensel Kontot?

Apa kebenda ni?

Aku. Aku salah seorang penulis di Pensel Kontot. Aku memang sudah lama ingin menulis buku. Tapi kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk memberi komitmen kepada penulisan manuskrip. Maka, aku mula dengan e-Novel. Setidak-tidaknya ia tidak seserius menulis buku. Ibarat menulis suka-suka.

Ya, projek Pensel Kontot ini bukan aku seorang yang mengendalikan. Nak tahu, nak kenal sila klik link -------> www.penselkontot.com

e-Novel kami berkonsepkan plot drama Korea. Oleh itu, jangan buat-buat terkejut apabila menemui unsur-unsur Kpop dalam karya aku. Lagipun siapa pulak yang tak tahu aku suka Kpop kan? Gila.

Ok lah. Kalau rasa nak baca, boleh klik link yang aku beri tadi. Setakat ini sudah Episod 3. Oh ya, slot aku bersiaran setiap Sabtu, jam 10.00 pagi. Huol!!

Prolog

Episod 1 : Airin Si Loser

Episod 2 : Gadis Aneh

Episod 3 : Super Senior yang Menyedihkan

Sunday, March 3, 2013

♥♥Pergi Krabi Tak Payah Naik Flight♥♥

Aku difahamkan kita boleh travel budget ke Krabi tanpa menempah tiket flight. Caranya adalah dengan menaiki keretapi dari KL Sentral ke Hatyai ataupun menaiki bas dari Puduraya ke Hatyai.
Maka, aku sedang membuat pertimbangan sama ada cara ini betul-betul menjimatkan dan selamat sebagai destinasi bajet aku tahun ini.

Memandangkan aku tak perlu menempah tiket flight. So, aku tidak merancang bila aku akan pergi. Aku hanya perlu tahu flow ke sana dan bergantung kepada otak dua minit aku nak pergi bila. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin esok tiba-tiba aku buat keputusan drastik pergi ke sana tergesa-gesa tanpa hala tuju. Tapi apa kejadahnya aku berbuat begitu?

Melalui kajian yang aku lakukan (ewah! macam tulis tesis pulak), info yang aku dapat daripada internet dan bantuan kawan aku yang sudah pernah ke sana adalah seperti berikut:

Naik bas dari Puduraya ke Hatyai
Harga tiket pergi RM50.00 dan tiket balik RM52.00. Mengambil masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Naik Express Langkawi (KTM) dari KL Sentral ke Hatyai
Harga tiket sehala ialah RM55.00 bagi upper superior. Kalau bawah mahal dua ringgit tak silap aku. Perjalanan lebih kurang 13 jam.

Aku dapati naik bas kita jimat masa, tapi akan sakit pinggang duduk gitu je dalam bas. Kalau naik train memang lama tapi kita boleh jalan-jalan dalam tu bila pinggang lenguh atau tak dapat melelapkan mata. Dalam train juga ada kemudahan toilet, surau dan cafeteria.

Dari Hatyai nak ke Krabi kita boleh menaiki minivan yang disediakan. Tambang serendah RM30 seorang yang boleh dibeli di Plaza Lee Gardens. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi lebih kurang 4 jam. Kalau nak ke Phuket 8 jam. Bagi aku agak letih naik minivan selama 4 jam tu. Tapi, kalau dah namanya travel budget, jangan ah perasan nak syok lebih.

Di Krabi perkara wajib buat adalah Island Hopping. Ada banyak pilihan pakej. Harga standard daripada RM100.00. Kalau dah pulau tu sendiri fikir ah apa sangat aktiviti boleh buat. Maka, alang-alang tu eloklah bersiar-siar di Hatyai. Antara attraction di Hatyai adalah Floating Market, Santisuk Market dan Yong Dee Market. Dengar cerita kebanyakan hotel di sana tak ah mahal pun. Standard harga hotel bajet macam dekat Malaysia juga. Setahu aku juga di Thailand barang-barang murah. So, sesuai untuk aku yang shopaholic ni menghabiskan duit di sana.

Aku masih dalam proses research dari blog-blog orang yang dah pernah ke sana. Setakat ini aku puas hati dan merasakan 70% aku akan pergi menggunakan kaedah ini. Cuma kekangan masa sibuk bekerja saat ini sedikit merendahkan semangat aku untuk bercuti tak tentu hala. So, sekiranya diizinkan Allah dengan kemurahan rezeki serta kelapangan masa yang diberikan, insyaAllah aku akan menulis pengalaman aku sendiri nanti.

Wednesday, January 9, 2013

♥♥Words you shouldn't believe♥♥


NELL - Words you shouldn't believe

I love you, love you…
I’ll always think of you
I’ll always remember you
I’ll always wait for you 

I’ll always remember you
I’ll always remember you
I’ll wait for you forever
I’ll protect you forever…


The me reflecting from the mirror
I’m between the defiled time and
its transparent tears.
The me burned up black…
My darkened truth,
The pain that hurt so much
It’s in my beliefs


Words you shouldn’t believe
Words you shouldn’t believe
Words that hurt when you believe
Words you shouldn’t believe…

NELL - 믿어선 안될 말

널 언제나 사랑해 난.
널 언제나 생각해 난.
널 언제나 기억해 난.
널 언제나 기다려 난.

널 언제나 기억해 난.
널 언제나 기억해 난.
난 영원히 기다려 널.
난 영원히 지킬께 널.

거울속에 비친 난
더러워진 시간과
투명한 그 눈물에
사이쯤에 있어

까맣게 타버린 난
그어진 내 진실과
그만큼 더 아팠던
믿음속에 있어.

믿어선 안될 말
믿으면 아플 말
믿고 싶겠지만
그래선 안될 말
.

Thursday, January 3, 2013

♥♥Wish List 2013♥♥


Seperti tahun-tahun yang lalu, aku akan ada 5 item dalam wish list tahunan.
Walau bagaimanapun untuk tahun lalu aku hanya berjaya merealisasikan SATU sahaja iaitu smartphone kerana duit habis untuk backpacking. Itupun bukan iPhone 4s, tetapi pilihan berubah kepada Samsung Galaxy SII. Tahun ni aku ada 5 lagi, Khajaaaa! Kita lihat berapa pulak akan dapat aku realisasikan tahun ni =)
MP3 Player. Yang lama dah hilang, maka aku perlukan yang baru. Item ini sangat penting bagi aku yang gemar mendengar muzik dimana-mana. Dari tahun lepas nak beli tak beli. Aku tak perlu yang hebat, simple dan murah saja dah cukup =)



Netbook ASUS. Sekarang ni aku sedang menulis, so ada benda alah ni senang nak bawa ke mana-mana. Di rumah aku guna PC.
Wallet MCM. Aku dah ada dua backpack MCM walaupun bukan original (ada aku kesah?). Yang original harga semua RM1500++ kot!! Tapi kali ni aku harap dapat beli yang original sebagai hadiah genap 3 tahun bekerja bulan Ogos nanti.
Samsung Galaxy Camera. Camera!! Aku suka photography. Keinginan terhadap Lumix LX5 telah berubah kepada ini. Lebih canggih, ringan, dan cool. Boleh uplod terus weyh!! Lol.
Boyfriend a.k.a Bakal Suami. Ok, yang ni serius aku tak tahu dekat mana ada jual. Tapi kalau ada jual yang berkualiti memang aku akan beli walau berapa pun harganya. Panggggggg!!! XD

Nak dia ni, boleh??
(Gambar sekadar hiasan)

♥♥2013 adalah tahun yang mencabar daya tahan emosi♥♥


Hohemgi!! Dah 2013 dah mak jemmah oi!! Pejam celik pejam celik habis dah tahun 2012. Mungkin kerana 2012 terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku membuatkan aku berasa tempoh setahun itu amat singkat sekali. So, tahun ni aku akan berusia 28 tahun. Whattttt??? Heh. Apa aku kisah dengan umur yang meningkat. Lebih baik aku kisahkan apa yang sudah aku capai ataupun apa yang akan aku capai tahun ini. Ya, kalau sembang dengan wanita taraf makcik-makcik pastilah mereka risau dengan situasi aku yang berumur 28 tahun ni tetapi tak nampak bayang macam nak mendirikan rumahtangga. Kemonnn,, bukan aku tak nak. Cuma aku belum bersedia. Belum masanya.

Adik perempuan aku akan berkahwin tahun ini. Maka, adalah mustahil untuk aku juga kahwin tahun ini. Aku tak ada masalah adik aku nak kahwin. Kahwinlah, aku lagi suka. Biar dia belajar erti tanggungjawab. Biar dia lebih matang dalam hidup. Aku ini tidak apa. Pandailah aku menjaga diri dan keluarga. Cuma, memang terdetik juga dalam hati mahu ada hubungan serius dengan lelaki. Lebih-lebih lagi sekarang aku memang sedang menyukai seseorang. Tetapi, aku keliru. Aku bimbang. Adakah perasaan ini benar atau mainan? Adakah rasa ini cinta atau suka semata-mata?

Kegagalan hubungan yang lepas-lepas banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati dan memilih dalam memberi cinta kepada lelaki. Bukannya aku mahu menyamakan semua lelaki, tidak pernah. Aku cuma tidak mahu melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Aku sudah cukup matang dan dewasa kini. Maka, adalah penting bagi aku membuat pilihan yang tepat dalam hidup aku. Memang aku sukakan dia. Amat suka. Selesa. Tapi dia tidak tahu sedalam-dalamnya apa yang aku rasa pada dia. Dan aku tidak berani untuk menyatakannya.

Beri dia masa. Kalau dia mahu berjaya, biarkan dia berjaya dulu. Kalau dia mahu menjaga keluarga, biarkan dia menjaga dulu. Ini soal jodoh. Hanya Tuhan yang tahu. Aku hanya berdoa sekiranya dia ditakdirkan untuk aku, tiada apa yang dapat menghalang itu berlaku. Tuhan itu ada. Tuhan itu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku, dia dan semua. Aku masih mampu menjalani hidup seperti biasa.

Ok, tetibe rasa macam penulisan aku terlalu serius. Bosan. *lempang muka sendiri*

Rasanya semua dah tahu aku bertukar bidang kerja. So far, aku rasa ok. Kerja apa pun pasti ada cabaran, ada tekanan. Bagi aku terpulang kepada diri kita bagaimana mahu mengawal tekanan dan dan menghadapi cabaran kerja itu. Kalau kita kata susah, maka susahlah jadinya. Kalau kita kata bosan, maka bosanlah jadinya. Aku lebih suka serapkan aura-aura positif dalam gerak kerja aku. Cari jalan untuk aku enjoy dengan kerja aku. Tapi biasalah, manusia. Ada kalanya teremosi juga. Suka aku ingatkan kepada diri sendiri, tak salah nak beremosi. Tapi jangan lama-lama. Sama juga kalau aku sedih, marah atau merajuk. Tak pernah lama.

Secara jujurnya, kerja baru aku agak meletihkan. Ia bukan lagi cara kerja yang kita boleh buat dateline, buat schedule sendiri dan urus masa untuk menyelesaikan. Kerja jualan memerlukan kita kerja sepanjang masa. Non-stop. Habis satu datang lagi dua. Habis dua datang lagi tiga. Balik kerja tak ikut masa. Belum lagi kira kena maki dengan customer. Hahahaha! Tapi itu semua biasa. Lumrah orang kata. Adat kita mencari rezeki. Adat kita mahu gaji tinggi. Mana ada proses yang mudah kan? Selain tu, kadang-kadang aku ikut team pameran. Seronok juga. Dapat jumpa ramai orang. Tak ada ah terperuk dalam ofis menghadap komputer saja.

Tahun 2013 ini aku tidak merancang backpacking kemana-mana. Maksud aku rancangan secara rasmi tu tak ada. Sebab nampak gaya macam aku akan sibuk dengan kerja. Tapi adalah mustahil untuk aku tidak kemana-mana sepanjang tahun 2013. Kawan-kawan rapat aku cukup faham perangai “otak dua minit” aku. Kalau tetibe aku nak ambil cuti, beli tiket flight, melancong 6-7 hari, siapa dapat jangka? Kehkehkeh. Hasrat hati tu memang ada nak ke Korea lagi. Cuba musim lain pula. Tapi itulah, aku tak dapat janji apa-apa. Bergantung kepada keadaan sesama. Ini sebab aku ada rancangan yang lebih besar untuk tahun 2014. Amboi, kau! Kemahen dah rancang agenda 2014 kan!!! Kekekeke~

Sebenarnya aku mahu lebih fokus kepada pengurusan kewangan tahun 2013 ni. Aku dalam usaha ke arah bebas masalah kewangan. Aku mahu uruskan hutang PTPTN, mahu buat simpanan wang secara serius untuk masa hadapan. Sebelum ni aku hanya buat simpanan untuk kegunaan semasa saja. Maka, dengan adanya perubahan gaji dalam jawatan yang baru ini aku berdoa agar Allah memurahkan rezeki aku dan memudahkan segala urusan aku. Amin.

Ok, sebagai kesimpulan, aku berharap tahun ni aku dapat menurunkan berat badan (demmit!), menjaga kesihatan, tidak tinggal solat dengan sengaja, dan terus membahagiakan keluarga serta menggembirakan kawan-kawan yang sentiasa disisi aku. Semoga Allah merahmati usaha aku dan mengabulkan doa-doa aku. Amin. Selamat Tahun Baru kepada semua yang membaca entri ini. Semoga tahun 2013 memberi seribu harapan buat kalian.

Anneyooonnngggggggggggg~
^_____^Y

♥♥28 Fakta Tentang Yiyin Sepanjang Tahun 2012♥♥


  1. Masih single tanpa menjalinkan sebarang hubungan emosi dan perasaan dengan mana-mana lelaki secara rasmi.
  2. Sudah meletakkan jawatan sebagai editor di PTS Professional Sdn Bhd setelah berkhidmat selama dua tahun dua bulan.
  3. Kini bertugas sebagai seorang Eksekutif Jualan di PTS Bookcafe Sdn Bhd bermula pada November lalu.
  4. Kereta MyVi yang diberi nama RIO pada tahun lalu telah bertukar kepada SOLAR.
  5. Demam Hallyu yang dihidapi sejak Oktober 2011 semakin kronik pada tahun 2012 apabila dapat menemui ramai artis kpop.
  6. Idol Band pujaan masih lagi FT Island. Tetapi ditambah dengan kegilaan kepada Nellband dan One OK Rock (Japan).
  7. Idol Group pujaan kini adalah Bigbang satu-satunya.
  8. Obsesi terkini adalah Taeyang daripada kumpulan Bigbang.
  9. Masih aktif menonton drama-drama Korea dan variety show.
  10. Peminat setia Running Man, Kpop Star dan Strong Heart.
  11. Masih menjadikan Yuna sebagai idol terbaik (local).
  12. Secara rasmi tidak lagi bergelar Primadonna tetapi bertukar kepada VIP atas sebab-sebab tertentu.
  13. Secret Group kpoppers yang aku create di FB terus bergiat aktif.
  14. Kini lebih aktif di Twitter berbanding Facebook.
  15. Lebih 10 orang kawan baik yang berkahwin tahun ini serta ramai kawan yang kahwin tahun lepas dah dapat baby.
  16. Berjaya merealisasikan hasrat backpacking ke Korea selama 8 hari 7 malam (Pencapaian terbesar bagi tahun 2012. Kekeke!)
  17. Dapat bertemu FT Island secara dekat setelah menang Fan Meet Pass semasa Konsert Asia Tour mereka di Malaysia. Siap cakap ailuviyu pada Jaejin. LOL.
  18. Dapat tengok Bigbang dekat-dekat masa konsert Alive Tour in Malaysia. Meroyan seketika melihat Taeyang buka baju serta tatap TOP dengan jarak kurang dua meter.
  19. Koleksi album kpop dan merchandise semakin bertambah.
  20. Tidak lagi tinggal di rumah sewa. Kini berulang-alik Klang-KL-Klang setiap hari untuk pergi kerja.
  21. Dapat tiket VIP konsert various artist kpop di Korea secara percuma tajaan Korea Tourism Organization semasa backpacking Mei lalu.
  22. Berat badan meningkat ke 55kg (demmit!)
  23. Satu family dijangkiti virus Bigbang.
  24. Kawan baru bertambah-tambah, dalam dan luar negara kerana kpop.
  25. Lebih serius dalam kerjaya. Mengumpul duit bagai nak gila.
  26. Pandai memasak beberapa jenis makanan Korea.
  27. Dalam proses menulis sebuah novel bersama Ney Joehan.
  28. Sedang jatuh hati sekali lagi. Tettttt~
P/S: Kenapa 28 fakta? Sebab umur tahun ni ah! Pftttt~

Monday, December 31, 2012

♥♥Best Moment 2012♥♥


Kenangan manis 2012 yang satu ini akan aku semat kemas dalam ingatan. Biar terus mekar tersimpan dalam hati. Detik mengenal erti sahabat yang sanggup harungi susah senang demi mencapai impian. Usaha dalam kesederhanaan menerima apa adanya kita. Kita saling menyokong, saling mendukung. Biar apa orang kata, kita tetap kita. Sayang kalian ketat-ketat. Hidup baik-baik ya =)

#summerbackpackingkorea2012 #alwaysinourhearts
Monday, November 19, 2012

♥♥Hijrah♥♥


Harapnya belum terlewat aku mengucapkan salam Maal Hijrah. Tahun ni sekali lagi aku berhijrah. Seperti sedia maklum aku sudah bertukar daripada kerjaya sebagai Editor kepada Sales Executive. Masih di PTS Media Group cumanya sudah tidak di bawah unit PTS Professional lagi, kini aku di unit PTS Book Cafe. Tidak di editorial lagi, sudah pindah ke bangunan lain.

Perasaan aku bercampur-baur. Gembira dan sedih dalam satu rasa. Masih belum dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Aku tidak kesal tetapi sedikit terkilan kerana bukan lagi dalam bidang yang aku minati. Namun, aku tidak mahu menyerah kalah sebelum mencuba sehabis baik cabaran baru ini.

Aku cuba berfikiran positif dan menganggap semua ini adalah rencana Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Aku redha dan pasrah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, suka aku tanamkan dalam hati selalu akan hal ini. Aku harap segala urusan aku dipermudahkan. Allahumma yassir waala tuassir.

Selain hal berkaitan kerjaya, ada beberapa perkara lain yang akan berubah jua bermula tahun baru ini. Antaranya aku akan berulang-alik dari Klang (rumah aku) ke tempat kerja tidak lama lagi. Maka, tidak menetap di rumah sewa. Perkara lain lebih bersifat peribadi yang tidak mungkin aku kongsikan di blog ini.

Aku amat benar berharap segala perancangan aku untuk tahun baru ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Seperti biasa setiap tahun aku akan membuat perancangan yang teliti berkaitan perkara yang mahu dicapai dalam masa setahun. Ia akan menjadi target atau goals bagi setiap tahun supaya aku tidak membuang masa tanpa arah tuju dalam hidup.

Aku sudah pun membuat senarai 'PERLU CAPAI' aku untuk tahun 2013. Tapi aku hanya akan kongsikan pada hujung tahun nanti seperti tahun-tahun yang sudah. Begitu juga wishlist aku serta S.W.A.T bagi tahun 2012. Maka, aku akan tulis pada entri seterusnya.

Cuma saat ini aku sedang dalam masalah. Masalah hati dan perasaan. Beberapa kawan saja yang tahu. Aku masih mencari kebenaran rasa hati yang aku alami sekarang. Aku mohon Allah segera menetapkan hati aku akan hal ini. Dan semoga memberi kemudahan kepada semua pihak yang terlibat. Aku serahkan segala-galanya kepada DIA. Sekiranya ia memberi kebaikan kepada aku, dekatkanlah. Sekiranya memberi keburukan kepada aku, maka jauhkanlah. Lalu pasrahkanlah aku menerima sebarang dugaan.

Semoga aku, keluarga, dan rakan-rakan tersayang dirahmati selalu.
Amin.




Wednesday, November 7, 2012

♥♥November Rain♥♥

Sedar tak sedar dah masuk bulan November. Dan sekarang ni musim hujan. Hari-hari hujan. Tapi aku bukan nak cerita fasal hujan. Aku nak cerita fasal hal-hal berkenaan hujung tahun. Seperti biasa, follower yang rajin baca blog aku mesti tahu setiap hujung tahun aku akan buat S.W.A.T terhadap diri sendiri dan buat wishlist untuk tahun baru.

So, aku nak tengok setakat mana pencapaian aku bagi tahun 2012 ni. Bagi yang nak tahu apa wishlist aku tahun ni boleh baca di sini  Wish List 2012 Overall aku rasa tahun ni aku sangat lucky. Start daripada Januari yang aku menang contest Fan Meeting with FT Island tu, ia membawa pelbagai tuah kepada aku lagi selepas itu. Ok, mari kita check it out.
  1. Menang FT Island Meet The Fan passes (Thanx to Square Roots)
  2. Terukir di Bintang, Yuna (Thanx to Ainn)
  3. Konsert Play! FT Island in Malaysia.
  4. Jaypark Basketball Match passes (Thanx to Niny)
  5. Berjaya backpacking ke Seoul, Korea.
  6. Menang tiket VIP Life and Peace Concert in Chuncheon (Thanx to KTO)
  7. B.A.P at Final Showdown 2012 (Thanx to Fyn)
  8. Naik gaji RM300.
  9. Tiket percuma ke Legoland (Thanx to Ayen)
  10. Bigbang Alive Tour in Malaysia (Thanx to Hana eonnie) 
  11. Menang VIP passes Rock with Yuna (Thanx to Sence)
  12. ZE:A Showcase in Malaysia ticket (Thanx to Fyn)
Mana yang aku tulis 'thanx to' tu bermakna aku dapat hadiah ataupun pemberian daripada mereka. Pencapaian terbesar aku untuk tahun ni aku rasa adalah backpacking ke Seoul, Korea. Segala penat lelah dan usaha aku untuk menjejakkan kaki ke Korea itu benar-benar berbaloi. Terima kasih kepada babopackers team aku iaitu Sally, Niny dan Jie kerana sama-sama rela bersusah untuk merealisasikan impian kita yang tak seberapa tu. Hahaha!

Seperti sedia maklum, wishlist aku tahun ni ada 5. Malangnya tiada 1 pun yang berjaya aku miliki setakat ini. Hahahaha!! Ni semua gara-gara simpan duit nak ke Korea. Sony MP3 player, Mini Netbook, Backpack Fossil, iPhone 4s, dan kamera digital semua TAK ADA!! Tapi iPhone 4s aku ganti dengan Samsung Galaxy SII dan backpack Fossil diganti dengan backpack MCM hadiah harijadi pemberian Niny. Alhamdulillah. 

So, aku rasa tak perlu nak carry forward ah wishlist 2012 ni ke 2013. Sebabnya banyak yang aku dah berubah citarasa. Lol. Kalau ada pun aku tetap nak beli Mini Netbook tu untuk memudahkan aku menulis buku dan ber-fesbuk. Eh?! Anneyonggggggggggggggggggggg~ ^__^

P/S: Next entri aku akan buat Wishlist 2013 dan Review konsert Bigbang =)
Thursday, July 26, 2012

♥♥Day 8: Summer Backpacking, Seoul 2012♥♥

26 Mei 2012 | Bangun sengaja lewat. Bermalas-malasan. Dah buka mata, tutup balik, lepas tu buka semula dengan harapan hari ni bukan hari terakhir di Korea. Arghhhhhhhhhhhhh! Tak nak balik! Jeritan aku dimaki Sally. Bangun secara paksa mengemas beg kemudian melangkah longlai ke dalam bilik air. Mandi sambil menangis. OK, nampak sangat menipu.

Kami bersiap-siap, kemas bilik, pastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Tapi mustahil, sudah pasti hati aku akan sengaja aku tinggalkan kepada oppa yang sedang menunggu kami breakfast di bawah. Muahahaha. Perasan!! Kami pikul satu per satu beg turun ke lobby. Berat. Datang dengan satu beg, balik dengan 3 beg. Apakah??! Hahahaha. Kami turun letak beg di hadapan kaunter Guest House. Kami akan tinggalkan beg di situ dan terus check out. Tetapi disebabkan flight kami tengah malam nanti, kami mahu habiskan sisa-sisa masa yang ada untuk ke area Hongik University.

Masa aku sibuk letak beg di depan kaunter, Sally, Niny dan Jie sedang buat breakfast. Moon oppa dan Dahye eonnie memerhatikan pergerakan aku yang ke hulur-hilir. Serba tak kena. Moon oppa dengan muka agak sayu, menongkat dagu di atas meja kaunter menegur aku,

(Perbualan yang sudah diterjemahkan)

Oppa : Awak nak balik hari ni?
Aku : De~
Oppa : Hurmmm..bila awak akan datang Korea lagi?
Aku : Kalau boleh secepatnya. Uh,,, saya sedih. Jangan tanya lagi.
Oppa : Aigooooooo~

Sebenarnya aku suka sangat pada Moon oppa. Opsss! Bukan ah jatuh cinta. Aku cuma interested dengan dia sejak hari pertama. Sebab instinct aku merasakan dia seorang yang baik dan unik. Dia selalu menegur dan bersembang dengan kami waktu breakfast. Aku suka riaksi mukanya setiap kali aku beri dia rasa makanan dari Malaysia. Dan pagi itu aku beri lebihan maggi yang kami bawa dari Malaysia kepada dia sebab tak ada ruang dalam beg nak bawa balik.

Moon oppa punyalah excited dapat maggi tu. Dia ada cakap dengan aku beberapa hari sebelum yang dia sangat suka ramyun (maggi). Sebab tu aku bagi dia baki makanan yang kami ada. Dan paling aku tidak sangka dia sanggup ke 7 eleven untuk membeli ramyun Korea sebagai balasan kepada aku. Sampai sekarang aku simpan ramyun tu, sayang nak makan. Hahaha! Sehingga ke hari ini aku masih berhubung dan berkawan dengannya. Ok, entry lain baru aku cerita fasal dia =p

Bergambar kenangan dengan 
Moon oppa & Dahye eonnie yang super cool!
Bogoshipo! >.<

Seperti dirancang kami mahu jalan-jalan di area Hongik University dulu. Lepak minum di Hello Kitty cafe sekali lagi. Dan kami juga sempat ke Coffee Prince Cafe. Agak jauh ye! Kami hampir tak jumpa, mujur ada 3 orang oppa yang sudi menunjukkan jalan dan berjalan bersama kami ke cafe tu. Tak minum di situ pun sebab sudah dinasihatkan oleh seorang gadis Korea yang kami temui di jalanan agar bergambar saja sudah memadai. Katanya minuman di situ mahal dan tak sedap. Ok, fine! Kami ambil gambar je dan blah. Dah puas meronda sekitar Hongik University. Kami pun berjalan ke Guest House untuk mengambil beg dan mengucapkan selamat tinggal kepada Dahye eonnie then bertolak ke Incheon airport menaiki bas.

 Coffee Prince Cafe

Hello Kitty Cafe

Jam baru menunjukkan pukul 3.30pm, sedangkan flight kami adalah pada jam 12.20am. Sengaja kami awal ke airport sebab nak menghabiskan masa dalam airport. Perjalanan dari Hongdae ke Incheon Airport mengambil masa 40 minit. Bas agak kosong, kemahen kami duduk seorang satu seat. Semua melayan perasaan sedih sampai terlelap. Sampai di airport kami cari tempat yang selesa, maklumlah nak stay sampai ke malam. Ada juga berharap nak shopping di duty free dalam airport. Sally punya peluang terakhir nak ke butik MCM. Namun, ternyata sia-sia jua. Butik MCM terletak di dalam departure hall. Kena check in baru jumpa butik tu. So, paling awal pun adalah 2 jam sebelum masa penerbangan. Sally terus bersabar~

 Goodbye, Hongdae! =(

 Beg-beg kami yang padat dan berat.

 Menikmati jam-jam terakhir di Seoul.

Beratur untuk drop luggage.


Lepas check in, Sally bersemangat mencari butik MCM. Sadis. Semua duty free shop dah tutup. Maklumlah masa tu dah pukul 11.00pm lebih macam tu. Kami berjaya jumpa butik dan cuci mata je tengok display bag melalui cermin butik. Kah kah kah! Hamfeh, ingatkan duty free dalam airport buka 24 hours. Haraaaammmm!! Maka, sedih dan pilulah hati Sally kerana tidak berjodoh dengan MCM. Sobsobsob~ 

 Kesian kan dia ni! =p

Nampak?! Mata dah berkaca-kaca.

Tiba masa untuk berangkat pulang ke Malaysia. Haih~ 8 hari tu aku rasa macam sekejap sangat berlalu. Masih belum puas rasanya. Tapi apakan daya? Sekali lagi kami terpisah dalam flight. Aku duduk bersama Jie dan Sally bersama Niny. Jarak seat kami agak jauh. Perut lapar belum makan malam, tapi pasrah je ah konon nak makan dalam flight. Tepat masa, krew cabin pun mula memberi pengumuman keberangkatan pulang ke Malaysia dan panduan-panduan keselamatan.

Mula-mula aku ok je. Tapi...tapi... sebaik saja flight memecut kelajuan maksima untuk terbang aku terus diam dan sayu memandang ke luar tingkap. Malam. Gelap. Pekat. Hanya lampu-lampu yang aku nampak. Dan pada ketika itu juga ah tidak semena-mena airmata aku menitis. Aku pegang tangan Jie, Jie terus terkesima tengok aku menangis. Aku tahu dia juga sedih. Yang sebenarnya bukan aku menangis sebab nak balik, tapi aku menangis kerana syukur dan gembira kerana akhirnya satu daripada impian aku dah pun terlaksana. Mungkin orang nampak aku hanya pergi ke Korea untuk bersuka-ria. Hakikatnya aku yang lebih tahu apa yang aku dapat dan rasai sepanjang di sana. Ternyata usaha dan susah-payah aku serta kawan-kawan (Jie, Sally, Niny) selama 6 bulan sebelum ke Korea berbaloi-baloi. 

Kami selamat tiba di LCCT lebih kurang jam 6.00am dan kami terus ke surau menunaikan solat subuh. Dan tanpa ragu-ragu aku sujud syukur di situ. 

Seoul! Aku pasti akan kembali ^^