Pages

Monday, January 9, 2012

♥♥Yuna, Terukir Di Bintang♥♥

Sabtu lepas aku ke showcase Yuna lagi. Kali ni sempena pelancaran album terbarunya iaitu Terukir Di Bintang di Auditorium DBKL. Macam biasa aku rasa rugi kalau berkelip mata semasa melihat dan mendengar live performances beliau. She's awesome. Really really really awesome. Super awesome.

Komen aku, performances kali ni lebih bagus dari yang di DFP Spotlight yang dah cukup bagus jugak tu. Nyanyian Yuna menerusi lagu Penakut berjaya buat aku menangis. Diulangi, MENANGIS! TT____TT

Habis showcase ada sesi meet & greet. Aku dapat bergambar, salam, peluk, cium, signature Yuna sekali lagi. Ini menjadikan ketiga-tiga album beliau yang aku miliki tertera signature Yuna. Puas hati! Kali ni juga aku dah tak gugup macam pertama kali jumpa dulu. Aku boleh bersembang tanpa menggigil dengan beliau. Cuma menggigil masa nak ambil gambar Ainn je. Sorry Ainn. Kekekekeke =)


BTW, terima kasih kepada kawan aku iaitu Nadira yang bersusah payah call untuk reserve tiket, dan Ainn yang rela hati membayar dahulu tiket aku. Memandangkan aku dah pokai beli tiket konsert FT Island. Thank you so much. I had fun. Satisfied.


Oh, finally aku dapat bergambar dengan drummer Yuna yang comel ni. Adel ke Aidil entah apa nama. Janji comel. Hahahaha.


Dan juga vokalis band OH! CHENTAKU, Mior. Kerana lagu Polaroid mereka aku kenal Yuna beberapa tahun yang lalu. (Tiba-tiba rindu nak pergi gig) T___T Haa!! Cute jugak kan? =">


Last sekali aku nak show off semua album Yuna yang aku ada signature. Kekekeke ;p



Ok, sayang Yuna. Bye! =)
Monday, January 2, 2012

♥♥2012 adalah tahun paling menakutkan♥♥

Omo..omo.. dah masuk 2012!! Tahun yang paling menakutkan buat aku sebenarnya. Selain daripada umur meningkat kepada angka 27. Tahun ni juga adalah tahun yang aku jangkakan akan menamatkan zaman bujang aku. Tapi memandangkan aku tidak menjalinkan sebarang hubungan emosi dan perasaan dengan mana-mana lelaki sekarang, terpaksa ah kahwin tu aku KIV dulu.

So, selain fokus pada kerjaya 200% aku juga mahu berusaha lebih gigih melaksanakan sebanyak mungkin segala perancangan yang telah aku susun untuk tahun ini. Antara yang paling menakutkan adalah backpacking ke Korea pada bulan Mei nanti bersama 6 lagi ahli jemaah. Perkara ni adalah pertama kali dalam hidup aku.

Tahun 2011 aku berjaya menjejakkan kaki ke Bandung, Indonesia dan Singapore. Seperti yang pernah aku janji pada diri sendiri bahawa aku tidak akan ke mana-mana negara luar sekiranya belum menjejakkan kaki ke Bandung. Maka, dengan ini aku telah menunaikan janji itu. So, aku akan mula memikirkan negara-negara lain pula selepas ini.

Memandangkan aku sedang demam Hallyu, Korea adalah negara pilihan aku tahun ini. Setakat ini semua yang dirancang masih on track. Tiket flight akan dibeli dalam bulan ini juga. Aku memilih bulan Mei kerana perlu memberi tumpuan kepada Pesta Buku Antarabangsa terlebih dahulu. Sama seperti tahun lalu, aku ke Bandung dalam bulan Mei juga.

Selain daripada backpacking, tahun ni aku hanya mahu fokus pada kerjaya, pengumpulan harta, dan wang simpanan sahaja. Kemudian aku nak buat apa sahaja yang aku rasa sekiranya aku sudah berumah tangga aku tak akan dapat melakukannya. Yang lain-lain malas nak fikir lagi. Tahun 2011 aku rasa pencapaian terbaik aku adalah apabila berjaya mendapatkan lesen memandu. Ye lah,,, dari dulu lagi aku takut nak ambil lesen. Akhirnya atas beberapa perkara yang teruk berlaku dalam hidup aku, aku nekad juga. Ini demi untuk aku berdiri di atas kaki sendiri.

Ok, sebagai tambahan. Aku berharap tahun ni aku dapat menurunkan berat badan, menjaga kesihatan, tidak tinggal solat dengan sengaja, dan terus membahagiakan keluarga serta menggembirakan sahabat-sahabat yang sentiasa disisi aku. Terakhir sekali aku berdoa hujung tahun 2012 aku dapat pergi ke tempat paling indah di dunia ini. Semoga Allah merahmati usaha aku dan mengabulkan doa-doa aku. Amin.

♥♥Wish List 2012♥♥

Seperti tahun lalu, aku akan ada 5 item dalam wishlist tahunan.
Rujukan: Wishlist 2011

Walau bagaimanapun aku berjaya merealisasikan 2 sahaja iaitu kereta dan jam tangan Fossil. Kereta aku beli sempena hari jadi dan jam tangan aku beli sempena genap setahun bekerja.

Tahun ni aku ada 5 lagi, ayuh! Kita lihat berapa dapat aku realisasikan =)


MP3 Player. Yang lama dah hilang, maka aku perlukan yang baru. Item ini sangat penting memandangkan aku akan ber-backpacking tahun ini.




Mini notebook. Senang nak bawa ke mana-mana. Di rumah aku guna PC.



Fossil Emilia Frame Bags. Tahun lepas dah beli jam tangan. Tahun ni harap dapat beli sebagai hadiah genap 2 tahun bekerja pula.
iPhone 4s. Ni adalah item paling gila kalau aku berjaya beli tahun ni. Aku bukan orang yang gila gadjet, tapi iPhone 4s ni telah buat aku gila mahukannya. Demmit.
Lumix LX5. Kamera!! Aku suka photography. Keinginan terhadap DSLR telah berubah kepada ini. Lebih kecil, ringan dan smart. Hehehehe.
Thursday, December 29, 2011

♥♥26 fakta fasal Yiyin sehingga penghujung 2011♥♥

1. Masih single tanpa menjalinkan sebarang hubungan emosi dan perasaan dengan mana-mana lelaki.
2. Sudah berkerjaya sebagai seorang editor di PTS Publications selama setahun empat bulan.
3. Berjaya menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia dan Singapore seperti yang dirancang.
4. Menghadiahkan sebuah kereta MyVi 1.3 lagi best berwarna ungu yang diberi nama RIO pada hari jadi diri sendiri.
5. Anak buah bertambah dua orang pada tahun ini, menjadikan enam orang semuanya.
6. Kehidupan di rumah sewa yang semakin selesa dengan adanya Astro dan Unifi.
7. Terkena demam HALLYU (Korean Wave) sejak Oktober lalu dan semakin kronik dari sehari ke sehari.
8. Band pujaan terkini adalah FT Island.
9. K-Pop group pujaan adalah Bigbang, Infinite, 2PM.
10. Obsesi terkini adalah Lee Jae Jin, bassist FT Island.
11. Boleh sawan apabila menonton drama Korea lakonan Jang Geun Suk.
12. Masih menjadikan Yuna sebagai idol terbaik (local).
13. Ada ramai kawan-kawan baru yang digelar PRIMADONNA iaitu fan club FT ISLAND (Malaysia).
14. Buat secret group di Facebook yang mana ahli jemaah terpilih adalah peminat-peminat tegar segala perkara berkaitan Korea.
15. Banyak hutang sudah dilangsaikan kecuali PTPTN (demmit!)
16. Pindah rumah sewa sebanyak tiga kali sepanjang tahun 2011.
17. Sudah mula menyukai makanan Korea. Terutamanya Bibimbap dan Bul-Go-Gi.
18. Fesyen & style sudah sedikit berubah ke arah lebih feminin. Ewah!
19. Dua orang lagi BFF dah kahwin iaitu Fza dan Gg (TT_______TT)
20. Berat badan telah meningkat ke angka 50(demmit!)
21. Dah dapat jumpa dan bertentang mata dengan Yuna semasa DFP Spotlight.
22. Mempunyai dua orang rakan serumah yang gila-gila iaitu Tie Maryam dan unnie Ashikin.
23. Terpaksa membuat akaun Twitter demi mendapat updates dari Jaejin dan artis K-Pop yang lain.
24. Banyak menghabiskan duit kerana K-Pop.
25. Terjebak membeli tiket konsert FT Island yang akan diadakan pada 14 Januari 2012 berharga RM468.
26. Akhirnya memiliki lesen memandu kelas D dengan tiga kali ulangan ujian JPJ. Kekekeke ^^

Hoyeaaaahhhh!! **lompat bintang**
Tuesday, December 20, 2011

♥♥Saico021 Day♥♥

Sabtu lepas kami peminat-peminat tegar FT Island telah sepakat untuk celebrate Saico021 Day iaitu hari jadi bassist FT Island, Lee Jae Jin merangkap yeobo aku. Keh keh keh. Ok, yeobo Sarah juga. Kita share kan? Kekekekeke.

Gathering ni kami adakan di Song Box, Wangsa Walk. Majoriti pada majlis hari tu baru pertama kali aku jumpa. Dua tiga orang je yang dah pernah jumpa masa 1st gathering di Plaza Korea bulan lepas.

Walau bagaimanapun kami tiada masalah berkomunikasi memandangkan masing-masing dah berkawan di Facebook terlebih dahulu. OK, mungkin ada yang rasa kami merepek sebab celebrate birthday orang yang tak ada depan mata. Tapi secara positifnya aku tak ambil port. Kerana Hallyu aku dapat ramai kawan baru. Kami fans yang rasional, bukan taraf budak-budak sekolah yang melenting tak tentu fasal bila orang kritik kpop. Ha ha ha.

Lagipun selain majlis ni, kami berbincang berkenaan konsert FT Island pada 14 Januari 2012 nanti. Pada hari tu juga aku dah ambil tiket konsert dari Syieda. Arghhhh,, bestnya tiket dah ada. Ok, ni gambar-gambar yang sempat aku curi dari FB Sarah, maduku. TQ! Kekekekekeke ^____^Y









P/S: Ok, mereka semua ni taraf kegilaan sama level dengan aku. Maka, aku happy berkenalan dengan mereka. Friendship forever =)
Thursday, December 15, 2011

♥♥Product Korea♥♥

Tiba-tiba rajin nak buat entri malam ni. Bukan ada tajuk best sangat pun, tapi sebab aku tergoda dengan produk-produk Korea ni. Lately, lepas satu, satu brand Korea masuk pasaran Malaysia. Aku tertawa gembira melihatnya. Ha ha ha!!

Selain produk mereka ni bagus dan berkualiti, harga sangat berpatutan dan paling penting packaging memang SUPERB! Sebagai pelajar Printing yang belajar serba sedikit tentang packaging, memang wajar aku kagum melihat design dan idea packaging mereka. Sangat berjaya mempengaruhi orang (aku terutamanya) untuk membeli walaupun belum tentu produk tu aku nak guna. Sebab aku sangat pantang tengok benda comel-comel ni. Ha ha ha!!

So aku nak jadi duta tak berbayar di sini bagi mempromosikan 3 produk Korea yang menarik perhatian (dan duit) aku bila terjumpa outlet mereka ni.

The Face Shop



Aku telah mencuba produk skin care The Face Shop sejak 2010. Sangat berpuas hati. Lebih puas hati berbanding ketika aku menggunakan produk The Body Shop dan Mary Kay. Kulit aku ni sensitif dan berjerawat so memang wajar aku memilih produk yang tepat untuk mengawal keadaan. Tapi kakak aku cakap insyaAllah lepas aku kahwin nanti hilang semua jerawat aku. Aku pun tak tahu kenapa dia buat hipotesis macam tu.

Suggestion : BB Cream.

Etude House



Produk Etude House ni aku baru je beli dalam minggu ni. Aku try yogurt masker dan lipstick. Sebenarnya aku bukan seorang yang memakai lipstick, tapi dek kerana warnanya yang sweet serta natural, ditambah pula reka bentuk casing yang menarik, maka aku terjebak membelinya. Selepas mencuba masker ni aku sangat suka sehingga rasa nak jilat sebab yogurt. Hu hu hu.. Tapi gambar ni adalah store di Korea. Di Malaysia jangan berangan nak jumpa store macam ni. Outlet Etude House hanya terdapat dalam beberapa mall di sekitar KL.

Suggestion : Yogurt Masker

Baviphat



OK! Yang ini aku mengaku sebab FT Island pujaan aku sebagai duta produk, maka wajar ia menarik perhatian aku. Jaejin,,,, saranghea <3 **tetibe** Ha ha ha!! Tapi kalau bukan sebab FT Island pun, aku percaya aku akan tergoda juga sebab packaging dia makngaiiiiiii,, cantik sangat. Aku tak pernah try apa-apa produk Baviphat ni lagi sebab mereka baru je masuk pasaran Malaysia. Dan belum banyak outlet or booth produk ni dekat mall-mall. Aku yakin sekiranya aku sudah menjengah outlet Baviphat ni paling sengkek konfem RM50 melayang aku beli produknya. Jangan kata ada promoter dekat booth tu, lagi senang ah aku terpengaruh selepas dengar bebelan beliau.

Suggestion : Aku belum beli nak suggest apa doww?

Kesimpulannya, kegilaan aku terhadap Korea ni bukan setakat pada artis sahaja. Tetapi pada makanan, produk, dan etc. (jangan tanya aku etc. tu apa, aku cepuk kang!)

Thursday, September 29, 2011

♥♥Obsesi Terkini♥♥

Mungkin ramai yang dah terperasan (atau bengang) semenjak dua menjak tiga menjak ni aku sering post video-video K-Pop dari Youtube di Facebook. Hahaha!

Meh sini aku cerita sikit,

Aku dah lama gila pada mamat-mamat Korean yang comel tahap dewa ni sejak zaman sekolah lagi. Ya! Bermula cerita Winter Sonata dulu, lepas tu Autumn In My Heart. Masa tu aku gila babi dekat Won Bin. Bermula dari itu aku mula gila mengumpul VCD (belum ada DVD masa tu) cerita-cerita Korea. Ada juga yang aku tonton pinjam dari kawan-kawan. Sehinggalah aku ke alam universiti ambil Diploma. Masa ni dah kurang beli VCD sebab ada 'supplier-supplier' cerita Korea dari mereka yang dah terer main download dari internet. Apa yang lebih kagum masa tu supplier adalah student lelaki, OK.

Tapi bermula episod aku sambung study di peringkat degree, aku kenal dengan makhluk bernama Nurul Haziqah (Gg), Sally, dan Ryuu. Tiga makhluk ni ah yang telah meracuni aku dengan drama series, filem dan muzik Jepun. Demmit. Memang aku terpengaruh hingga mempengaruhi fesyen rambut aku sekali masa tu. Tak cukup dengan itu, kami bertiga ambil subjek bahasa ketiga Bahasa Jepun. Pergh.. masa tu dah rasa hebat gila tahu cakap Jepun sikit-sikit. Hahahaha..

Lepas tu, tiba-tiba sekarang semua orang heboh dengan K-Pop. Mulanya aku blur juga apa kebendanya K-Pop ni. Sebab aku tahu J-pop. Rupa-rupanya lebih kurang je diorang ni. K-Pop dengan J-Pop. Cuma biasa ah, benda-benda macam ni bermusim. Ada turun naik. Tak semena-mena aku terasa nak survey-survey Youtube tengok budak-budak K-Pop ni.

Pada saat itu ah aku mula terjebak. Nak nak pulak tu member aku, Ninie bagi satu folder lagu-lagu Korea yang kebanyakannya lagu K-Pop. Tiba-tiba aku rasa macam dirasuki apabila pertama kali mendengar lagu 'Missing You' by FT Island. Ia seakan-akan mengingatkan aku kepada kumpulan Glay (Jepun). Terus aku ulang berkali-kali lagu tu.

Akhirnya aku terpaksa mengaku yang aku dah 'jatuh hati' dengan band ni, FT Island (FTi). Aku memang suka muzik, suka band. Tapi bukan mudah muzik mereka boleh tawan hati aku. Ewah! Hahaha. Setakat ni aku sudah pun mendownload 34 buah lagu FTi. Dan ada 27 buah lagu lagi aku belum download. T_______T

Terkini, kami (housemate) telah mendaftar Astro berpakej HD. Haaa...memang aku pujuk secara paksa diorang semua pasang Astro ni. Keh keh keh. Malam ni aku dah mula berkira-kira nak upgrade broadband pulak, boleh?? Hadoi,, Yin. Silalah sayangi duitmu. Huhuhu.. Tapi aku ni jenis suka memuaskan hati dan diri sendiri. Apa yang aku rancang dan mahu pasti aku usahakan. Cepat atau lambat belakang kira =)

OK, cukup. Mari aku kenalkan obsesi terkini aku.


Lee Jae Jin
Bassist FTi


FT Island @KL

Haa,,, diorang ni dah ah berbakat, kacak, stylo, pakej lengkap pulak bila kelakar. Memang ah aku suka. Dah banyak video diorang aku layan dekat Youtube. Memang lawak (bagi aku). Hahaha. OK, bak kata kawan aku, orang yang berstatus single ni suka cari sesuatu sebagai obsesi. Aku setuju. Setidak-tidaknya aku happy dan enjoy melayan obsesi aku ni (termasuk Yuna). Orang lain apa tahu? Hanya diri sendiri yang tahu cara menggembirakan hidup ni.

OK? Ada yang masih tak puas hati dengan aku? AAK ah jawabnya.
Keh keh keh.
Saturday, September 24, 2011

♥♥Daripada Yin untuk Yin♥♥

Mungkin ramai yang tidak tahu perangai aku yang suka membeli hadiah untuk diberikan kepada diri sendiri. Ini adalah cara bagi aku menghargai diri dan memuaskan hati aku yang telah berusaha, berpenat-lelah, dan beremosi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Rabu, bersamaan 21 September 2011 yang lepas aku telah menerima hadiah hari jadi yang aku kira mungkin terakhir buat tahun ini. Hadiah yang aku dah beli dari sebelum tarikh hari jadi aku tetapi menerimanya dua bulan selepas hari jadi aku.

Selain daripada sebagai hadiah hari jadi, hadiah ini juga termasuk dalam wishlist aku tahun ini dan yang paling utama ialah sebagai hadiah sampingan buat bunda tersayang. Aku harap lepas ni dia tidak perlu risau mahu pergi mana-mana. Dia tak perlu merajuk dengan anak-anak lelakinya yang kurang masa membawa dia ke kenduri kahwin ataupun kompleks membeli-belah.

Maka, selepas ini aku tidak ada alasan untuk tidak selalu pulang ke Klang sehingga anak-anak buah aku terpaksa menelefon aku apabila mereka rindu. BTW, hadiah ini masih dalam rahsia. Rahsia daripada sebahagian ahli keluarga aku, terutamanya bunda dan abah. Aku harap apabila aku pulang membawa hadiah ini nanti mereka tidak terkejut hingga meningkatkan tekanan darah. Maklumlah mereka berdua ada darah tinggi.

Aku berasa sangat bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Impian semakin banyak yang sudah tercapai. Kediaman baru sudah hampir siap terbina. Kerjaya semakin aku mencintainya. Kewangan semakin menunjukkan kemerdekaannya, dan beberapa alasan untuk aku berbahagia yang tidak dapat aku nyatakan di sini kerana ianya terlalu peribadi.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga aku tidak pernah berhenti mengucapkan kalimah kesyukuran ini setiap kali mendapat nikmat yang tidak ternilai dari-Nya. Aku semakin percaya setiap dugaan yang diberikan pada aku adalah demi kasih-sayang Allah terhadap diri aku. Kerana Dia mahu melindungi aku daripada keburukan. Kerana Dia ingin memberi yang terbaik buat aku.

Niat yang betul dan usaha yang tekun adalah cara bagi doamu dimakbul =)

Inilah hadiah itu,,,


No 1207 tu beli sempena tarikh lahir aku, OK =)
Wednesday, September 14, 2011

♥♥DFP Spotlight With Yunalis Zaraai♥♥

Yuna is AWESOME. Itu saja yang mampu aku beritahu. Melihat performances dia dalam jarak kurang 50 meter cukup membuat aku teruja dan tidak mahu berkelip mata. Suaranya sama atau rasanya lebih lunak dibandingkan dalam CD. Serius. Untuk next show, aku sanggup bayar berapa pun harga tiket.

Bersalaman, peluk cium, berbual dan bergambar sudah lama jadi igauan aku. Semalam sudah jadi nyata. Apa yang aku rasa setelah berjumpa dia? Hurm,,, hanya aku yang faham erti rasa itu =)


♥13rd September 2011, 8.30pm,♥
♥Dewan Filharmonik Petronas♥
♥Yuna and The Band♥
♥Smart Casual♥


♥Decorate♥
♥Gadis Semasa♥
♥Penakut♥
♥Raya oh Yeah♥
♥Gelora Jiwa♥
♥Fears and Frustrations♥
♥Memo♥
♥Cinta Sempurna♥
♥Rocket♥
♥Super Something♥
♥Random Awesome♥
♥Come As You Are♥
♥Coffee♥
♥Dan Sebenarnya♥
♥Let Love Come Through♥
♥Someone Out of Town♥


♥The Girls♥
♥The Band♥


♥The Big Fans♥



♥Best Moment♥



♥Yuna and I♥

Tuesday, August 30, 2011

♥♥Salam Eid Mubarak♥♥

Pejam celik sebulan sudah berlalu. Ramadhan akan aku rindu. Sesungguhnya Ramadhan selalu memberi aku sejuta keajaiban dalam kehidupan sejak dahulu lagi. Aku lebih teruja menyambut Ramadhan berbanding Syawal. Tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu meraikan lebaran. Ramadhan dan Syawal pasti mengukir kisah yang berbeza.

Alhamdulillah,, ini Syawal kedua setelah aku bekerja. Tahun lalu tak banyak yang dapat aku sediakan buat keluarga. Maklumlah tika itu aku baru bekerja, gaji pertama. Tahun ini berbeza. Pelbagai perkara aku cuba laksana. Dari keperluan ibu bapa, adik-beradik hingga ke anak-anak saudara. Semua serba serbi ada.

Dalam hati hanya Dia yang tahu betapa aku gembira melihat senyuman mereka. Walaupun tahun ini aku diuji pelbagai perkara. Aku bersyukur atas kematangan yang ada dalam diri aku mampu menghadapinya dengan redha. Setiap ujian-ujian itulah yang menjadikan aku lebih kuat dan bersedia untuk ujian seterusnya.

Di keheningan malam raya begini, pelbagai memori menusuk benak fikiran aku. Yang pahit mahupun manis, semuanya menerjah kembali. Deraian airmata menyudahi doa di akhir solat sunat tadi. Terharu, sayu dan pilu. Terharu dengan keajaiban-keajaiban yang berlaku. Sayu dengan kiriman-kiriman SMS memohon ampun. Dan pilu mengenangkan insan-insan tersayang yang tidak lagi bersama aku. Aku rindu,,,,,

Buat keluarga tercinta,,, esok akan aku susun kata-kata. Moga sempat aku bersalaman dan memeluk kalian untuk memohon ampun maaf.

Buat sahabat-sahabat sejati,,, sudah aku titip perutusan yang ikhlas dari hati. Moga aku dimaafi. Sesungguhnya persahabatan kita sangat aku hargai.

Buat insan-insan yang pernah aku sayangi dan cintai,,, dengan rendah diri aku memohon keampunan atas ketidaksempurnaan dan keterlanjuran perbuatan. Moga tidak disimpan dalam hati. Aku tidak pernah berniat untuk melukai.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diberkati. Andai ini Ramadhan dan Syawal terakhir yang dapat aku nikmati, mohon kalian ampuni segala kekhilafan yang pernah aku lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Halalkan makan minum yang pernah diberi atau dikongsi. Bagi yang aku tidak sempat membalas jasa, hanya Tuhan yang akan membalasnya.

Salam Aidil Fitri.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.

1 Syawal, 2011.