Pages

Tuesday, December 20, 2011

♥♥Saico021 Day♥♥

Sabtu lepas kami peminat-peminat tegar FT Island telah sepakat untuk celebrate Saico021 Day iaitu hari jadi bassist FT Island, Lee Jae Jin merangkap yeobo aku. Keh keh keh. Ok, yeobo Sarah juga. Kita share kan? Kekekekeke.

Gathering ni kami adakan di Song Box, Wangsa Walk. Majoriti pada majlis hari tu baru pertama kali aku jumpa. Dua tiga orang je yang dah pernah jumpa masa 1st gathering di Plaza Korea bulan lepas.

Walau bagaimanapun kami tiada masalah berkomunikasi memandangkan masing-masing dah berkawan di Facebook terlebih dahulu. OK, mungkin ada yang rasa kami merepek sebab celebrate birthday orang yang tak ada depan mata. Tapi secara positifnya aku tak ambil port. Kerana Hallyu aku dapat ramai kawan baru. Kami fans yang rasional, bukan taraf budak-budak sekolah yang melenting tak tentu fasal bila orang kritik kpop. Ha ha ha.

Lagipun selain majlis ni, kami berbincang berkenaan konsert FT Island pada 14 Januari 2012 nanti. Pada hari tu juga aku dah ambil tiket konsert dari Syieda. Arghhhh,, bestnya tiket dah ada. Ok, ni gambar-gambar yang sempat aku curi dari FB Sarah, maduku. TQ! Kekekekekeke ^____^Y









P/S: Ok, mereka semua ni taraf kegilaan sama level dengan aku. Maka, aku happy berkenalan dengan mereka. Friendship forever =)
Thursday, December 15, 2011

♥♥Product Korea♥♥

Tiba-tiba rajin nak buat entri malam ni. Bukan ada tajuk best sangat pun, tapi sebab aku tergoda dengan produk-produk Korea ni. Lately, lepas satu, satu brand Korea masuk pasaran Malaysia. Aku tertawa gembira melihatnya. Ha ha ha!!

Selain produk mereka ni bagus dan berkualiti, harga sangat berpatutan dan paling penting packaging memang SUPERB! Sebagai pelajar Printing yang belajar serba sedikit tentang packaging, memang wajar aku kagum melihat design dan idea packaging mereka. Sangat berjaya mempengaruhi orang (aku terutamanya) untuk membeli walaupun belum tentu produk tu aku nak guna. Sebab aku sangat pantang tengok benda comel-comel ni. Ha ha ha!!

So aku nak jadi duta tak berbayar di sini bagi mempromosikan 3 produk Korea yang menarik perhatian (dan duit) aku bila terjumpa outlet mereka ni.

The Face Shop



Aku telah mencuba produk skin care The Face Shop sejak 2010. Sangat berpuas hati. Lebih puas hati berbanding ketika aku menggunakan produk The Body Shop dan Mary Kay. Kulit aku ni sensitif dan berjerawat so memang wajar aku memilih produk yang tepat untuk mengawal keadaan. Tapi kakak aku cakap insyaAllah lepas aku kahwin nanti hilang semua jerawat aku. Aku pun tak tahu kenapa dia buat hipotesis macam tu.

Suggestion : BB Cream.

Etude House



Produk Etude House ni aku baru je beli dalam minggu ni. Aku try yogurt masker dan lipstick. Sebenarnya aku bukan seorang yang memakai lipstick, tapi dek kerana warnanya yang sweet serta natural, ditambah pula reka bentuk casing yang menarik, maka aku terjebak membelinya. Selepas mencuba masker ni aku sangat suka sehingga rasa nak jilat sebab yogurt. Hu hu hu.. Tapi gambar ni adalah store di Korea. Di Malaysia jangan berangan nak jumpa store macam ni. Outlet Etude House hanya terdapat dalam beberapa mall di sekitar KL.

Suggestion : Yogurt Masker

Baviphat



OK! Yang ini aku mengaku sebab FT Island pujaan aku sebagai duta produk, maka wajar ia menarik perhatian aku. Jaejin,,,, saranghea <3 **tetibe** Ha ha ha!! Tapi kalau bukan sebab FT Island pun, aku percaya aku akan tergoda juga sebab packaging dia makngaiiiiiii,, cantik sangat. Aku tak pernah try apa-apa produk Baviphat ni lagi sebab mereka baru je masuk pasaran Malaysia. Dan belum banyak outlet or booth produk ni dekat mall-mall. Aku yakin sekiranya aku sudah menjengah outlet Baviphat ni paling sengkek konfem RM50 melayang aku beli produknya. Jangan kata ada promoter dekat booth tu, lagi senang ah aku terpengaruh selepas dengar bebelan beliau.

Suggestion : Aku belum beli nak suggest apa doww?

Kesimpulannya, kegilaan aku terhadap Korea ni bukan setakat pada artis sahaja. Tetapi pada makanan, produk, dan etc. (jangan tanya aku etc. tu apa, aku cepuk kang!)

Thursday, September 29, 2011

♥♥Obsesi Terkini♥♥

Mungkin ramai yang dah terperasan (atau bengang) semenjak dua menjak tiga menjak ni aku sering post video-video K-Pop dari Youtube di Facebook. Hahaha!

Meh sini aku cerita sikit,

Aku dah lama gila pada mamat-mamat Korean yang comel tahap dewa ni sejak zaman sekolah lagi. Ya! Bermula cerita Winter Sonata dulu, lepas tu Autumn In My Heart. Masa tu aku gila babi dekat Won Bin. Bermula dari itu aku mula gila mengumpul VCD (belum ada DVD masa tu) cerita-cerita Korea. Ada juga yang aku tonton pinjam dari kawan-kawan. Sehinggalah aku ke alam universiti ambil Diploma. Masa ni dah kurang beli VCD sebab ada 'supplier-supplier' cerita Korea dari mereka yang dah terer main download dari internet. Apa yang lebih kagum masa tu supplier adalah student lelaki, OK.

Tapi bermula episod aku sambung study di peringkat degree, aku kenal dengan makhluk bernama Nurul Haziqah (Gg), Sally, dan Ryuu. Tiga makhluk ni ah yang telah meracuni aku dengan drama series, filem dan muzik Jepun. Demmit. Memang aku terpengaruh hingga mempengaruhi fesyen rambut aku sekali masa tu. Tak cukup dengan itu, kami bertiga ambil subjek bahasa ketiga Bahasa Jepun. Pergh.. masa tu dah rasa hebat gila tahu cakap Jepun sikit-sikit. Hahahaha..

Lepas tu, tiba-tiba sekarang semua orang heboh dengan K-Pop. Mulanya aku blur juga apa kebendanya K-Pop ni. Sebab aku tahu J-pop. Rupa-rupanya lebih kurang je diorang ni. K-Pop dengan J-Pop. Cuma biasa ah, benda-benda macam ni bermusim. Ada turun naik. Tak semena-mena aku terasa nak survey-survey Youtube tengok budak-budak K-Pop ni.

Pada saat itu ah aku mula terjebak. Nak nak pulak tu member aku, Ninie bagi satu folder lagu-lagu Korea yang kebanyakannya lagu K-Pop. Tiba-tiba aku rasa macam dirasuki apabila pertama kali mendengar lagu 'Missing You' by FT Island. Ia seakan-akan mengingatkan aku kepada kumpulan Glay (Jepun). Terus aku ulang berkali-kali lagu tu.

Akhirnya aku terpaksa mengaku yang aku dah 'jatuh hati' dengan band ni, FT Island (FTi). Aku memang suka muzik, suka band. Tapi bukan mudah muzik mereka boleh tawan hati aku. Ewah! Hahaha. Setakat ni aku sudah pun mendownload 34 buah lagu FTi. Dan ada 27 buah lagu lagi aku belum download. T_______T

Terkini, kami (housemate) telah mendaftar Astro berpakej HD. Haaa...memang aku pujuk secara paksa diorang semua pasang Astro ni. Keh keh keh. Malam ni aku dah mula berkira-kira nak upgrade broadband pulak, boleh?? Hadoi,, Yin. Silalah sayangi duitmu. Huhuhu.. Tapi aku ni jenis suka memuaskan hati dan diri sendiri. Apa yang aku rancang dan mahu pasti aku usahakan. Cepat atau lambat belakang kira =)

OK, cukup. Mari aku kenalkan obsesi terkini aku.


Lee Jae Jin
Bassist FTi


FT Island @KL

Haa,,, diorang ni dah ah berbakat, kacak, stylo, pakej lengkap pulak bila kelakar. Memang ah aku suka. Dah banyak video diorang aku layan dekat Youtube. Memang lawak (bagi aku). Hahaha. OK, bak kata kawan aku, orang yang berstatus single ni suka cari sesuatu sebagai obsesi. Aku setuju. Setidak-tidaknya aku happy dan enjoy melayan obsesi aku ni (termasuk Yuna). Orang lain apa tahu? Hanya diri sendiri yang tahu cara menggembirakan hidup ni.

OK? Ada yang masih tak puas hati dengan aku? AAK ah jawabnya.
Keh keh keh.
Saturday, September 24, 2011

♥♥Daripada Yin untuk Yin♥♥

Mungkin ramai yang tidak tahu perangai aku yang suka membeli hadiah untuk diberikan kepada diri sendiri. Ini adalah cara bagi aku menghargai diri dan memuaskan hati aku yang telah berusaha, berpenat-lelah, dan beremosi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Rabu, bersamaan 21 September 2011 yang lepas aku telah menerima hadiah hari jadi yang aku kira mungkin terakhir buat tahun ini. Hadiah yang aku dah beli dari sebelum tarikh hari jadi aku tetapi menerimanya dua bulan selepas hari jadi aku.

Selain daripada sebagai hadiah hari jadi, hadiah ini juga termasuk dalam wishlist aku tahun ini dan yang paling utama ialah sebagai hadiah sampingan buat bunda tersayang. Aku harap lepas ni dia tidak perlu risau mahu pergi mana-mana. Dia tak perlu merajuk dengan anak-anak lelakinya yang kurang masa membawa dia ke kenduri kahwin ataupun kompleks membeli-belah.

Maka, selepas ini aku tidak ada alasan untuk tidak selalu pulang ke Klang sehingga anak-anak buah aku terpaksa menelefon aku apabila mereka rindu. BTW, hadiah ini masih dalam rahsia. Rahsia daripada sebahagian ahli keluarga aku, terutamanya bunda dan abah. Aku harap apabila aku pulang membawa hadiah ini nanti mereka tidak terkejut hingga meningkatkan tekanan darah. Maklumlah mereka berdua ada darah tinggi.

Aku berasa sangat bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Impian semakin banyak yang sudah tercapai. Kediaman baru sudah hampir siap terbina. Kerjaya semakin aku mencintainya. Kewangan semakin menunjukkan kemerdekaannya, dan beberapa alasan untuk aku berbahagia yang tidak dapat aku nyatakan di sini kerana ianya terlalu peribadi.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga aku tidak pernah berhenti mengucapkan kalimah kesyukuran ini setiap kali mendapat nikmat yang tidak ternilai dari-Nya. Aku semakin percaya setiap dugaan yang diberikan pada aku adalah demi kasih-sayang Allah terhadap diri aku. Kerana Dia mahu melindungi aku daripada keburukan. Kerana Dia ingin memberi yang terbaik buat aku.

Niat yang betul dan usaha yang tekun adalah cara bagi doamu dimakbul =)

Inilah hadiah itu,,,


No 1207 tu beli sempena tarikh lahir aku, OK =)
Wednesday, September 14, 2011

♥♥DFP Spotlight With Yunalis Zaraai♥♥

Yuna is AWESOME. Itu saja yang mampu aku beritahu. Melihat performances dia dalam jarak kurang 50 meter cukup membuat aku teruja dan tidak mahu berkelip mata. Suaranya sama atau rasanya lebih lunak dibandingkan dalam CD. Serius. Untuk next show, aku sanggup bayar berapa pun harga tiket.

Bersalaman, peluk cium, berbual dan bergambar sudah lama jadi igauan aku. Semalam sudah jadi nyata. Apa yang aku rasa setelah berjumpa dia? Hurm,,, hanya aku yang faham erti rasa itu =)


♥13rd September 2011, 8.30pm,♥
♥Dewan Filharmonik Petronas♥
♥Yuna and The Band♥
♥Smart Casual♥


♥Decorate♥
♥Gadis Semasa♥
♥Penakut♥
♥Raya oh Yeah♥
♥Gelora Jiwa♥
♥Fears and Frustrations♥
♥Memo♥
♥Cinta Sempurna♥
♥Rocket♥
♥Super Something♥
♥Random Awesome♥
♥Come As You Are♥
♥Coffee♥
♥Dan Sebenarnya♥
♥Let Love Come Through♥
♥Someone Out of Town♥


♥The Girls♥
♥The Band♥


♥The Big Fans♥



♥Best Moment♥



♥Yuna and I♥

Tuesday, August 30, 2011

♥♥Salam Eid Mubarak♥♥

Pejam celik sebulan sudah berlalu. Ramadhan akan aku rindu. Sesungguhnya Ramadhan selalu memberi aku sejuta keajaiban dalam kehidupan sejak dahulu lagi. Aku lebih teruja menyambut Ramadhan berbanding Syawal. Tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu meraikan lebaran. Ramadhan dan Syawal pasti mengukir kisah yang berbeza.

Alhamdulillah,, ini Syawal kedua setelah aku bekerja. Tahun lalu tak banyak yang dapat aku sediakan buat keluarga. Maklumlah tika itu aku baru bekerja, gaji pertama. Tahun ini berbeza. Pelbagai perkara aku cuba laksana. Dari keperluan ibu bapa, adik-beradik hingga ke anak-anak saudara. Semua serba serbi ada.

Dalam hati hanya Dia yang tahu betapa aku gembira melihat senyuman mereka. Walaupun tahun ini aku diuji pelbagai perkara. Aku bersyukur atas kematangan yang ada dalam diri aku mampu menghadapinya dengan redha. Setiap ujian-ujian itulah yang menjadikan aku lebih kuat dan bersedia untuk ujian seterusnya.

Di keheningan malam raya begini, pelbagai memori menusuk benak fikiran aku. Yang pahit mahupun manis, semuanya menerjah kembali. Deraian airmata menyudahi doa di akhir solat sunat tadi. Terharu, sayu dan pilu. Terharu dengan keajaiban-keajaiban yang berlaku. Sayu dengan kiriman-kiriman SMS memohon ampun. Dan pilu mengenangkan insan-insan tersayang yang tidak lagi bersama aku. Aku rindu,,,,,

Buat keluarga tercinta,,, esok akan aku susun kata-kata. Moga sempat aku bersalaman dan memeluk kalian untuk memohon ampun maaf.

Buat sahabat-sahabat sejati,,, sudah aku titip perutusan yang ikhlas dari hati. Moga aku dimaafi. Sesungguhnya persahabatan kita sangat aku hargai.

Buat insan-insan yang pernah aku sayangi dan cintai,,, dengan rendah diri aku memohon keampunan atas ketidaksempurnaan dan keterlanjuran perbuatan. Moga tidak disimpan dalam hati. Aku tidak pernah berniat untuk melukai.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diberkati. Andai ini Ramadhan dan Syawal terakhir yang dapat aku nikmati, mohon kalian ampuni segala kekhilafan yang pernah aku lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Halalkan makan minum yang pernah diberi atau dikongsi. Bagi yang aku tidak sempat membalas jasa, hanya Tuhan yang akan membalasnya.

Salam Aidil Fitri.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.

1 Syawal, 2011.


Thursday, August 18, 2011

♥♥Infaq Ramadan Kumpulan Cheng Ho♥♥

Pada Sabtu yang lalu aku dan rakan-rakan Cheng Ho telah melaksanakan Program Infaq Ramadhan bagi tahun 2011. Kami memilih untuk pergi menghantar sumbangan berupa barangan dapur serta wang tunai kepada 12 rumah yang bertuah menerimanya. Antara mereka yang menerima adalah warga tua, warga OKU dan ibu tunggal di sekitar Gombak dan Wangsa Maju.

Program ini mengambil masa kurang lebih 4 jam. Kami bergerak secara konvoi beberapa buah kereta dari satu rumah ke satu rumah. Ia adalah antara pengalaman yang terbaik aku dapat semenjak bekerja di PTS. Tahun lepas aku ke Rumah Bakti Anak-Anak Pesakit HIV. Maka aku sudah ada dua pengalaman yang berbeza.

Aku gembira kerana mendapat majikan yang prihatin dengan masalah dan nasib kehidupan masyarakat luar. Mungkin kerana inilah syarikat PTS dilihat 'berkat'. Alhamdulillah, bekerja di sini aku juga merasai tempiasnya. Tempias kebajikan-kebajikan kepada masyarakat. OK, aku letakkan video yang sempat kami rakam ketika program dilaksanakan. Maaf kalau ada aksi-aksi gedik. Hahaha! :D



Monday, August 15, 2011

♥♥Iftar Bersama Sahabat Sejati♥♥


Semalam, sekali lagi kami bertemu, kami berkumpul, macam dulu-dulu. Banyak yang dah berbeza. Semua dah berkerjaya, bergaya, berada, dan serba-serbi ada. Alhamdulillah.... Aku tergolong dalam kalangan mereka. Walaupun mungkin ada yang terkurang, ada yang terlebih. Namun, pada aku kami semua sama. Kami saling sayang antara satu sama lain. Kami saling menghargai satu sama lain. Kami saling melindungi dan menjaga satu sama lain. Itulah sahabat sejati.

Siapa sakit, siapa jatuh, siapa sedih, siapa susah? Kami tidak pernah meninggalkan sesiapa pun menghadapinya keseorangan. Ikatan kami kukuh, kuat, dan teguh. Aku bersyukur memiliki sahabat seperti mereka. Aku bahagia memiliki sahabat seperti mereka. Semoga tiada satu pun di antara kami yang akan berubah. Melainkan berubah untuk menjadi lebih baik dan berguna sahaja yang aku doakan.

Aku yakin, aku percaya, selagi hati dan jiwa kita kekal bersatu. Kita akan senantiasa bersama. Jarak dan masa bukan penghalang. Kita sudahpun buktikan. Akhirnya, penat lelah kita selama ini, semakin menunjukkan hasilnya. Mungkin berkat kita berusaha bersama-sama. Tidak pernah mahu sendiri-sendiri. Jatuh bangun tetap bersama.

Kalian sahabat sejati. Hidup ataupun mati, aku masih mahu memiliki kalian sebagai sahabat aku.
Semoga kita terus berjaya dan dapat membanggakan insan-insan terpenting dalam hidup kita.
Amin,, amin,, amin,,

InsyaAllah, berkumpul lagi kita, Syawal nanti =)

♥♥Perempuan-Perempuan Kesayangan Aku♥♥


Ainn
Beba
Gg
Ninie
Fatin
Thursday, August 11, 2011

♥♥Tunai janji selepas hampir 3 tahun♥♥

Seingat aku kali terakhir aku memakai jam tangan adalah pada tahun 2008. Jam yang dibeli di Vincci dengan harga RM21.90 selepas diskaun 20%. Tidak sampai 2 bulan jam itu pun rosak. Sebelum-sebelum itu aku sememangnya tidak pernah memiliki jam yang berjenama apa lagi yang mahal harganya. Oleh itu, sering aku bertukar ganti jam RM10 yang bersepah-sepah di pasar raya setiap kali baterinya kehabisan tenaga. Walaupun jam-jam itu tidak digunapakai lagi, aku masih menyimpannya di rumah di dalam sebuah kotak. Ada kurang lebih 15 pasang rasanya.

Semenjak dari saat kerosakan jam Vincci aku itu, aku mula berasa kecil hati dan lalu berjanji kepada diri sendiri yang aku tidak akan memakai jam tangan sehinggalah aku dapat memiliki jam tangan idaman aku berjenama Fossil. Tidak kira berapa harganya sekalipun, sekiranya aku menyukai designnya aku akan berusaha untuk memilikinya. Selagi aku tidak mampu, aku tidak akan memakai sebarang jam tangan. Diam tidak diam sudah hampir tiga tahun aku tidak memakai jam kerana janji itu.

Hari ini aku terpaksa mengambil MC kerana sakit perut dan alahan pada kulit muka akibat memakan seafood kebelakangan ini semasa berbuka puasa. Sebenarnya aku sudah tahu yang aku alah pada seafood kerana resdung yang semakin kronik. Tapi biasalah manusia kan?? Ada selera-selera yang tidak dapat ditahan pada bulan puasa begini. Maka, terpaksa aku rela menanggung kesannya. Doktor telah memberi aku satu suntikan di lengan yang membuatkan seluruh tangan kiri aku berasa lenguh. Namun tahap kegatalan aku pada hidung dan mata telah berkurangan serta merta. Dengan itu melayanglah wang aku sebanyak RM59 di klinik itu. Mujur nanti boleh claim pada company.

Selepas selesai rawatan aku di klinik, tiba-tiba aku tergerak hati untuk ke KLCC sebentar. Sudah begitu lama aku tidak menaiki Putra LRT. Sebenarnya kondisi aku tidak begitu kuat tadi. Dengan tangan yang berasa lenguh, kepala aku turut berasa pening dan hampir pitam tidak tahu kesan daripada suntikan ataupun cuaca yang panas. Tapi biasalah, Yiyin kan?? Memang ah degil. Sedang aku berjalan-jalan di dalam mall aku terpandangkan butik Fossil. Lalu aku sengaja memasuki butik itu dengan niat nak usya-usya je. Hehehehe..

Malangnya bila kau keluar seorang diri, Yiyin. Dan kau tahu duit freelance sudah masuk, kau nampak jam idaman kau ada depan mata, ditambah pula hasutan promoter yang agak comel itu telah mempengaruhi 100% minda Si Yiyin ini. Lalu aku dengan tanpa rasa berdosa bersetuju untuk membeli jam idaman aku itu. Serasa aku masa yang aku ambil dalam butik itu kurang dari 20 minit. Bermula proses mengusya, men-try dua tiga design, dan pembayaran menggunakan auto debit kerana tidak bercadang untuk membeli maka tiada cash di tangan aku.

Oleh itu, dengan bangga dan tersenyum puas aku pun keluar dari butik itu. Akhirnya satu janji telah aku tunaikan. Memiliki jam Fossil ini juga adalah salah satu item dalam wishlist aku bagi 2011. Dan aku jadikan ia hadiah kepada diri sendiri sempena berjaya mengekalkan kerjaya di PTS, genap setahun pada 9hb Ogos lepas. Bermakna jam Fossil ini adalah hadiah kedua kepada diri sendiri pada tahun ini selepas satu lagi hadiah lebih bermakna untuk hari jadi aku 12 Julai lalu.. Alhamdulillah, proses itu dipermudahkan. Dan aku semakin hampir memilikinya dalam masa terdekat ini.

Selalunya bila kita sebut jam Fossil ni (bagi peminat Fossil), kita akan tanya berapa harganya kan?! Hehehehe.. Kalau mak aku tahu harga jam ni konfem dia akan berleter paling kurang dua jam, sama dengan masa yang aku perlukan untuk jawab kertas peperiksaan. Tapi aku lebih rela ambil peperiksaan daripada mendengar leteran mak aku. Aku beli yang aku termampu sahaja, yang penting aku sukakan designnya. Harga adalah rahsia, kalau terer pergilah tengok sendiri di butik Fossil berhampiran rumah anda!


OK, mari aku tayang sikit. Huhuhu,,,



Hahahaha!! Kurang jelas kan?? Sengaja, jam ini kelihatan lebih smart apabila digayakan oleh pemiliknya. Ewah! =p



P/S: Next, rasa nak memiliki Android ataupun Blackberry ataupun iPad :D
Ayuh, Yiyin. Kerja lebih keras lagi. [Mood: Workaholic]